Life is always spinning around, just hold on and learn from mistake then you will be a better person
Showing posts with label Anak buahku. Show all posts
Showing posts with label Anak buahku. Show all posts
Wednesday, April 27, 2011
Thursday, February 17, 2011
Tinggal kenangan
Sekarang sudah tiada update pasal anak buah saya, Puteri dan Seri huhu
Sebabnya, mama dorang hantar balik rumah mertua di Perlis.
Mak Tih rindu sangat pada Puteri dan Seri.
Hari tu telefon Puteri, tapi dia dah tak ingat kat mak tih sebab dia dah ada ramai kawan kat sana.
Wuuuuaaaaaa sedihnya
(Cam x cayer handphone camera sony leh tangkap gambar bergerak cam ni kan)
Tuesday, November 9, 2010
Indah itu hanya sementara
Ini Seri yang baru pas mandi. Comel ajer, nampak baik jer...
Bila sudah main, serabai abis rabut. Kepala berpeluh2. Suka duduk dalam bakul baju pastu kena tarik n pusing slow2
Excited terlebih, melompat-lompat dlm bakul
Gigih mendaki tangga
Kalau baby yang dah pandai merangkak mesti excited nak mendaki tangga. Mungkin nak exercise or melihat hasil pencapaian diri apabila berada di puncak. Tengok gambar Seri ni memang sangat gigih dia mendaki tangga. Sehari 3-4kali mendaki tangga.
Aksi menggoyang kepala bila dah sampai kat atas
Okey sekarang ni sibuk belajar nak trun tangga. Mula2 duduk pastu turun kaki pastu duduk balik.
Aktiviti ni bukan baby jer yg exercise, penjaganya pun akan bersauna skali sebab kat tangga xde kipas huhu panas giler
Thursday, October 14, 2010
Rindula pada Seri
Budak2 ni ada kuasa tarikan. Dah rindu pada si kecil itu. Bila la anak ibu nak keluar, x sabar ibu nak gomoi2 baby
Seri memang suka tarik getah rambut. Sampai meleleh air liur hahaha
Wednesday, October 13, 2010
Bau masham Seri
Sekarang ni Seri dah pandai kumpul susu dalam mulut. Dia isap botol susu, tapi susu mengalir keluar dari mulut. Bila bangun pagi, Cium pipi Seri bau susu masham huhu Nasib baik comel. Ni baru bangun tidur. Nak makan Pil vitamin Mak teh pulak
Awak kecik lagi la. X yah makan extra vitamin tuh. Minum jer susu
Tidurkan si kecil
Bila dia kelihatan penat, letakkan si kecil di riba anda
Kemudian nyanyikan lagu yang agak2 mengantuk ataupun berbicara dengan si kecil
Jangan putus asa walaupun si kecil masih tidak tidur
Berkat kesabaran tidur juga tapiiiiii
Eh... Sape pulak yang tidur ni???
Comel Tapi Geram
Hari sabtu hingga Selasa saya jaga anak buah lagi. Seri sudah 10bulan, dah boleh berjalan, dan sekarang sangat suka mengexplore dan mencuba gaya2 breakdance. Sejak dah boleh berjalan ni, tangannya sangat cepat menggapai barang. Semua benda nak di teliti dan dirosakkan. Memangla Comel, tapi.... bila nak pakai pampers n baju, rasa macam bersilat dengan budak comel ini. Geramnya Mak teh. Cubala dok diam sket Seri oooiii
Muka tengah Kusyuk. "Macam mana nak rosakkan remote ni??"
Yang ini pulak budak merajuk mengada tengah tido. Geram betul dengan Puteri ni, Jeles sangat dengan adik dia. Dok pukul adik sampai menangis. Adik menangis dia pun nak menangis. Semua nak kene ikut cakap dia. Geramnyaa....... Kenapa Puteri suka memberontak sekarang ni??? Mak Teh x sukala. Lepas tu bila dah kene marah, buat suara kunun2 comel, Isk3 geramnya Mak Teh. Nak perhatian ke Nak kene lempang ni? Kakak dah besar, adik kecik lagi. Kakak kene jaga adik. Janganla asyik nk buat perangai. Ibu2 berpengalaman cam ner nak mengajar budak yang tidak sedar diri dah tua nih.
Tuesday, September 21, 2010
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya, Hari Untuk kita bersuka Ria :)
Raya tahun ni best sebab ada budak2 yang memeriahkan rumah. Bakal budak ada dalam perut pun best jugak, sebab ibu boleh makan banyak2 hehehe
Raya ni seronok kalau ada budak2 jer, tahun lepas kakak beraya dekat rumah mertua jadinya kurang meriah sebab xleh nak kacau budak kecik hehehe
X banyak nak citer. layan gambar jela ek
Seri paling excited tengok kuih raya atas meja. Dah 2 balang pecah sebab dia angkat dan jatuhkan huhu.. Seri ni kuat makan. Memang dia suka makan biskut raya. Kemam sampai lembik pastu pecah-pecah berterabur atas lantai. Ini cara makan budak yg xde gigi hehehe
HP nokia suami dah rosak sebab Seri kemam. Sekarang dah jadi HP seri. Jadinya from time to time suma org mencari Handphone Seri mana? Budak umur 10bulan dah ada HP tau
Kakak dia ni memang slalu jeles kalu ambik gambar adik dia jer. Dia mmg suka nak interframe
Selamat Hari Raya :)
Monday, September 6, 2010
Iftar bersama Keluarga
Last weekend supposed ari Sabtu berbuka posa bersama family dan hari ahad berbuka posa bersama ex-MRSM. Namun disebabkan kakak saya x jadi hari sabtu terpaksa saya tarik diri berbuka bersama kawan2 MRSM huhu sungguh kejam.
Okay, saya ingatkan memang cancel, tetiba jer kakak saya dtg ari ahad tu huhu. Pastu saya pun tergesa-gesa plan tempat berbuka posa. Ingatkan minggu akhir ni ramai dah blk kampung, namun x juga huhu... KL ni full ajer. Tempat murah dah full, terpaksa bawa g Hotel huhu pokai duitku.
Jadinya kami sekeluarga berbuka di J.W. Marriot Hotel di Bukit Bintang. Tulis harga rm54++ tapi dia kata yg rm54 dah xde, ada RM68++ ajer.... Belasah ajela. dah sampai huhu. Jom layan picture
Okay, saya ingatkan memang cancel, tetiba jer kakak saya dtg ari ahad tu huhu. Pastu saya pun tergesa-gesa plan tempat berbuka posa. Ingatkan minggu akhir ni ramai dah blk kampung, namun x juga huhu... KL ni full ajer. Tempat murah dah full, terpaksa bawa g Hotel huhu pokai duitku.
Jadinya kami sekeluarga berbuka di J.W. Marriot Hotel di Bukit Bintang. Tulis harga rm54++ tapi dia kata yg rm54 dah xde, ada RM68++ ajer.... Belasah ajela. dah sampai huhu. Jom layan picture
Okey, si kecik ini sudah pandai berposing depan kamera!!!
macam2 aksi dia buat. dahla pakai baju seksi huhu
Kecik2 dah pandai posing. Budak zaman sekarang. Tapi mak saya kata, masa saya kecik dulu saya juga suka posing (",) hehehehe Agaknya Puteri ikut perangai mak tih kot
Kenapa tangkap gamba tutup mata? memang trademark kami. Senyum mata x nampak hahaha
Ini gamba budak yang makan sampai termuntah hahaha. Dari pukul 6.30 sampai 8.30 asyik makan ajer. Agaknya perut dah penuh sangat, makanan terakhirnya telah keluar dari mulut yang comel itu
Inila mama kepada anak2 buahku
Ni pulak kakak sulung saya. Muka Seri tengah geram sebab x dapat makanan
Ini opah
Nopi, sorry sangat2 x dapat join iftar korang huhu. Miss u so much
Wednesday, August 25, 2010
Iftar ex-UTM 2010
Sabtu lepas, ada berbuka puasa bersama ex-UTM di Quality Hotel. Seronok dapat jumpa member2 lama. Ada yang dah bawa anak comel2 dan ada juga yang mengandung :)
Saya bawa anak buah saya Puteri. Mula2 masam sebab saya kejut dia bangun tidur. Tapi lepas balik smayang maghrib terus ceria n aktif huhu....
Saya bawa anak buah saya Puteri. Mula2 masam sebab saya kejut dia bangun tidur. Tapi lepas balik smayang maghrib terus ceria n aktif huhu....
Kamera telah beralih tangan pulak.... photogrpher yang kecik tapi berlagak macam profesional.
Nampak tak sape yang jadi photographer kecik itu??
Gambar semua angle dari bawah. Dahla mak teh dh gomuk, photographer ambik angle bawah pulak adehhhh....
Semua di atas ni Puteri yang ambik.. of coursela banyak kepala terpotong dan gegar2kan huhu...
tapi nak buat cam ner dia nak juga pegang kamera
Puteri... Puteri... *pening kepala mak tih*
Subscribe to:
Posts (Atom)




