Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Buku Pregnancy saya

Orang kata perangai kita sewaktu pregnan akan mempengaruhi perangai anak kita apabila dewasa nanti.
Jadinya, waktu saya pregnan rajin jugalah sy membeli buku pregnan dan majalah pa ma, wanita dan layari internet.
Pada saya setiap orang harus ada 2-3 buku panduan untuk ibu hamil dan penjagaan bayi.
Ini adalah koleksi buku pregnancy yang sy ada.

Best buku nih. Paling banyak gambar dan panduan yang lengkap.
Seronok baca sebab banyak gambar hehe

Yang ini penjagaan bayi secara islam. Buku atas tu translate dr bahasa inggeris.
Jadinyakurangla pendekatan agama islamnya.
Buku ni pun ada gambar juga, tp x berwarna  :)


Masa mengandung baca rasa macam paham. Tapi bila dh beranak baru betul2 faham isi pati yang disampaikan. Itulah, berilmu tanpa beramal ibarat pohon yang tidak berbuah. Hidup, tapi tiada hasilnya.

Buku ni leh refer sebab xkanla kita asyik nk tanya doktor or orang pasal masalah baby kan. Kadang2 kalu masalah kecil, leh ubatkan sendiri jer. Buku ni ada masalah ibu mengandung juga. Tapi kakak ipar sy punya. Jadinya x dapatlah sy tunjuk gambo sebab dh pulang balik.


Owh... ada lagi satu buku ibu mengandung yang Islamik, tapi dah hilang huhu. Dalam tu siap ada pilihan nama anak dan 4 surah yang digalakkan baca ketika mengandung. Sebab tu hilang, sebab sy selalu bawa buku tu kemana-mana. Bila bosan saya akan baca surah dlm buku tuh. nanti ngandung lg skali nk kene g beli balik.

Ni ada lagi buku2 yang saya akan cari lagi

Monday, March 14, 2011

Do n don't during pregnancy trimester 2 cont'd

-Elakkan Penyakit ibu mengandung
Sila google utk tau jenis2 & penerangan penyakit ibu mengandung ek
Kencing kotor - minum air kosong banyak2 (saya beli air botol besar mineral 2 kotak kt tesco, 1 hari pastikan minum lebih dr 1 botol besar air mineral) & makan buah-buahan banyak2

Sembelit dan buasir - Elakkan makan pedas, minum banyak air dan buah-buahan. Kurangkan minum milo (Milo penyebab taik keras)

diabetes - Kurangkan makanan manis. Biasa 7bulan ibu mengandung baru dapat diabetes. Ada doktor nasihatkan tukar susu ibu mengandung, jangan guna anmum- anmum manis (sy guna mamil mama)

anemia - Makan makanan yang kaya zat besi. buah jambu batu, sayur bayam, ikan bilis, hati (makan 2 ketul je seminggu organ dalaman x elok). penyerapan maximum zat besi kena ada vitamin c, makan buah yang kaler kuning or oren.

eklampsia - akibat darah tinggi dan kencing kotor. Kurangkan stress, bahagiakan diri anda selalu

Dan lain-lain

-Beli baju dan underwear sesuai utk ibu ngandung
Kadang2 kita rasa macam membazir je kan nak beli baju baru n underwear baru tapi pakai dalam 9 bulan.
TIDAK MEMBAZIR!!! Kalau anda memang jenis yang x naik badan memangla mcm leh pkai baju dan underwear biasa. Tapi kalau macam saya ni naik sampai 18kg hohoho, mau melangkau 2 size utk segala-galanya. Janganlah pakai baju ketat2 dan underwear ketat2.
1) x selesa (kesian baby kena tekan)
2)tidak sedap mata yang memandang. Kita rasa macam ok, tapi org sebelah yg tengok tang membonjol-bonjol tu boleh mengganggu okey!
3)Boleh menyebabkan stretchmark. Perjalanan darah yang tidak lancar menyebabkan stretchmark. Sebab tu ada org yang xde strecthmark langsung kat perut saya lah tu hehehe. Tapi biasa ikut keturunan.
4) Boleh pakai masa berpantang.Stress giler waktu berpantang, bra ketat, kakak sy bagi baju kurung kedah tapi x best langsung dahla jarang, pastu cepat sangat basah bila breast meleleh. Jadinya lebih baik anda beli tshirt besar2, seluar besar2 untuk duduk di rumah boleh pkai sampai 9bulan dan masa berpantang pun boleh pakai lagi. (Pengalaman berkain batik asyik terlondeh, lepas tu bila orang datang rasa macam selebet giler). Untuk seluar dalam- saya dh try 3 jenama, dan yg sy syorkan adalah jenama audrey getahnya macam renda bunga-bunga jer, xde getah langsung. Sekarang pakai dah londeh hehe. Untuk bra pula saya syorkan beli nursing bra. Jadinya pregnan dan after pregnan boleh pakai. Sangat2 tidak membazir dan boleh dipakai semula untuk anak ke-2, ke-3 dan seterusnya :)

-Ransang kandungan anda supaya bijak, disayangi dan mendengar kata.
Perasan tak orang letak headphone dekat perut??
yeah itu adalah salah satu cara utk ransang kandungan anda. Seperti yang kita ketahui roh bayi mula ditiupkan semasa bayi 3-4bulan. Bila bayi sudah ada roh, kita dapat rasa baby bergerak, kita mula ada naluri keibuan dan kadang2 rasa sejuk tetiba. Ketika inilah kita sepatutnya meransang kandungan agar bayi yang bakal dilahirkan bijak, disayangi dan mendengar kata. Berbicara sambil usap perut anda. "Anak ibu yang dalam perut, nanti minum susu ibu banyak2 tau. Nanti InsyaAllah, anak ibu sihat, pandai, baik, dengar kata ibu, taat perintah Allah. Ibu sayang baby sangat2" Bacalah zikir dan surah2 sambil usap perut. http://nana-sweetangel.blogspot.com/2010/07/ransang-kandungan-anda-agar-pintar.html

- Sapu minyak atau lotion pada bahagian berpotensi strecthmark
Saya start gatal perut waktu 3 bulan. Gatal sangat. Masa tu tengah induksi. Ramai member melarang menggaru perut sebab nanti akan jadi kesan cakaran hitam yang tidak akan hilang sampai setahun. Pergh... takut giler. Terus saya beli lotion puureen. Mula, hilang juga rasa gatal. Tapi masuk 5bulan dah gatal balik. Jadi saya bertukar pada bio-oil. Ada org kata lain perut lain minyaknya. Kalau rajin sapu, mungkin dapat elakkan stretchmark yang terlalu banyak. Ada orang kata ikut keturunan juga. 

-Ransang susu badan anda
Apabila kita hamil, badan sedang mempersiapkan kelengkapan susu badan.Untuk menghasilkan production yang berkesan, kandungan 4 bulan kita sudah perlu meransang susu badan. Macam mana nak ransang???
1) urut pada breast secara membulat guna 2 jari. macam cek breast cancer tu. lebih bagus urut masa mandi sambil alirkan air suam pada breast.
2) bermain dengan nipple. cuba tekan sikit. usap2.
3) minta tlg suami urut belakang badan guna dua belah ibu jari tangan.
4)makan makanan penambah susu badan - lobak putih, halba, carrot, air longan horlick, bayam dll.
5)berdoalah selalu pada Allah agar membantu permudahkan penyusuan anak kita selama dua tahun. Banyakkanlah susu badan dan bantulah ketika aku sedang menyusukan bayi.

Friday, November 12, 2010

Adakah ku sudah kontraksi?

Malam semalam, lepas sembahyang maghrib terus tertidur. Mungkin sebab menyoping di warehouse sogo, tersangatla penatnya. Pukul 12mlm terjaga, so sembahyang Isya'. Lepas tu minum susu kambing panas sebab nak bg sedap tidur, namun x dapat tidur pun. Baby dalam perut bergerak sgt aktif. Perut rasa sangat ditolak2. Lepas tu rasa macam senggugut. Adeh sangat sakit. Tarik nafas dalam2 utk kurangkan rasa sakit. Adakah ku sudah kontraksi????

Patutla semua org cakap kontraksi sakit, huhu memang sakit. Rasa macam perut ditarik2 ke bawah. Ya Allah bantulah hambaMu ini mengharungi kesakitan ini, semoga ia menjadi penghapus dosa2 ku sebelum ini.

Wednesday, November 10, 2010

Bengkak kaki sewaktu hamil

Start minggu lepas, tanda2 kaki bengkak dah ada. Tapi baru sikit jer. Rasa lenguh dan berat pada kaki. Masa kelas antenatal ari tu ada 3 perkara yg perlu dilakukan: 

1. Kurang kan garam -Garam punca water retaining
2. Banyak minum air - elak pengumpulan air akibat kurang air dalam badan
3. Suami kene urut kaki arah pergerakan ke atas utk melancarkan pengaliran darah yang mempengaruhi pengaliran air dlm badan.

 Ada search dlm tenet tips menengani bengkak kaki sewaktu hamil.

Sumber: http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/menangani-bengkak-kaki-semasa/

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
1. Elakkan dari berdiri terlalu lama


2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Wednesday, November 3, 2010

Checkup for 36weeks

Ok, sbenanya hari ni baru 35minggu 5 hari. Oleh Sebab ari jumaat baru genap 36minggu, so consider checkup hari ni adalah utk 36weekla sebab doktor hanya dtg klinik ari rabu.

Hari ni Alhamdulilah setakat ni xde apa2 masalah. Berat badan pun naik 1kg je sminggu. Eh... patutla xrasa mcm berat huhu dlu checkup sbulan sekali naik 3-5kg. Dah lupa skrang 1minggu sekali checkup. huhu

Doktor check, kepala baby dah masuk dlm lubang sket. InsyaAllah dah boleh ready utk beranak. Wuuuuaaaaaaa saya sgt takuuuuuut. Doktor tanya ada rasa sakit x? Saya cakap sakit macam mana tu ek? kalau x tau tu maknanya xde lagi latu hehehe Doktor kata sakit mcm senggugut. Mcam rahim kene tarik2. Owh ada tapi dah lama ms 7bulan dulu. Dr. pesan, lepas ni kalau baby x aktif gerak, ada trun darah, keluar air, sakit contraction sila ke hospital terus. Sebab dah 36minggu memang anytime leh branak.

tp yg peliknya, dr cuma dengar jantung baby n ibu jer. X yah scan ke dr???
huhu geramla ngan KK ni. Napela kedekut sgt nak scan baby. Bukannya rugi apa2 pun. machine tu dh ada kt sbelah katil. Suluh ajerla.... xpela, x dpt jumpa baby dlm perut ari ni, harap2 minggu depan kita berjumpa waktu scan yer baby. Jangan jumpa di luar... ibu masih x bersedia beg hospital dan ada brg nk kene shoping lg :) Sabar yer baby. kuar 3 disember ni, ari jumaat. See u soon :)

Tuesday, October 26, 2010

My Baby Has Hiccups!

Semalam ada check up for 34 weeks lg 2 hari jer nak masuk 35 minggu. Nurse kata kepala baby dah dekat bawah, InsyaAllah boleh bersalin normal. Alhamdulilah setakat ni xde apa2 masalah lagi. Lepas ni dah kene checkup setiap minggu. Hoho minggu depan saya sudah 9bulan. Beg hospital x siap pun lagi. Nurse dah ajar cara2 beranak semalam. xde demo pun, dia cakap mulut jer.

Saya ckpla baby saya selalu hiccup. Pastu Nurse kata eh, mana ada baby hiccup, awak biar betul. Baby gerak je kot. Saya jawab "Betul, sebab saya leh rasa secara berkala. Kalau baby gerak rasanya lain". Nurse kata " Baby gerak je tu. Mana ada baby hiccup"

hmmmm.... tadi saya rasa baby hiccup lg, bila pegang perut pun rasa baby mcm terangkat sikit secara berkala. So saya google, dan memang ada baby hiccup dalam womb. Saya x pelik baby hiccup, sebab saya memang selalu hiccup. Tengah mengandung pun saya hiccup. Cumelnya hahaha (Poyo sendiri (*_*)

Sumber: http://www.babiesonline.com/articles/baby/babyhashiccups.asp

My Baby Has Hiccups!


Hiccups can be a big worry for many pregnant women and new moms. Why does their baby have them? Is their baby in pain from them? What can they do about them? Rest assured, most of the time the baby is not in pain, and the mother is more bothered by the fact that the hiccups have appeared, than the baby is having them.

Hiccups in Utero

Pregnant women often mention feeling their baby having hiccups while in the womb and wonder what causes this. These hiccups can start in the first trimester, but won’t be felt by mom until late in the second trimester or during the third trimester. Rarely do the hiccups bother the mother-to-be, however some moms might worry that it is hurting their baby.

The exact cause of your baby’s hiccups is unknown. However, many specialists believe that your baby’s hiccups may be helping to strengthen the diaphragm muscle in order to help the baby breathe both in the womb and once they are born. In many cases your baby will have the hiccups at the same time everyday.

Not only can hiccups be felt by the mom-to-be, but it can also be detected during an ultrasound and picked up on a Doppler while at the doctor’s office for a routine visit. After a woman has been assured that these hiccups are normal and are not bothering their baby, then they become something that can be looked forward to on a daily basis, much like their baby kicking.

Hiccups After Birth

If your baby had hiccups while in utero, it is very plausible that he will have the hiccups after he is born. Some babies that did not have them in utero may still have them after birth. Hiccups can start after birth as early as the day your baby is born. Like the hiccups your baby might have had in utero, these hiccups are generally not painful for your baby.

Hiccups after birth occur when the diaphragm muscle contracts causing your baby to take quick short breaths. Normally these hiccups go away after only a few minutes. If they are really bothering you, try burping your baby more often during feedings. To get them to stop you can try to feed your baby whether you are nursing or bottlefeeding. The constant sucking and swallowing can help that muscle relax and help the hiccups stop.

Wednesday, October 20, 2010

Kira Pergerakan Baby

Sekarang dah hampir sebulan saya perlu memantau pergerakan bayi dalam kandungan dan tick pada jadual. 5hari pertama saya bersemangat giler tick jadual, siap ari sabtu n ahad pun akan buka buku dan tick. Namun tetiba ajer...... dah next checkup baru perasan sudah lama tidak men tick kan buku itu huhu...... sehingga kini. Bila nak g check up baru kalut tick buku dalam kete sebelum melangkah kaki ke KK. Macam mana ni? huhuhu....

Sunday, October 3, 2010

My baby Hiccup

Yer..... Saya boleh rasa baby saya sedu :)
Comelnya hehehehe
Mula2 saya risau jugak macam ada benda tekan secara berkala dalam perut. Tapi bila rasa macam tekan...tekan....tekan.....tekan owh, my baby sedang Hiccup. Pastu tryla tgk perut, tp xdela plak gerakan perut terangkat huhuhu...
Mungkin masih banyak ruang dalam perut jadinya baby masih tidak menolak perut.
setakat ni dah 2 kali saya dapat rasa baby sedu. Mungkin dah nk dekat 9bulan nanti ada gerakan pada perut pula bila baby hiccup. X sabarnya nak jumpa anak ibu nih

Tuesday, September 28, 2010

My shy-shy baby

Tadi pergi ke Vision College nak scan 3D/4D. Harapan hancur lg sekali. Baby x nak tunjuk muka. Last 28weeks baby tutup muka dengan tangan jer. Tapi kali ni, baby siap angkat kaki lagi tutup muka. Bayangkan 2 tangan, 2 kaki ada kat muka. Pastu ada scene baby isap jari, tapi kakinya menutup separuh muka.... hmmmm... saya tanya, normal ker kaki baby angkat tinggi sampai kepala? Dia kata, baby memang suka position tu. Dah biasa macam tu.

Pastu org scan tu suruh g jalan2 harap2 baby leh gerak. Saya pun gla minum air kelapa. Biasa lepas minum air gelapa bbaby sgt aktif. Bila scan lagi sekali.... memang baby gerak. Tapi dia tunduk kan muka pandang ke tulang belakang saya... lg la x nampak muka huhu nampak pipi belah kiri jer

My shy-shy baby, baby nak buat surprise pada ibu n ayah ek.... xpela. Janji anak ibu sihat dan sempurna sihat yer.

Monday, September 27, 2010

Kelas Antenatal di KPJ Selangor

Last 25 Sept 2010, saya ke kelas Antenatal kat KPJ Selangor. Dari jam 9.00pg-6.00ptg. Tapi ada separuh kelas yang datang lambat. Jadinya dlm 9.30 baru start.

Kelas sangat full. Ada 18 couple maksudnya total 36 orang. Maybe sebab after raya kot. Menyesal plak x ambik awal bulan Oktober punya. Bila kelas full jadi x best sangat.

Tapi Ilmu yang diperolehi memang banyak. Cuma saya lebih prefer kalau diajar secara amali. Semua orang dapat pegang baby dan mencuba bersama Fasilitator. Yela, Bila kita tgk org buat memang nampak senang. Tapi cuba buat sendiri hahaha.... Rasanya kalau di PPUKM memang buat Amali kot. Sebab tengok Blog Azian macam lebih banyak amali.

Nantila saya ceritakan secara detail pasal Kelas ni ek. Sekarang ni cam malas nak menaip pepanjang hehehe. Banyak tips yang diperolehi. At least kita leh imagine being in labour room and start to practice breathing and position mengangkang hehehe



Sepanjang kelas ni kebanyakannya lelaki yang bertanya dan menjawab soalan. Yang perempuan kebanyakannya diam dan mata berkaca2 sebab takut kot hehehe takut nak beranak

Lepas ni nak try g Kelas Antenatal kat HKL plak. Sebab free :) lgpun leh dpt door gift hehehe Carilah ilmu sebanyaknya, rezeki jangan ditolak

MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

Sumber: http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=814&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=0

Minyak Selusuh or Air Selusuh.
Kalau dari Forum susuibu ni ada 4 air yang leh dibuat air selusuh
1. Air zam-zam
2. Air Musoffa
3. Air basahan ujung rambut
3. Air akar Bunga Fatimah

Untuk Minyak Selusuh
1. Minyak masak biasa
2. Minyak kelapa dara
3. Minyak dari tahi minyak yang pekat2 lepas memasak tuh

Semua dibaca dengan Ayat Al-Fatihah, Selawat dan zikir, Surah Yasin, Surah Maryam dan Doa masa Nabi Yunus dalam perut Paus tu
Bacaan boleh rujuk blog Nad

 Lebih Afdhal kalau suami sendiri / Orang Alim yang buatkan air / minyak selusuh ni

Ada yang kata Minum bermula 7 bulan, ada yang kata 8bulan 10 hari, dan ada yang bila dah nak bersalin baru leh minum.

Anyway, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah. Tidaklah hanya bergantung pada air/minyak selusuh ni. Tapi yakinlah dengan bantuan Allah


APAKAH KEISTIMEWAAN MUSOFFA ?


Minuman suci yang sangat istimewa bersama larutan Za’faran terpilih, dihasilkan dengan penulisan tangan dan bacaan 30 juzuk Al-Quran, Asma Ul Husna dan doa-doa penyembuh di dalam pinggan putih menggunakan pena unik dari ranting kayu terpilih dan herba za’faran yang berkualiti sebagai dakwat dengan campuran air zamzam dan ditulis oleh para Al-Hafiz yang menjiwai keseluruhan proses penulisan dengan adab-adab Islam dan menepati tahap kebersihan Kementerian Kesihatan.




Sumber: http://www.bidankampung.com/


Minyak selusuh adalah sejenis produk yang diperbuat dari minyak. Jika sebelum penemuan teknologi terkini, minyak masak biasa digunakan untuk membuat minyak selusuh. Tetapi kebanyakan pengguna agak sukar untuk meminum minyak masak yang dijadikan selusuh.

Kini dengan gabungan teknologi terkini, pihak kami menggabungkan kehebatan Minyak Kelapa Dara melalui proses sejuk yang langsung tidak menggunakan sebarang haba digabungkan dengan kemahiran seorang bidan pakar bersalin lalu menghasilkan Minyak Selusuh yang sangat berkesan untuk membantu memudahkan proses bersalin.

Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam Sejak Turun-Temurun

Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin

Gabungan Ilmu Perbidanan Tradisional dan Teknologi Moden

Pertama Seumpamanya di Malaysia

KELEBIHAN MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam sejak turun temurun yang sangat sukar ditemui pada hari ini. Kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini.

Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.

Diperbuat daripada minyak kelapa dara asli gred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat. Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran.

Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara.

KAEDAH PEMBUATAN

Kaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.

InsyaAllah dengan izin Allah!

* Sekarang ni tinggal kat bandar, memang tidak akan berjumpa bidan di kampung. Jumpa bidan kampung di online pun boleh kan hehehe

Sunday, September 26, 2010

Cara bersalin Normal

Semalam tetiba jer terasa macam period pain dekat bawah rahim. OMG serius sakit dan rasa macam kepala baby menolak2 ke celah kangkang. Pastu teringat kelas antenatal, kalau sakit kene duduk jangan baring. Pastu tenangkan baby dlm perut dan pastikan tiada lg sakit mcm period pain tu lg. Sebab kalau kerap maknanya contraction. Kalau sesekali maknanya braxton hicks (practice contraction).
Nasib baikla, dah xde sakit. Tapi memang susah nak lelap semalam. Baby macam menolak2 ke bawah. Otak dah mula fikir, huhu macam mana la nak beranak. Rasa macam sgt x bersedia lagi. Nak baca doa pun mcm ingat2 lupa. Yang suami pulak "awak x packing bag hospital lg kan? macam mana ni. Nape x packing lg?" terpaksa senyum ajer.... Jadinya hari ni trus google persediaan nak bersalin. sebab semalam macam blank... maybe sbb x de experience kot.

Terjumpa Cara bersalin normal. Senang nak ingat kot. Tapi kalau aziyana buat demonstration gamba lg bagus kot hehehe

Sumber :http://nurulaziyana.blogspot.com/2010/09/skill-meneran-bersalin-normal.html
Diolah dari ratuhati.com


1. cara bernafas masa nak bersalin nanti...tarik nafas dalam2, pas tu teran. dan, kalau tak cukup nafas masa meneran, jangan lepaskan habis, terus tarik nafas semula. sebab, kalau lepaskan nafas sampai habis baru tarik nafas semula, nanti kepala baby yang dah nak keluar akan termasuk balik. jadi kena usaha lebih lagi untuk keluarkan baby.

2. Praktis senaman kegel during pregnancy, utk improve elasticity pintu 'gerbang'..Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm...Pegang kat buku lali (dlm keadaan baring), pandang perut..mmg akan kangkang betul n mudahkan doktor..Jangan fokus kpd sakit tu.. ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia..Jgn teran cepat sgt, dh rasa sakit betul2 baru push...punggung jgn angkat (ni kalo xnk kene jahit banyk)...kalau hubby ada time bersalin...mintak hubby tekan lutut kita kuat2...Dgn cara tarik nafas dan tahan baru push..dgn satu nafas supaya kepala baby betul2 kuar dan x tersekat

3. digalakkan membaca surah maryam dan ayat nabi noh keluar dari perut ikan paus

4. amik nafas pnjang2 melalui mulut pastu teran smbil angkat bdn (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada, dgn cara tu baru la kte dpt teran btul2

5. teran tu, jgn kuar suara.. sbb kalu kuar suara tu sbnarnya kte xteran btul2.. suara jer lebih kuar.. ketap je bibir

6. masa nk mula meneran tu,mintak tolong suami pegang bahu kat belakang.sebab masa meneran tu kita separuh duduk..senang sikit nak meneran..posisi ni jugak dpt elakkan punggung dr terangkat..

7. bila dh nk dekat bersalin, jgn amalkan minum ais takut kurang tenaga bila nk push nnt tp amalkan makan kurma

Friday, September 24, 2010

30 Minggu

Hari ini sudah 30 Minggu....
ada lagi 10minggu sahaja. Debaran untuk melahirkan anak, berpantang dan teknik2 menjaga anak.... Mampukah aku???

Wednesday, September 22, 2010

Check up 7 bulan

Semalam pergi checkup untuk 7 bulan pregnancy jumpa doktor sekali. Alhamdulilah, baby n ibu sihat.
Apa yang menjadi isu adalah berat badan naik 4kg dlm masa 1 bulan menyebabkan beratku kini melebihi 70kg. huhuhu..... Misi menasihatkan supaya mengurangkan makan sebab takut diabetes. Owh nonono saya tidak mau ujian gula lagi. Perit tekak ku ini. Waktu Scan semalam, kepala baby ada kat bawah. Patutla mcm kene tendang tulang rusuk ku ini.

Berat baby dah 1.3kg hehehe.... dah cukup sifat sebagai seorg baby. Alhamdulilah

Dah masuk 7 bulan ni. Nurse dah sruh buat carta pergerakan bayi. Dengan jujurnya saya cakap saya jarang rasa baby gerak huhu.... ada gerak tp xdela sampai 10kali hmmmmm... Nurse kata kene baring nak bg senang rasa pergerakan. Memang malam lg rasa pergerakannya sebab baring la kot kan. Siang kat opis duduk ajer. Nampaknya lepas ini saya selalu baring dekat suraula.

Harini gaji dah masuk :) Minggu depan leh serbu sogo warehouse sale yeyey

Tuesday, September 21, 2010

Trimester ke-3

Alhamdulilah, syukur sekarang sudah masuk ke trimester ke-3.

7Bulan (29Minggu)

Masuk trimester ke-3 ni memang terasa sungguh perbezaannya.
Kaki dah mula macam membengkak. Maybe water retaining banyak kot. Dah xleh berdiri n jalan lama2. Sebab kaki x larat menampung berat badan hehehe
Pastu bila perut mengeras dah mula risau takut tiba masa untuk beranak. Sebab 7bulan adalah tidak mustahil mengalami contraction. Vitamin masih lagi diteruskan, Vit-C, Bcompleks, Iron, Asid Folik dan Neurogain. Masih mencari pil Hi-Goat sebab org kata nak elak anak demam kuning. Air kelapa sekarang dah kerap minum. Nak bagi baby gerak aktif sentiasa n nak bg kulit anak cantik.
Tidur sekarang x lena, asyik terjaga sebab nak kencing. Dulu terjaga sekali ajer, sekarang 3 kali mesti terjaga tidur nak g toilet. Kaki Cramp pun dah semakin kerap. Kesian abe malam2 kene urut kaki sampai saya tidur balik.
Kepenatan badan semakin bertambah, nafas pun makin pendek asyik termengah-mengah. Perasaan semakin emotional dan sensitif huhu... nak kene ubah ni.
 Jadinya, sentiasa +ve kan diri, supaya nampak sihat dan segar selalu. Senyum sokmo :)

Pusat memang dah terkeluar masa 4 bulan lagi

Thursday, September 9, 2010

Mintak Maaf Segala salah dan silap

SELAMAT HARI RAYA :-)

Yeyeyeyeyeyeyeyyyyyyyy!!!!
Esok hari raya. Yahoooooo.... Syukur Alhamdulilah dapat menghabiskan Ramadhan kali ini. Kepada semua pembaca Blog, saya ingin mintak maaf di atas segala kesalahan, kesilapan, tersalah taip, tidak mengupdate blog dan segala tulisan saya yang mengguris hati anda. Dan kepada anda semua, saya telah maafkan apa2 kesalahan anda jika ada yang membuat saya terasa hati atau tidak suka.

Termasukla technician saya serta bapaknya, saya mintak maaf banyak2 kerana telah memberi nasihat yg anda tidak dapat terima kenyataan, maaf terkasar bahasa dan sebagainya. Saya hanyalah insan yang mempunyai kelemahan juga.

Aku halalkan kerja2 yang aku tolong buat kerja2 ko yang memang sepatutnya ko buat. Sapelah aku nak berkira dengan kerja2 ko yang sikit tapi ko x leh nak buat tukan sebab mengandung ek??? (Ceh... sbenanya aku maafkan, tapi aku tidak akan lupakan)

Owh, tadi dah g 3D/4D scan. huhu... baby tengah nyenyak tidurla. Dah goncang2 perut pun dia dok diam jer. Mula2 letak 1 tangan kat muka, pastu tekan2 perut dia g angkat 2-2 tangan plak. Kaki pun baby angkat bukan main tinggi lagi. My shy-shy baby. Nasib baik Vision College x charge. Dia kata boleh buat appoinment lg sekali. Nampaknya tiada show di hari raya esok huhu. Baby... ini ibu pesan, 28hb nanti kaki tangan x mau tutup tau. Ibu nak tengok muka n gender baby. Tapi tadi tengok pipi baby cam tembam, tangan pun tembam heheheh idung je penyek macam ibu kot :)

Thursday, September 2, 2010

Booking 3D-4D Scan

Kalau ikut jadual hamil saya, minggu depan saya sudah 7 Bulan Hoooorrrraaaaayyyy :-)
cepatnya masa berlalu. Jadinya saya dah booking untuk 3D dan 4D Scan di Vision College pada 9 September 2010 jam 2.30ptg. Yer saya tau esoknya sudah raya. Namun masa nak buat apointment tu dia kata sabtu tinggal 8 Okt, Isnin pun sampai Oktober, last2 saya tanya bila yang ada kosong? Hari ni dan 9/9 jer yang ada kosong. Hmmmm... nasib baik raya kat KL jer hehehe husband pun keje lg ari khamis tu. Jadinya boleh ajer :)

X sabar nak tengok aksi comel baby dalam perut ni. Selalu main tendang2 :) xpe ibu suka. Tendang lagi yer sayang.

Owh, saper yang berada di KL, Vision College memang murah sebab student jer yang scan RM90. Scan dalam 30minit-1jam. Dapat 1cd video dan 50keping gambar dalam CD tu (*_*) yey... leh buat show waktu raya. Tapi kalau twin, or baby bermasalah kene tutor yang scan RM200 dapat paper report skali. No tel: 03-7803 8300. Book cepat2 sebab memang fully book.

Sunday, August 15, 2010

Pekembangan 6 Bulan mengandung

Sekarang saya sudah terasa kehadiran baby dalam perut. Suka tendang dan mengeraskan badan. Sebenarnya dari bulan 4 lg dh terasa tendangan. Tapi waktu tu sakit, takut plak nk citer huhu. Rupanya member kata, baby xde lapisan lemak, ada tulang jer sebab tula sakit.
Sekarang dah x sakit lagi. Dah ada lemak jadinya ibu rasa macam massager pulak heheheeh.
Hmmm..... Seronok! Saya akan tersenyum setiap kali menikmati pergerakan baby. Selalu rasa sebelum tidur dan bangun tidur. oleh itu saya selalu bgun lewat sebab nak tunggu baby gerak hehehee

Tapi ada 2 hari, baby kurang gerak. Risau jugak. Saya minum air kelapa. Baru baby aktif hehehehe

Sekarang boleh rasa degupan jantung baby. Selalunya bila jantung sy berdegup cepat, jantung baby pun boleh rasa bila sentuh perut. Suami saya dah beberapa kali merasa tendangan baby :) masa nak naik flight hari tu, agaknya sebab saya agak takut, baby asyik tendang perut ajer. Owh, tak pun bila sy tidur mengiring dan peluk husband, baby akan tolak2 juga. Maybe dia tersepit kat tengah2. Jadinya baby x selesa.

Dan yang paling indah, suami sudah boleh mendengar bunyi degupan jantung baby dan air ketuban bila baby berenang :) Saya teringin nak beli alat dengar yg speaker tu. Selalu dengar waktu checkup jer. Nurse cam susah nk baca kadar degupan jantung. Sebab baby suka gerak2. Bunyi air ketuban jer heheheeh

Comel betul anak ibu.

Baby saya 6 Bulan


Your baby now weighs more than 600g. She is starting to fill the space in your uterus (womb). From crown to heel she could measure 30cm. Though your baby still has little body fat and her skin is thin and fragile, she's well-proportioned. Her brain is growing rapidly, tastebuds have fully developed, and her footprints and fingerprints are continuing to form. Inside her body, her lungs are developing branches of the respiratory tree as well as cells that produce surfactant. This substance will help her air sacs inflate once she reaches the outside world.


You may be noticing stretch marks on your belly, hips and breasts. These faint, red or brown streaks are known as striae. Whereas creams won't erase them, wearing a supportive bra may help prevent or minimise them on your breasts. *Saya pakai lotion dekat perut sahaja. Sekarang dah gatal2 dekat hips and breast. Tula, kedekut lotion lg huhu*

They are very common at this stage of the pregnancy – about 90 per cent of women get them. After you've given birth, the reddish or brown pigmentation in the stretch marks gradually fades, and the streaks become lighter than the surrounding skin.

Also, your eyes may be light-sensitive and may feel gritty and dry. This is a perfectly normal pregnancy niggle known as dry eye syndrome. Try to rest your eyes as much as possible, and keep them clean with cotton wool and warm water.

A healthy diet is still important at this stage of pregnancy, so visit our eating well section for weeks 25 to 28.

Note: Every baby develops differently. This page is designed to give a general idea of how a fetus grows in the uterus.

Thursday, August 12, 2010

Wajah baby ku

Sementara menunggu punch kad. Update blog dulu hehehe
Saya dah tukar background desktop. Cantik x?
Ada member saya, muka baby dia mcm mat salleh. Dia kata tengokla gamba baby yg kita suka selalu. Jadinya saya mencari gamba baby yang comel hehehhe
Mesti anak ibu comel kan :)