Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Breastpump. Show all posts
Showing posts with label Breastpump. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Tertinggal BPump di office

Huhu... Jumaat lepas, x tau macam mana, leh tertinggal pump ameda di office. Pump je yg tertinggal, yang lain ada balik huhu
Terpaksala guna manual nyer pump.
Namun hasilnya tidak mengecewakan
Siapa kata pam mahal = susu banyak???
itu tidak benar sama sekali.
Semua pam tidak mempengaruhi jumlah susu, tetapi perasaan dan pemikiran ibu yang mempengaruhi jumlah susu. Sebab tula mindset ibu penting.
Mula2 memang stress, yerla saya kan pengepam tegar. Jenuhla nak mengepam guna tangan huhu
hari sabtu memang x banyak sgt dapat sebab stress ("*_*)
Apabila melihat kekurangan susu, terpaksa menerima takdir, cuba menyesuaikan diri dan barulah dapat 11Oz susu. Nanti kita share ek, cara membahagiakan diri ketika mengepam susu :)

Thursday, March 10, 2011

Apa kata pakar Laktasi

Tambahan untuk entry ni http://nana-sweetangel.blogspot.com/2011/03/adakah-perlu-breastpump.html

Sumber dari surat khabar kosmo : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.


Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.

“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.


Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.

“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.



Kelebihan susu badan

Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.

Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.

Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.

“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.

“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.

“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.

Tuesday, March 8, 2011

Mitos Penyusuan Susu Ibu

Pada satu hari, ada seorang ibu berpantang didatangani Mak cik Senah (bukan nama sebenar). Ibu tersebut berpantang di kampung mertua. Mak cik Senah itu adalah salah seorang orang kampung yang baik budi menziarahi ibu yang baru menerima cahaya mata ini. Perbualan nya berbunyi begini.

Senah: Laaa... kecik nya baby kamu ni.
Ibu: Hehe... tula, saya ni besar orangnya, tapi anak kecik jer lahir hehehe
Senah: Xpela kecik, janji selamat dan sihat kan. Bagi susu tin banyak2, cepatla baby ni besar.Baby minum susu apa?
Ibu: Susu badan.
Senah: Dah ada susu ke? Biasanya anak sulung susu xde lagi. 2-3hari baru keluar susunya.
Ibu: Alhamdulilah dah ada susu badan.
Senah: Kamu buang x susu busuk tu dulu? Susu awal tu busuk kamu tau. Warnanya kuning macam pekat2. Picit2 dulu bagi keluar susu busuk tuh.
Ibu: Eh itu bukan busuk mak cik, itu namanya kolostrum. Susu awal yang sangat bagus untuk baby. Kaya dengan antibodi.
Senah: Ish... apa pulak kamu ni. Susu busuk tuh. Sakit anak kamu tu nanti.
Ibu: Owh ye ker...
Senah: Susu badan saja x cukup. Kamu kena tambah susu tin tuh. Kesian baby lapar. Nanti dia asyik nangis dan x tidur malam. Kamu juga yang susah.
Ibu: InsyaAllah, cukup kot susu badan saya mak cik. Perut baby kecik ajer. Nak sumbat banyak2 pecah pulak perut dia nanti hehehe
Senah: Isk kamu nih. Mana ada perut baby pecah. Kamu x boleh bagi susu badan jer. Bagi susu tin tuh baru la anak kamu cepat besar, pandai pulak tuh.
Ibu: Eh, mak cik nih. Lembu ni makan rumput jer mak cik. Xde protin, omega 3, karbohidrat, vitamin c,d,e,b complex macam2 lagi lah. Kalau bagi susu ibu semua ada.
Senah: Ala.. mak cik taula, mak cik dah ada 6 orang anak. Semua dah besar2. Semua sihat dan pandai ajer. Dapat masuk U dapat kerja kat bandar. Susu lembu tu jugak yang anak mak cik minum. Kamu bagi anak hisap dada xpela, tapi kalau kamu guna pam susu tuh cepat kering. X payahla kamu terikut dengan org zaman sekarang. Beli pam mahal2, tapi 2 bulan susu dah kering.
Ibu: Owh... ye ke. Tapi ada kawan saya, anak saya x hisap dada pun, dia pam ajer. Sekarang dah 1tahun 6bulan pun masih banyak lagi susu badannya. Tapi ada kawan saya tuh, dia x pam, dia bg anak hisap dada dan susu lembu. 1 bulan pun dah kering mak cik. Kesian anak dia.
Senah: Memangla, susu badan kita ni ikut keturunan jugak.
Ibu: ikut keturunan? tadi mak cik kata kalau pam susu yg cepat kering?
Senah: Kamu nih, susah benar nak paham. Kawan kamu yang pam banyak susu tuh, mesti mak dia pun jenis banyak susu. Tapi kawan kamu yang cepat kering susu tuh, tu maknanya keturunan dia tetek kecik la. Susu x banyak.
Ibu: Owh... ye ke.
Senah: Kamu ni nanti kerja kan? Kamu kena ajar dia minum susu tin. Nanti payah nak kerja. Baby x mau minum susu lain. Pastu asyik nak duduk dengan kamu jer. Macam mana kamu nak bg org lain jaga.
Ibu: Owh xpe, saya boleh pam susu. Susu tu masuk peti ais. Nanti pengasuh tu tinggal panaskan susu jer. Nanti sebulan masuk kerja saya akan ajar baby minum susu botol pada tangan orang lain.
Senah: Isk boleh ke masuk peti ais tuh? Tak basi ke? Sakit perut anak kamu ni. Kecik2 nak bagi susu basi.
Ibu: ala mak cik ni, susu lembu tu lagila. Berminggu-minggu duduk dalam peti. Kalau yang susu tepung tuh lagila, berbulan-bulan dah susu nya. Baik bagi susu ibu. lagi terjamin.
Senah: kamu kena bagi air masak kat baby. takut nanti baby berak keras. Lgpun air masak ni leh cuci mulut.
Ibu: Isk makcik ni, bahaya bagi air masak. Takut air masak tu tercemar nnt baby leh infected. Biasa taik keras tuh sebab susu tin. Susu ibu ni mudah hadam. InsyaAllah, xde masalah perutnya. Susu ibu ni bersih mak cik, xpayah nak cuci mulut pun.
Senah: Macam-macamla kamu nih. Mak cik balik dulu la yer.

Ini adalah cerita rekaan semata-mata :)
Tapi kebiasaannya inilah ayat2 tetamu yang datang melawat kita. sentiasa memberi mitos yang berdasarkan pengalaman masing-masing. Jadi, ibu2 sila jangan terpengaruh dan percaya dengan cerita-cerita ini. Pastikan anda telah mencari ilmu yang banyak untuk kita membuang jumud diminda. Susu lembu ni hanya sebagai alternatif, susu ibu yang terbaik. Jangan percaya orang-orang seperti ini.

Sunday, March 6, 2011

Adakah perlu Breastpump?

Memandangkan ramai member sy yg dah mengandung. Jadinya ramai yg bertanyakan pasal Breastpump (BP). Breastpump ni ada banyak jenis. Ada mahal dan ada yg murah. Yang mana yg bagus?
Ni soalan biasa masa kita pikir nk beli BP. Saya dulu pun banyak pikir nk beli yg mana satu huhu
So sekarang saya ada pengalaman sikit. Ini adalah jawapan utk pertanyaan biasa sebelum membeli BP.

1) Perlu ke saya beli pump?
Sekiranya anda adalah ibu yang bekerja. Adalah wajib membeli BP. Namu sekiranya anda suri rumah sepenuh masa, boleh mengamalkan teknik perahan marmet (guna tangan) maka x perlu lah beli BP.

2) Apa kegunaan penting BP yang mermerlukan saya beli BP?
leh rujuk : http://www.kellymom.com/bf/pumping/is-pump-necessary.html
a. Engorgement - Bengkak susu selalunya terjadi pada awal2 penghasilan susu. Sewaktu bengkak susu ini, susu akan mengalir laju sehingga ada setengah baby tersedak kerana x sempat menelan kuantiti susu yg laju dan banyak. Bengkak susu juga menyebabkan puting B menjadi leper menyebabkan baby susah nk menggigit nipple. Oleh itu, ibu yang mengalami bengakak susu perlu mengepam susu terlebih dahulu supaya kadar pengeluaran susu menjadi perlahan.

b. Time alone for mom - Baby menghisap susu lama. Kadang2 sambil hisap dia akan tertidur sedangkan dia minum susu sikit jer baru. Jadinya ibu akan memegang baby waktu yang lama sehingga 1 jam. kalau masa tgh cuti bolehla, nak pegang lelama. Tapi bila kita dah kerja dan perlu buat kerja rumah. Takkan nk gendong lelama kan.

c. Separation of mom & baby- Ibu yang bekerja atau berkursus perlu berpisah dengan anaknya. Ataupun jika baby ditahan di hospital manakala ibu dirumah pun akan berpisah juga. Jadinya breast perlu dikosongkan maka pam susu jika baby x menghisap.

d. Mom is sick/needs surgery/etc - Ada ibu bersalin yang trauma dan sakit sesangat. Oleh itu, masih perlu mengepam susu.

e. Baby cannot or will not nurse - Ada baby yang kurang pandai menghisap. Atau ibu yang tidak mendapat sokongan untuk BF kan anaknya. Jadi anda boleh mengepam susu dan bagi anak anda menghisap susu anda dalam kaedah lain. Ada juga baby yang minum sikit sahaja, sedangkan B ibu masih ada banyak lagi susu. Jadinya ibu perlu mengepam habis susunya utk memastikan B telah dikosongkan.

3) Apakah Kesan jika saya tidak mengepam susu / mengosongkan B?
a. Ibu boleh demam/sawan  akibat bengkak susu yang lama - (Ada kawan kepada kawan demam sampai masuk hospital.) Cara paling berkesan untuk menghilangkan bengkak susu adalah dengan mengosongkan B.

b. Susu ibu akan cepat kering. Pernah x dengar orang kata, "Jangan pam susu nanti susu kering". Okey, SILA JANGAN DENGAR CAKAP ORANG-ORANG SEPERTI ITU. Sebenarnya lagi cepat B kita kosong, lg banyak susu dihasilkan. Penghasilan susu adalah bergantung kepada supply & demand. Lg banyak susu digunakan, lebih banyak susu dihasilkan. Buktinya... saya sendiri sudah hampir 4 bulan, masih lagi banyak susu, masih lagi bengkak susu dan masih lg meleleh. Oleh itu, anda perlu rajin mengepam susu untuk mengelakkan susu kering.

c. Susu berdarah. Tidak banyak orang yang susu berdarah ni. Tapi saya pernah. Nak tau sebab apa? sebab saya skip 3kali sesi mengepam waktu malam. Taubat lepas tu saya tidak ponteng sesi mengepam. Takuuuuttt. Jangan anda takut, tak sakit langsung. Kakak saya kata " Susu kalau x pam jadi darah, darah kalau x pam jadi nanah, nanah kalau x pam masuk hospital sebab kena infection"


4) Bila perlu saya mengepam.
a. Waktu saya mengandung dulu saya dah ada susu waktu bulan ke-6. Saya teringin nak mengepam susu. Tapi takut. Sebenarnya dah boleh pam susu waktu mengandung!!! jangan risau yer kawan2. Lebih2 lagi anda yang 7 bulan masih tidak keluar susu, haruslah mengepam dengan suction yang perlahan untuk meransang puting lalu menghasilkan susu. Ini dapat mengelakkan masalah tidak keluar susu pada hari anak anada dilahirkan. Amat penting anda meransang susu kerana hari beranak itu amat memenatkan dan sangat stress jika tidak keluar susu.

b. Hari pertama kelahiran bayi anda, anda sudah boleh mengepam susu. Sebenarnya, pam susu boleh menambahkan penghasilan susu. Oleh itu jika anda risau susu anda xde, anda boleh mengepam susu walaupun susu tidak keluar. Ini kerana penghasilan susu adalah bergantung pada supply n demand. (Saya juga mengepam pada hari saya beranak)

c. Pam selepas menyusukan bayi. Mungkin anda rasa B anda dah kosong. Tapi xde salahnya kalau anda mengepam selepas baby menghisap B anda. Bukan sahaja memastikan B anda kosong, malah membantu menghasilkan lebih banyak susu. Kerana otak akan pikir "Eh, susu x cukup lagi. Tapi B dah kosong. Jadi otak akan menghantar mesej pada hormon badan - Kena hasilkan susu lebih banyak"

d. Apabila berasingan dengan bayi, anda perlu pastikan anda mengepam lebih kurang 3 jam sekali. Ini adalah untuk mengosongkan B dan mengelakkan susu anda kering. Be punctual okey!jangan ponteng2. Nanti susu merundum.

5) Faktor pemilihan jenis pump?
leh rujuk : http://www.leron-line.com/updates/Pumps.pdf

Jenis2 pam:
Hospital grade electric breast pumps


Personal use breast pumps

Battery operated and small electric breast pumps

Manually operated pumps
 
Pilihan ibu2 sekarang sudah tentulah Medela Free Style. Anda boleh mengepam susu sambil buat kerja rumah, memandu dan lain2. Tapi tulah, mahal sangat huhu.... Kalau dimalaysia RM1600.
Untuk kita yang kurang mampu ni bolehla beli yang lain. Tapi sila timbangkan faktor pemilihan ini yer

a. The frequency the mother will use it
Jika anda rasa anda mahu rajin mengepam anda perlukan pam jenis heavy duty.
Rajin pam 6-12kali sehari.: Heavy duty
Heavy duty biasanya paling mahal. Tapi agak lasak berbanding yang tidak heavy duty.

 Kurang rajin pam 3-6kali sehari : Personal use
Harga sederhana. Kuasa motor pump tidak heavy duty biasanya cepat rosak kalu banyak kali guna.

Pam bila terdesak sahaja 0-3kali sehari : Manual
Paling murah


b. How many months/years the mother anticipates using it
Kalau anda baru ada anak satu dan akan melahirkan lebih anak lagi, ada perlu beli yang mahal dan heavy duty. Tidak rugi melabur duit utk pam ni. Memandangkan anda akan guna dalam tempoh yang lama, jadi anda kena cari yang tahan lasak.

Kalau anda rasa macam 1pam utk 1 anak leh guna yang biasa tidak heavy duty dan murah. Atau pun anda target nak susukan anak 3bulan sahaja.

c. If the mother needs to increase her milk supply by pumping
Kalau ada rasa macam B anda kecik atau anda keturunan yang sikit susu badan, jadi belilah BP yang heavy duty. sebabnya anda akan selalu mengepam untuk tambahkan susu badan. Jangan risau, mitos itu tidak benar. Tiada istilah B kecik n keturunan sikit susu nih. JANGAN PERCAYA CAKAP ORANG-ORANG SEPERTI INI. Yang penting, D.U.I.T -Doa, Ilmu, Usaha dan tawakal.

d.The financial resources of the family
Janganlah anda fikir BP yang mahal lagi banyak susu. Tidak... itu tidak benar.
Penghasilan susu anda tidak bergantung jenis pam yang anda guna. Cuma lg selesa BP yang anda gunakan mungkin mempengaruhi jumlah susu anda. Yelah, kalu guna yang murah kan sakit, bila sakit ibu stress, bila ibu stress susu sikit. Jadinya pilihlah BP yang sesuai dengan budget anda. Tapi janganlah kedekut sangat...

e. Keselesaan mengepam.
Biasanya pam murah tidak berapa selesa digunakan. Kerana suction yang sakit, corong pam tidak selesa, cara guna pam yang susah.
-Ease of use.
-Ease of cleaning.
-Ease of assembly, the number and complexity of parts to assemble
-Automatic or manual suction - release cycle
-Instructions accompanying the pump
-Size and fit of the breast flange
-Range of suction obtained
-Comfort of the mother
-Ability of the pump to stimulate hormonal levels
-Versatility of power source (battery, electric and cigarette lighter adapter)

6. Bila waktu yang sesuai untuk sy beli BP?
Kebiasaannya, BP ada warranty selama setahun. Kalau beli awal tp x guna rugila warranty tu kan. Kandungan 7bulan adalah sudai sesuai untuk dibeli. Saya beli BP waktu mengandung 8bulan. Kalau boleh jgnla beli selepas beranak. Sebab kita x tahu baby kita lahir mcamana. Kalau kena kuning, admit hospital kita perlu pam susu awal sebab ubat terbaik utk penyakit kuning adalah susu ibu.
Dan yang paling penting jangan suruh husband belikan. sebabnya si suami sudah pasti main ambik jer yg dia jumpa kt kedai x pun dia akan pilih yg paling murah.

Thursday, March 3, 2011

My breastfeeding journey

Letak gambar jer dulu. nanti citer

Peralatan mengepam susu

My 2nd day Colostrum

my 7 day breastmilk

My 2nd week Breastmilk

Akibat skip sesi mengepam. Susu menjadi bandung

Sunday, January 23, 2011

Review Ameda Breastpump

Saya nak komen mengenai Ameda Breastpump yg sy beli dulu dalam entry Breastpump Ameda.
Saya mula mengepam pada saat Yusuf baru lahir. Hahahaah
Macam x cayer jer kan. Saya bersalin di hospital Gov. Selepas beranak, kita berpeluang utk Breastfeed kan baby lebih kurang sejam selepas beranak. Mula2 mmg nurse tlg, lepas tu dia tinggalkan kita. Almaklumla, saya baru pas branak, perut mmg kosong giler setelah Poo poo dan muntah banyak kali. Pastu dah meneran baby bagai nak mati. Mana larat nk blajar bF segala. 3 kali panggil nurse utk tlg BF, Last2 nurse tu kata guna pump ajer. Terasa sangat kebangangan nurse itu. Kolostrum ko ingat boleh pump ke??? dahla aku x reti hal2 BF ni. Tgh kepenatan tuh nk sruh pam. Memang x kuar apa lakan. Last2 fed up aku tido ajer.

Okey... ni dah tercerita entry lain. Nanti sy citer lebih lanjut. Hari ke-2 saya berjaya mengepam kolostrum. Sikit ajer, but enough for Yusuf.

Apa yang sy nak komen, Ameda BP ni mmg best.

1. Sangat Heavy duty. saya mengepam hampir setiap jam memandangkan semangat Susu ibu walaupun tidak berjaya direct BF. Wohooho terasa diri ini seperti lembu or kilang susu. Cuma awal2 tu mmg kurang berjaya. Sebab susu x banyak lagi. Tapi jgn riso susu ibu mmg cukup utk baby. Perut baby kecik ajer

2. bunyinya x bising. Malam2 saya selalu mengepam. Bunyinya ada tp x la bising sampai annoying. My baby n husband still leh tido dgn nyenyaknya

3. Susu x masuk balik dalam tiub. Uniknya Ameda ni dia punya corong pam ada diaphagram yang akan menutup lubang tiub udara. Yelakan, kalu pam mlm2, macam2 jadinya. susu tumpah, pam terbalik haih

4. Ringan. Sekarang dah kerja, pam itu memang ringan. xdela sakit bahu nak membawanya.

5. Ada penetapan cycle. Bila susu keluar, kan ada let down reflex. So bila tgh LDR ni kita set kan  cycle yg panjang sket jer. Maksudnya kepanjangan sedutan itu. Srot...srot...srot.. waktu biasa. sroooooot....srooooot....srooooot... waktu LDR.

Cuma kelemahannya adalah: tangan kene pegang pump. huhu memg x larat pegang waktu tengah mamai. Patutnya buatla pump yang sambil tido pun leh mengepam. Kalu leh dalam posisi baring heheheh

Untuk yang manual Ameda BP pulak.
1. Sangat mudah dibawa. Kecik ajer pam nyer
2. Sangat mudah caranya. xde wayar berselirat. X yah nk cari plug. kat mana2 pun leh pam


So kalu sapa yg tanya saya ok x Ameda BP ni? sila baca di atas hahaha

Wednesday, November 10, 2010

Akhirnya dapat package dr UK

Ingat tak bulan lepas sy ada order Breastpump Ameda online dari UK. 10 hari kemudian saya terima breastpumpnyer, tapi satu package lg for my extra bottle utk manual pump x dpt lg. So hari ni, akhirnya baru terima 2nd package tersebut. Alhamdulilah. Ingatkan dah lesap huhu

Actually mmg lesap kot, saya anta emil pada Richard Cassidy kata x terima lg 2nd package, then dia kata sebab airmail ada insuran, so dia pos lg 1 package.  Jadinya memang berisiko jugakler kalau kita beli melalui online nih, tapi jgnla riso, sebab kalau well registered company, InsyaAllah pengurusannya boleh bantu jika ada masalah.

Tuesday, November 2, 2010

Breastfeeding for first time mum

Semalam dapat tips drpd mmbr yg maknya peer lactacy counselor (betul ke ejaannya??)
2 weeks b4 due date, elok utk guna breastpump utk ransang pengeluaran susu. Tapi guna suction yg paling slow and pump sikit2 jer. Bukan niat utk pump susu, tapi untuk ransang susu sahaja. Bila dah ada susu keluar sikit trus brenti pump. Jadinya bila baby lahir nnt, dapatla elakkan masalah susu xde.

1 lg tips dari pn farah (Sarakids) kalau kita kt hospital, baby akan diletakkan sebelah kita. Adalah elok kita tahu signal baby nak isap susu sbelum baby menangis.

"antara tanda bayi dah mula ready utk susu: dia nganga (o shape), tercari2 puting, hisap jari, hisap bibir, keluarkan lidah, menguap atau tanda yang lain. maka, inilah waktu terbaik utk susukan bayi dan jgn tunggu dia menangis baru nak susukan  menangis adalah tanda terakhir dia akan beri bila semua feeding cues nya tak dihiraukan "

Sunday, October 17, 2010

Test BP

Semalam saya dah try guna Breastpump Ameda. Saje nk tgk cara guna. Kot2 emergency kene pkai trus masa kt hospital. Bila test memang kuar susu, tapi sakit sebab x perasan suctionnya berada di level paling kuat. Adeh.... Terus rasa mcm bengkak. Nasib baik try sebelah ajer. Pastu sbelah lg try guna yg manual pump. Buat slow2 jer, susu keluar. Terus stop n rasa macam bengkak jugak. 30minit jugakla nak hilang rasa berdenyut2 tu. Pastu pk mcm sakit jer nk breastfeed ni huhu..... kuatkan semangat!!!!

Husband kata, mungkin sebab 1st time kot. Susu tu mcm susah nk kuar n lgpun x branak lg. So sy mcm forced susu utk kuar. Xpe, ibu simpan susu utk baby ek. Ibu saje try test BP jer.

X sabar nak BF baby :)

Wednesday, October 13, 2010

Breastpump Ameda

Okey hari tu saya ada tunjuk package bungkusan breastpump je kan... Sekarang baru nak cerita hehehe
Saya banyak survey harga2 breastpump. Dan saya bandingkan dan akhirnya tetap murah jika beli online dari UK. Okey, kalau range harga BP Ameda di Malaysia Rata-rata berharga RM700-RM800 untuk breastpump sahaja. Tapi kalau korang cek harga di sini http://www.pumps4mums.co.uk/ameda-lactaline-personal.htm harga nya lebih kurang RM398.00 dan jika di tambah kos pengangkutan RM123.00 totalnya baru sahaja RM521. saya rasa mungkin di Malaysia ini, cukai dan harga pemasaran di mark up. Tu yang lebih berbaloi beli dari oversea.


Oleh kerana saya rasa sangat perlu pump dlm kereta jadinya saya order Car adapter lebih kurang RM75 tapi kalau di Malaysia harganya adalah 2kali ganda RM140.



Kemudian saya beli juga spare valve berharga rm8 tapi kalau di Malaysia RM17.00 sepasang valve


Lepas tu pk, nak beli yang manual juga. Sebab kadang2 kalau g shoping or berjalan malas nk bawa pump. Jadinya saya beli  Manual Pump Handle Converter RM30 +- serta 1 botol extra untuk Manual pump ini berharga RM55.50 di Malaysia dijual RM80.00.


Total yang dicharge dalam kredit kad saya adalah RM730.00. Total Semua barang + Postage adalah British Pound 147.23 Lebih kurang RM 567 + RM157. Jadinya caj kad kredit sebanyak RM5.47

Mula2 kurang yakin nak beli barang online dari UK ni, jadinya saya hantar email. Dengan cepat, Syarikat online ni balas email saya:


Hi there,


Thank you for your enquiry.

We send equipment regularly to Malaysia/Singapore.

Shipping is via Registered Airmail.

The vast majority of orders take around 1-2 weeks to arrive, sometimes a little faster, occasionally a little longer.

Occasionally an order will exceed the 2kg limit for Airmail and will be shipped in two or more packages. They rarely arrive together!

Warranty is 12 months return to base.

We check over any equipment that we send overseas. Faults 'out-of-the-box' have never happened, faults after months of use can develop but are rare.

Our supplier in the UK has changed recently. They did not intend to stock the car adapter, however, they have ordered some for me and I will be getting those next month.

With kindest regards,

Richard.

Saya Buat order 29 Sept dan barang tiba 9 Oct lebih kurang 10hari. Saya dapat semua barang kecuali botol tambahan yang saya order utk manual BP. Memang ditulis dalam invois separate package. Tapi sekarang dah 14 Oct masih belum terima. Jadinya saya email tanya pasal bungkusan x dapat lg. Dia reply email:

Hi ,


The second package was definitely shipped correctly.

'International Signed For' Airmail gets priority handling in the UK over normal Airmail. Taking into account week-ends and connecting flights, it is not unusual for two packages to arrive a week or so apart.

Ultimately, we are responsible for ensuring that you receive your goods so you will not lose out, however, I would appreciate it if you allow a few morte days for the product to arrive.

Despite what you may read on the Internet, postal losses for correctly addressed items are extremely rare.

With kindest regards,

Richard.

Jadinya saya bertawakal menunggu botol tambahan itu. Tapi saya xdela risau sangatpun, sebab yang lain semua dah dapat. Yang penting Breastpump tukan. X sabar nak cuba breastpump. Boleh ker kita guna BP waktu pregnant? Simpan Kolestrum elok ke baby minum? Susu badan dah keluar dari 6bulan hari tu.

Baru terima 2nd Package pada 11 Nov 2010.








Friday, October 8, 2010

Package dari UK

Alhamdulilah, penantian hampir 2 minggu akhirnya tiba jua. Saya beli barang breastpump online dari UK. Harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Next week saya akan ceritakan pasal belian ini.

Tuesday, July 20, 2010

Sale Breast Pump

Medela Breast Pump yang makin murah
Rm1500 jer untk freestyle....
Murahkan. Tapi still saya x mampu nak beli huhu
Ya Allah, xde ke orang nak hadiahkan aku Breast Pump Medela FreeStyle ini??

Kalau berminat tengok Blog ni http://faheemwardrobe.blogspot.com/

Kalau nak beli Set Spectra 3 RM550 tengok kat Sini http://www.onebabyworld.com/index.php

Thursday, July 15, 2010

Impian Medela FS BP

Semalam tengok Blog http://letgoproduct.blogspot.com/

Murah gila akak ni jual Medela Freestyle Breast Pump. RM1640. tapi akan naik harga pada 1/8/10 jadi RM1670 still murah lagi kan. Akak ni siap buat kutu lg. 1 batch 6 org. Sorg bayar RM274 sebulan selama 6 bulan. Jadinya agak berbaloikan utk beli Medela FS ni. Akak ni niat dia utk tolong ibu2 menggalakkan Breastfeed. Sebab tu dia x ambik untung pun.



So semalam saje2la citer kat husband

Saya: Syg ada BP murah giler, akak ni memang jual x ambik untung pun
Husband: ........diam
Saya: Tula BP ni best, pakai bater rechargeable. Kecik jer. Senang nak bawa g mana2. Harga dia RM1640.
Husband: ........diam
Saya: emmmm.... nak x?
Husband: Owh patutla beria. rupanya dia nak
Saya: Bukan saya nak. Saya cerita jer..... :p
Husband: Awak ni, kita dahla banyak benda nak kene beli. Awak tu baru lagi nak try. Awak bandingkan macam kereta. Orang start pakai proton dulu, pastu baru boleh beli toyota. Ini awak terus nak BMW mana boleh.
Saya: Alaaa.......ayang cerita tapi sayang diam jer. Saje jela ayang tanya nak x.... kot2 syg bagi beli heheheheeh
Husband: x payah nak membazir... guna dulu yg Ameda tu. Okla tu x murah sgt, x mahal sgt. Nanti kita ada duit lebih kita belila yg mahal tu
Saya: Yer... ayang tau

Itula impian Medela FS BP saya....huhu
Pilihan No. 1


Pilihan No. 2


Pilihan No. 3. Tapi yang ni bukan untuk heavy duty. Jadinya x jadi pilihan kot. Tapi brand dia medela. Macam best jer hehehehe

Komen Breast Pump

Sumber http://www.malaysiabrides.com/forum/index.php?s=5866d49bf9d8f739d1b53a624458b7a9&showtopic=13856&st=30

Spectra 3 BP : Plus points: Easy to assemble. Can be used with Avent wide neck bottles .Just use the Spectra Wide neck converter. Price is cheaper than Ameda. Bad point :Motor pump is bigger & heavier than Ameda. Minimal noice compared to Medela that does sound like mesin potong rumput.( True! ) . Since Spectra is an open system BP, milk can be flowed back to the motor pump. This is because there is no barrier inside the tube to block milk. Not only that, the tube that connects the motor pump to the breastshields MUST be dry all the time. The tube is really small.Not that easy and fast to air dry any water particles that is stucked inside the tube. Thus, for working moms who express at office, this is a hassle. The manufacturer has come up with a small clip to prevent this. But according to Sue, it's effectiveness is still unknown as they just have it recently instore for one month so far. Another thing, Spectra can't be used with batteries. So , need plug points at office all the time. But if expressing in car, can use the in-car-power-converter.


Spectra price is cheaper than Ameda. But when u add up all the service charges that u will pay in the future should milk/water get into the motor pump, then it's like u are paying for Ameda BP . The 1st 6 months from date of purchase : FOC service. But after that, it's about RM50-RM100 per service. Once milk/water gets into the motor pump, the noice will be a bit louder than before.

Ameda : Plus points: It's closed system BP. No milk can flow inside the motorpump during expressing or if u accidently drop the bottle during pumping. Less items to be clean after each milk express session. Motor pump is lighter than Spectra . U can use any bag to store all the BP items. Not like Spectra which is best to use the Mom's Precious Back pack. U can't unplugged the wire from the motor pump. Thus, u need a special bag that have speciall hole behind( near the handles of back pack) to connect it to the plug power point. For working mom, time is precious. How easy & fast when we don't need to take out the motor pump from the back pack. Motor pump's noise is so minimal. Can use the Spectra wide neck converter if moms want to pump into Avent via cups/bottles. Can use batteries if there is no power supply.

With Ameda pump, not only I am able to stock up two freezers full of EBM, I also manage to supply 2 X 5oz bottles to my 5 years old child.

Ameda& Spectra bad points: Can't express milk directly into milk storage bags.

Good bargains currently ongoing at these websites : www.thelilcaliph Best & cheap package for Spectra 3 . U can get it for RM400 to RM550. They're having pre anniversary sale only for April 2009. Not much stock left.

www.enjoybreastfeed.com Spectra 3 RM312.80( i checked it last week). This website offers the lowest prices for all breast pumps & accessories. Ameda is only RM709.20( have special redeem) . This is the only website that sell the lowest price for Ameda lactaline BP.

Just a note : I'm a pro breastfeeding mommy. Managed to feed my eldest who will be 4 years old this year on breastmilk for 2 years. My 1st breast pump is the Avent manual single pump. I'm due for my 2nd child delivery this August 2009. That's explain on my quest for my 2nd breast pump. Will be getting for electric double pump as I'm a working mommy. I don't need to use PISA breast pump as I don't have to go outstation oftenly. I tried the Ameda when I went to momslittleones' shop.

Another note : best to get a certified lactations advice on which BP is good and freindly on our precious breasts. BTW, Puan Rita the owner of Momslittleone is one a certified lactations

hope this will answer some of your doubts..