Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Honeymoon. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Review Hotel di Bukit Tinggi

Nama hotel: Colmar Tropicale Hotel
Harga weekend:Rm236 (boleh claim tiket masuk RM12)
FOC: makan buffet breakfast yang sedap
Bilik hotel: tidak berapa mewah perabotnya, tapi okla nyaman. Katil ada kelambu, bilik ada air cond dan kipas, Siap ada dapur, ruang tamu.
Tempat jalan: Sekejap jer round Kawasan nih, dua jam dah abis pusing. Jadinya korang x yahla tdo hotel, datang balik ari jer pun dh ckup. Tapi kalu nk g naik kuda, japanese garden tuh, better duk hotel. lehla lepak lama2.
Restoran: Baik bungkus MCD ke KFC. Mahal sungguh makanannya. Makan 2 org dah RM700


Puding rotinya paling best.

Pemandangan dari bilik hotel

HAPPY 1ST ANNIVERSARY

Pada Sabtu yang lalu yakni 26 Feb, kami telah meraikan hari penyatuan cinta kami hehehe
mahu ungkap ayat berbunga sehingga telah demam cinta pada ahad, isnin n selasa. Semalam dh berjangkit demam kepada husband sudah.
Umpama honeymoon, kitaorg ke kawasan ala2 France. hahaha
Pergi Bukit Tinggi ajer. Xde duitla nk g oversea hhuhuhu
Layan gambar jela ek. Nanti muntah pula baca sy bermadah pujangga disini




Sayang... I LOVE U SOOOOOO MUCH


Monday, August 9, 2010

Honeymoon Langkawi Part 4


Lepas g Dataran Helang, Singgah kedai Coklat jap. Beli coklat nak mkn kat bilik.

Besar kan ChupaChups ni. Kalau makan 3 hari kot baru habis huhu

Malam tu kitaorg singgah pasar malam. Bungkus makanan makan kt bilik jer. Nak rehat jer malam tu sebab sangat penat.
Hari terakhir, Kami pergi ke pantai :) Best sangat.

Breakfast dulu. Ini muka bgun pagi x mandi terus keluar hahahahah
Mula2 berkayak selama 30minit. Huhuhu cita2 nak singgah ke Pulau di belakang itu. Penat giler berkayak. Sampai tapi bila nak ke pasir tu ada banyak batu2, huhu susah nk kayak. Jadinya x turun pun. Terus patah balik.
Lepas berkayak, naik banana Boat. Best tapi mcam nyaman ajer. Bila pusing baru cam thrill sket sebab rasa mcm nk terjatuh
Yang ni yang paling best. Jet ski. Mula2 husband bawak. Tapi husband takut nak bawa laju2 sebab takut saya tercampak. Jadinya bila nak balik saya bawa. Saya bawa laju2, saya kata kalau sayang jatuh nanti panggil ayang ek..... hahahaha
Pukul 12 tgh hari. Balik bilik packing barang check out dan pergi makan. Makan dekat dengan tempat beras terbakar. Xdela menarik pun. Beras itam ada dalam mangkuk. Ada jugak bazar baju kat situ, tapi cam sikit aje.
Perkara terakhir adalah memborong coklat untuk dibawa pulang. Sempat makan kepok n grg pisang n air kelapa kejap. Penat bershoping.

Jumlah harga dah x ingat sangatla. huhu tapi overall utk kayak RM15 30minit, banana boat rm 60 utk 2 orang, Jet ski, abang tu kata dia bg murah rm100 untuk 30minit. Murah ke???
Shoping coklat... huhu rm180

Jam 5ptg naik Flight pulang ke KL

Tamat sudah Honeymoon ku. Nantikan Honeymoon selepas berpantang pula :) Nak pergi dekat2 ajer kot. heheheh

Honeymoon di Langkawi Part 3

Rupanya saya x habiskan lg cerita honeymoon saya. Termasuk kat dalam draft ajer huhu
So saya Publish kan draft yang telah saya buat.


yeeyyyyyyyyy :)
Seronok citer pasal honeymoon.
Teringat saat2 romantis

okey ni sambungan petang hari kedua di Langkawi. Setelah pulang dari island hopping, kami makan di kedai berdekatan. Mahal jugak. kene dalam rm18. makan nasi lauk sayur n ikan bakar pastu air. Terus naik teksi dan berehat dihotel.

Lebih kurang pukul 3ptg, kami keluar nak pusing2 Langkawi. Singgah ke Makam Mahsuri.

Kemudian on d y ke pekan kuah, singgah kat Air terjun. Tapi x larat nak naik tangga jadinga, jalan kat sungai kecik ajer
Lebih kurang pukul 5 petang, kami tiba di Datarang Helang. Angin memang kuat. Topi asyik nak terbang ajer.
Waktu ni warna langit sangat cantik. Saya ada tlg tangkap gambar org cina yg guna DSLR. Perghhh memang sangat cantik biru awan itu
Gambar ni senget sket, tapi bolehla menonjolkan biru awan itu
Seronok sangat bergambar sebagai laki bini. Sampai suami dah x larat nak layan saya hahaha. Saya memang suka tangkap gambar :)
Romantik kan gambar ni. Hehehe

Sambung entry lain pulak utk hari terakhir di Langkawi...

Thursday, May 20, 2010

Honeymoon di Langkawi Part 2

Sebenarnya ada kerja kene buat.... tp huhu x de feel la. xpe nanti saya akan siapkan.

Nak sambung cerita honeymoon, hehehe

posing dalam taxi

Pagi itu, perlu berkumpul di depan Aquaria untuk Island hopping. Malangnya, enjin kete wira yg disewa itu tidak mahu start. kalau idup pun baru rivers sket dh mati. setelah berkali-kali gagal, ktorg pun kol owner. Tapi owner tu kata dlm 2 jam dia dtg. Disebabkan takut terlepas island hopping ktorg pun naik teksi. Hotel kitaorg dekat ngan airport, jauh nk ke aquaria tu. kene RM18.00 huhu mahal tul. So nasihat saya, sila cari hotel dekat dengan pantai ...... x ingt plak namanya huhu.


sementara tunggu island hopping

org island hopping ni bawa van, sape yg ada kete leh bawa kete ke jeti. Org xde kete mcm kami kene naik van penuh giler. sepatutnya 7 org 1 van kan, ini 9 org. huhu geram kete rosak. jadinya pg itu ada pergaduhan sikit antara saya dan suami huhu. tengok, muka suami sy masam.



Island hopping ni best, tp xde snorkeling. naik bot kecik muat 8 org jer. mula2 singgah di tasik dayang bunting. Tengok suami sy masih masam *haih*


yeah :) suami saya sudah tersenyum. nampak x baju kami basah?? orang kata kalau mandi kat tasik ni senang nk bunting, x taula betul ke tak kan. Tapi memang dh bunting pelamin nih hehehehe. Kitaorg x salin baju pun. Naik bot basah2. Nanti nak mandi lg kat tepi pantai. hehehe


waktu ini dah bahagia :) hehehe

pastu menuju ke kawasan helang. Banyak helang kat situ. Membuat aksi meluncur atas air. Besar2 helang ini. ada video tapi x muat nk upload. kemudian menuju ke Pulau Beras Basah.


ada beras basah ke? x taula pulak. huhu
tapi pantainya memang cantik.






Haha.... muak x tengok gambar kitaorg??? ada banyak lg gambar. tapi x kan nak upload semua. Kalau artis nak ler org tengok kan.  Sampai dekat jeti dalam pukul 1 tengahari. Sekejap jer island hopping ni. tapi penat gler. Sesiapa ke Langkawi wajib ambik aktiviti ini.  Berbaloi dengan harga yang murah.

Okey.... nanti kita sambung lagi ek. dah penat menaip.

Tuesday, May 18, 2010

Honeymoon di Langkawi

Honeymoon ni agak last minit baru booking. Pada mulanya saya dah booking ke Phuket. Memandangkan after 2 months kawin, jadinya mestila bahang pengantin baru tu dah kurang. Betul Tak???? hehehe
Jadinya saya terus book flight dan hotel ke Langkawi pada 2 Mac- 4 Mac tanpa tanya tunang saya yg kini sudah suami saya. hehehehe
Dia Marah ke? Mestila tak marah sebab saya yg belanja transport n hotel. Tapi dia marah sebab kene belanja saya sewaktu dilangkawi. Muahahaha



Tengok gambar di atas, saya yang beria menggatal. Takpe sebab waktu honeymoon ni bendera merah hehehehe jadinya tiada first night di Langkawi hehehe. Memang enjoy selaku anak dara lagi. Setiba di airport Langkawi berderet travel agency kat depan pintu. Waktu tu bukan musim bercuti, jadinya orang x rmai. Semua offer murah. Kitaorg ambik berkat stall pertama belah kiri. Sewe kete wira lama RM 140.00 selama 3hari 2 mlm. Memang murah sebabnya biasa itu adalah harga 1hari utk hari weekend. Terus book Island Hopping seorang RM35.

Bawa kete ke pekan Kuah pergi mencari kamera baru. Kamera saya rosak pada hari perkahwinan huhu sangat menyedihkan. So survey di Langkawi, Mahal okey. Kata duty free????
Nyesal x bli kt KL dulu. Bli kamera semestinya NIKON RM699 dengan mmry card upgrade 8G RM100.
Sempat jgak bli coklat untuk makan dalam bilik. On d y blk hotel singgah makan nasi dlu dekat festival mall kot. x igt nama shopping complex tu. Owh juga beli slipa pantai RM16.00 warna Pink hehe. Pastu Check in Hotel jam3.00 petang.


Aktiviti pertama adalah Aquarium besar hehehe.... Seronok tengok hidupan laut. Peguin di atas tertarik dengan Inai merah saya. Dia ikut je jari saya memainkan peguin itu hehehe. Pelawat yang lain nk tiru, tapi xde peguin pun yg datang *Bangga*. Balik tu beli air dalam buah kelapa dan grg pisang. Balik makan dekat hotel. Waktu senja keluar ke pantai konon nak tengok matahari terbenam. Tapi keluar lambat, so dah terbenam, x sempat nak tengok *haih*

Pastu pergi makan kat kedai berdekatan. Hm.... mahal tp xde la sedap sangat pun. Salah pilih kedai huhu. Lenkali kene survey dulu restoran yang murah dan sedap. Pas makan lg sekali singgah pantai. saje beromen hahaha


  On the way balik ke hotel singgah supermarket kat tepi jalan beli air dan topi pink hehehe.

Okeyla. Nanti bersambung lg aktiviti esoknya okey :)

Wednesday, May 12, 2010

Last Entry for Phuket

Pulang dari Phi-Phi Island, kami mandi dan bersiap untuk keluar makan. Tengok kat tempat dekat sini ada kedai halal, tapi lebih pada Indian Food, Iran, Dubai dll. Mestila harganya pun mahal kan. Sy dah survey Blog Org sebelum ni. Ada restoran Kusuma Thai-Malaysia Food. Tapi bila tanya Orang, semua x tau dekat mana. Nyesal x cari map. So Driver Tuk-Tuk kata dia tau kedai Muslim, dekat dengan masjid. 200 baht, huhu mana cukup duit tinggal 600 baht. Mintak kurang dpt 100baht.
Sampai kedai tu, rupanya Cina Islam. hmmm... masakannya rasa cam Cina sketla. Tapi still ada asli Thailand. Kitaorg order Nasi putih 2, Tom yam seafood, Udang goreng cili dan telur dadar. Jumlah ya 215 Baht. Murah jugakla kan.

Balik hotal, bergambar di tepi kolam.

Jom masuk bilik tido.

Pagi esoknya berjalan-jalan disekitar. Niat dihati nak ke junggleyon. Tempat shopping complex besar.... tapi... huhu ada masalah sikit pagi itu. Jadinya kul 10 baru berjalan-jalan disekitar hotel. Kalau tengok kedai-kedai kat sini, banyak bangunan baru dan moden, sebab masa tsunami dulu, semua bangunan musnah. So, pelabur asing yang bangunkan perniagaan sini. Banyak kedai not Thailand kat sini. So confirm not Halal.


Tengok, patung Mcd tu cakap Sawadikap. Khap pun Khap.

Okey naik minibus dari hotel jam 11.30. Mahal giler. haraga sewa 1 van 700baht. ktorg terpaksa korek duit malaysia untuk tukar duit thailand. Owh saya ada beli blouse, utk pakai bila perut dh besar hehehe harganya 300baht. harga asal 750baht. Yeah, sila belajar menawar kalau nak melancong.
Flight pukul 1.30. jalan dekat airport, sempat beli coconut chips. Isi kelapa yang dipotong kecik2 dan di keringkan. 10 peket 230baht. Souvenier untuk officemate dan family. yg flight dibelakang itu adalah kapal terbang yang saya naik. Airasia, tiada delay. Murah dan selesa.*iklan pergi bercuti*

So, berapa jumlah Honeymoon ke Phuket?
RM 850 untuk tiket flight pergi balik, bilik hotel 3hr 2mlm dan tax.
RM680 untuk Fantasea + Buffet, dan Phi-Phi Island tour + Lunch Buffet serta tambang transport
RM 22 untuk selipa pantai
RM2 untuk Betik dan tembikai
RM20 utk Tuk-Tuk ke restoran mkn malam (pergi dan Balik)
RM21.50 Untuk makan malam direstoran cina muslim
Rm 30 untuk Blouse
RM70 untuk teksi ke airport
RM23 untuk coconut Chips
Jumlah semua adalah RM1718.50

Phi Phi Island

Hari kedua di Phuket :)
naik cruise, hampeh tul.. travel agency kata kapal besar... aku imagine cam best giler. rupanya cam feri ajer. pening kpala. patut ambik yg boat kecik jer. Nyesal tul ambik pakej ni, dhla mahal, x banyak tempat snorkeling plak tu... x pe nnt nk datang lg bawa emak.


nampak tak perut sy itu ?? sengaja dibuncitkan. padahal baru 2 bulan hehehe




gambar dlm cruise @ feri



Cruise ni brenti kat tengah laut, pastu leh terjun utk snorkeling. tengok dari atas je pun leh nampak terumbu karang. bila terjun, mmg dalam sbenarnya. Airnya sangat jernih, dan sangat masin. i terjun air masuk mata, memang pedih giler. masuk skejap jer. pastu dah naik. cam rasa rugi plak. Ikannya memang banyak. tp x jumpa nemo... huhu


Ini adalah PhiPhi island. Airnya sangat jernih.... pasirnya sangat lembut. berbeza dengan pulau langkawi. cuba tgk org yg jauh nun... dh ke tengah laut pun... air masih cetek. takat lutut jer... ktorg baring atas pasir jer sbb nk rendam dalam air.


ni ada kedai shoping. warna2 nya mmg ala-ala di pulau. meriah!!



Dah nak balik


Okay, saya dh jumpa nemo :) jom balik. 1jam stengah dlm feri huhu sempat tidor, penat gler

TO BE CONTINUED....