Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 1, 2010

Sebelum ke Hospital

Sebenarnya dah banyak kali nk try upload gambar Mohamad Hakim Yusuf. Tapi intenet di umah ini tersangatla lembap. Tunggu punya la lama berputar upload, last2 error. huhu.....
Tunggu ajerla bila saya kembali ke office nanti.

Okey, sebelum terlupa, nak cerita moment sebelum ke hospital.

11 nov (Khamis): Malam itu, x dapat tidur lena. Sudah mula rasa sakit macam senggugut. Memang contraction rasanya. Tapi x sakit sangat, so tahan ajerla.

12 nov (Jumaat): Ke office macam biasa. Breakfast. Still sakit contraction, bgtau officemate. Tapi officemate kata awal lagi. 3 minggu lagi due date 3 dis. Tengahari ke warehouse sogo sale, beli kuali, sebab pikir berpantang kena masak sendiri jadi harus ada kuali favourite. Masa kat warehouse x sakit, tapi bila lunch ngan husband rasa sakit sangat. balik office, malas nk siapkan kerja. Sebab pk ada 3 minggu lagi. Siapkan ari isnin, nnt xde keje plak, boring.  Malam tu tengok tv, cakap kat mak dah rasa sakit perut. Mak kata xkan beranak awalnya. Mak lepas due date baru branak. Okey, dalam hati x mustahil la mak kalu erberanak awal. Sabar2

13 nov (Sabtu): Pagi masak lauk n nasi, masih rasa sakit. Terpaksa rajin buat kerja umah sebab nak ilangkan rasa sakit. kemas bilik baby n kemas beg hospital. Sebab rasa macam dah nak beranak ajer. Petang tu tengok ada lendir merah. mandi basahkan rambut (Orang kata senang beranak) n semayang Asar. Rasa sakit yang amat. Hati dah mula gabra. Baca surah maryam n doa selusuh. Minum air solat hajat dari kampung mertua. Semayang Maghrib. Trun makan nasi n kari daging mak masak. Nasib baik pakai pad, tengah makan air ketuban kuar. Cakap kat husband, malam ni kalu dah rasa sakit sangat baru kita g hospital ek. Husband sruh g sekarang. Saya x nak sebab takut duk hosp lama2. Tambah 1 pinggan nasi lg sebab takut terberanak. Keluar lagi air ketuban. Cakap kat husband, nape x rasa sakit? xpe mlm ni saya kejut awak kalu sakit. Tapi bila bangun dari kerusi, rasa macam air paip  yang laju giler. Sayang kita kene g hospital jugak!!!
Sayang panik, dia cepat2 kemas beg dia n trus nk g hosp. Saya kata, awak naik smayang dulu, xper sy x sakit lg. Cewah tetiba cool n x panik langsusng :) masuk toilet nak gosok gigi, tapi husband dah simpan brus gigi n pencuci muka dlm beg hospital. Dia kata " X payahla gosok gigi, dah nak beranak kan?" huhu dlm hati saya" nanti mulut berbau huhu" Mak ketuk pintu, jom ke hospital. Jap nana tengah pikir nak pkai baju apa. Mak bising Allah, x payah melaram. Pakai baju mengandung tu, bawa kain batik 2 helai.  Kul 10 mlm, gerak ke Hospital Selayang

To be continued,