Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Baby Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Baby Yusuf. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Yusuf 6 month

Owh anak ayah ek


Dengan ibu x nak pandang kamera pun huhu

Saya macho man la ibu :)

Yusuf sudah 6 bulan. Berat x banyak pun 6.98kg
kira 7kilo la tuh
Setakat ni Yusuf dah teror berjalan dalam walker
Dah pandai tarik segala alas meja
Dah pandai tarik tisu
Dah pandai kemam mulut menolak ubat, makanan dan air
Suka menjerit kuat2 sambil melompat-lompat
Suka main tepuk n tendang air sampai basah tukang bg mandi dia
Tidak boleh dibiarkan sendirian sebab dah berguling-guling dan pandai menarik barang disekeliling.
Boleh duduk sekejap tapi kene sokong lagi. Harap 7 bulan nnt leh duduk sendiri yer en. Yusuf

Thursday, May 19, 2011

Yusuf kelik klate

Pada cuti wesak yang lalu, saya telah pulang ke kampung ayah di Kelantan untuk bertemu dengan nenek. Saya pakai baju ala2 nak ke pantai yang ibu beli di rantau panjang.


Saya suka isap jari kaki. Tapi sebab dah pakai kasut, ibu marah saya isap kasut ("*_*)

Ibu suruh saya bergaya dengan topi, tapi dalam kete tap panas la ibu. I don't like

Monday, May 9, 2011

Yusuf nak adik ke?




umur 5 bulan baca suratkhabar!

Sampai meleleh air liur baca suratkhabar

Kerut kening menandakan, sedang berfikir

jauhnya, x nampak nak baca

I have muscle arm

Lihatlah tangan ku yang berketul-ketul ini




Semuanya kerana Susu ibu



Saya juga menangis dengan suara yang kuat


Terima kasih ibu.
Selamat Hari Ibu :)

Tuesday, April 19, 2011

Yusuf dah 5 bulan

Yusuf Comel dan bersemangat :)
Seronoknya menjaga Yusuf.
Ibu sangat bertuah dapat Yusuf. Tak sangka sudah 5 bulan kita bersama.

Yusuf lulus ujian 6bulan. Nurse kata sebab Yusuf dah 5bulan 1 minggu mesti dah progress 6 bulan.
Mula2 buat ujian mata, pastu ujian bunyi, Ujian meniarap, ujian duduk apa lg ek?
Semua lulusla. Ibu geram jer nak ambik gambar Yusuf. Tapi cam segan la pulak dengan nurse2 kat situ huhu.

Sekarang ni, Yusuf dah boleh berguling-guling, dah boleh berjalan dalam walker, dah pandai main jari kaki, dah pandai menolak susu dulu kalu sumbat susu mesti hisap jer,  Sibuk nak main dah tak nak tidur sanggup tahan tidur tuh sampai sepet ajer matanya. Apa lagi ek?
Memang bestla Yusuf nih. Ibu cayang sangat... sangat... sangat

Berjalan di taman klcc

 Pada hari Ahad yang lepas, kami keluarga kecil telah berjalan-jalan ke Taman KLCC.
 Dulu ibu suka bawa Kak Puteri mandi sini. Sekarang ibu dah boleh bawa Yusuf mandi pula.
Sebenarnya perjalanan dari parking ke taman ini agak jauh. Yusuf dah tertidur dalam stroller.
 Oleh sebab itu kebanyakkan gambar Yusuf adalah gambar kerut kening sebab Yusuf tengah tahan mengantuk huhu


Waktu ni x mandikan Yusuf pun sebab Yusuf cam mengantuk jer. Karang menangis pulak dalam kolam tuh. Tapi tengok banyak juga baby mandi. Comel sangat... sangat.... sangat comel!!!

Friday, April 15, 2011

Kawan bernama Iqram

Iqram: Sedapnya gigit mainan ni
Yusuf: Eh ... ni mainan awakla

Yusuf: Janganla gigit mainan saya
Iqram: Saya pinjam kejap jer

Iqram: Dahla... x nak kawan.
Yusuf: Alamak... merajuk la pulak :)

Iqram comel

Yusuf ke kenduri


Ni first time ibu bawa Yusuf ke kenduri.
Sebelum ni Opah x bg bawa Yusuf keluar rumah.

Yusuf sibuk tengok pengantin, x nak tgk kamera pun huhu

Sibuk nak makan tangan

Makan tangan lagi


Yusuf ni memang bukan jenis fotogediks cam ibunya huhu

Tuesday, April 12, 2011

Massage baby


Dulu masa pergi ke kelas antenatal di KPJ Shah Alam, fasilitator ada ajar cara mengurut baby dan kepentingannya. Mula2 memang tak berani nak urut baby. Tapi penjaga pantang (Shadira) yang saya upah tu, ada mengurut baby. Bila saya tengok dia urut macam senang.

Tapi saya mula urut Yusuf sendiri waktu umur sebulan. Itupun lepas leher Yusuf macam dah keras sikit. Nasib baik kelas antenatal tu ada bg video cara mengurut baby hehee. Jadinya saya ikut jer video tu urut. Mula2 memang takut nak meniarapkan Yusuf, tapi bila Yusuf macam rilex jer meniarap saya pun dah x takut.

Minyak urut kalau boleh elakkan minyak yg bahaya, sebab kadang baby suka kemam jari or tangannya. Jadinya guna minyak zaitun safi tu ke, baby oil or apa2. Saya guna baby oil johson yang sleep time tu sebab nak bg baby tido lama sket hehehe

Sumber berita harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuasaurutan/Article/index_html
Kuasa urutan (Kalau dalam surat khabar ada gambar sekali)

2011/03/08

BAYI boleh mati akibat tidak menerima belaian dan sentuhan. Mungkin bunyinya keras, tetapi itulah hakikat kehidupan manusia yang memerlukan orang dewasa, terutama ibunya sendiri untuk menyusu atau memandikan. Belaian dan sentuhan bertindak bagaikan magis, membantu bayi untuk lebih bersemangat melalui tempoh tumbesarannya.

Dr Field mendapati sentuhan bagi bayi, sama penting seperti makan dan tidur. Ini kerana pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak dalam proses penyerapan zat makanan, seterusnya membantu penambahan berat badan lebih baik. Ia turut membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkatkan fungsi imuniti.


Kata Dr Zulkifli, urutan juga mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi, selain memperbaiki masalah tidur. Urutan dapat membantu bayi tidur lebih cepat dan kurang terjaga malam.

Dalam satu kajian membabitkan 72 bayi jaundis atau ‘penyakit kuning’ oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 2000 dan 2001, mendapati bayi yang diurut mengalami peningkatan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut. Keadaan itu dikaitkan dengan manfaat nutrisi lebih baik bagi bayi yang diurut.

Sunday, April 10, 2011

Yusuf ada car seat baru

Disebabkan baby carrier sudah tidak muat untuk Yusuf duduk, ibu dah beli carseat besar untuk yusuf.
Yusuf macam suka duduk dalam car seat baru :)
Lepas ni ibu dah x yah pegang Yusuf, bahaya kan, kalau terantuk ke eksiden ke huhu.