Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Review Gamogen Healin

Masa berpantang sy x mkn ikan haruan or gamat. Sebabnya...
Ada kawan sy, dekat bahagian jahitan tu, isinya tumbuh terlebih-lebih. Jadinya rasa sakit sangat bila duduk, jalan. Pergi jumpa doktor, doktor ckp jgn mkn gamat, ikan haruan n milo. horlick boleh. Tu yg buat sy takut tuh.

Tapi waktu sy nk buat pemeriksaan pap smear pd hari ke 46, nurse ckp, "jahitan kat bhgn dlm awak ni x baik lg. Mcm luka yg fresh lg. Memang ada stengah org cepat baik, tapi ada stengah org lambat baik. Xpe, nnt after 3 month kita buat pap smear"


Saya pun, sruh husband beli Gamogen Healin. Alhamdulilah, cepat sembuh. Tapi sy selang2 mkn. 1minggu mkn, 1 minggu x mkn.

Tau x kelebihan gamat???
Gamat ni, kalau kita potong dua, nanti dia boleh bercantum balik. Sebab tula org buat gamat jd ubat.

Review Set Bersalin NR

Saya ada beli set nih. Tapi x abis pkai pun huhu
Set ni sgt berguna utk org yg xde org nk tlg jaga.

1. Minyak herbanika
Minyak ni memang best. Sapu seluruh badan utk hilangkan lenguh dan menyegarkan pengaliran darah.

2. Krim barut.
Krim ni x best sebab x panas langsung. Lg best pkai pati halia mustajab yg hot giler tuh. 1st time pkai melompat2 kepanasan. tp after 3 day kulit dh imune x rasa pnas lg. Pkai yg panas ni gerenti cepat bakar lemak. Balut ngan bengkung kejap2, after 5hour, bengkung dah jd longgar. Hebat kan!!

3. Lulur mandian.
Lulur ni memang best. rasa licin jer kulit bila pkai.

4. Uncang herba cuci
Saya x pkai yg ni, sebab doktor kata jgn letak apa2 kt vagina. tapi boleh rendam air garam. Korang beli besen bulat besar (yg basuh baju dulu2) letak air panas, letak garam (cosway ada jual), pastu dok dlm besen tu. ni untuk cuci bawah tula.

5. Uncang teh herbanika
Memang berkesan utk tambah susu badan. Rasa pun best. Sedap.

6. Pil makan
Awal2 mkn 2biji sehari. Berak memang hancur (mcm minum teh org kg). X menyempat nk buka bengkung. Tapi perut sy x tahan. Jadinya mkn dlm seminggu jer. x abis pun pil tuh huhu

Pada saya, baik beli jenama murah pun ok jer. x yah beli set pun. beli mana yg perlu cukup.

Berpantang

Banyak sebenarnya nak taip pasal after delivery. Tapi ..... saya sbenanya malas nk menaip pepanjang. Saya lebih suka gambar2 hehehe. Nampak sgt perangai tidak suka membaca haahaha.
Okey, entry ni ditujukan utk exschoolmate saya yang sedang menghitung hari.
Untuk pengetahuan semua, walaupun saya tinggal dengan ibu saya, namun awal2 mak sy dh bg warning, mak kerja, cuti dah habis, mak x ingat pengalaman beranak 23tahun lalu, mak x tau nk cari segala bahan2 rempah..... Okey, fine mak. I note that. So saya pun upah Confinement Lady(CL) dari Kedai Shadira.

Harga nya adalah RM 900 seminggu. Saya ambik 2 minggu. Masa pendaftaran, kita akan dapat jadual kerja CL dari jam 8 pagi hingga 10mlm. Pastu bahan2 rempah yang perlu kita beli untuk mandian, dan makanan untuk berpantang.

Oleh kerana saya telah beranak 3minggu awal dari tarikh due date. Makanya suami saya ajak akak CL tu ke TESCO untuk membeli bahan2 yang diperlukan.

Ini adalah rutin harian berpantang saya selama 2 minggu.
8pagi:    Mandikan baby, sediakan herba mandian ibu, lulur(3hari sekali), infra red untuk keringkan     jahitan( leh guna hair dryer-org dulu bertangas) basuh baju ibu n anak, sediakan sarapan
9pagi:    bertungku besi selama 30min, berurut badan (3hari sekali), berbengkung
10.30pagi:     Minum n kudapan sikit untuk menambahkan susu badan
11pagi:         ibu tidur, CL masak makanan tengahari dan kemas umah sikit2.
1tghari:        makan tengahari, ibu tidur
4ptg:            Ibu minum petang
4.30ptg :      Mandikan baby, ibu mandi herba, infra-red, bertungku, berbengkung(optional-kalau selesa tidur mlm leh pakai)
6ptg:           Makan malam.

2hari terakhir jam 6ptg: bertangas arang rempah (memastikan ketulan darah keluar- besar tau ketulan tuh huhu)

Seingat saya beginilah rutin hariannya. Nampak mudah bukan????

Okey the reality is, u need to work the time with your baby. Baby ni rutin dia adalah tidur, minum susu, burp, kencing, berak, tidor. Untuk newborn baby, it is very important to breastfeed baby every two hours. Nak tau berapa lama direct breastfeed??? 15 minit each side. Even walaupun baby tidur kejutkan baby untuk minum susu. Ini adalah untuk memastikan baby tidak kene kuning.  penyakit kuning disebabkan hati baby yg x mahir lg berfungsi. Untuk mencuci birubulin yang ada dlm badan baby itu, baby perlu kencing dan berak selalu.

kejut baby:5min (baby tidur 20jam)
Breastfeed: 30min (Saya pump sebab x berjaya direct feed huhu)
Burp baby : 5min
Salin pampers: 2min (baby berak n kencing sokmo)
Tidurkan baby 2min (elakkan baby tidur dlm pelukan ibu sebab nnt dia asyik nk kene pegang ajer. terus letak atas baby crib)

Jadinya lebih kurang 45minit sebanyak 12 kali diselang selikan waktu berpantang ibu. Jadinya ibu berpantang itu sgt penat okey!!! Malam tido x pernah ckup. terpaksa curi2 tido bila baby tido.

Penjaga pantang sy ni bukan  jenis support BF. Sistem BF saya adalah ala2 komando. Setiap 2 jam 2 Oz susu sy kene pam. HAZAB SANGAT!!!!
Nasib baik semangat BF sy sangat kuat. So kepada bakal2 ibu... sila tuntut ilmu BF bebanyak, pastikan ada tukang paksa sruh direct feeding untuk elakkan bersusah payah mcm sy huhu.
Nanti sy cerita pengalaman BF saya ek.

Elakkan jamu-2 untuk 1bulan pertama sebab jamu panas, takut baby kene kuning, perut baby x tahan, Vitamin susu terganggu.
kalau nk kuruskan badan, Buat susu bebanyak, transferkan lemak u all tu pada baby ajer. Janganlah bazirkan lemak2 anda yg sgt bermanfaat utk tumbesaran baby

Tuesday, January 25, 2011

selepas berpantang

berat terakhir timbang masa pregnan adalah 76.5kg
Selepas berpantang dan mengepam susu dengan jayanya...

inilah hasilnya :)



agak2 leh kurus cam anak dara x??





Wednesday, November 10, 2010

Tungku Moden

Dah lama survey tungku moden ni / bantal panas. Tengok kat laman web kebanyakannya rm40 ke atas. Jalan2 pun banyak kedai jual RM50. Tapi tadi ke Medan Selera Jalan Duta.... jumpa murah jer yey. Saya beli yang ada magnet sekali dengan sarungnya RM35. Kalau yang xde magnet rm25 lg murah tp sbb akak tu kata kalau ada magnet lg elok so sy byrla rm35.


Balik terus caj, sekejap jer  sampai lampunya terpadam. Panas juga. Sarung biru ni boleh kurangkan kepanasannya. Harap2 berguna masa berpantang nanti. Mudah dan senang.