Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, March 31, 2011

Baiki kesalahan diri :)

Lesson learned, choosing the right word is very important.

SAYA BETUL-BETUL MINTA MAAF

Sekali lagi saya mohon maaf pada semua. Betul. Saya betul-betul minta maaf. Sejujur-jujurnya saya memang tidak bermaksud menghina sesiapa. Memang tiada niat di hati ingin memperlekehkan rezeki setiap ibu. Niat saya hanya satu, hanya ingin berkongsi pengalaman dan cuba sedaya upaya memberi perangsang dan sokongan. Maaf sekali lagi andai tujuan saya menguris hati sesiapa yang membacanya. Tidak ada sedikit pun terlintas ingin menyakiti sesiapa. Maaf!

Sepatutnya perkataan CACAT itu saya gantikan dengan perkataan yang lebih sesuai. Maaf sekali lagi. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Benar kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kalaulah boleh diundurkan masa, pasti perkataan yang lebih sesuai akan saya guna. Saya akan jadikan ini semua pengajaran. Jauh di lubuk hati saya amat berharap ini dapat meredakan kemarahan yang di luar sana. Saya hanya insan biasa. Maaf sekali lagi.

Monday, March 28, 2011

Semangat Yusuf

Ibu dah lenguh tangan sekarang.
Ibu rasa Yusuf dah bertambah beratla. Last timbang hari tu 7kilo masa 4bulan.
Agak2 sekarang dh 8kilo ke??



Yusuf membesar bagai juara dengan susu ibu

Berjalan di Wangsa Walk

Best juga Wangsa Walk nih
Ada banyak tangga, tp ada juga ramp.
So, senangla nk tolak stroller.
Ada banyak baju kt sini.
Yusuf berjalan waktu pagi time dia tidur
huhu kesian Yusuf mengantuk





Orang baru belajar meniarap

Disebabkan kipas bilik rosak, kami pun tidur di ruang tamu.
Semalam saya tido atas sofa bed, baby tido dlm buai, husband tido ats lantai.
Jam 3 pg, Yusuf bgun minum susu. Saya pun letakla yusuf sebelah saya sebab mls nk msk buai.
Tetiba saya tersedar dengar rengekan Yusuf. " eh... eh.... eh..."
Rupanya Yusuf cuba meniarap dan tersepit dia antara celah sofa bed dgn sliding door...
Huhuhu mintak maafla Yusuf.
Ibu lupa nk hadang bantal. Yang Yusuf pun sejak tau meniarap asyik sibuk meniarap ajer, lepas tu bising sebab x reti nk pusing balik. Terpaksala ibu bangun mlm semata-mata nk pusingkan Yusuf.
Cepatla belajar pusing balik yer syg. Boleh berguling-guling plak pas ni heheeh

Ini adalah akibat orang yg dah terror meniarap


Hehehe...
Ibu letak gambar b*g*l Yusuf :)
Waktu baru nak massage after mandi.
Baru massage muka, pastu tuang baby oil kat tgn tengok2 dah meniarap
Ibu pun ambil la gambar

Sunday, March 27, 2011

Warmer susu ibu

Sumber: http://www.diyaluna.com/diary/2008/11/07/warmer/

Entry ni khas utk Puan Nurul, hope u will success in breastfeeding journey :)



Perlu ke warmer ni??
Secara manualnya kita akan ambil ebm dlm peti sejuk dan rendam dlm air panas yg x brapa panas.
Kak farah sarakids kata, klu rendam dlm air yg betul2 panas, nnt nutrien dlm susu ibu akan kurang. rendam lama, sampai suam skit jer lebih kurang 40 darjah celcius.

Warmer ni memudahkan kerja kita. x perlu kita nk cari bekas, x perlu pikir air rendaman panas mana dan x perlu rasa suhu susu 40 darjah celcius.
1. Juz letak air paip dlm warmer separuh penuh,
2. pulas sampai warna merah nyala
3. Tunggu sehingga warna lampu merah jadi hijau lebih kurang 5-10minit.
4. Susu siap dipanaskan dan suhu adalah 40darjah celcius
Mudahkan?

Digalakkan beri kpd pengasuh utk elakkan pengasuh :
1. rendam dlm air panas menggelegak.
2. bg baby minum susu sejuk atau panas sbb x menyempat cek suhu susu
3.Pengasuh anggap susu ibu susah nk handle

Friday, March 25, 2011

Barangan mengepam

Rujukan utama dari



Masa berpantang, kita memang dh takleh nk g shopping. Tapi masih boleh shopping online :)
Cuma kadang2 kita rasa x best kalau barang xde depan mata masa beli kan.
So ibu2 mengandung, sebelum beranak tuh, shoppinglah barang menyusu sepuas-puasnya.
Barang menyusu adalah lebih penting dr baju2, baby cot, dll.
Tanggungjawab ibu susukan anak, tanggungjawab ayah sediakan pakaian, tempat tinggal dan barangan penyusuan. Ni dah termaktub dlm surah Al-Baqarah.
*Membebel la plak huhu

Okey, untuk mereka yang bersemangat nak membanyakkan susu, mmg elok sgtla sediakan barangan mengepam nih. Keperluan utama yang perlu ada berdasarkan pengalaman saya:
1.Mesin pam : ada banyak pilihan 
a) manual -lenguh tangan nk pam lelama
b) elektrik single pump - kene pam sebelah take time sikit. Boleh pam sebelah breast sewaktu baby hisap sebelah breast.
c) double pump electric - disyorkan oleh pakar laktasi. Leh buat single juga sperti gambar di atas.

2. Storage bottle - beli banyak2, sebab nnt leh basuh 2 kali sehari. Cuba bayangkan masa awal sy branak dulu, saya pump setiap jam (on baby demand) larat nak basuh botol 24kali??? asyik gaduh ngan laki "Tadi i dh basuh botol, u la pulak" Saya sekarang ada 50 botol. 8 bw office, 8 bg pengasuh, 8 rendam dlm sinki, 8 jemur dekat tray, baki tu simpanan.

3. Plastic storage - kalau ebm dlm peti sejuk dah 3 hari, transfer masuk dlm plastik dan bekukan. Ini dapat jimatkan penggunaan botol dan ruang dlm peti beku. Macam sy walau pakai plastik pun penuh bhgn beku, terpaksala beli deep freezer huhu

4. Spray air - Sangat berguna utk ibu2 berpantang yang perlu kurang gerak. Kadang corong pam tu berhabuk, kita spray air dan lap guna tisu. Erm... saya ni kaedah kurang bersih huhu jgn tiru. Spray ini juga berguna apabila baby muntah susu. Kita spray pd tangan kita dan basahkan pipi baby utk elakkan ruam susu.

5. Mangkuk pastik - Sebagai amatur pertama kali menggunakan double BP mmg fail la kan nk pegang dua corong pump pastu nk laras suction, jadinya sebelah pegang pam sbelah tadah dengan mangkuk hehehe. Kalau nk senang pkai getah or beli pumpin' pall yg mahal rm 79 huhu

6. rak botol - rak botol ni sangat berguna pada waktu malam. Di bawah lampu tidur yg malap dan keadaan mamai, kita leh ambil botol dengan segera. Rak ni kalu bli kt giant murah dlm rm14. Tapi klu bli kt kedai baby, mahal tau huhu

7. Air kotak soya dan kurma - biasa waktu malam mengepam memang lapar. Instead of kita bgun cari mkn kt dapur, alas perut dgn air soya n kurma. Leh tambah susu badan dengan cepat. Tapi air kotak ni manis, kurangkan pengambilannya.

8. Lampu tidur - Beli lampu tidur yang boleh control pencahayaanya. Ini dapat memastikan baby tidur lena tanpa terjaga dek cahaya lampu yg terang. Pepagi suami bersiap, terangkan sedikit cahaya lampu. Kesian suami menggagau dlm gelap.

9. Puting - Kalau anda mampu, belilah botol widenedk yang putingnya sama macam breast. Ini dapat mengelakkan baby nipple confuse. Beli jenama Mam, Tommy tippee, breastflow dll. Tapi kalau x berkemampuan, beli puting getah mcm sy, sebab yang ni lembut(elok utk pertumbuhan gigi)  dan aliran susu perlahan. berbanding dengan silikon agak keras dan bila kita cuba sedut alirannya laju. Adalah digalakkan ibu menghisap botol utk test cara hisapan bayi :)

10. Hand sanitizer - Kadang2 memalam salin lampin, terus pam. Malas nk g toilet cuci tgn, jd guna hand sanitizer jer :)

Apabila di office pula, ada tambahan barang yang perlu dibeli:
1. Cooler bag - Pengganti peti sejuk. Kalau kita travel kan susah nk bawa peti sejuk bersama, jadinya kita simpan susu dalam cooler bag. Kesejukkannya bergantung kepada bilangan ice pack dan ketebalan insulation. Biasa yg mahal2 tu tahan lama la. owh kalu korang mmg jenis suka travel beli bekas coleman tuh. Lg tahan sejuk dan air tidak tembus keluar.

2. Ice Pack - Ice pack ini adalah ais yang boleh guna semula. Nape x guna air batu je??? Sebab ais pack ni gel, lebih tahan lama kesejukannya. Pemilihannya juga berbeza setiap jenama. Kalau autumnz, stylo mama plastiknya kecik tapi tebal. Tebal bermakna lambat cair. Kalau ice pack jinggle junggle, plastik besar tapi nipis2 jer, cepat cair.

3. Warmer - 1 bagi pada pengasuh (Pengasuh saya pernah bg susu sejuk waktu sy terjah), dan 1 lagi cari yg leh pkai dlm kereta. Tapi kalau boleh bg direct, x yah pkai dlm ketela... sumbat ajer breastnya.

4. Dry air mesh - Yeker namanya? yang jaring2 tu senang nk keringkan botol di mana2. gantung jer.






Thursday, March 24, 2011

Cara pakai Ring Sling

Dah 2 bulan beli Ring Sling tp x pakai pun
huhu
Rupa2nya Babywearing ni bahaya jika salah pakai. boleh menyebabkan baby mati (bwh 4 bulan) and boleh menyebabkan sakit tulang blakang.
So, ibu n bapa sila pastikan cara pkai apa2 babywearing adalah betul.

Berita Harian, keluaran 9 Mac 2010.

Credit to Aishah Megahasz
"Pastikan dagu bayi tidak terkena dadanya kerana ia boleh menyebabkan ia sukar untuk bernafas. Selain daripada itu, pemakai harus memastikan bayi terletak dalam posisi duduk jika menggunakan tummy-to-tummy carry, hip carry atau back carry," katanya.



Panduan mudah untuk mengetahui sama ada kaedah yang digunakan betul adalah dengan memastikan bayi berada dalam kedudukan optimum iaitu punggungnya terletak lebih rendah dari lututnya.



"Ini menandakan bahawa bayi sudah terletak dengan selesa dan selamat dalam alat gendongannya, manakala untuk bayi yang lebih besar, si pemakai mesti peka terhadap alam sekitar.



"Pastikan tiada unsur merbahaya seperti barangan tajam atau panas di kawasan sekeliling di mana bayi boleh mencapainya dan apabila di kedai, pastikan bayi tidak terambil barangan tanpa membayar kerana tidak pasal-pasal ibu bapanya pula kena tanggung malu. Anda perlu berhati-hati kerana saya sudah pun melaluinya," katanya tersenyum.





Wednesday, March 23, 2011

Pertama kali menyusukan anak

Ibu2 yang mengandung anak sulung, jangan sesekali menganggap menyusukan anak itu susah.
Yer, memang sangat susah jika kita tidak mempunyai sokongan yang kuat.
Oleh itu, sebelum bersalin, printkan handout dari kellymom ni, dan beri kepada orang2 yang akan menjaga kita selepas bersalin nanti.

Recommended Breastfeeding Practices http://www.kellymom.com/store/freehandouts/aap-bfpolicy05.pdf

Terutamanya kepada doktor & nurse jika beranak di hospital swasta,
suami, ibu, keluarga dan sesiapa sahajalah yang rapat dengan kita. Ini secara tidak langsung dapat menunjukkan semangat Breastfeeding kita dan memberi sedikit panduan mengenai BF kepada org yang remeh mengenai BF ini.

Beberapa ayat yang sangat penting saya rasa sangat berguna kpd Ibu mengandung anak sulung:

Pediatricians and other health care professionals should recommend human milk for all infants
(Penting ketika di hospital swasta yang prosidurnya bagi formula milk pada baby supaya ibu berehat)
When direct breastfeeding is not possible, expressed human milk should be provided (Keluarga di rumah selalu fikir, Breast tiada susu jadi sibuk nk bg susu formula)

advise pumping to maintain milk production.
(Mitos org kata kalau pump susu cepat kering, padahal lg banyak pam=lg banyak susu)

Support and encouragement by the father can greatly assist the mother during the initiation process and during subsequent periods when problems arise.
(Ibu baru pas beranak sgt letih, sakit dan cepat stress. Suami perlu membantu dan motivate isteri)

Healthy infants should be placed and remain in direct skin-to-skin contact with their mothers immediately after delivery until the first feeding is accomplished.
(Jika anda gagal menyusukan anak, letakkan anak yg pkai pampers sahaja pd dada ibu supaya anak mencari bau susu dari breast ibu)

Supplements (water, glucose water, formula, and other fluids) should not be given to breastfeeding newborn infants unless ordered by a physician when a medical indication exists.
Orang tua kata baby kene minum air masak, sepatutnya x boleh sebab air masak ada kuman yg hidup usus baby masih belum boleh memproses apa2 selain dr susu ibu.

During the early weeks of breastfeeding, mothers should be encouraged to have 8 to 12 feedings at the breast every 24 hours, offering the breast whenever the infant shows early signs of hunger such as increased alertness, physical activity, mouthing, or rooting.
Ada orang kata baby kene minum 2ounce setiap 2 jam, sebenarnya minggu pertama tidak pelu banyak ounce sbb perut baby kecik sangat. Kerapkan menyusu is better than bg kuantiti banyak.
Jangan tunggu baby nangis baru bg susu - nanti baby merajuk. Lihat tanda2 ingin susu. mulut nganga, jelir2 lidah, kepala pusing2

Pediatricians and parents should be aware that exclusive breastfeeding is sufficient to support optimal growth and development for approximately the first 6 months of life
Ada org kata 4 bulan dah leh bg makanan yer? Kak farah kata, ada baby 4 bulan dh kene cuci buah pinggang sebab ada cereal yg tidak dicernakan. Sangat bahaya!!! 

Mother and infant should sleep in proximity to each other to facilitate breastfeeding.
Ada org kata ibu kene bergerak supaya luka di bawah cepat sembuh. Woho... kalu terkoyak cam no tuh?
X payah bergerak, baby tido ibu kene tido. Semasa tidur, sel badan lebih aktif menjalankan fungsinya. pampers baby, burping baby, tidurkan bayi biarlah org lain yg buat. Si ibu berehat sahaja.

Tuesday, March 22, 2011

Didik anak umpama anda mati esok

Sebagai ibu bapa, kita mesti nak jaga anak2 kita sebaik-baiknya.
Bagai menatang minyak yang penuh.
Sangat berhati-hati, risaukan segala benda yang mendatang.
Tapi adakah itu cara yang betul untuk mendidik anak?
Manjakan anak, beri segala benda yang diinginkannya, sentiasa dekat pada anak supaya anak tidak cedera dan tidak sakit.
No...No...No...

Cara didik anak yang betul adalah umpama kita akan mati pada esok hari.
Bilakah masa untuk mendidik anak?
Bermula dari saat bayi dilahirkan sehingga anak kita mati atau kita mati.
Apabila bayi dilahirkan, kita pelu menyusukan bayi.
Bayi yang baru lahir biasanya masih tidak tahu cara menghisap breast.
Saat inilah, ibu sudah perlu mendidik anaknya.
Yer semua baby akan nangis.
Tapi kalau kita mengalah dan memberi susu formula, maka anak kita akan terlepas kenangan indah.
Saat berharga seorang anak bersama ibu.
Ajarlah anak anda menghisap. Didiklah anak anda supaya berusaha dan belajar untuk survive in natural way.

Perasan x, orang kampung atau orang dikawasan kurang maju, menjaga anak macam tak jaga anak pun.
Kalau kita dibandar, macam2 hal dan pantang larang.
"Anak saya kena duduk dlm aircond"
"Anak saya x boleh main tanah, nanti berkudis"
"Anak saya suka makan disuapkan"

Kalau di kampung,
Toksah kata aircond... kipas pun angin semput2 ajer
Toksah kata tanah, dalam lumpur pun bebudak berkubang
Toksah kata suap makan, makanan sendiri pun budak2 panjat pokok makan buah.

Bagaimana cara didik anak yang betul?
Didiklah anak anda seperti anda akan mati esok hari.
Berilah peluang untuk anak berdikari.
Perelokkanlah perangainya supaya mudah untuk orang lain menjaga mereka jika kita tiada pada suatu hari nanti.
Tanamkanlah semangat cinta kepada ilmu. Didiklah anak supaya tahu kepentingan pelajaran adalah untuk masa depan mereka, bukan untuk kemegahan ibu bapa. Tapi untuk anak gunakan ilmu mencari rezeki yang halal apabila dewasa nanti.

Sekiranya kita berjaya mendidik anak dengan cara yang betul, InsyaAllah, kita tidak akan risau jika kita akan mati pada esok hari.

I am frustrated

Have u ever feel frustrated?
How do u deal with your own feeling?
How did u blame urself when u frustrated with ur self?

Dah seminggu x update blog.

Tuesday, March 15, 2011

Buku Pregnancy saya

Orang kata perangai kita sewaktu pregnan akan mempengaruhi perangai anak kita apabila dewasa nanti.
Jadinya, waktu saya pregnan rajin jugalah sy membeli buku pregnan dan majalah pa ma, wanita dan layari internet.
Pada saya setiap orang harus ada 2-3 buku panduan untuk ibu hamil dan penjagaan bayi.
Ini adalah koleksi buku pregnancy yang sy ada.

Best buku nih. Paling banyak gambar dan panduan yang lengkap.
Seronok baca sebab banyak gambar hehe

Yang ini penjagaan bayi secara islam. Buku atas tu translate dr bahasa inggeris.
Jadinyakurangla pendekatan agama islamnya.
Buku ni pun ada gambar juga, tp x berwarna  :)


Masa mengandung baca rasa macam paham. Tapi bila dh beranak baru betul2 faham isi pati yang disampaikan. Itulah, berilmu tanpa beramal ibarat pohon yang tidak berbuah. Hidup, tapi tiada hasilnya.

Buku ni leh refer sebab xkanla kita asyik nk tanya doktor or orang pasal masalah baby kan. Kadang2 kalu masalah kecil, leh ubatkan sendiri jer. Buku ni ada masalah ibu mengandung juga. Tapi kakak ipar sy punya. Jadinya x dapatlah sy tunjuk gambo sebab dh pulang balik.


Owh... ada lagi satu buku ibu mengandung yang Islamik, tapi dah hilang huhu. Dalam tu siap ada pilihan nama anak dan 4 surah yang digalakkan baca ketika mengandung. Sebab tu hilang, sebab sy selalu bawa buku tu kemana-mana. Bila bosan saya akan baca surah dlm buku tuh. nanti ngandung lg skali nk kene g beli balik.

Ni ada lagi buku2 yang saya akan cari lagi

Expired Frozen EBM

Diam Diam duk dalam peti beku, udah expired frozen EBM ku huhu
EBM ni disimpan di peti ais 2 pintu. So leh tahan 3 bulan jer.
Selama 4 bulan ibu bekalkan unfrozen ebm kepada Yusuf, kini ibu perlu menggunakan frozen EBM untuk mengelakkan pembaziran EBM.
So semalam dah start bg 1 frozen EBM 4Oz pada pengasuh.
Nak pantau selama seminggu utk lihat progress Yusuf.
Nanti after a week, kalu Yusuf ok, ibu upkan lg jadi 2 botol 4Oz yer sayangku Yusuf.
Ibu labelkan pada thaw ebm - Abiskan dulu No. 1 (siap letak penutup puting)

Nasib baik dah beli Vertical Freezer :)
Leh tahan sampai 6 bulan. Cuma sedang musykil dengan maintenance nyer. Macam nak bersalji jer dlm freezer tuh huhu

Yusuf 4 month

Our baby dah berumur 4bulan :)
terasa cepat plak masa berlalu. Yelah, ibu asyik kejar masa nak pam jer huhu.
Rasa macam baru lepas pam, tapi dah kene pam balik huhu
Xpe, ini hak kamu wahai Hakim Yusuf.
Ibu akan berjuang mengalirkan rezeki kamu melalui tubuh ibu.
I love u sooo much :)


3kali tangkap gambo Yusuf asyik pusing jer. Beria ibu n ayah posing tau huhu


lihatlah kakiku yang bermuscle itu :)

Gusi dah nk mengeras yer sayang

Suka buat kepala macam ni. Sakit muka n dada ibu ayah tau huhu

Suka main buih air liur. Pastu air liur melelh keluar eeewww

Monday, March 14, 2011

Do n don't during pregnancy trimester 2 cont'd

-Elakkan Penyakit ibu mengandung
Sila google utk tau jenis2 & penerangan penyakit ibu mengandung ek
Kencing kotor - minum air kosong banyak2 (saya beli air botol besar mineral 2 kotak kt tesco, 1 hari pastikan minum lebih dr 1 botol besar air mineral) & makan buah-buahan banyak2

Sembelit dan buasir - Elakkan makan pedas, minum banyak air dan buah-buahan. Kurangkan minum milo (Milo penyebab taik keras)

diabetes - Kurangkan makanan manis. Biasa 7bulan ibu mengandung baru dapat diabetes. Ada doktor nasihatkan tukar susu ibu mengandung, jangan guna anmum- anmum manis (sy guna mamil mama)

anemia - Makan makanan yang kaya zat besi. buah jambu batu, sayur bayam, ikan bilis, hati (makan 2 ketul je seminggu organ dalaman x elok). penyerapan maximum zat besi kena ada vitamin c, makan buah yang kaler kuning or oren.

eklampsia - akibat darah tinggi dan kencing kotor. Kurangkan stress, bahagiakan diri anda selalu

Dan lain-lain

-Beli baju dan underwear sesuai utk ibu ngandung
Kadang2 kita rasa macam membazir je kan nak beli baju baru n underwear baru tapi pakai dalam 9 bulan.
TIDAK MEMBAZIR!!! Kalau anda memang jenis yang x naik badan memangla mcm leh pkai baju dan underwear biasa. Tapi kalau macam saya ni naik sampai 18kg hohoho, mau melangkau 2 size utk segala-galanya. Janganlah pakai baju ketat2 dan underwear ketat2.
1) x selesa (kesian baby kena tekan)
2)tidak sedap mata yang memandang. Kita rasa macam ok, tapi org sebelah yg tengok tang membonjol-bonjol tu boleh mengganggu okey!
3)Boleh menyebabkan stretchmark. Perjalanan darah yang tidak lancar menyebabkan stretchmark. Sebab tu ada org yang xde strecthmark langsung kat perut saya lah tu hehehe. Tapi biasa ikut keturunan.
4) Boleh pakai masa berpantang.Stress giler waktu berpantang, bra ketat, kakak sy bagi baju kurung kedah tapi x best langsung dahla jarang, pastu cepat sangat basah bila breast meleleh. Jadinya lebih baik anda beli tshirt besar2, seluar besar2 untuk duduk di rumah boleh pkai sampai 9bulan dan masa berpantang pun boleh pakai lagi. (Pengalaman berkain batik asyik terlondeh, lepas tu bila orang datang rasa macam selebet giler). Untuk seluar dalam- saya dh try 3 jenama, dan yg sy syorkan adalah jenama audrey getahnya macam renda bunga-bunga jer, xde getah langsung. Sekarang pakai dah londeh hehe. Untuk bra pula saya syorkan beli nursing bra. Jadinya pregnan dan after pregnan boleh pakai. Sangat2 tidak membazir dan boleh dipakai semula untuk anak ke-2, ke-3 dan seterusnya :)

-Ransang kandungan anda supaya bijak, disayangi dan mendengar kata.
Perasan tak orang letak headphone dekat perut??
yeah itu adalah salah satu cara utk ransang kandungan anda. Seperti yang kita ketahui roh bayi mula ditiupkan semasa bayi 3-4bulan. Bila bayi sudah ada roh, kita dapat rasa baby bergerak, kita mula ada naluri keibuan dan kadang2 rasa sejuk tetiba. Ketika inilah kita sepatutnya meransang kandungan agar bayi yang bakal dilahirkan bijak, disayangi dan mendengar kata. Berbicara sambil usap perut anda. "Anak ibu yang dalam perut, nanti minum susu ibu banyak2 tau. Nanti InsyaAllah, anak ibu sihat, pandai, baik, dengar kata ibu, taat perintah Allah. Ibu sayang baby sangat2" Bacalah zikir dan surah2 sambil usap perut. http://nana-sweetangel.blogspot.com/2010/07/ransang-kandungan-anda-agar-pintar.html

- Sapu minyak atau lotion pada bahagian berpotensi strecthmark
Saya start gatal perut waktu 3 bulan. Gatal sangat. Masa tu tengah induksi. Ramai member melarang menggaru perut sebab nanti akan jadi kesan cakaran hitam yang tidak akan hilang sampai setahun. Pergh... takut giler. Terus saya beli lotion puureen. Mula, hilang juga rasa gatal. Tapi masuk 5bulan dah gatal balik. Jadi saya bertukar pada bio-oil. Ada org kata lain perut lain minyaknya. Kalau rajin sapu, mungkin dapat elakkan stretchmark yang terlalu banyak. Ada orang kata ikut keturunan juga. 

-Ransang susu badan anda
Apabila kita hamil, badan sedang mempersiapkan kelengkapan susu badan.Untuk menghasilkan production yang berkesan, kandungan 4 bulan kita sudah perlu meransang susu badan. Macam mana nak ransang???
1) urut pada breast secara membulat guna 2 jari. macam cek breast cancer tu. lebih bagus urut masa mandi sambil alirkan air suam pada breast.
2) bermain dengan nipple. cuba tekan sikit. usap2.
3) minta tlg suami urut belakang badan guna dua belah ibu jari tangan.
4)makan makanan penambah susu badan - lobak putih, halba, carrot, air longan horlick, bayam dll.
5)berdoalah selalu pada Allah agar membantu permudahkan penyusuan anak kita selama dua tahun. Banyakkanlah susu badan dan bantulah ketika aku sedang menyusukan bayi.

Adakah susu anda lemak berkrim?

Dari kelas kak Farah, jika tahi bayi kaler hijau kemungkinan bayi tidak cukup zat. Samada bayi hanya minum foremilk atau bayi minum susu formula yang cair.

Jadinya, adakah susu anda lemak berkrim?


Sumber: http://sweetstory.yuitsumuni.com/2011/03/what-affects-the-amount-of-fat-and-calories-in-a-mothers-milk/comment-page-1/#comment-2502


What affects the amount of fat and calories in a mother’s milk?


Mom’s diet? The research tells us that mom’s diet does not affect the average amount of fat or calories in her milk. However, mom can change the types of fat in her milk by altering the types of fats that she eats (Lawrence 1999, p. 106-113, 300-305; Hamosh 1996, Hamosh 1991, p. 123-124). An increase of one fatty acid could generally be expected to occur concurrently with a decrease in another. For example, one study has shown that black mothers in South Africa who eat a traditional maize diet have less monunsaturated fatty acid in their milk than urban mothers who consumed more animal proteins and fats (van der Westhuyzen 1988).

The degree of emptiness of the breast is what research has shown to drive breastmilk fat content, and thus calorie content. The fuller the breast, the lower the fat content of the milk; The emptier the breast, the higher the fat content of the milk (Daly 1993). For more information see I’m confused about foremilk and hindmilk – how does this work? and How does milk production work?

READ more in

http://www.kellymom.com/nutrition/milk/change-milkfat.html

Maafkan saya sebab sejak akhir-akhir ini kerap sangat copy artikel kellymom!

sangat informative!saya suka…

I’m confused about foremilk and hindmilk – how does this work?

By Kelly Bonyata, BS, IBCLC

Foremilk is the milk (typically lower in fat) available at the beginning of a feeding; hindmilk is milk at the end of a feeding, which has a higher fat content than the foremilk at that feeding. There is no sharp distinction between foremilk and hindmilk – the change is very gradual. Research from Peter Hartmann’s group tells us that fat content of the milk is primarily determined by the emptiness of the breast — the less milk in the breast, the higher the fat content.

A woman’s breast really only makes one type of milk, the higher-fat milk that we typically think of as hindmilk. As milk is produced in the breast, the fat globules in the milk tend to stick to each other and to the walls of the alveoli (where the milk is made). Between feedings, milk collects in mom’s breasts and gradually moves out toward the nipple, leaving more and more of the fat "stuck" further back in the milk ducts. The more time between feedings, the lower the fat content of the foremilk available to baby at the beginning of the feeding.

Once the let-down (or Milk Ejection Reflex/MER) is triggered (by baby’s nursing, pumping, etc.), the milk is squeezed down the ducts until it becomes accessible to the baby. Milk production is not faster during letdown – the flow is simply faster. There are several let-downs per feed, although most mothers only sense the first one.

As the breast starts to empty, the fat globules begin to dislodge and move down the ducts (let-down facilitates this process). So the further into the feed, the higher the fat content of the milk, as more and more fat globules are forced out. The end result is that the milk gradually increases in fat as the feeding progresses.

Your breasts don’t "flip a switch" at some arbitrary point and start producing hindmilk instead of foremilk. Instead, think of the beginning of a nursing session as being like turning on a hot water faucet.



The first water you get out of the tap isn’t usually hot, but cold. As the water runs, it gradually gets warmer and warmer and warmer. This is what happens with the fat content in mom’s milk – moms’s milk gradually increases in fat content until the end of the feeding.



Since fat content is is directly related to the degree of emptiness of the breast, it is possible, depending upon nursing pattern, for fat content to be higher at the beginning of a particular feeding than it is at the end of some other feeding.

Now think about the hot water faucet again. If there is a long period of time before the faucet is used again, then you go through the "cold to hot" process once more, but if you turn the water on fairly soon after it was used then the water is either pretty warm or still hot, depending upon how long it’s been since the faucet was last on.



This is how it works with mother’s milk too – the longer the time between feedings, the lower the fat content at the beginning of the next feeding. If feedings are closer together, you’re starting off with a higher fat content.



As a particular feeding progresses, fat content increases, milk volume and flow decrease, and milk synthesis speeds up. Because every baby varies in the amount of time it takes him to receive his fill of the higher-fat milk at the end of the feeding, it is important not to switch breasts while baby is actively nursing.

Sunday, March 13, 2011

Jumpa kak Farah Sarakids

Semalam saya ke kelas breastfeeding kat kak Farah Sarakids :)
Menarik sangat ceramah kak Farah,
sebab kelas secara santai. So baby pun mcm santai ajer hehe
Nasib baik Yusuf x melalak hehe
Apa yang paling menarik, susu yang sama dengan susu ibu adalah susu gorila.
Agak2 ada x company susu baby nk g perah susu gorila???
kalu ada mesti harga beribu-ribu kan.
So layan gamba :)
Rasa macam bergambar dgn artis
Geram, encik suami tangkap gambar gegar huhu

"The success key of breastfeeding is jaga pada supply & demand
It's like a flush toilet. Kalau kita tarik flush separuh, air yang masuk pun separuh juga. Kalau kita flush penuh, air yg masuk pun penuh jugak."


Do n don't during pregnancy Trimester 2

Ini adalah sambungan kepada entry ini :    http://nana-sweetangel.blogspot.com/2011/02/do-n-dont-during-pregnancy.html

Trimester ke-2: Kandungan 4-7bulan

Alhamdulilah berjaya melepasi trimester pertama. Bagi mereka yang tiada masalah memang x terasa sangat, tapi mereka yang pernah bleeding, keguguran dan lain-lain pasti sangat lega dapat melepasi trimester pertama ini. Biasanya, Kandungan 4bulan, sudah kukuh di dalam rahim. Amalan dari trimester pertama masih lagi perlu diteruskan. Namun, sewaktu di trimester ke2 ni, lagi banyak yang kita ibu-ibu mengandung perlu lakukan.

-Nikmatilah badan anda yang mengandung
Ketika kandungan 4-7bulan, kebanyakan alahan, loya, pening kepala dan lain-lain akan berkurangan. Anda akan bertambah selera makan, hormon gembira bertambah, perubahan badan semakin ketara. Dulu bahagian leper tetiba jadi montok dan gebu haha (Perubahan berbeza mengikut setiap orang). Sewaktu saya mengandung 4 bulan ke atas memang sangat bahagia, rambut tiada kelumumur, rambut x gugur langsung, muka licin, xde jerawat memang bestla. Orang kata seri ibu mengandung hehehe.
Jadi, bergembiralah, nikmatilah kenangan mengandung :)

-Bersyukur dengan nikmat mengandung
Manusia ni rambut sama hitam, hati lain2. Jangan terkejut ada orang yang tidak suka dirinya mengandung. Ayat yang disampaikan "Ala... penat la mengandung ni. Aku anak dah 3 orang asyik muntah, pening kepala. penat badan. Memang hazabla mengandung nih"
Yer.... orang-orang ini adalah orang yang tidak menikmati kenangan mengandung dan tidak bersyukur atas kejadian Allah. Anak itu rezeki, janganlah kita menyalahkan takdir dan mengeluh atas kejadiannya. Sesungguhnya ada orang yang langsung tidak dapat merasai nikmat mengandung. Bertahun-tahun mencuba untuk mengandung. Sayangilah dan hargailah kandungan anda.

-Abaikan kata-kata orang
Bila perut dah nampak, macam2lah orang nak kata / berkongsi pengalaman.
"Eh perut ko ni kecik ajer, mesti lahir nanti anak ko x ckup berat."
" Ko kalau asyik muntah2, pening2 tu mesti anak ko susah nak jaga. Anak2 aku dulu baik jer dalam perut, tapi anak yang ke2 tu memang teruk aku mengandung. Sekarang ni memang degil orangnya"
Kita ibu mengandung ni, mesti kecik hati dengar kan? Besabarlah wahai ibu. Sesungguhnya Allah yang menetukan segalanya. Bukannya mulu org2 itu. Senyum jer pada mereka2 ini. Dan cakap InsyaAllah Allah ada rancangan terbaik untuk diri saya.

-Ibu jangan terlalu risau dan cengeng
Tau x makna cengeng? cengeng ni macam terlalu manja, selalu menangis.
Apabila kita mengandung, banyaklah perubahan yang berlaku pada diri kita. Jadi, janganlah terlalu risau dan cengeng. Sebab takut anak kita akan membawa perangai itu. Pernah x jumpa baby yang sikit2 nak menangis. Nak susu menangis, nak tido menangis, semua menangislah. Ibu jangan marah pada anak, kerana mungkin perangai si ibu yang ketika mengandung adalah seperti itu. Terasa sikit nangis, penat badan menangis... Kuatkanlah hati mu. Ceriakan diri anda. Cuba pikir, kalau aku ceria selalu, mesti anak aku pun ceria :)

- Sediakan kudapan di merata-rata tempat
Ibu mengandung ni biasanya meningkat selera makan. Orang kata makan untuk 2 orang hehe Sebenarnya badan kita berubah hormon. Sebab tu rasa macam asyik nak makan ajer. Makanlah. Sediakan kudapan di merata-rata tempat. Dalam handbeg, dekat meja office, dalam bilik tidur, dalam kereta dan lain-lain tempat yang kita  kene duduk lebih dari 30minit. Contoh kudapan- Buah-buahan potong(Saya potong buah masuk dalam 3 tupperware peti ais dan mkn 1hari 1 tupperware), kismis, kacang pistachios, kurma, nestum, cereal dan lain2. Kalau beli pek besar, masukkan dalam beg plastik kecil dan bubuh dalam handbeg. Ini adalah untuk mengelakkan ibu makan kuantiti yang banyak. Ibu kena jaga makan juga. Makan kuantiti sedikit, tapi banyak kali makan. Lagi berkhasiat lagi bagus.

- Elakkan penyakit-penyakit ibu mengandung
Panjangnya taip huhu. nanti sambungla

Friday, March 11, 2011

Sediakan EBM kepada pengasuh

Saya adalah ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu walaupun saya berkerja, berpisah dengan anak pada siang hari :)

Ini adalah rutin harian sy untuk membekalkan EBM (susu ibu Expressing Breast Milk)

1) Pam di office -kalau rajin 4kali jam 9pg, 12tghari, 2.30tghr, 5ptg
-kalau sibuk or malas 3kali jam 9pagi 12tgh, 4ptg

2) Balik rumah masukkan dalam peti. Kuantiti susu setiap kali pam xdela banyak pun huhu, tapi saya rajin pam utk banyakkan susu. Bercampur dengan baki hari semalam.

3) Asingkan susu yang hendak dibekalkan kepada pengasuh. Susu yang terlebih2 simpan dalam deep freezer. 2 botol susu, spare takut keesokannya susu merundum. Jadi xdelah masalah susu x ckup. (Saya x pernah lg guna frozen ebm huhu)

4) Mula2 minggu pertama sy bg 6botol 3 Oz. Tapi pengasuh kata x ckup. Lepas tu sy bagi 7botol 3 Oz. Pengasuh kata "cukup2. Kalau nana balik lewat sikit mesti x cukup."
Jadinya minggu ke-3 saya bg 7 botol 4 Oz yang sejuk dan 1 botol susu fresh 4 Oz (8botol wehhhhh banyak tul anak aku minum)
Mula2 risau juga, mampu ke saya nak bekalkan 8 botol 4 Oz setiap hari huhu
Alhamdulilah dah hampir 2bulan, xde masalah. Lagipun saya kan ada frozen EBM.
Tapi stakat ni x pernah lg x cukup susu. Murah rezki Yusuf. Amiiiiin

4) Masukkan ke dalam cooler bag pengasuh dan office.

5)1icepack kt bawah, 1 icepack kat tepi, 1 lg icepack dekat atas(Sebab x muat nk letak kat tepi lg 1 huhu)
Letak puting siap2 sebab nnt senang pengasuh tu panaskan EBM
Kita nak mintak tlg orang, lg bgus kita mudahkan kerja orang kan. Kalau anda pkai frozen EBM sila letakkan nombor turutan supaya Frozen ebm dihabiskan dahulu kerana frozen EBM perlu dihabiskan dlm tempoh 24jam dicairkan, tapi fresh EBM boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3hari. Kalau lebih 3 hari masuk dalam deep freezer.
6) Siap di packing dan diulang keesokan hari
Hari sabtu, leh buat stok bebanyak sebab hari cuti rajin mengepam :)

7) Pengasuh buh dlm beg plastik (Saya bekalkan 100beg plastik bli kat tesco)
Semua botol akan kosong.
Kadang2 mcm pelik susu leh licin sebab kat umah Yusuf minum sikit jer susu.
Ke aku ada anak susuan? jeng jeng jeng
Balik rendam dengan sabun, sebelum tidur basuh dan jemurkan.
Kena rendam sebab kadang2 lemak susu lekat pada botol, kalau rajin sterilizekan tapi sy awal rajin sterilize sekarang dh malas huhu



Thursday, March 10, 2011

Keluarga kecil saya



Saya Tak Mahu Anda Jadi Seperti Saya Dahulu

Entry ini adalah tribute to entry puan farah sarakids (pakar laktasi)
http://www.sarakids.com/blog/?p=5244&cpage=1#comment-6237

Walaupun saya baru lagi dalam susu ibu ini. Tapi semangat saya menyokong susu ibu adalah sangat berkobar2.
Yer... saya tau saya ni bukannya siapa2. Seorang ibu yang baru melahirkan anak lelaki pertama dan baru sahaja menyusukan bayi hampir 4 bulan melalui expressing breastmilk.
But, saya akan melahirkan anak lagi (InsyaAllah) dan saya harap saya tidak mengulangi kesilapan dan kecetekan ilmu saya lagi untuk anak seterusnya.
Dan saya juga tidak mahu anda jadi seperti saya dahulu.

1) Carilah ilmu penyusuan susu ibu sebanyak-banyaknya.
Saya mula sedar akan kepentingan susu ibu ni apabila officemate saya kak su bersemangat dengan susu ibu. Waktu tu saya masih bujang lagi. Jadi saya tidaklah berapa bersemangat lagi utk susu ibu ni. dalam hati berkata "Rajinnya kak su ni bg susu ibu, waktu office mengepam, pergi kursus mengepam, asyik mengepam ajerla. Sampai kurus badan".

Apabila saya sudah kahwin dan mengandung, saya pun mula google internet mengenai susu ibu. Saya tengok blog2 ibu2 menyusu. saya baca laman web breastfeeding seperti susuibu.com, kellymom dll. Semakin lama saya membaca, semakin kagum dengan perjuangan ibu2 menyusukan anak mereka. Kemudian saya pun menjadi bersemangat untuk menyusukan anak saya secara exclusive. Kerana dalam Quran telah pun dinyatakan ibu perlu menyusukan anaknya selama 2 tahun selagi tidak memudaratkan diri (leh rujuk entry ni   Kontroversi Breastfeeding). Juga kerana semangat ibu2 yang menyusukan anaknya memberi semangat kepada saya.

Sepanjang waktu mengandung itu saya mencari ilmu banyak, saya ingatkan sudah banyak. Jadi, apabila tiba waktu beranak, saya masih tidak dapat menyusukan anak saya secara direct. Dan saya ingatkan segala ilmu telah saya aplikasikan, namun tidak berjaya. Jadi saya hanya menyusukan dengan mengepam sahaja. Masih lagi susu ibu namun menggunakan botol. Kini setelah 3bulan mencari maklumat lagi, rupanya ada banyak lagi ilmu dan kaedah yang saya baru pelajari. Dan saya menyesal kerana berfikiran, "aku sudah banyak ilmu." Itulah, ilmu di dunia ni jika dicatatkan dakwatnya umpama lautan. Jangan sesekali bodoh sombong, jangan berkeyakinan anda boleh buat. Tuntutlah dengan orang yang berpengalaman, carilah sebanyakmana ilmu yang boleh digapai dan janganlah berhenti belajar.

Huhu... panjangnya nak menaip. Saya taip isi-2 penting dulu la ek. Takut terlupa.

2)Ransanglah susu anda dan berlatihlah ketika mengandung lagi
3) Berniatlah dan berdoalah selalu kepada Allah untuk memudahkan penyusuan anak kita.
4)Carilah orang untuk berada disisi dan sentiasa memberikan sokongan untuk kita susu ibu.
5) Buangkan rasa malu, tabahkan hati dan tunjukkanlah keterujaan semangat susu ibu anda.
6) Jangan sesekali berputus asa. Dan seandainya kita berputus asa, bangunlah dari kegagalan. Kerana anda sebenarnya belum berjaya jika anda tidak pernah gagal.
7) Percayalah, yakin pada rezeki tuhan kepada anak kita, jangan kita meragui Breast sendiri. Semua ibu ada susu badan. Dan jika tiada, berusahalah
8) Buangkan mitos-mitos penyusuan susu ibu. Refreshkan otak anda supaya berkeyakinan pada kuasa Allah.
9) Jagalah pemakanan anda, banyakkan makan makanan penambah susu badan dan makanan yang berkhasiat.

Pengalaman pakar laktasi

Sumber dari kosmo: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Pengalaman sendiri (Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah)


Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.

Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.

Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.

“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.

“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).

Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.

“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.

Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.

Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Apa kata pakar Laktasi

Tambahan untuk entry ni http://nana-sweetangel.blogspot.com/2011/03/adakah-perlu-breastpump.html

Sumber dari surat khabar kosmo : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.


Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.

“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.


Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.

“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.



Kelebihan susu badan

Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.

Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.

Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.

“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.

“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.

“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.

Hari yang gembira :)

I like la hari ni
Pagi bangun awal,
Yusuf pun seronok bgun pagi,
datang office awal,
x gado manja dengan suami dalam kereta,
makan breakfast pun sedap,
member office pun riang ria pagi ni,
hasil susu pun banyak,
kerja office pun berjalan lancar,
harap2 setiap hari adalah seperti ini.
Harap2, saya dapat berkongsi ilmu lagi bersama para blogger,
Harap2 kita berkongsi kegembiraan bersama.
Yeah, mari kita bergembira setiap hari :)
haha... gembira, tapi mata nampak sangat mengantuk huhu

Wednesday, March 9, 2011

Kronologi Yusuf nak susu

Mula2 buat bunyi "eh...eh...eh.."
Buat isyarat konon2 mencari susu. Waktu ni biar je dulu, sebab kadang2 dia tidur balik, lebih kurang can ngigau ler
Arghhh tensionnya. Nak susu. Nak isap jari x reti lg

Last skali nangis tapi x kuar air mata.
Waktu ni biasa saya akan angkat.
Kalu x angkat juga dia akan mengeluarkan air mata.
Kesian anak ibu selalu kene tinggal yer hehehe

Yusuf belajar mengiring

Sebelum baby belajar meniarap, baby akan mengiring dahulu,
si ibu yang tidak sabar melihat perkembangan anaknya,
akan tolong menolak punggung baby supaya dia dapat belajar meniarap dengan pantas hehehe

video