Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Memori Indah. Show all posts
Showing posts with label Memori Indah. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Hari yang gembira :)

I like la hari ni
Pagi bangun awal,
Yusuf pun seronok bgun pagi,
datang office awal,
x gado manja dengan suami dalam kereta,
makan breakfast pun sedap,
member office pun riang ria pagi ni,
hasil susu pun banyak,
kerja office pun berjalan lancar,
harap2 setiap hari adalah seperti ini.
Harap2, saya dapat berkongsi ilmu lagi bersama para blogger,
Harap2 kita berkongsi kegembiraan bersama.
Yeah, mari kita bergembira setiap hari :)
haha... gembira, tapi mata nampak sangat mengantuk huhu

Wednesday, March 2, 2011

1 Tahun Bersama


Aku lemah tanpa kamu,
Ku inginmu dampingiku,
Aku faham, Kubukan terbaik tuk dirimu,
Sampai syurga ku menunggu,
Sampai syurga kucintamu,
Hanya kamu :)


HAPPY 1ST ANNIVERSARY

Pada Sabtu yang lalu yakni 26 Feb, kami telah meraikan hari penyatuan cinta kami hehehe
mahu ungkap ayat berbunga sehingga telah demam cinta pada ahad, isnin n selasa. Semalam dh berjangkit demam kepada husband sudah.
Umpama honeymoon, kitaorg ke kawasan ala2 France. hahaha
Pergi Bukit Tinggi ajer. Xde duitla nk g oversea hhuhuhu
Layan gambar jela ek. Nanti muntah pula baca sy bermadah pujangga disini




Sayang... I LOVE U SOOOOOO MUCH


Sunday, February 13, 2011

Excited for 1st Anniversary

yey... Esok dalam adalah 1st anniversary kami dalam bulan Islam.
Tapi kita celebrate yg ni dengan doa Syukur yer.

yg sgt excited adalah utk celebrate 1st anniversary perkahwinan kami pada 26 Feb 2011 ini.
hehehehe
Rasa mcm 1st honeymoon plak wohoho...
Jangan express mengandung lg sudaaaaahhhh
lg 2tahun okey.
tunggu anniversary ke-3... ahaks :)

Apa yg anda rancang utk 1st anniversary?
nak bg hadiah ke ek?

Monday, September 27, 2010

Berjalan di I-city Shah Alam

Selepas Kelas Antenatal, singgah ke I-City Shah Alam. Memang teringin nak pergi sebab asyik tgk gambar org pergi jer... hm.... Parking dekat bangunan, sangat jauh berjalan huhu. Pastu semayang jap. Tempat lampu2nya semua jauh2. Untuk ibu ngandung ni memang x laratlakan.
Ini adalah 30 Minggu. Berat badan 71.5kg huhu




Ada rumah salji, tapi xde salji pun hehehe... lampu2 jer. Pastu air-con dia sgt banyak. Keliling perimeter siling. Sejuk la jugak


Orang kata muka kami macam adik beradik. Ada iras tang mana pun sy x tau

Friday, September 3, 2010

Memori Hari Perkahwinanku

Orang kata, bila kita bergado dengan suami, rasa geram sangat.... Ingatlah saat2 indah bersama. InsyaAllah sejuk hati kita. Yuppp!!! memang berkesan. Now I'm happy. So saje mengimbau memori hari perkahwinan. Perancangan nya memangla lama. Daripada bulan 5 tahun 2009 tarikh pertunangan hingga 26 Feb 2010. Oklakan, x sampai setahun pun hehehe. Tapi itula seboleh-bolehnya rancang habis baik, sebab pada hari kejadian, kita dah x mampu mengawal apa2. Semuanya terserah pada Ketentuan Allah. Memang masa dok atas pelamin tu, rasa marah sgt2, tp nk buat cam ner kan.... senyum jela.

Tarikh nikah: 26Feb 2010 bersamaan Maulidur Rasul. Memang semua kena booking awal, sebab ramai sgt org nak kawin tarikh ni. Memang dah rezeki, terlupa nak book imam, nasib baik ada kosong lagi. Tapi siang dah penuh. Alhamdulilah. Tok imam kata, dafta kawin memangla 3bulan sebelum, tapi book imam tu kene lg awal lebih kurang 5bulan sbelum. Owh baru ku tahu.

Kami dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan. Bukan sebab ikut artis yer.. tapi memang rumah saya dekat jalan duta. Imam ni dah biasa nikahkan artis. Jadinya tanya saya, nanti boleh bawa florist, pelamin dan media untuk setting 1day before event. (+_+) Saya rasa dewan nikah tu pun dah cantik. X payah nak hias2.

Ini wajah sebelum dan selepas mekap. Ada angle yang cantik, tapi ada angle yg x cantik juga. Udah mukanya bulat, kalau salah angle memang huduhla huhu....

Warna hijau tu hantaran dari pihak laki,*Tapi sbenanya saya yang buat* hehehe kesian, family suami dari kelantan naik flight. Camner nak bawa hantaran naik kapal terbang tuh???
Yang merah putih tu mak andam saya yang buat. Eh silap... Pak andam (Nyah ok)

Saya x suka mekap dan tudung waktu bersanding ini. Sebabnya... muka saya jadi hitam dan bulat. Pastu perancangan majlis cam tunggang langgang. Grrrrr..... kepada bakal2 pengantin, sila test mekap!!!! warning yang amat. Walaupun mak/pak andam tu kata"I mekap cantik tau, x payahla nak test mekap. I selalu mekap artis" Sila tukar mak/pak andam yang cakap macam ni. sebab hasilnya memang hampeh.... tula berlagak aku yg jadi mangsa huhu. Malam nikah tu perempuan yang mekap, sebab nk jaga air smayang.

Saya memang tringin sgt3 nak pakai gown. Sebab pak andam saya kedekut, dia sruh saya cari sendiri gown. Akhirnya saya g beli sebab harga sewa dan beli sama!! sapa nak bli gown ni?? saya jual separuh harga. Pakai 2kali jer, dah cuci hantar dobi sebabnya aku nak pakai gown pergi mana huhu

Ini gambar yang paling Feveret :) mekap ni luar dewan cantik pulak huhu dalam dewan nampak gelap. x kira nak salahkan pak andam jugak wuuuaaaa. Patutnya luar or dalam dewan both kena cantik.

Okla... nanti sambung gambar outdoor plak. Dah penat nak menaip. huhu

Thursday, August 12, 2010

Pengalaman berpuasa sebagai isteri

Ok, tau dh lambat baru nk citer huhu
Hari ni dah 2 hari posa Ramadhan
Alhamdulilah, saya bersemangat utk berbuka dan bersahur sekarang ini. terutamanya apabila dpt kiss menyediakan juadah yang enak (walaupun  beli je x masak) hehehe
Seronok dah ada suami. Teman seumur hidup. Segalanya boleh kita lakukan bersama dengan secara langsung memberi motivasi kepada diri yang tidak sempurna ini.
Okla, dah nak balik.
Bye

Monday, August 9, 2010

Honeymoon Langkawi Part 4


Lepas g Dataran Helang, Singgah kedai Coklat jap. Beli coklat nak mkn kat bilik.

Besar kan ChupaChups ni. Kalau makan 3 hari kot baru habis huhu

Malam tu kitaorg singgah pasar malam. Bungkus makanan makan kt bilik jer. Nak rehat jer malam tu sebab sangat penat.
Hari terakhir, Kami pergi ke pantai :) Best sangat.

Breakfast dulu. Ini muka bgun pagi x mandi terus keluar hahahahah
Mula2 berkayak selama 30minit. Huhuhu cita2 nak singgah ke Pulau di belakang itu. Penat giler berkayak. Sampai tapi bila nak ke pasir tu ada banyak batu2, huhu susah nk kayak. Jadinya x turun pun. Terus patah balik.
Lepas berkayak, naik banana Boat. Best tapi mcam nyaman ajer. Bila pusing baru cam thrill sket sebab rasa mcm nk terjatuh
Yang ni yang paling best. Jet ski. Mula2 husband bawak. Tapi husband takut nak bawa laju2 sebab takut saya tercampak. Jadinya bila nak balik saya bawa. Saya bawa laju2, saya kata kalau sayang jatuh nanti panggil ayang ek..... hahahaha
Pukul 12 tgh hari. Balik bilik packing barang check out dan pergi makan. Makan dekat dengan tempat beras terbakar. Xdela menarik pun. Beras itam ada dalam mangkuk. Ada jugak bazar baju kat situ, tapi cam sikit aje.
Perkara terakhir adalah memborong coklat untuk dibawa pulang. Sempat makan kepok n grg pisang n air kelapa kejap. Penat bershoping.

Jumlah harga dah x ingat sangatla. huhu tapi overall utk kayak RM15 30minit, banana boat rm 60 utk 2 orang, Jet ski, abang tu kata dia bg murah rm100 untuk 30minit. Murah ke???
Shoping coklat... huhu rm180

Jam 5ptg naik Flight pulang ke KL

Tamat sudah Honeymoon ku. Nantikan Honeymoon selepas berpantang pula :) Nak pergi dekat2 ajer kot. heheheh

Honeymoon di Langkawi Part 3

Rupanya saya x habiskan lg cerita honeymoon saya. Termasuk kat dalam draft ajer huhu
So saya Publish kan draft yang telah saya buat.


yeeyyyyyyyyy :)
Seronok citer pasal honeymoon.
Teringat saat2 romantis

okey ni sambungan petang hari kedua di Langkawi. Setelah pulang dari island hopping, kami makan di kedai berdekatan. Mahal jugak. kene dalam rm18. makan nasi lauk sayur n ikan bakar pastu air. Terus naik teksi dan berehat dihotel.

Lebih kurang pukul 3ptg, kami keluar nak pusing2 Langkawi. Singgah ke Makam Mahsuri.

Kemudian on d y ke pekan kuah, singgah kat Air terjun. Tapi x larat nak naik tangga jadinga, jalan kat sungai kecik ajer
Lebih kurang pukul 5 petang, kami tiba di Datarang Helang. Angin memang kuat. Topi asyik nak terbang ajer.
Waktu ni warna langit sangat cantik. Saya ada tlg tangkap gambar org cina yg guna DSLR. Perghhh memang sangat cantik biru awan itu
Gambar ni senget sket, tapi bolehla menonjolkan biru awan itu
Seronok sangat bergambar sebagai laki bini. Sampai suami dah x larat nak layan saya hahaha. Saya memang suka tangkap gambar :)
Romantik kan gambar ni. Hehehe

Sambung entry lain pulak utk hari terakhir di Langkawi...

Tuesday, July 20, 2010

I keep falling in love with u

Makin hari makin rindu
Makin hari makin sayang
Ewah... ewah.... hahaha
Saper yg rasa nak muntah sila abaikan entry ini.
Daku ingin berjiwang


Siapa kah itu???
.
.
.
.
.



Yer lelaki itu membuat saya jatuh cinta setiap hari



Dulu rasa macam x hensem. Tapiiii.....




Tapi sekarang macam makin hensem pulak hehehe


Thank You for being a great husband
Thank You for always take care of me
Thank You for your kindness
Thank You for your love
Thank You for your money
Thank You for everything

I Love U Sayang :)

Thursday, May 20, 2010

Honeymoon di Langkawi Part 2

Sebenarnya ada kerja kene buat.... tp huhu x de feel la. xpe nanti saya akan siapkan.

Nak sambung cerita honeymoon, hehehe

posing dalam taxi

Pagi itu, perlu berkumpul di depan Aquaria untuk Island hopping. Malangnya, enjin kete wira yg disewa itu tidak mahu start. kalau idup pun baru rivers sket dh mati. setelah berkali-kali gagal, ktorg pun kol owner. Tapi owner tu kata dlm 2 jam dia dtg. Disebabkan takut terlepas island hopping ktorg pun naik teksi. Hotel kitaorg dekat ngan airport, jauh nk ke aquaria tu. kene RM18.00 huhu mahal tul. So nasihat saya, sila cari hotel dekat dengan pantai ...... x ingt plak namanya huhu.


sementara tunggu island hopping

org island hopping ni bawa van, sape yg ada kete leh bawa kete ke jeti. Org xde kete mcm kami kene naik van penuh giler. sepatutnya 7 org 1 van kan, ini 9 org. huhu geram kete rosak. jadinya pg itu ada pergaduhan sikit antara saya dan suami huhu. tengok, muka suami sy masam.



Island hopping ni best, tp xde snorkeling. naik bot kecik muat 8 org jer. mula2 singgah di tasik dayang bunting. Tengok suami sy masih masam *haih*


yeah :) suami saya sudah tersenyum. nampak x baju kami basah?? orang kata kalau mandi kat tasik ni senang nk bunting, x taula betul ke tak kan. Tapi memang dh bunting pelamin nih hehehehe. Kitaorg x salin baju pun. Naik bot basah2. Nanti nak mandi lg kat tepi pantai. hehehe


waktu ini dah bahagia :) hehehe

pastu menuju ke kawasan helang. Banyak helang kat situ. Membuat aksi meluncur atas air. Besar2 helang ini. ada video tapi x muat nk upload. kemudian menuju ke Pulau Beras Basah.


ada beras basah ke? x taula pulak. huhu
tapi pantainya memang cantik.






Haha.... muak x tengok gambar kitaorg??? ada banyak lg gambar. tapi x kan nak upload semua. Kalau artis nak ler org tengok kan.  Sampai dekat jeti dalam pukul 1 tengahari. Sekejap jer island hopping ni. tapi penat gler. Sesiapa ke Langkawi wajib ambik aktiviti ini.  Berbaloi dengan harga yang murah.

Okey.... nanti kita sambung lagi ek. dah penat menaip.