Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, February 21, 2011

Do n don't during pregnancy

Berdasarkan pengalaman saya mengandungkan Yusuf terdapat byk perkara yg sepatutnya dilakukan dan tidak patut dilakukan waktu pregnant. Catatan ini sy buat sebagai pedoman utk pregnancy ke-2 saya (hua... x sabarnya). Hoho rindu dah zaman mengandung :)
Macam2 pendapat yang kita akan dengar sewaktu mengandung ni. Betul ker apa yg kita dengar tu????
Wallahu'alam. Cuma, semasa saya mengandungkan Yusuf, Alhamdulilah, kandungan saya sangat2 sihat dan melahirkannya pun amat mudah (walaupun dramatik) dan baby saya sangat sihat.

  1. Trimester pertama (0-3bulan)
-Kurangkan aktiviti malam (bersetubuh). Tapi saya aktif juga sebab baru kawin n tau pregnan bila kandungan dah 9minggu.

-Jangan angkat berat dan buat aktiviti yang meletihkan. Orang kata, waktu awal2 ni, baby x kukuh lagi dalam rahim. Jadinya perlu banyakkan rehat. Tidur dengan banyaknya dapat membantu perkembangan janin kerana sel2 tubuh kita lebih aktif berfungsi apabila kita tidur.

-Kurangkan naik flight. Ada org kata boleh gugur kalau naik flight. Tapi saya ada juga naik flight utk honeymoon ke phuket (dengan kebenaran doktor waktu scan doktor akan cek keadaan rahim kita)

- Makan makanan yang berkhasiat. Seperti dalam piramid makanan. Makan banyak buah, whole grain, protin dan seakanya.

- Jangan minum air kelapa, makan nenas muda, buah yg masam (berasid), asam dan ikan yg mengandungi merkuri yg tinggi. Makanan-makanan ini adalah bersifat tajam yang boleh mengganggu pertumbuhan janin.Orang tua2 kata tajam pada rahim. Leh menyebabkan bleeding dan keguguran. (Tapi semua ni saya ada makan sebab sy lambat tahu saya pregnan huhu)

-Kurangkan makan seafood, ikan yg gatal (kembung, tongkol) dan kacang tanah. Makanan ini boleh menyebabkan baby terkena allergic apabila lahir nanti. Boleh makan, tapi sikit2 jela.

- Banyakkan makan kacang pistachios, kismis, kurma, air zam-zam dan ikan yang kaya dgn omega supaya membantu pertumbuhan otak. Jadi pandailah. Janin kita bermula besar pada kepala, pastu baru badan.

- minum susu ibu mengandung dan pil2 (vit c, asid folik, bcomplex dan zinc). Ini adalah untuk membantu perkembangan janin dan menambahkan kalsium ibu. Di samping itu, susu ibu dapat bantu tidur yang nyenyak.

-Makan buah delima. Buah delima ni perlu makan setiap trimester. Buah delima, anggur dan zaitun adalah buah dari syurga. Dalam Al-Quran ada dinyatakan kelebihan buah2 ini.

-Rahsiakan kandungan. Maksud saya janganlah dihebah-hebahkan secara besar-besaran keterujaan diri kita mengandung. kandungan berumur 0-3bulan masih belum kukuh. Banyak yang boleh berlaku ketika ini. Hanya bagitau pada org yang terdekat. Tapi kalau ada org tegur, janganlah kita menidakkan, cukup dengan seyuman dan cakap InsyaAllah.

-Banyakkan berdoa. Anak adalah rezeki dari Allah. Sesungguhnya, kandungan kita ini terletak pada keizinan Allah. Hendaklah kita banyakkan berdoa supaya kandungan kita selamat, elakkan daripada sebarang penyakit, permudahkanlah kandungan ini, jadikanlah anak kita seorang muslim yang berjuang ke jalan Allah, jadikan anak kita anak yg soleh. Ini sangat penting untuk memastikan anak kita sihat dan soleh. Namun jika sebaliknya yang terjadi (keguguran, cacat, dll) janganlah kita menyalahkan Allah atas takdir yang ditentukan. Terimalah takdir anda dgn redha dan berdoalah lagi. Pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali kita berputus asa dan marah pada takdir kerana ujianNya adalah rahmat yang menghapuskan dosa kita.

-amalkan membaca surah-surah seperti surah Yusuf, mariam, yasin, taubah, alimran, dll. Surah2 ini adalah untuk perkembangan rohaniah. Berbeza dengan makanan, perkembangan janin kita boleh dipengaruhi dengan ayat2 dalam surah2 kerana setiap ayat dalam Al-Quran mengandungi mukjizat yang tersendiri.

-Jangan terlalu mengharap jantina baby. Dikhuatiri jika lahir jantina yang berbeza daripada yang diharapkan akan memberi kesan yang tidak diharapkan. Contohnya, lahir anak lelaki yang berperangai perempuan atau anak perempuan yang berperangai lelaki.

-Ibu jangan stress, bersedih dan berfikiran -ve. Sifat2 ini akan mempengaruhi baby di dalam kandungan. Orang kata anak pendek kalau ibu mengandung selalu stress. Jadi sentiasa ceria dan berfikiran +ve.

Wah panjangnya. penat pulak menaip huhu... nanti sambung post lainla plak ek.
  1. Trimester ke-2(4-6bulan)
  2. Trimester ke-3(7-9bulan)
  3. Debaran terakhir (9-bulan hingga due date)

My new desktop wallpaper

Posted by Picasa

Sunday, February 20, 2011

Warehouse sale

Yey.... saya sukasale heheehe
kalu tgk katalognya, leh bli bumble bee storage bottle, buy 1box free 1box.
Pastu baju2 baby yg harga rm5-rm15
owh juga nk bli sabun pencuci botol


Mari kita serbu!!!

POWER PUMPING

Hari tu tetiba jer susu saya merundum. Sekali pump dapat 1-3Oz sahaja huhu
Berbanding dengan waktu selalu saya boleh dapat 4-12Oz.
Saya pun mula la memikirkan faktor kemungkinan yang menyebabkan kejatuhan susu ini.
1. Malam selalu skip pump- bila kerja siang, malam x larat nk berjaga. Jadinya ambik susu dlm peti n panaskan.
2. Kurang jumlah mengepam. Biasa kalau kat rumah, saya mampu mengepam 2 jam sekali, 1jam sekali. Yelakan xde kerja duk umah. Wakru pagi memang saya boleh pam sejam sekali.
3. Penat. Bila penat, jadi stress. Susu pun merundum.

Untuk menaikkan balik jumlah susu, saya google dan jumpa la teknik Power Pumping.
Saya buat 3kali power pumping di hari siang, susu masih lagi sedikit, tapi saya pum juga sampai 1 jam.
Hasil yang mengkagumkan, jam 3 pagi saya berjaya pam sebanyak 12Oz.

Macam mana nak Power Pumping???

Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. Here is a brief explanation of power pumping.


Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.

Some mothers prefer to concentrate their efforts and have a power pumping weekend, called 'Power Pumping Boot Camp' by some lactation consultants. They power pump at each pumping for a couple of days before returning to routine pumping.
 
2hari jer susu merundum. So, sekarang pengeluaran sudah kembali seperti asal dah malas nk buat huhu
Bila ada masa baru buat Power Pumping ni. Yerla duk pam sampai sejam lenguh badan.
 
Rupa-rupanya susu merundum sebab saya nak bendera merah huhu...
 
So kepada sesiapa ingin tambah susu, boleh cuba teknik nih.

Friday, February 18, 2011

Tips menambah susu ibu

Cuba nyanyi lagu ini ketika mengepam:

Bila rasa gembira,
pam susu,
pam, pam

Bila rasa gembira,
pam susu,
pam pam

Bila rasa gembira,
beginilah caranya,
Bila rasa gembira pam susu
pam pam

hehehe
Selamat mencuba :)

P/s: Secara rasionalnya, kalau kita gembira, susu lebih banyak dan kalau kita stress susu x keluar walaupun B sedang membengkak. I've been there, done that

Thursday, February 17, 2011

Stok EBM

Setelah menyusun EBM ikut bulan, didapati banyak stok Bulan 1 hari tu masa tengah berpantang 1 ke 2 bulan. Memang berkobar-kobar buat stok sebab org kata kalau pump ajer x direct feed susu cepat kering. Walaupun secara mental saya tak percaya pendapat itu, namun secara perasaan saya terguris dan risau juga.
Well, actually rezeki Yusuf di tangan Tuhan, who are we as human to determine how long and how many it is? yang penting D.U.I.T, Doa, Usaha, Ilmu dan Tawakal.  Don't ever u listen words from people who shallow knowledge. Umpama lagu Glee " Don't stop, believing, Hold on to that feeling"
Believe in God, feeling with your hearts




1 plastik tumpang simpan rumah member huhu. Esok wajib beli deep freezer

Tinggal kenangan

Sekarang sudah tiada update pasal anak buah saya, Puteri dan Seri huhu
Sebabnya, mama dorang hantar balik rumah mertua di Perlis.
Mak Tih rindu sangat pada Puteri dan Seri.
Hari tu telefon Puteri, tapi dia dah tak ingat kat mak tih sebab dia dah ada ramai kawan kat sana.
Wuuuuaaaaaa sedihnya




(Cam x cayer handphone camera sony leh tangkap gambar bergerak cam ni kan)

Bergambar bersama ayah

Pandang kiri


Pandang depan


Bagus-bagus. Yusuf ikut perangai ayah yer sayang. Jangan ikut perangai ibu, muka kene ikut muka ibu barula murah rezeki :)

Pegang botol sendiri

Yey.. lepas ni ibu dah x payah pegang botol Yusuf lagi. Yusuf sedang belajar memegang botol sendiri. Comelnya tangan bam-bam ni. Rasa nak gigit-gigit



Yusuf mencebik


Yusuf ni jarang2 menangis. Biasanya kalau dia x suka dia akan mencebik macam gini



Comel sangat. Kadang saje kacau dia tidur sebab nak tengok Yusuf mencebik. Bibir bawah menebal. Tapi kalau biar Yusuf cebik lama-lama baru Yusuf nangis hehehe comel sangat

Wednesday, February 16, 2011

Rekod Susu

Tak sia-sia saya beli botol panjang hehehe.
Yang ni dapat lebih kurang 13Oz. Ada tertumpah sikit huhu. rugi betul asyik tumpah susu.

Tapi masa kat Kelantan rekod paling banyak 15Oz. Hohoho
3botol 5 Oz tu saya dapat full. Tapi sebab x bawa botol panjang jadinya x ambik gambar sebab macam leh mengelat jer kan

Yusuf main bola gantung

Ni video Yusuf main bola. Sila abaikan suara yg kurang merdu itu huhu

video

Yusuf dah pandai memegang

Sekarang ni dah cuba-cuba tanggalkan mitten Yusuf. Risau jugak nak tanggal sebab Yusuf mencakar muka sendiri. Ibu x retila nak potong kuku Yusuf pendek-pendek huhu. Yusuf dah pandai pegang yeyeyeyeeyy
Yusuf juga dah pandai membelek muka org dan menarik rambut hehe

"Ibu, tengok yusuf dah boleh pegang mainan :)"

Rambut dimakan bantal

Setakat ni, dah hampir 1 bulan setengah Rambut Yusuf dicukurkan. Alhamdulilah rambutnya tumbuh lebat. Tapi bahagian tepi dan belakang tumbuh tompok2. Orang tua kata kene makan bantal.


Macho sungguh muka anak ibu nih

Nampak x? rambutnya lebat dia atasa, tapi kat tepi n belakang cam x banyak rambut lagi

Di Kelantan

Walau dimana2 perjuangan susu ibu tetap kuteruskan. Inilah antara peralatan wajib yang saya ada untuk proses mengepam susu. Kucing ni nak mengepam susu jugak agaknya.

Ibu mertuaku memang bangga menceritakan anakku menyusu susu ibu. Aku pulak yang segan huhu (Tapi dalam hati bangga jugak heheeh)

Yusuf dah bercukur di KL tapi Mek nak jugak buat majlis ngatip (selawat) utk baby Yusuf. Terima kasih Mek :) Moga2 hidup Mohamad Hakim Yusuf diberkati oleh Allah.


Tak dapat ambik banyak gambar, sebab saya kene pegang Yusuf .
Yang bestnya, tiba di Kelantan Yusuf tetiba jer dah pandai bersembang. Padahal sebelum tu x dela plak bersembangnya. Malam2 bila susah nak tido pun ibu n ayah surrender, neneknya juga yang berjaya tidurkan Yusuf.
Ada sekali tu, malam tu Yusuf asyik nangis, mek cakap "Nape perut Yusuf ni asyik berbunyi?"
Saya pun teringat " Alamak...saya minum float A&W lupa plak pasal susu Yusuf. "
Maaf yer Yusuf, ibu terlupa



Balik ke Kelantan

Pada perayaan cina yang lalu, kami pulang ke kelantan kampung mertuaku untuk menjumpakan cucu baby Yusuf dengan keluarga di sana.

Ni on d way pergi ke Kelantan. Alhamdulilah jalan x jem. Sebab kitaorg ambik cuti awal. Perjalanan selama 9jam.

Yusuf akan tidur dengan nyenyak apabila kereta bergerak laju. Setiap kali berenti akan salin pampers Yusuf untuk elakkan salin lampin semasa kereta sedang bergerak. Yelakan, kereta ni penuh huhu aru anak sorang, saya nak letak kaki pun x muat. tapi 1st experience berjalan jauh.

Saya risau juga kalu x sempat pam dalam perjalanan. So saya dah sediakan 10botol ebm sejuk n termos air panas. Tapi x pakai pun huhu. Alhamdulilah, Yusuf tidur. Jadinya saya dapat mengepam. Tapi lenguh tangan sebab manual kan. Nak pasal pam letrik tuh, jenuh plak berwayar2 ni. Lumayan jugak guna pam manual ni boleh mencapai 8Oz

Berenti makan kat Machang pdhal tinggal sejam jer perjalanan sebabnya, Yusuf dah jaga x leh tido huhu. Excited nak jumpa nenek agaknya.


Bambam nyer anak aku nih. Yela, dah transfer lemak badan aku dalam susu kan hehehe


Ini aksi, "saya x nak tangkap gambarla,ibu"

Ibu jawab "Kene jugak tangkap gamba, sebab sama kaler baju ngan ibu hehehe"

Monday, February 14, 2011

Nak bli HP baru

Sejak akhir2 ini hp sy selalu tertera "INSERT SIM"  takpun tetiba jer off sendiri. Itu adalah petanda kene beli hp baru. hehehe...
sekarang antara 2, nk bli hp biasa ke yg ada keypad keyboard tu.

yg ni kelebihanya kamera 8mp
tapi xde keypad
AP: rm799
Ori : rm899

yg ni kamera 5mp tp ada keyboard leh la sy update blog guna hp jer hehehe
AP: rm899
Ori :rm1099

kamera 5mp pun dah okey kalu cuci kan?


Sunday, February 13, 2011

Excited for 1st Anniversary

yey... Esok dalam adalah 1st anniversary kami dalam bulan Islam.
Tapi kita celebrate yg ni dengan doa Syukur yer.

yg sgt excited adalah utk celebrate 1st anniversary perkahwinan kami pada 26 Feb 2011 ini.
hehehehe
Rasa mcm 1st honeymoon plak wohoho...
Jangan express mengandung lg sudaaaaahhhh
lg 2tahun okey.
tunggu anniversary ke-3... ahaks :)

Apa yg anda rancang utk 1st anniversary?
nak bg hadiah ke ek?

Should I buy deep freezer??

Hari tu ada tunjuk gambar ebm dh penuh peti kan. Sekarang  ni memang dh letak kat bhgn bawah tu. tp tula, x muat nk letak makanan. Sejak 4hari yg lalu, Yusuf selsema n sakit tekak. dia x lalu nk minum susu so dpt simpan byk ebm. ebm sekarang perlukan ruang yg lebih besar.

Tapi sy simpan ebm beku, tp x pernah pakai pun lg. huhu... perlu ke sy buang ajer ebm yg hampir expired or buy deep freezer so it still can be kept for 6 month rather than only 3 month.

Kalu x guna nape sy rajin simpan ebm?? sebab sy nk bg yg fresh pada Yusuf. Jadinya sy cam reragu nk bg yg frozen ebm. Saya simpan ebm sebab takut susu merundum or kena outstation. Tu yg bersemangat buat stok bebanyak.

So... should I buy deep freezer?

Friday, February 11, 2011

Tukar... Tukar

Setelah 2 minggu mendiamkan diri, tetiba tukar nama blog hehehe
Rasa macam bosan plak tgk blog nih. Nanti ada masa nak make over blog. nak tempek banyak2 gambar muka yang cun dan Baby Yusuf yg comel.

Aku bahagia!!! tapi dalam hati tuhan jer yg tahu kan huhu
Nantila, kalu ada nama yg lg best saya akan tukar.