Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Persediaan baby. Show all posts
Showing posts with label Persediaan baby. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Massage baby


Dulu masa pergi ke kelas antenatal di KPJ Shah Alam, fasilitator ada ajar cara mengurut baby dan kepentingannya. Mula2 memang tak berani nak urut baby. Tapi penjaga pantang (Shadira) yang saya upah tu, ada mengurut baby. Bila saya tengok dia urut macam senang.

Tapi saya mula urut Yusuf sendiri waktu umur sebulan. Itupun lepas leher Yusuf macam dah keras sikit. Nasib baik kelas antenatal tu ada bg video cara mengurut baby hehee. Jadinya saya ikut jer video tu urut. Mula2 memang takut nak meniarapkan Yusuf, tapi bila Yusuf macam rilex jer meniarap saya pun dah x takut.

Minyak urut kalau boleh elakkan minyak yg bahaya, sebab kadang baby suka kemam jari or tangannya. Jadinya guna minyak zaitun safi tu ke, baby oil or apa2. Saya guna baby oil johson yang sleep time tu sebab nak bg baby tido lama sket hehehe

Sumber berita harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuasaurutan/Article/index_html
Kuasa urutan (Kalau dalam surat khabar ada gambar sekali)

2011/03/08

BAYI boleh mati akibat tidak menerima belaian dan sentuhan. Mungkin bunyinya keras, tetapi itulah hakikat kehidupan manusia yang memerlukan orang dewasa, terutama ibunya sendiri untuk menyusu atau memandikan. Belaian dan sentuhan bertindak bagaikan magis, membantu bayi untuk lebih bersemangat melalui tempoh tumbesarannya.

Dr Field mendapati sentuhan bagi bayi, sama penting seperti makan dan tidur. Ini kerana pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak dalam proses penyerapan zat makanan, seterusnya membantu penambahan berat badan lebih baik. Ia turut membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkatkan fungsi imuniti.


Kata Dr Zulkifli, urutan juga mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi, selain memperbaiki masalah tidur. Urutan dapat membantu bayi tidur lebih cepat dan kurang terjaga malam.

Dalam satu kajian membabitkan 72 bayi jaundis atau ‘penyakit kuning’ oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 2000 dan 2001, mendapati bayi yang diurut mengalami peningkatan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut. Keadaan itu dikaitkan dengan manfaat nutrisi lebih baik bagi bayi yang diurut.

Wednesday, November 10, 2010

Beg Hospital

Sekarang dah 9 bulan. Almost 80% beg hospital telah disiapkan. Ada sikit2 jer lg nk kene tambah. Ini checklist yang sy adopt waktu blogwalking. Ada tambah n kurang sket la.

For baby


1. 3 sets of baby clothes

2. 3 sets of mitten and booties

3. 3 pcs of baby binder

4. 2 helai kain bedung

5. 6 helai disposabler diaper for newborn

6. 1 set baby’s toiletries

7. 1 baby hat

8. towel

9. 2 muslin squares

10. 2 helai baby wipes

11. 1 paket disposable baby wipes

12. minyak telon


For mommy

1. 2 helai kain batik

2. 2 helai baju butang depan

3. tudung spare

4. Tuala mandi

5. Tuala kecik

6. toiletries set

7. nursing bras

8. disposable panties

9. breastpump set

10. maternity pad

11. minyak urut

12. 2 stoking

13. selipar jamban

14. bengkung moden

15. Lip Balm

16. majalah/buku / yasin

17. Kurma

18. Air selusuh / air zam zam

19. food & drinks = air masak, susu kotak, milo, horlicks, biskut, roti

20. termos air panas = untuk buat air panas bila-bila masa

21. bag plastic = untuk isi baju kotor

22. getah rambut

23. hanphone +charger

Ada hospital yg mintak baju baby masa nak branak. So sediakan 1 plastik asing

1. 1 disposable diaper

2. 1 set baju, mitten and booties baby

3. 1 helai kain bedung



barang keperluan suami

1. sikit-sikit macam berus gigi, sehelai t-shirt, tuala dan undergarment. bagi yang suami kene overnight.

2. Camera + charger

3. Beg khas utk simpan uri

Thursday, October 28, 2010

Shopping online

Yey... Baru jer terima barang order shopping online.

Corset ni saya nak guna waktu berpantang nnt. Teringin nak beli Bengkung moden tu. Tapi mahal sangatla huhu. Buat masa ni try yg ni dulu, kalau ada duit lg nak beli bengkung moden yang hampir rm300 tuh


Set tilam ni macam best sebab dia ada kerb di sekeliling tilam itu. Ingat nak beli skali dengan kelambu, tapi yg tu mahal rm138. jadinya beli yg murah ajer. Tapi x perasan pulak gamba tilam ni gamba anjing huhu... xpela nak buat camner kan. Saya beli disini http://babyqiu4u.blogspot.com/

Mini Fan

Korang pernah x bila berjalan terasa panas berpeluh2. Nak senang pakaila apa2 kerta mengipas diri sendiri. Dulu saya selalu bawa kipas lipat2 tu dlm handbeg. Tapi lenguhla tangan nak mengipas huhu
Jadinya saya dah beli mini fan letak dlm handbeg :)

Comel kan, siap ada penutup lg

Harganya RM10. dia pakai bateri kecik yg 3A tu 2Nos. Nyamanla jugak :)
Nanti kalau baby panas leh kipaskan baby selalu anywhere n anytime

Baby Cot

Saya ni suka berangan hehehe... saya boleh terbaring atas katil merenung siling dan berangan selama 4 jam... hebat x? hahaha.... Sekarang ni suka berangan main baby dlm baby cot itu huhu..

Baby cot utk my bambino telah disiapkan. Actually org kata x payah beli baby cot, bukan pakai pun sebab leceh nak BF dan baby x sukatido dlm tu. Tapi setelah beberapa kali saya babysit si Seri itu, saya rasa sgt2 penting baby cot ini. Yerla, baby umur 6bulan dh boleh merangkak. Katalah kita tidur x sedar, nnt baby merangkak ambik benda masuk mulut kan tu bahaya. Jadinya kalu baby tdo dlm cot ni, senangla. kita pun x risau insiden baby jatuh katil. Org kata kene biasakan baby tdo dlm cot dr kecik. Biar dia terbiasa. Harap2 anak ibu nakla tdo dlm cot ni ek. Mahal ibu beli huhu...




Set Baby cot ni:
Katil RM299
Tilam RM100
Bumper Pad RM26++
Cadar RM9.90
Bantal rm6++

Monday, October 25, 2010

Hospital Gov VS Hospital Swasta

Ari tu mak tanya, xnak bersalin dekat private ke? Saya jawabla "X mampu la mak, Minimum pun rm2500 max rm10,000.00."
Xpela, mak sponsor separuh.... hohoho
Terdetik dihati utk ubah Fikiran. Jadinya lihat pada perbezaan Hospital Gov Vs Hosp swasta

1. Hospital Gov kosnya sangat murah memandangkan saya kerja gov. Hospital swasta memang kene bayar full sbb company x sponsor huhu

2. Hospital swasta boleh org teman sepanjang hari di wad dan waktu melawat x ada had masa. Hospital Gov waktu melawat hanya 12-2 dan 5-7. Masa yg lain, duduk sorg ajer.

3. Hospital swasta memberi perhatian yang penuh kepada ibu dan bayi, kurangla penderitaan ibu. Hosp Gov, ibu kene jaga diri sendiri dan bayi sendiri, nurse cuma tlg bg mandi.

4. Hosp swasta boleh pilih doktor perempuan ke lelaki, pastu boleh berkenalan dan ada bond dgn doctor. tapi klu gov doctor on duty itula yg perlu diterima. Doktor tu boleh jadi garang atau baik. So tgk nasib.

5. Hosp swasta x perlu queu utk beranak. Datang terus masuk wad. Tapi hosp gov, kalau katil penuh, patient kene tugu ada kekosongan kecuali mmg sgt2 emergency.

6. Hospital swasta biasanya toilet x payah share ramai2 dan berdekatan dengan katil. Tapi hosp gov kalu wad kelas 3 toilet tu share ramai2 pastu tgk nasibla, kalau dekat ke jauh.

7. Hospital Gov akan membuat segala treatment tanpa kita risau cukup duit ke x, tapi kalau swasta, setiap treatment akan memerlukan duit yang kita risau mana aku nak cari duit nih.

8. Hospital swasta boleh menolak patient ke gov sekiranya berlaku complicated case.

9. Hospital gov sangat mementingkan penyusuan bayi, biasanya nurse akan ajar cara breastfeed yg betul sehingga kita pandai menyusukan anak, tapi kalau swasta kalau kita x request nak BF terus jer nurse sumpat susu lembu.

Jadinya, setelah memikirkan semua di atas.... harusla pilih Hosp gov sebab mana nak cari duit??? Kalau branak okey, mampula bayar rm3k tapi kalau ada masalah... sape nak bayar?? huhu Walaupun mak offer nak sponsor, tapi malulah dah besar pun mintak duit mak, kalau setakat beratus okey lagi, tapi kalau beribu x payahla. Memalukan.... kalau kita nak anak yg x susahkan kita, janganla kita menyusahkan org tua kita. What u give u will get back. Itu karma alam...

Perangai anak ikut ibu??

Semalam mak saya membebel, "Nana kalau nak anak pandai masak, waktu pregnan ni kenela rajin masak. Kalau nak anak rajin kemas umah nana kenala rajin kemas waktu pregnan. Perangai ibu waktu mengandung akan effect pada baby"......

Statement ini dikeluarkan sebab saya semakin malas masak dan kemas umah. Ntahla, sejak pregnan ni memang saya lebih malas. Maybe sebab anak lelaki kot.

Kemudian saya tanpa berfikir jawab statement mak itew " Ala.... mak yang rajin masak, kemas umah dan menjahit... tapi kenapa anak2 mak semua malas jer?"  Dalam adik beradik saya hanya kakak saya yg ke-2 sahaja yg rajin dan pandai masak. Yang lain hancusssss

Pastu mak diam (Sambil muka berfikir) berkerut dahi jugak tuh, pastu mak senyum ajer....

Hehehehe Mintak maaf mak ek, anak mak ni memang suka menjawab huhu. Sayang mak :)

Tapi yang saya rasa ternyata statement org tua yg boleh pakai adalah, Ibu mengandung x elok stress, bersedih dan kurang bersemangat nanti dapat anak pendek. Hohoho.... Saya memang berusaha menjadi ibu mengandung yang ceria, kuat semangat, dan bersyukur selalu supaya anak saya tinggi2 belaka ala2 model *ahakss berangan*

Sunday, October 17, 2010

Update Checklist Newborn

Sekarang sudah 33minggu. Tinggal lg 3minggu jer nak tiba masa sesuai utk beranak. Hoooo 46Days to go... dulu tgk beratus-ratus hari lagi rasa macam lama jer. Sekarang ni, tetiba dah nak dekat bersalin. Sungguh cepat masa berlalu. Okey, kebanyakan barang dah dibeli. Cuma ada sikit je lg nak kene beli.

Feeding
1. Termos

NURSERY



1. Mosquito net for baby cot
2. Set Cadar baby cot

BATHING


1.Toiletteries-travel pack
2.Cotton balls
3.baby comb/brush
4.Baby manicure set
5.Nasal aspirator
6. Termometer
7. Minyak Telon

MOM

1.Disposable panty

2.Nipple cream- Angel Baby
3. Bengkung -2 baru beli 1 RM40.00
4. Myk panas utk confinement
5. Minyak selusuh
6.Air selusuh
7.Set Nona Roguy
OUTING


1.Car seat
2. Stroller *
3.Baby sling

Wednesday, October 6, 2010

2. Baki tali pusat bayi

Okey ini adalah intipati kelas antenatal yang saya hadiri hari tu. Saya akan share kan maklumat yang berguna ini dengan bakal2 ibu dan nak tanya pendapat ibu2 yang berpengalaman.

Biasanya bayi yang baru lahir masih ada sedikit tali pusat yang kita tak boleh sukahati gunting n buang. Kena jaga tali pusat tersebut sampai kering dan tanggal sendiri dari pusat baby. Pn. Faridah kata, dia masih lagi menyimpan tali pusat anaknya dalam uncang. Jika anaknya buat jahat dia akan baca2 pada tali pusat itew hehehe dia bergurau sahaja.

1. Tali pusat yang betul2 kering tu kita simpan dalam beg plastik dan buh dalam beg uncang berzip.

2. Kumpulkan kesemua tali pusat anak2, dan letak bersama2 dalam beg plastik dan beg uncang berzip itu. Kalau ada 10org anak, maksudnya kene ada 10tali pusatla dalam beg tu. Ini adalah untuk memastikan adik-beradik tidak bergaduh dan sentiasa bersatu.

Saya dah try google, ada yang tanam dan ada yang bg ajer pada hospital. oWH...  Yang org kata tali pusat berguna utk ubati penyakit tu adalah darah dalam tali pusat yer. Bukannya tali pusat yang dah kering pastu gugur tuh.

Tuesday, October 5, 2010

Baju baby

Ahad lepas dah basuh semua baju n kain2 utk baby. Hmmmmm....
Saya pergi campur semua utk 1 cucian sahaja, abis ada warna sapu tangan yang trun kaler tompok2 pada baju baby huhu.... dahla ada baju baby yang warna putih kena tompokan warna kuning n biru...

Nampak macam sikit kan???? Husband kata dah beranak baru beli lagi baju. Sebab takut kuar baby girl. Nanti pas abis pantang baru g shoping lagi... Ini pun dah topup sikit dengan baju Seri.

Owh nak tanya kepada ibu2 berpengalaman, Baju baby kena gosok ke?

Cara tanam uri

Hari tu masa saya ke kelas antenatal, Pn Faridah ajar cara2 menanam uri. Pn Faridah adalah nurse bidan yang berpengalaman hampir 30tahun tak silap saya. Cara ini juga dia lakukan pada anaknya sebab anaknya menangis dan ditegur oleh doktornya supaya memperbetulkan cara tanam uri. Baru anaknya brenti nangis.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.

1. Cuci uri dengan garam dan asam jawa. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
2. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa ( Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
3. Letak dalam beg plastik yang cepat reput (dicadangkan plastik jusco), Letak garam, asam keping dan paku besi yang karat bukan stainless steel. (Untuk pastikan uri reput dengan cepat)
4. Tanam ditempat yang bersih. Contohnya di surau.
5. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik.

Yang ini mungkin cara pemahaman dari segi sains. Tapi saya ada terbaca cara tanam uri adat melayu

Sumber: http://nurhummidah.blogspot.com/2010/04/cara-tanam-uri.html

Bahan-Bahan utama :


Tempurung Kelapa, Kain putih, Air, Cangkul & yang paling penting URI lah..(dah kata nak tanam uri..)

1.Mula-mula kita kena cari tempurung kelapa. Cariklah sebulan sebelum nak bersalin. Bersihkan & buangkan bulu-bulu di tempurung kelapa itu.. Ni laki punya kerja yer.. Tempurung ni belahlah dua. Kalau tak macam mana nak letak uri tu.

2.Then, sediakan kain putih untuk letakkan uri dalam kain tersebut sebelum masukkan uri. Kain apa-apa pun tak kisah. Putih lawa, macam bayi..suci & murni.

3.Lepas En suami semua dah dapat uri Pn isteri, jangan disimpan jer uri tu (simpan dua tiga hari baru basuh). Orang tua kata tak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Cthnya, kalau dapat pagi, petang dah tanam.

4.Nak basuh macam mana? Basuhlah dengan air.. Kasik bersih dari darah-darah. Macam basuh daging tu. Tapi, jangan basuh ngan syampoo mandi sudah.. Gilo apo..

5.Dah besrih, masukkan uri tu dalam kainputih tu, then masukkan uri tu dalam tempurung betina (yg ada lubang kat tempurung tu).

6.Kemudian, tutup dengan pasangan tempurung yang lagi satu tu.

7.Gali tanah sedalam mungkin.. sedalam agak-agak tak dibau dan dikorek anjing nanti..

8.Letakkan tempurung berisi uri dengan keadaan bahagian berlubang ke arah bawah tanah.. agar kandungan air dalam uri akan mengalir ke bawah tanah nanti dan agar senang ia mereput ..

9.Akhir sekali.. timbuslah.

Yang ini dari forum susu ibu: http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=4013&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=0

Jadinya saya pun tgh pikir cara mana yang elok? Ada pendapat?

Monday, September 27, 2010

Kelas Antenatal di KPJ Selangor

Last 25 Sept 2010, saya ke kelas Antenatal kat KPJ Selangor. Dari jam 9.00pg-6.00ptg. Tapi ada separuh kelas yang datang lambat. Jadinya dlm 9.30 baru start.

Kelas sangat full. Ada 18 couple maksudnya total 36 orang. Maybe sebab after raya kot. Menyesal plak x ambik awal bulan Oktober punya. Bila kelas full jadi x best sangat.

Tapi Ilmu yang diperolehi memang banyak. Cuma saya lebih prefer kalau diajar secara amali. Semua orang dapat pegang baby dan mencuba bersama Fasilitator. Yela, Bila kita tgk org buat memang nampak senang. Tapi cuba buat sendiri hahaha.... Rasanya kalau di PPUKM memang buat Amali kot. Sebab tengok Blog Azian macam lebih banyak amali.

Nantila saya ceritakan secara detail pasal Kelas ni ek. Sekarang ni cam malas nak menaip pepanjang hehehe. Banyak tips yang diperolehi. At least kita leh imagine being in labour room and start to practice breathing and position mengangkang hehehe



Sepanjang kelas ni kebanyakannya lelaki yang bertanya dan menjawab soalan. Yang perempuan kebanyakannya diam dan mata berkaca2 sebab takut kot hehehe takut nak beranak

Lepas ni nak try g Kelas Antenatal kat HKL plak. Sebab free :) lgpun leh dpt door gift hehehe Carilah ilmu sebanyaknya, rezeki jangan ditolak

Tuesday, September 7, 2010

Shoping baju baby

Semalam jalan2 dekat sogo. Asalnya nak beli baju kerja suami, yerla tengah sale raya. Tapi baju lelaki x banyak sale la... hmmm rasa raya thn lepas lg banyak sale. So jalan la kat bahagian baby :)

Tapi memang geram sangat nak beli baju baby. Sedangkan duit xde huhu.... disebabkan suami x jadi beli bajunya, so dapatla beli baju baby yey :)

Tapi maafkan ibu n ayah, sebab beli baju murah2 jer. Ibu n ayah dh kehabisan duit sebab beli barang kat onebabyworld minggu lepas. Xpe, anak ibu kan anak yang soleh. Beli baju mahal2 tukan amalan syaitan. Jadi kita jangan membazir yer sayang.
Sengaja di ambil tag harga. Nak tunjuk kemurahan baju di sogo hehee

Wednesday, September 1, 2010

Beli barang online

Sekarang senang jer nak beli barang kan. Beli Online, kita boleh compare2 harga depan komputer jer, description barang tanpa perlu tanya orang dan pilihan corak yang pelbagai. Hari ni saya dah dapat barangan yang saya order online :) yeyyyyy
Saya beli CD Velcro AIO Lunatots 5, Barut kain flanel bercorak velcro dan Nursing Cover.
Hohoho semangat sangat berkobar. Sebab saya beli, sebabnya ada promotion sempena hari raya. So dapatla berjimat sikit.

Patutnya ahad lepas pergi babyoneworld beli brg baby, tapi ayah sakit kaki nk g bekam plak huhu terpaksa tangguh sabtu ni. Tapi syukur, saya dah berjaya buat zakat pendapatan potong gaji bulanan. RM51 sebulan. Saya harap rezeki yang saya dan suami beri pada anak nanti adalah rezeki yang diberkati Allah. Tapiiiiiiii untuk 2 tahun sy bekerja x bayar lagi zakatnya huhuhuhu
Orang2 tua pesan, kalau nak pergi Haji kene bayar zakat. Kalau x, Allah tunjukkan balasannya waktu buat Haji tu. Nauzubillah.....

Owh selingan sikit, gambar mak buyung driving sebab husband ngantuk pagi tadi hehehe

Monday, August 16, 2010

Lunatots Cloth Diaper Murah

Niat dihati memang nak guna Cloth Diaper ni. Dah ada beli 6 CD. Dah try kat anak buah 7bulan. So far kalau wee wee memang bagus. Sebabnya xrasa membazir. Basuh dan pakai baliknya. Masalahnya bila PooPoo huhuhu.... Busuknya... Dahla mengandung ni memang sensitif dengan bau-bauan huhu....
Tapi InsyaAllah. Masih belum putus asa utk menyemaikan dalam otak Cloth Diaper sangat bagus utk baby.
Anak ibu nanti ibu bersemangat kot nak cuci CD heheeh InsyaAllah.

Sekarang ada Promosi Hari Raya. Memang murah. Harga CD ada diskaun utk jenama Lunatots yang kebanyakan org kata, sgt best berbanding CD jenama lain cuma harganya pun mahal berbanding dgn CD jenama lain.

ALL IN ONE BUTTON

SEKEPING = RM 47.00
PAKEJ = RM 220.00
HARGA RUNTUH!!!!!
SEKARANG = RM 35.25
HARGA PAKEJ = RM 176.25----peh..jimat 35%

ALL IN ONE VELCRO
SEKEPING = RM 52.00
HARGA PAKEJ = RM 242.00
HARGA RUNTUH!!!!!
SEKEPING = RM 39.00
HARGA PAKEJ = RM 195.00---jimat 35%

Murah kan? Kalau berminat leh tgk blog Damiapitshop
Tengah tunggu gaji je ni

Friday, August 13, 2010

Pemilihan Botol Susu dan Puting

Sekarang ni sedang survey barang. Memilih harga yang paling diskaun dan jenama yang elok. Tadi ada jalan2 kat sogo, so far harga memang murah. Lebih kurang sama dengan promotion yang ada di One Baby World. Tapi OBW lg banyak sale la. So nekad dapat gaji nanti nak g borong dekat OBW. Kira2 ada dlm rm400 jugak huhu. Demi anak-anak ibu, ibu harapkan dapat beri yang terbaik. Minggu depan genap sudah 6 bulan baby ibu. Ada org kata 6bulan awal lg, 7 bulan baru elok bli brg. Tapi promotion OBW ni sampai Awal September jer huhuhu........ So kene jugak beli. Bulan depan nak beli breastpump plak. Survey ramai yang bli dari http://www.pumps4mums.co.uk/ameda-dual-breastpump-tote.htm. Bila total up skali dengan delivery memang lg murah breastpump nyer berbanding dengan harga diMalaysia.

Aik macam dah lari tajuk pulak hehehe.... So sekarang ni sedang mempertimbangkan botol susu simpanan ebm memandangkan saya berazam utk fully breastfeed 2 tahun InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segara urusan breastfeeding saya nanti. So ciri2 pemilihannya leh tgk di bawah

Selamatkah Botol Susu Anak?
Petikan daripada Pa&Ma, Februari 2004

Penggunaan botol susu lazim bagi kanak-kanak. Kepada yang menghisap susu ibunya, botol susu dianggap penting. Kebanyakan ibu bapa pasti akan membeli botol susu untuk penggunaan anaknya sehari-hari. Namun, selamatkah botol susu atau bekas makanan yang anda gunakan untuk keperluan anak anda itu?

1. Adakah botol susu selamat dipakai dan diperbuat daripada apa?

Kebanyakan botol susu untuk kegunaan bayi diperbuat daripada dua komponen berbeza iaitu polyethylene yang lebih dikenali dengan plastik EVA dan satu lagi ialah polycarbonate. Ia merupakan komponen dalam penggunaan botol susu yang dibenarkan pada peringkat antarabangsa dan selamat dipakai. Cuma, apabila susu (sama ada susu badan atau formula dalam botol terbabit) direbus pada kepanasan 100º c selama 20 hingga 30 minit, ia sejenis bahan kimia yang dipanggil bisphenol A akan larut bersama susu di dalam botol terbabit.

Konfliknya, apakah ibu bapa lazimnya merebus susu sebelum memberi anak mereka minum? Inilah yang menjadi persoalan. Bagaimanapun, menurut badan antarabangsa Food and Drug Administration and Juvenile Product Manufacturer's di Amerika Syarikat, tiada rekod melaporkan bahawa kanak-kanak yang diberi minum susu menggunakan botol yang diperbuat daripada dua bahan terbabit cedera atau mengalami komplikasi.

Jurucakap badan antarabangsa ini turut menyarankan bahawa untuk memastikan keadaan selamat, susu tersebut perlulah disimpan pada kondisi suhu bilik. Untuk lebih selamat ibu bapa perlulah ingat bahawa selepas setiap kali memerah susu jangan terus disimpan di dalam botol susu plastik. Simpan susu dalam botol kaca ataupun dalam bekas pakai buang yang tidak mengandungi bahan kimia bisphenol A tersebut.

2. Saya bimbang penggunaan botol susu boleh menyebabkan anak saya sakit perut. Bagaimanakah saya boleh mengelak perkara ini daripada berlaku?

Menggunakan botol susu bagi memberi anak anda susu memiliki kelebihan dan kelemahan tertentu. Kelebihannya, anda boleh mengetahui sukatan susu yang diberikan kepada anak dan kelemahannya botol susu mungkin memiliki kuman atau bakteria tersembunyi yang boleh menyebabkan anak sakit perut dan cirit birit.

Botol susu anak perlu dibersihkan secara sempurna setiap kali digunakan. Jika anda tidak mempunyai peti sejuk anda disarankan agar membancuh susu anak di dalam botol hanya apabila perlu sahaja. Kebanyakan kanak-kanak tidak berupaya menghabiskan susu yang telah dibancuh di dalam botol, susu tersebut perlulah dibuang dan jangan disimpan lagi untuk kegunaan seterusnya. Jika digunakan lagi dibimbangkan terdapat kuman pada air liur kanak-kanak yang telah mencemari susu itu.

Sentiasa ingat bahawa susu tersebut perlulah dibuang setelah disimpan lebih daripada 24 jam. Jangan sekali-kali memanaskan susu untuk digunakan semula. Susu merupakan asas pembiakan yang sesuai bagi bakteria yang boleh menyebabkan gastroenteritis iaitu sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa kanak-kanak.

3. Saya buntu memikirkan puting terbaik untuk diberikan pada anak. Puting jenis apakah yang terbaik?

Ada banyak jenis puting dijual di pasaran. Antaranya ialah lateks, silikon, atau getah. Puting yang diperbuat daripada lateks lebih lembut dan fleksibel tetapi ia tidak tahan lama. Selalunya, puting ini mudah koyak apabila digigit dengan kuat oleh kanak-kanak.

Puting silikon sangat kukuh dan bentuknya kekal lama. Manakala, puting getah merupakan jenis puting yang telah lama berada di pasaran. Puting ini tidak berapa lembut tetapi tahan lebih lama. Puting turut memiliki bentuknya tersendiri. Antaranya ialah puting tradisional, ortodontik dan puting berpermukaan rata. Puting ortodontik direka khas mengikut bentuk lelangit dan gusi anak. Puting ini direka bagi memastikan keselamatan anak sewaktu menghisap susu terjamin.

Jangan memberikan puting susu kanak-kanak lebih besar kepada bayi. Ini penting bagi menentukan bahawa bayi tersebut selesa dengan saiz puting yang diberikan. Belilah satu puting bagi setiap jenis atau bentuk yang ditawarkan agar anda mempunyai lebih pilihan untuk diberikan kepada anak.

4. Perlukah saya mensteril botol susu anak saya?

Ya! Anda perlu mensteril botol susu anak setiap kali sebelum memberikan susu kepada mereka. Pensetrilan yang sempurna mampu menghindarkan hampir 99 peratus kuman yang terdapat pada botol susu. Untuk mensteril anda perlu membasuh semua peralatan terlebih dahulu. Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda menyusukan anak anda dengan susu botol. Pada setiap kali akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan ia. Anda perlu membasuh dan mensterilkan botol tersebut serta menyediakan bancuhan baru.

Membasuh botol

1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang, cakera, corong dan sudu yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna.

2. Gosok bahagian dalam botol susu tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol dan jalur skrunya.

3. Sapukan garam di bahagian dalam puting dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurutkan hujungnya. Tindakan ini mengasingkan kesan susu.

4. Bilas botol, puting susu, dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.

Mensteril botol

1. Isikan bekas dengan air sejuk dan tambah pil atau cecair pensterilan. Apabila pil tersebut telah larut, letakkan peralatan ke dalamnya dengan memenuhkan botol dengan air supaya botol tidak terapung.

2. Goyang semua botol dan alatan lain ke sekeliling sehingga anda tidak melihat sebarang gelembung udara. Jika ada udara yang terperangkap, semua peralatan tidak akan menjadi steril. Tutup bekas.

3. Biarkan sehingga lebih kurang sepuluh minit. Keluarkan peralatan apabila diperlukan dan bilas dengan air mendidih. Keringkan di atas tisu atau kain bersih.

Peringatan: Letakkan puting susu secara terbalik ke dalam. Jika tidak, udara akan terperangkap dalam puting dan puting tidak akan menjadi steril.

Kaedah-kaedah lain

1. Mesin pencuci pinggan mangkuk

Ia merupakan cara mudah untuk mencuci (bukan untuk mensteril) peralatan. Caranya mudah. Cuci peralatan pada tahap kitaran panas.

2. Pensteril stim elektrik

Cepat dan menjimatkan tenaga. Namun, ia hanya untuk botol dan puting susu. Anda masih perlu mencuci semua peralatan dengan bersih terlebih dahulu.

3. Pensterilan dengan cara pendidihan

Cuci peralatan, kemudian didihkan selama 25 minit dalam semua peralatan yang terendam. Pastikan kanak-kanak tidak berada berhampiran tempat tersebut.

Thursday, July 29, 2010

Thing to buy


 1. NeuroGain PB - Orang kata kalau nak anak pandai makan pil ni. Kene makan masa trimester ke-3


Pregnancy - in the last three months of pregnancy, it is important that the mother-to-be has an ample supply of the omega-3 fatty acids. Around 70 percent of all the cells that made up the adult brain are formed during this period. The omega-3 DHA central to this process reaches the fetus from the mother via the placenta.

If there is insufficient DHA for the baby, fetal development may be impaired resulting in lower IQ and poor visual acuity.

 2. Orang kata kalau nak elak anak demam kuning makan susu kambing. Tapi kene ambik pada trimester ke-3.

Khasiat Susu Kambing




Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit demam kuning

- Penyakit lemah jantung

- Penyakit darah tinggi

- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala

- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang

- Penyakit batuk kering atau TB

- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis

- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut

- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin

- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja


 3. Sekarang guna jenama Pureen. Tapi dah nak abis. Orang kata Bio Oil lg best. Cuma ianya adalah oil berbanding lotion yang nyaman, oil ni berminyak.

"Tiada kesan regangan langsung, tidak ada satu pun"


"Saya menulis untuk mengatakan betapa hebatnya produk “Bio-Oil”, ia menakjubkan! Saya menggunakannya ketika mengandung untuk membantu mencegah kesan regangan kulit. Saya telah menggunakannya pada perut saya yang membesar dari 5-6 bulan setiap hari dan saya terkejut dengan usaha yang kecil member kesan yang panjang! Saya adalah 5 kaki 3 inci dan saiz 10 dan melahirkan bayi perempuan seberat 9lb (anak pertama). Saya merasa sangat lega untuk mengatakan bahawa tiada kesan regangan langsung, tidak ada satu pun. Saya tidak dapat percaya. Saya perasan ibu-ibu yang lain mempunyai kesan reganagan kulit dan sekarang saya sangat yakin bahawa Bio-Oil benar-benar berkesan pada saya. Saya sekarang menggunakannya untuk membantu memudarkan kesan parut akibat pembedahan. Saya semestinya mengsyorkan Bio-Oil pada kawan dan pasti menggunakannya pada waktu mengandung dimasa hadapan"

Monday, July 19, 2010

Tips menghilangkan stretchmark

Sumber: Fazidah Abdul Latif


http://www.bengkungmoden.com/

http://www.mamamodern.com/




Antara cara yang boleh diamalkan jika Puan Nana nak kurangkan kesan stretchmark selepas bersalin ialah :


Setiap kali sebelum menyapu gel pengempis perut atau campuran kapur dan air limau nipis, sapukan dulu losyen di perut. Losyen tersbut bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.

Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Oh ya... saya tau. Ada diantara kita yang terpaksa bertekak dengan ibu atau ibu mertua yang sangat tegas tentang soal berpantang sehinggakan tidak boleh minum air masak dengan banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus buat Puan Nana kerana amalan ini bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit Puan Nana menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit. Jika bayi Puan Nana tidak menghadapi masalah jaundis atau demam kuning, saya syorkan Puan Nana mencuba amalan meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu Puan Nana

Ambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E.

Walau apa sekali pun, sebenarnya cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada Puan Nana dan bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa Puan Nana untuk menyapu losyen diperut dan di bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.

Juga, jika Puan Nana terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, jangan sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah Puan Nana, mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.

Set Bersalin Yang mana?

Bila kita beranak, mestila nak cepat sembuh, penjagaan yang mudah dan jimat. betul x?
Set bersalin adalah perlu bagi ibu2 yang penjaga pantangnya kurang expert *maaf yer mak*
ataupun memang x reti bab2 pantang ni.

Kakak saya kata, set bersalin ni penting, sebab kalau kita sakit, macam mana kita nk jaga anak kita. memangla orang boleh tolong jaga, tp kalau kita boleh jaga sendiri bukankah lebih indah memori ibu dan anak? lebih2 lagi kalau nak breastfeed. takkan nak pakai ibu susuan kot huhuhu
*maaf saya membebel merepek huhu *

Sebenarnya saya tengah fikir set bersalin yang mana nak beli? huhu
susah jugak nak pilih. Nasib baik terbaca dalam Forum susu ibu ni

http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=3006&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=0

Baca dari mula sampai habis, kebanyakannya mengesyorkan Nona Roguy dan Amway.


RM310
Tapi biasa kalau tanya orang, orang akan kata Nona Roguy sebabnya mudah dan berkesan. Ada 6 herba jer dalam set ni. Ada 1 pil jer yang kene makan, siap ada teh penambah susu badan, herba cuci anu, minyak barut, minyak urut herbanikan dan lg 1 lulur untuk buang daki2 pada kulit menggeleber.


RM293

Kalau Amway pulak ada 10 herba
Untuk dimakan:

Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.

Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.

Dan Bengkung. Orang komen bengkungnya panjang sesuai untuk ibu2 yang tinggi.

Jadinya nak yang mana satu ek????

Sunday, July 18, 2010

SOGO WAREHOUSE SALE

Pada 15-18 Julai yang lepas, SOGO telah mengadakan Jualan Gudang yang Best. Habis duit dan kreditkad aku huhuhuhuhu
Memang awal lagi untuk beli barang baby, masalahnya saya beranak bulan 12. Awal bulan plak tu. Oleh sebab risau x sempat sambut warehouse sale ujung tahun, saya telah memborong awal2. Huhu....
Harap anak ibu selamat dilahirkan dan dapat memakai barangan yg ibu dah beli. Kalau x membazir. Allah tak suka tau. Anak ibu kan Hamba Allah yang soleh/solehah.

Apa yang saya borong??? huhu banyak giler. Hari jumaat pergi dengan member habis RM250. Hari sabtu g ngan suami pulak habis RM 150. tapi termasuk barang ibu skali la kan hehehehehehe
Hari sabtu tu bawa Puteri skali. Hmmmm oleh sebab ramai sgt org dan sempit, jadinya saya telah tinggalkan anak buah saya di tempat permainan SOGO tingkat 7 itu hehehehe Bukan apa risau ramai sgt org. taman permainan tu kene bayar ikut jam. 1jam = RM6. X banyak sgt pun permainannya. Tapi okla kan. sebab ada org tolong jaga hehehe

Nasib baik mak tih shopping kejap je. Sebab lepas 1 jam Puteri dah cari mak tih nak balik. Dah penat agaknya bermain hehehehe Tapi memang dia riang ria sebab dapat bermain. Cuba korang bayangkan kalu budak kecik itu terpaksa berasak2 dengan org ramai? kesian kan. So pada sesapa yang nak bershoping sambil hiburkan anak, boleh tinggalkan anak2 anda di situ ek :)