Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, November 26, 2010

Quick update

Banyak sbenanya nak citer tapiiiii...
Huhu xde moodla plak nak menaip panjang2.
Hari ni ada baby expo kat midvel, sruh husband g bli barang yerla biasa banyak sale kat expo ni. Tapi tula, kesian nk sruh lelaki barang ppuan. Harap2 dapatla seperti yang sy harapkan huhu....
Sekarang sedang berpantang. Hmmmm.... nantila citer. giler xde mood nk menaip.
Sory, bye

Tuesday, November 16, 2010

Mohon Bantuan Breastfeeding

Nipple saya jenis leper huhu sangat susah nk breastfeed.
Alhamdulilah, Lepas bersalin nurse tlg picitkan nipple bg baby isap susu.
Sekarang ni bagi baby isap skit utk stimulate susu. Pastu pam setiap 2jam. Help!!!!!!
Sape2 boleh bantu saya huhu

Monday, November 15, 2010

Meet my baby

Saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Alhamdulilah, selamat semuanya

Nama: Mohd Hakim Yusof
DOB: 14 Nov 2010
POB: Hospital Selayang
Masa: 4.25pg
Berat 2.36kg, Kandungan 37minggu 1hari
Semoga Allah Membantu ku membesarkan KhalifahAllah dengan Sihat dan Mudah penyusuan

Friday, November 12, 2010

Adakah ku sudah kontraksi?

Malam semalam, lepas sembahyang maghrib terus tertidur. Mungkin sebab menyoping di warehouse sogo, tersangatla penatnya. Pukul 12mlm terjaga, so sembahyang Isya'. Lepas tu minum susu kambing panas sebab nak bg sedap tidur, namun x dapat tidur pun. Baby dalam perut bergerak sgt aktif. Perut rasa sangat ditolak2. Lepas tu rasa macam senggugut. Adeh sangat sakit. Tarik nafas dalam2 utk kurangkan rasa sakit. Adakah ku sudah kontraksi????

Patutla semua org cakap kontraksi sakit, huhu memang sakit. Rasa macam perut ditarik2 ke bawah. Ya Allah bantulah hambaMu ini mengharungi kesakitan ini, semoga ia menjadi penghapus dosa2 ku sebelum ini.

Wednesday, November 10, 2010

Akhirnya dapat package dr UK

Ingat tak bulan lepas sy ada order Breastpump Ameda online dari UK. 10 hari kemudian saya terima breastpumpnyer, tapi satu package lg for my extra bottle utk manual pump x dpt lg. So hari ni, akhirnya baru terima 2nd package tersebut. Alhamdulilah. Ingatkan dah lesap huhu

Actually mmg lesap kot, saya anta emil pada Richard Cassidy kata x terima lg 2nd package, then dia kata sebab airmail ada insuran, so dia pos lg 1 package.  Jadinya memang berisiko jugakler kalau kita beli melalui online nih, tapi jgnla riso, sebab kalau well registered company, InsyaAllah pengurusannya boleh bantu jika ada masalah.

Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Pernafasan sangat penting waktu nak beranak. Tapi org kata bila dah sakit beranak tuh, dah x igt apa dah. Doa n zikir segala pun jadi tunggang terbalik huhu takuuutnya. But anyway better kita belajar sehabisnya n tawakal ajer semasa menghadapi keadaan tu. Blogwalking td jumpa blog ni, best jugak memandangkan akak ni dah mengamalkan teknik pernafasan ni, maka bolehla saya menghafal teknik2nya.

Sumber: http://adrinis.com/blog/2010/10/teknik-pernafasan-ketika-bersalin.html

1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )

-Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.

2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit

-Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.

-Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ’sniff’, ’sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

4. Bila tiba masa meneran

-Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.

-Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung.

Oh… saya ada jumpa dari mana saya tak ingat, huhuhu lupa la… adeh… macam mana posisi suami ( kalau suami ada masa process kelahiran tu ) dalam membantu isteri. Ha, ni saya baru pertama kali tahu tau. Nak tahu cara dia?

-Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

Ha… ni perkongsian saya hari ni. Nanti saya nak suruh abang buat gitu gak la. Cuba ingatkan saya and cuba parktiskan… Actually saya nervous sebenarnya ni.. Walaupun dah ada pengalaman, tapi sakit bersalin tu…. Hanya Allah SWT yang tahu dan hanya wanita yang tahu. Betapa besarnya anugerah yang Allah beri pada kita kaum wanita ni kan?

Lagi satu, ni hanya sekadar panduan pada kita sahaja untuk mencuba dan usaha agar diri kita tenang.

Info tambahan: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/teknik-bernafas/

Bengkak kaki sewaktu hamil

Start minggu lepas, tanda2 kaki bengkak dah ada. Tapi baru sikit jer. Rasa lenguh dan berat pada kaki. Masa kelas antenatal ari tu ada 3 perkara yg perlu dilakukan: 

1. Kurang kan garam -Garam punca water retaining
2. Banyak minum air - elak pengumpulan air akibat kurang air dalam badan
3. Suami kene urut kaki arah pergerakan ke atas utk melancarkan pengaliran darah yang mempengaruhi pengaliran air dlm badan.

 Ada search dlm tenet tips menengani bengkak kaki sewaktu hamil.

Sumber: http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/menangani-bengkak-kaki-semasa/

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
1. Elakkan dari berdiri terlalu lama


2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Tungku Moden

Dah lama survey tungku moden ni / bantal panas. Tengok kat laman web kebanyakannya rm40 ke atas. Jalan2 pun banyak kedai jual RM50. Tapi tadi ke Medan Selera Jalan Duta.... jumpa murah jer yey. Saya beli yang ada magnet sekali dengan sarungnya RM35. Kalau yang xde magnet rm25 lg murah tp sbb akak tu kata kalau ada magnet lg elok so sy byrla rm35.


Balik terus caj, sekejap jer  sampai lampunya terpadam. Panas juga. Sarung biru ni boleh kurangkan kepanasannya. Harap2 berguna masa berpantang nanti. Mudah dan senang.

Beg Hospital

Sekarang dah 9 bulan. Almost 80% beg hospital telah disiapkan. Ada sikit2 jer lg nk kene tambah. Ini checklist yang sy adopt waktu blogwalking. Ada tambah n kurang sket la.

For baby


1. 3 sets of baby clothes

2. 3 sets of mitten and booties

3. 3 pcs of baby binder

4. 2 helai kain bedung

5. 6 helai disposabler diaper for newborn

6. 1 set baby’s toiletries

7. 1 baby hat

8. towel

9. 2 muslin squares

10. 2 helai baby wipes

11. 1 paket disposable baby wipes

12. minyak telon


For mommy

1. 2 helai kain batik

2. 2 helai baju butang depan

3. tudung spare

4. Tuala mandi

5. Tuala kecik

6. toiletries set

7. nursing bras

8. disposable panties

9. breastpump set

10. maternity pad

11. minyak urut

12. 2 stoking

13. selipar jamban

14. bengkung moden

15. Lip Balm

16. majalah/buku / yasin

17. Kurma

18. Air selusuh / air zam zam

19. food & drinks = air masak, susu kotak, milo, horlicks, biskut, roti

20. termos air panas = untuk buat air panas bila-bila masa

21. bag plastic = untuk isi baju kotor

22. getah rambut

23. hanphone +charger

Ada hospital yg mintak baju baby masa nak branak. So sediakan 1 plastik asing

1. 1 disposable diaper

2. 1 set baju, mitten and booties baby

3. 1 helai kain bedung



barang keperluan suami

1. sikit-sikit macam berus gigi, sehelai t-shirt, tuala dan undergarment. bagi yang suami kene overnight.

2. Camera + charger

3. Beg khas utk simpan uri

Tuesday, November 9, 2010

Indah itu hanya sementara

Ini Seri yang baru pas mandi. Comel ajer, nampak baik jer...

Bila sudah main, serabai abis rabut. Kepala berpeluh2. Suka duduk dalam bakul baju pastu kena tarik n pusing slow2

Excited terlebih, melompat-lompat dlm bakul

Gigih mendaki tangga

Kalau baby yang dah pandai merangkak mesti excited nak mendaki tangga. Mungkin nak exercise or melihat hasil pencapaian diri apabila berada di puncak. Tengok gambar Seri ni memang sangat gigih dia mendaki tangga. Sehari 3-4kali mendaki tangga.



Aksi menggoyang kepala bila dah sampai kat atas

Okey sekarang ni sibuk belajar nak trun tangga. Mula2 duduk pastu turun kaki pastu duduk balik.


Aktiviti ni bukan baby jer yg exercise, penjaganya pun akan bersauna skali sebab kat tangga xde kipas huhu panas giler

Imam Muda

Rumah saya dah ada Imam Muda


Berserban sudah Suamiku


Monday, November 8, 2010

Didik baby ikut cara jepun

Tadi berblogwalking. Terjumpa blog kak yatie ore klate yg menetap di Jepun.
Sangat best membaca story2nya. Mula2 kagum dengan cara klinik swasta menjaga ibu bersalin. Kemudian kagum dengan cara didik baby di nursery. For me 0-1 tahun, baby cuma baring, tidur, minum susu n poo poo. Tapi rupanya di Jepun, bayi 0-1 tahun dididik seperti umur 1++. Saya baca Montessari Education for infant is taught at Baby SN's nursery rasa macam kagum giler.

Kaedah yang digunakan adalah Montessori Approach

Basic Concepts of Montessori Approach :-


Freedom for self-directed learning. ~~ kanak2 di beri peluang pilih aktiviti kegemaran masing2.

Planes of development.~~ perkembangan dan aktiviti kanak2 di jalankan mengikut peringkat umur. Contohnya macam baby SN (ages 0-6 yrs); di kenali sebagai sensitive period jadi penekanan di beri kepada pembentukan peribadi yang baik dan pembelajaran melalui deria sentuh dan rasa.

Prepared environment. ~~ persekitaran yang sesuai dan selamat di sediakn dengan baik. Contohnya: kalau nak ajar anak tentang kebersihan, jangan marah2 bila dia tumpahkan air sebaliknya sediakan kain dan tunjukkan cara untuk bersihkan air yang tumpah itu.

Observation and indirect teaching. ~~ setiap kanak2 adalah unik jadi tahap penumpuan mereka berbeza. Cikgu2 kat Kinomi Hoikuen akan kenal pasti akiviti yang di gemari dan buatkan aktiviti itu menjadi lebih bemanfaat untuk kanak2 itu, bukan nya memaksa kanak2 itu mengikut arahan melakukan aktiviti yang tidak mereka gemari.

Normalization.~~ semasa perkembangan usia 0–6 tahun, kanak2 akan belajar merubah diri dari kurang tumpuan, kurang fokus, dan kehidupan dalam dunia imaginasi kepada lebih penumpuan, berdisplin, berdikari, dan bertindak mengikut arahan. Contohnya cikgu2 kat Baby SN's nursery dah berjaya ajar dia untuk letakkan kasut di rak kasut yang tertera nama sendiri ..comel sangat tengok dia terkedek2 angkat kasut sendiri dan letak kat rak.

Absorbent mind. ~~kanak2 usia 0–6thn senang menyerap apa yang di lihat pada persekitaran mereka. Jadi, kena selalu hati2 dengan perbuatan kita sebab diorang akan senang tiru dan ingat. Kalau boleh setiap kali kita marah kan mereka, kena bagitahu alasan kenapa mereka di marahi supaya mereka tidak mengingati peristiwa itu sebagai memori buruk dan mereka faham kenapa sesuatu perbuatan itu salah dan tak patut di buat.

Work, not play. ~~ perbuatan 'bermain' yang selalunya di gemari kanak2 di adaptasi dengan 'aktiviti' meransang minda. Contohnya: bermain toys block untuk mengenal bentuk dan warna.

Wednesday, November 3, 2010

Checkup for 36weeks

Ok, sbenanya hari ni baru 35minggu 5 hari. Oleh Sebab ari jumaat baru genap 36minggu, so consider checkup hari ni adalah utk 36weekla sebab doktor hanya dtg klinik ari rabu.

Hari ni Alhamdulilah setakat ni xde apa2 masalah. Berat badan pun naik 1kg je sminggu. Eh... patutla xrasa mcm berat huhu dlu checkup sbulan sekali naik 3-5kg. Dah lupa skrang 1minggu sekali checkup. huhu

Doktor check, kepala baby dah masuk dlm lubang sket. InsyaAllah dah boleh ready utk beranak. Wuuuuaaaaaaa saya sgt takuuuuuut. Doktor tanya ada rasa sakit x? Saya cakap sakit macam mana tu ek? kalau x tau tu maknanya xde lagi latu hehehe Doktor kata sakit mcm senggugut. Mcam rahim kene tarik2. Owh ada tapi dah lama ms 7bulan dulu. Dr. pesan, lepas ni kalau baby x aktif gerak, ada trun darah, keluar air, sakit contraction sila ke hospital terus. Sebab dah 36minggu memang anytime leh branak.

tp yg peliknya, dr cuma dengar jantung baby n ibu jer. X yah scan ke dr???
huhu geramla ngan KK ni. Napela kedekut sgt nak scan baby. Bukannya rugi apa2 pun. machine tu dh ada kt sbelah katil. Suluh ajerla.... xpela, x dpt jumpa baby dlm perut ari ni, harap2 minggu depan kita berjumpa waktu scan yer baby. Jangan jumpa di luar... ibu masih x bersedia beg hospital dan ada brg nk kene shoping lg :) Sabar yer baby. kuar 3 disember ni, ari jumaat. See u soon :)

Tuesday, November 2, 2010

Breastfeeding for first time mum

Semalam dapat tips drpd mmbr yg maknya peer lactacy counselor (betul ke ejaannya??)
2 weeks b4 due date, elok utk guna breastpump utk ransang pengeluaran susu. Tapi guna suction yg paling slow and pump sikit2 jer. Bukan niat utk pump susu, tapi untuk ransang susu sahaja. Bila dah ada susu keluar sikit trus brenti pump. Jadinya bila baby lahir nnt, dapatla elakkan masalah susu xde.

1 lg tips dari pn farah (Sarakids) kalau kita kt hospital, baby akan diletakkan sebelah kita. Adalah elok kita tahu signal baby nak isap susu sbelum baby menangis.

"antara tanda bayi dah mula ready utk susu: dia nganga (o shape), tercari2 puting, hisap jari, hisap bibir, keluarkan lidah, menguap atau tanda yang lain. maka, inilah waktu terbaik utk susukan bayi dan jgn tunggu dia menangis baru nak susukan  menangis adalah tanda terakhir dia akan beri bila semua feeding cues nya tak dihiraukan "