Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Tertinggal BPump di office

Huhu... Jumaat lepas, x tau macam mana, leh tertinggal pump ameda di office. Pump je yg tertinggal, yang lain ada balik huhu
Terpaksala guna manual nyer pump.
Namun hasilnya tidak mengecewakan
Siapa kata pam mahal = susu banyak???
itu tidak benar sama sekali.
Semua pam tidak mempengaruhi jumlah susu, tetapi perasaan dan pemikiran ibu yang mempengaruhi jumlah susu. Sebab tula mindset ibu penting.
Mula2 memang stress, yerla saya kan pengepam tegar. Jenuhla nak mengepam guna tangan huhu
hari sabtu memang x banyak sgt dapat sebab stress ("*_*)
Apabila melihat kekurangan susu, terpaksa menerima takdir, cuba menyesuaikan diri dan barulah dapat 11Oz susu. Nanti kita share ek, cara membahagiakan diri ketika mengepam susu :)

Tuesday, March 15, 2011

Expired Frozen EBM

Diam Diam duk dalam peti beku, udah expired frozen EBM ku huhu
EBM ni disimpan di peti ais 2 pintu. So leh tahan 3 bulan jer.
Selama 4 bulan ibu bekalkan unfrozen ebm kepada Yusuf, kini ibu perlu menggunakan frozen EBM untuk mengelakkan pembaziran EBM.
So semalam dah start bg 1 frozen EBM 4Oz pada pengasuh.
Nak pantau selama seminggu utk lihat progress Yusuf.
Nanti after a week, kalu Yusuf ok, ibu upkan lg jadi 2 botol 4Oz yer sayangku Yusuf.
Ibu labelkan pada thaw ebm - Abiskan dulu No. 1 (siap letak penutup puting)

Nasib baik dah beli Vertical Freezer :)
Leh tahan sampai 6 bulan. Cuma sedang musykil dengan maintenance nyer. Macam nak bersalji jer dlm freezer tuh huhu

Tuesday, March 8, 2011

Mitos Penyusuan Susu Ibu

Pada satu hari, ada seorang ibu berpantang didatangani Mak cik Senah (bukan nama sebenar). Ibu tersebut berpantang di kampung mertua. Mak cik Senah itu adalah salah seorang orang kampung yang baik budi menziarahi ibu yang baru menerima cahaya mata ini. Perbualan nya berbunyi begini.

Senah: Laaa... kecik nya baby kamu ni.
Ibu: Hehe... tula, saya ni besar orangnya, tapi anak kecik jer lahir hehehe
Senah: Xpela kecik, janji selamat dan sihat kan. Bagi susu tin banyak2, cepatla baby ni besar.Baby minum susu apa?
Ibu: Susu badan.
Senah: Dah ada susu ke? Biasanya anak sulung susu xde lagi. 2-3hari baru keluar susunya.
Ibu: Alhamdulilah dah ada susu badan.
Senah: Kamu buang x susu busuk tu dulu? Susu awal tu busuk kamu tau. Warnanya kuning macam pekat2. Picit2 dulu bagi keluar susu busuk tuh.
Ibu: Eh itu bukan busuk mak cik, itu namanya kolostrum. Susu awal yang sangat bagus untuk baby. Kaya dengan antibodi.
Senah: Ish... apa pulak kamu ni. Susu busuk tuh. Sakit anak kamu tu nanti.
Ibu: Owh ye ker...
Senah: Susu badan saja x cukup. Kamu kena tambah susu tin tuh. Kesian baby lapar. Nanti dia asyik nangis dan x tidur malam. Kamu juga yang susah.
Ibu: InsyaAllah, cukup kot susu badan saya mak cik. Perut baby kecik ajer. Nak sumbat banyak2 pecah pulak perut dia nanti hehehe
Senah: Isk kamu nih. Mana ada perut baby pecah. Kamu x boleh bagi susu badan jer. Bagi susu tin tuh baru la anak kamu cepat besar, pandai pulak tuh.
Ibu: Eh, mak cik nih. Lembu ni makan rumput jer mak cik. Xde protin, omega 3, karbohidrat, vitamin c,d,e,b complex macam2 lagi lah. Kalau bagi susu ibu semua ada.
Senah: Ala.. mak cik taula, mak cik dah ada 6 orang anak. Semua dah besar2. Semua sihat dan pandai ajer. Dapat masuk U dapat kerja kat bandar. Susu lembu tu jugak yang anak mak cik minum. Kamu bagi anak hisap dada xpela, tapi kalau kamu guna pam susu tuh cepat kering. X payahla kamu terikut dengan org zaman sekarang. Beli pam mahal2, tapi 2 bulan susu dah kering.
Ibu: Owh... ye ke. Tapi ada kawan saya, anak saya x hisap dada pun, dia pam ajer. Sekarang dah 1tahun 6bulan pun masih banyak lagi susu badannya. Tapi ada kawan saya tuh, dia x pam, dia bg anak hisap dada dan susu lembu. 1 bulan pun dah kering mak cik. Kesian anak dia.
Senah: Memangla, susu badan kita ni ikut keturunan jugak.
Ibu: ikut keturunan? tadi mak cik kata kalau pam susu yg cepat kering?
Senah: Kamu nih, susah benar nak paham. Kawan kamu yang pam banyak susu tuh, mesti mak dia pun jenis banyak susu. Tapi kawan kamu yang cepat kering susu tuh, tu maknanya keturunan dia tetek kecik la. Susu x banyak.
Ibu: Owh... ye ke.
Senah: Kamu ni nanti kerja kan? Kamu kena ajar dia minum susu tin. Nanti payah nak kerja. Baby x mau minum susu lain. Pastu asyik nak duduk dengan kamu jer. Macam mana kamu nak bg org lain jaga.
Ibu: Owh xpe, saya boleh pam susu. Susu tu masuk peti ais. Nanti pengasuh tu tinggal panaskan susu jer. Nanti sebulan masuk kerja saya akan ajar baby minum susu botol pada tangan orang lain.
Senah: Isk boleh ke masuk peti ais tuh? Tak basi ke? Sakit perut anak kamu ni. Kecik2 nak bagi susu basi.
Ibu: ala mak cik ni, susu lembu tu lagila. Berminggu-minggu duduk dalam peti. Kalau yang susu tepung tuh lagila, berbulan-bulan dah susu nya. Baik bagi susu ibu. lagi terjamin.
Senah: kamu kena bagi air masak kat baby. takut nanti baby berak keras. Lgpun air masak ni leh cuci mulut.
Ibu: Isk makcik ni, bahaya bagi air masak. Takut air masak tu tercemar nnt baby leh infected. Biasa taik keras tuh sebab susu tin. Susu ibu ni mudah hadam. InsyaAllah, xde masalah perutnya. Susu ibu ni bersih mak cik, xpayah nak cuci mulut pun.
Senah: Macam-macamla kamu nih. Mak cik balik dulu la yer.

Ini adalah cerita rekaan semata-mata :)
Tapi kebiasaannya inilah ayat2 tetamu yang datang melawat kita. sentiasa memberi mitos yang berdasarkan pengalaman masing-masing. Jadi, ibu2 sila jangan terpengaruh dan percaya dengan cerita-cerita ini. Pastikan anda telah mencari ilmu yang banyak untuk kita membuang jumud diminda. Susu lembu ni hanya sebagai alternatif, susu ibu yang terbaik. Jangan percaya orang-orang seperti ini.

Sunday, February 20, 2011

POWER PUMPING

Hari tu tetiba jer susu saya merundum. Sekali pump dapat 1-3Oz sahaja huhu
Berbanding dengan waktu selalu saya boleh dapat 4-12Oz.
Saya pun mula la memikirkan faktor kemungkinan yang menyebabkan kejatuhan susu ini.
1. Malam selalu skip pump- bila kerja siang, malam x larat nk berjaga. Jadinya ambik susu dlm peti n panaskan.
2. Kurang jumlah mengepam. Biasa kalau kat rumah, saya mampu mengepam 2 jam sekali, 1jam sekali. Yelakan xde kerja duk umah. Wakru pagi memang saya boleh pam sejam sekali.
3. Penat. Bila penat, jadi stress. Susu pun merundum.

Untuk menaikkan balik jumlah susu, saya google dan jumpa la teknik Power Pumping.
Saya buat 3kali power pumping di hari siang, susu masih lagi sedikit, tapi saya pum juga sampai 1 jam.
Hasil yang mengkagumkan, jam 3 pagi saya berjaya pam sebanyak 12Oz.

Macam mana nak Power Pumping???

Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. Here is a brief explanation of power pumping.


Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.

Some mothers prefer to concentrate their efforts and have a power pumping weekend, called 'Power Pumping Boot Camp' by some lactation consultants. They power pump at each pumping for a couple of days before returning to routine pumping.
 
2hari jer susu merundum. So, sekarang pengeluaran sudah kembali seperti asal dah malas nk buat huhu
Bila ada masa baru buat Power Pumping ni. Yerla duk pam sampai sejam lenguh badan.
 
Rupa-rupanya susu merundum sebab saya nak bendera merah huhu...
 
So kepada sesiapa ingin tambah susu, boleh cuba teknik nih.

Thursday, February 17, 2011

Stok EBM

Setelah menyusun EBM ikut bulan, didapati banyak stok Bulan 1 hari tu masa tengah berpantang 1 ke 2 bulan. Memang berkobar-kobar buat stok sebab org kata kalau pump ajer x direct feed susu cepat kering. Walaupun secara mental saya tak percaya pendapat itu, namun secara perasaan saya terguris dan risau juga.
Well, actually rezeki Yusuf di tangan Tuhan, who are we as human to determine how long and how many it is? yang penting D.U.I.T, Doa, Usaha, Ilmu dan Tawakal.  Don't ever u listen words from people who shallow knowledge. Umpama lagu Glee " Don't stop, believing, Hold on to that feeling"
Believe in God, feeling with your hearts




1 plastik tumpang simpan rumah member huhu. Esok wajib beli deep freezer

Wednesday, February 16, 2011

Rekod Susu

Tak sia-sia saya beli botol panjang hehehe.
Yang ni dapat lebih kurang 13Oz. Ada tertumpah sikit huhu. rugi betul asyik tumpah susu.

Tapi masa kat Kelantan rekod paling banyak 15Oz. Hohoho
3botol 5 Oz tu saya dapat full. Tapi sebab x bawa botol panjang jadinya x ambik gambar sebab macam leh mengelat jer kan

Sunday, February 13, 2011

Should I buy deep freezer??

Hari tu ada tunjuk gambar ebm dh penuh peti kan. Sekarang  ni memang dh letak kat bhgn bawah tu. tp tula, x muat nk letak makanan. Sejak 4hari yg lalu, Yusuf selsema n sakit tekak. dia x lalu nk minum susu so dpt simpan byk ebm. ebm sekarang perlukan ruang yg lebih besar.

Tapi sy simpan ebm beku, tp x pernah pakai pun lg. huhu... perlu ke sy buang ajer ebm yg hampir expired or buy deep freezer so it still can be kept for 6 month rather than only 3 month.

Kalu x guna nape sy rajin simpan ebm?? sebab sy nk bg yg fresh pada Yusuf. Jadinya sy cam reragu nk bg yg frozen ebm. Saya simpan ebm sebab takut susu merundum or kena outstation. Tu yg bersemangat buat stok bebanyak.

So... should I buy deep freezer?

Wednesday, January 26, 2011

Kerja baru di office


Sekarang waktu kerja semakin suntuk disebabkan sesi mengepam 3-5kali huhu
Seronoknya kalu selalu dapat susu banyak ni kan :)

My EBM

Saya mula mengepam pada hari ke-2. Saya mula ada stok ebm pada hari ke 32.
Sejak itu saya berazam memenuhkan peti beku dengan ebm.
Alhamdulilah, bhgn yg sy menumpang peti bhgn beku mak saya ni dh penuh.
Sekarang ni tgh pk agak2 mak marah x kalu bhgn bawah tu kusumbatkan ebm juga???
Mesti akan dibebel... "Abis tu ikan, ayam mak nak simpan mana?"
Adeh.....