Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label Accident. Show all posts
Showing posts with label Accident. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Check Up ke 3

Baru je balik dari check up.
Alhamdulilah, pagi ni x ramai orang. Jadinya otak x serabut dan x perlu tunggu lama.
Hari ni husband teman g klinik. Malangnya, masa nk masuk simpang ke klinik, tiba2 ada motor langgar.
Motor tu x prasan agaknya signal kete kitaorang. Husband aku dahler hangin pagi nih. Huhu...
Nasib baik minah motor tu xde apa2, dia bangun trus start motor. Masalahnya, bumper kete aku dh bercalar n terkopak sket huhu  duit lagi.

Nasib baik husband teman g check up hari ni huhu... kene cucuk ATT *untuk elak kancing gigi* Sakitnya. huhuuuuu..... rasa macam bengkak kat tempat suntik tu. Pastu sampai ke jari kebas n lenguh2. Nurse tu mmg dh bagitau awal2 kata ubat ni sakit. Nanti nak buat kerja pun susah. Napela x bg MC huhu. Leh berehat kat umah dahler posa hari ni. Member kata 2-3hari kebahla rasa sakit tu.... diulangi 2-3 hari!!!! biar benar

Tapi bergantung pada orang jugak. Mungkin kalau badan kuat sehari ajer huhu.... Ya Allah sembuhkanlah rasa sakit ini. Rasa sakit ni sebenarnya latihan utk prepare rasa sakit yang lebih sakit huhu... iaitu sakit nak beranak. Kalau kita dah boleh tahan dengan rasa sakit, InsyaAllah kita ada motivasi sikit utk tahan rasa sakit yang paling sakit itu.... Ya Allah permudahkanlah proses aku nak beranak nanti. Takutnya (+_+')

Terima Kasih sayang sebab temankan ayang ke klinik :)

Monday, July 26, 2010

Langgar Babi dekat Highway

Yer, tajuk di atas adalah kejadian sebenar!!!
Tapi bukan saya yang langgar.
Abang saya yang langgar Babi Hutan tau. Yang besar warna hitam itu.
Kejadian ini berlaku jam 8.30 malam.

Alkisahnya, Wife abang saya bekerja di Pahang manakala abg sy pula keja di Lumut Perak.
Hari ahad abang saya on the way balik dr temerloh ke Perak. Nak dijadikan cerita, tengah drive laju kat Highway Plus 5km simpang ke Bidor, tetiba ada seekor babi yang sedang melintas. Tak sempat nak brek, terlanggar babi yang besar itu. Kereta terhentak, Babi tersebut tercampak. Abang sy panik tekan brek, trus break lock, kereta berpusing 360 darjah, abg saya tercampak keluar pintu *x pakai seat Belt*
Kereta berpusing tanpa pemandu.

Abang saya segera bangun, dan menghalang kereta daripada melanggar dia. Kereta berhenti berpusing setelah beberapa kali langgar devider jalan. Nasib baik, kereta yg seterusnya sempat memberhentikan kereta dan membantu abg sy yg lebam badan akibat tercampak. semua kereta lalu di sebelah kanan dan kiri sebab kete abg sy brenti di tengah2 jalan.

Kereta tunda tarik kereta abg saya. Katanya dia ejen insuran, nnt dia claim pada insuran. Abg sy x perlu byr apa2. Kini abg saya berada di rumah mak. Abg saya ada bawa kepok lekor dan ikan patin utk dijual disekolahnya *abg sy ustaz sekolah rendah*
Oleh yg demikian, sy perlu membantu jual ikan dan kepok lekor tersebut di office huhu

Okey, sape nak beli???? yang kat opis JKR ni jela ek :) free delivery. Murah je jual