Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, September 28, 2010

Doa dan amalan ketika mengandung

Macam dah terlambat jer kan nak buat entry ni huhu....
Tapi xpela, asalkan ada. Actually info2 kat blog ni mmg untuk rujukan sendiri, tapi mcm lg best bila dishare kan. Ada ke org nak share dengan saya? ekekeke

Doa dan surah Al-Quran ni adalah salah 1 ikhtiar dan usaha kita untuk dapat yg terbaik. Tapi x semestinya termakbul. So kalu dah baca, jgnla trus mengharap hasilnya pastu kalau x dapat mengungkit. Kadang2 Allah makbulkan doa dan amalan kita secara terselindung, maknanya kita x sedar yg kita sedang menikmati apa yg kita harap. Dan kadang2, perkara yang buruk pada kita tu sebenarnya adalah perkara yang terbaik buat diri kita. Jgn sesekali menyesali takdir Allah, sebaliknya sentiasa bersyukur dan berdoa lagi kepada Allah.

Sumber: http://nuriman.wordpress.com/2009/07/13/doa-dan-amalan-ketika-mengandung/

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.


Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)


5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189


9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
***************************************


Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)

Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)

Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a’lam.




My shy-shy baby

Tadi pergi ke Vision College nak scan 3D/4D. Harapan hancur lg sekali. Baby x nak tunjuk muka. Last 28weeks baby tutup muka dengan tangan jer. Tapi kali ni, baby siap angkat kaki lagi tutup muka. Bayangkan 2 tangan, 2 kaki ada kat muka. Pastu ada scene baby isap jari, tapi kakinya menutup separuh muka.... hmmmm... saya tanya, normal ker kaki baby angkat tinggi sampai kepala? Dia kata, baby memang suka position tu. Dah biasa macam tu.

Pastu org scan tu suruh g jalan2 harap2 baby leh gerak. Saya pun gla minum air kelapa. Biasa lepas minum air gelapa bbaby sgt aktif. Bila scan lagi sekali.... memang baby gerak. Tapi dia tunduk kan muka pandang ke tulang belakang saya... lg la x nampak muka huhu nampak pipi belah kiri jer

My shy-shy baby, baby nak buat surprise pada ibu n ayah ek.... xpela. Janji anak ibu sihat dan sempurna sihat yer.

Monday, September 27, 2010

Berjalan di I-city Shah Alam

Selepas Kelas Antenatal, singgah ke I-City Shah Alam. Memang teringin nak pergi sebab asyik tgk gambar org pergi jer... hm.... Parking dekat bangunan, sangat jauh berjalan huhu. Pastu semayang jap. Tempat lampu2nya semua jauh2. Untuk ibu ngandung ni memang x laratlakan.
Ini adalah 30 Minggu. Berat badan 71.5kg huhu




Ada rumah salji, tapi xde salji pun hehehe... lampu2 jer. Pastu air-con dia sgt banyak. Keliling perimeter siling. Sejuk la jugak


Orang kata muka kami macam adik beradik. Ada iras tang mana pun sy x tau

Kelas Antenatal di KPJ Selangor

Last 25 Sept 2010, saya ke kelas Antenatal kat KPJ Selangor. Dari jam 9.00pg-6.00ptg. Tapi ada separuh kelas yang datang lambat. Jadinya dlm 9.30 baru start.

Kelas sangat full. Ada 18 couple maksudnya total 36 orang. Maybe sebab after raya kot. Menyesal plak x ambik awal bulan Oktober punya. Bila kelas full jadi x best sangat.

Tapi Ilmu yang diperolehi memang banyak. Cuma saya lebih prefer kalau diajar secara amali. Semua orang dapat pegang baby dan mencuba bersama Fasilitator. Yela, Bila kita tgk org buat memang nampak senang. Tapi cuba buat sendiri hahaha.... Rasanya kalau di PPUKM memang buat Amali kot. Sebab tengok Blog Azian macam lebih banyak amali.

Nantila saya ceritakan secara detail pasal Kelas ni ek. Sekarang ni cam malas nak menaip pepanjang hehehe. Banyak tips yang diperolehi. At least kita leh imagine being in labour room and start to practice breathing and position mengangkang hehehe



Sepanjang kelas ni kebanyakannya lelaki yang bertanya dan menjawab soalan. Yang perempuan kebanyakannya diam dan mata berkaca2 sebab takut kot hehehe takut nak beranak

Lepas ni nak try g Kelas Antenatal kat HKL plak. Sebab free :) lgpun leh dpt door gift hehehe Carilah ilmu sebanyaknya, rezeki jangan ditolak

MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

Sumber: http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=814&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=0

Minyak Selusuh or Air Selusuh.
Kalau dari Forum susuibu ni ada 4 air yang leh dibuat air selusuh
1. Air zam-zam
2. Air Musoffa
3. Air basahan ujung rambut
3. Air akar Bunga Fatimah

Untuk Minyak Selusuh
1. Minyak masak biasa
2. Minyak kelapa dara
3. Minyak dari tahi minyak yang pekat2 lepas memasak tuh

Semua dibaca dengan Ayat Al-Fatihah, Selawat dan zikir, Surah Yasin, Surah Maryam dan Doa masa Nabi Yunus dalam perut Paus tu
Bacaan boleh rujuk blog Nad

 Lebih Afdhal kalau suami sendiri / Orang Alim yang buatkan air / minyak selusuh ni

Ada yang kata Minum bermula 7 bulan, ada yang kata 8bulan 10 hari, dan ada yang bila dah nak bersalin baru leh minum.

Anyway, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah. Tidaklah hanya bergantung pada air/minyak selusuh ni. Tapi yakinlah dengan bantuan Allah


APAKAH KEISTIMEWAAN MUSOFFA ?


Minuman suci yang sangat istimewa bersama larutan Za’faran terpilih, dihasilkan dengan penulisan tangan dan bacaan 30 juzuk Al-Quran, Asma Ul Husna dan doa-doa penyembuh di dalam pinggan putih menggunakan pena unik dari ranting kayu terpilih dan herba za’faran yang berkualiti sebagai dakwat dengan campuran air zamzam dan ditulis oleh para Al-Hafiz yang menjiwai keseluruhan proses penulisan dengan adab-adab Islam dan menepati tahap kebersihan Kementerian Kesihatan.




Sumber: http://www.bidankampung.com/


Minyak selusuh adalah sejenis produk yang diperbuat dari minyak. Jika sebelum penemuan teknologi terkini, minyak masak biasa digunakan untuk membuat minyak selusuh. Tetapi kebanyakan pengguna agak sukar untuk meminum minyak masak yang dijadikan selusuh.

Kini dengan gabungan teknologi terkini, pihak kami menggabungkan kehebatan Minyak Kelapa Dara melalui proses sejuk yang langsung tidak menggunakan sebarang haba digabungkan dengan kemahiran seorang bidan pakar bersalin lalu menghasilkan Minyak Selusuh yang sangat berkesan untuk membantu memudahkan proses bersalin.

Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam Sejak Turun-Temurun

Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin

Gabungan Ilmu Perbidanan Tradisional dan Teknologi Moden

Pertama Seumpamanya di Malaysia

KELEBIHAN MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam sejak turun temurun yang sangat sukar ditemui pada hari ini. Kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini.

Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.

Diperbuat daripada minyak kelapa dara asli gred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat. Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran.

Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara.

KAEDAH PEMBUATAN

Kaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.

InsyaAllah dengan izin Allah!

* Sekarang ni tinggal kat bandar, memang tidak akan berjumpa bidan di kampung. Jumpa bidan kampung di online pun boleh kan hehehe

Sunday, September 26, 2010

Cara bersalin Normal

Semalam tetiba jer terasa macam period pain dekat bawah rahim. OMG serius sakit dan rasa macam kepala baby menolak2 ke celah kangkang. Pastu teringat kelas antenatal, kalau sakit kene duduk jangan baring. Pastu tenangkan baby dlm perut dan pastikan tiada lg sakit mcm period pain tu lg. Sebab kalau kerap maknanya contraction. Kalau sesekali maknanya braxton hicks (practice contraction).
Nasib baikla, dah xde sakit. Tapi memang susah nak lelap semalam. Baby macam menolak2 ke bawah. Otak dah mula fikir, huhu macam mana la nak beranak. Rasa macam sgt x bersedia lagi. Nak baca doa pun mcm ingat2 lupa. Yang suami pulak "awak x packing bag hospital lg kan? macam mana ni. Nape x packing lg?" terpaksa senyum ajer.... Jadinya hari ni trus google persediaan nak bersalin. sebab semalam macam blank... maybe sbb x de experience kot.

Terjumpa Cara bersalin normal. Senang nak ingat kot. Tapi kalau aziyana buat demonstration gamba lg bagus kot hehehe

Sumber :http://nurulaziyana.blogspot.com/2010/09/skill-meneran-bersalin-normal.html
Diolah dari ratuhati.com


1. cara bernafas masa nak bersalin nanti...tarik nafas dalam2, pas tu teran. dan, kalau tak cukup nafas masa meneran, jangan lepaskan habis, terus tarik nafas semula. sebab, kalau lepaskan nafas sampai habis baru tarik nafas semula, nanti kepala baby yang dah nak keluar akan termasuk balik. jadi kena usaha lebih lagi untuk keluarkan baby.

2. Praktis senaman kegel during pregnancy, utk improve elasticity pintu 'gerbang'..Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm...Pegang kat buku lali (dlm keadaan baring), pandang perut..mmg akan kangkang betul n mudahkan doktor..Jangan fokus kpd sakit tu.. ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia..Jgn teran cepat sgt, dh rasa sakit betul2 baru push...punggung jgn angkat (ni kalo xnk kene jahit banyk)...kalau hubby ada time bersalin...mintak hubby tekan lutut kita kuat2...Dgn cara tarik nafas dan tahan baru push..dgn satu nafas supaya kepala baby betul2 kuar dan x tersekat

3. digalakkan membaca surah maryam dan ayat nabi noh keluar dari perut ikan paus

4. amik nafas pnjang2 melalui mulut pastu teran smbil angkat bdn (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada, dgn cara tu baru la kte dpt teran btul2

5. teran tu, jgn kuar suara.. sbb kalu kuar suara tu sbnarnya kte xteran btul2.. suara jer lebih kuar.. ketap je bibir

6. masa nk mula meneran tu,mintak tolong suami pegang bahu kat belakang.sebab masa meneran tu kita separuh duduk..senang sikit nak meneran..posisi ni jugak dpt elakkan punggung dr terangkat..

7. bila dh nk dekat bersalin, jgn amalkan minum ais takut kurang tenaga bila nk push nnt tp amalkan makan kurma

Friday, September 24, 2010

30 Minggu

Hari ini sudah 30 Minggu....
ada lagi 10minggu sahaja. Debaran untuk melahirkan anak, berpantang dan teknik2 menjaga anak.... Mampukah aku???

Wednesday, September 22, 2010

Check up 7 bulan

Semalam pergi checkup untuk 7 bulan pregnancy jumpa doktor sekali. Alhamdulilah, baby n ibu sihat.
Apa yang menjadi isu adalah berat badan naik 4kg dlm masa 1 bulan menyebabkan beratku kini melebihi 70kg. huhuhu..... Misi menasihatkan supaya mengurangkan makan sebab takut diabetes. Owh nonono saya tidak mau ujian gula lagi. Perit tekak ku ini. Waktu Scan semalam, kepala baby ada kat bawah. Patutla mcm kene tendang tulang rusuk ku ini.

Berat baby dah 1.3kg hehehe.... dah cukup sifat sebagai seorg baby. Alhamdulilah

Dah masuk 7 bulan ni. Nurse dah sruh buat carta pergerakan bayi. Dengan jujurnya saya cakap saya jarang rasa baby gerak huhu.... ada gerak tp xdela sampai 10kali hmmmmm... Nurse kata kene baring nak bg senang rasa pergerakan. Memang malam lg rasa pergerakannya sebab baring la kot kan. Siang kat opis duduk ajer. Nampaknya lepas ini saya selalu baring dekat suraula.

Harini gaji dah masuk :) Minggu depan leh serbu sogo warehouse sale yeyey

Tuesday, September 21, 2010

Trimester ke-3

Alhamdulilah, syukur sekarang sudah masuk ke trimester ke-3.

7Bulan (29Minggu)

Masuk trimester ke-3 ni memang terasa sungguh perbezaannya.
Kaki dah mula macam membengkak. Maybe water retaining banyak kot. Dah xleh berdiri n jalan lama2. Sebab kaki x larat menampung berat badan hehehe
Pastu bila perut mengeras dah mula risau takut tiba masa untuk beranak. Sebab 7bulan adalah tidak mustahil mengalami contraction. Vitamin masih lagi diteruskan, Vit-C, Bcompleks, Iron, Asid Folik dan Neurogain. Masih mencari pil Hi-Goat sebab org kata nak elak anak demam kuning. Air kelapa sekarang dah kerap minum. Nak bagi baby gerak aktif sentiasa n nak bg kulit anak cantik.
Tidur sekarang x lena, asyik terjaga sebab nak kencing. Dulu terjaga sekali ajer, sekarang 3 kali mesti terjaga tidur nak g toilet. Kaki Cramp pun dah semakin kerap. Kesian abe malam2 kene urut kaki sampai saya tidur balik.
Kepenatan badan semakin bertambah, nafas pun makin pendek asyik termengah-mengah. Perasaan semakin emotional dan sensitif huhu... nak kene ubah ni.
 Jadinya, sentiasa +ve kan diri, supaya nampak sihat dan segar selalu. Senyum sokmo :)

Pusat memang dah terkeluar masa 4 bulan lagi

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya, Hari Untuk kita bersuka Ria :)
Raya tahun ni best sebab ada budak2 yang memeriahkan rumah. Bakal budak ada dalam perut pun best jugak, sebab ibu boleh makan banyak2 hehehe

Raya ni seronok kalau ada budak2 jer, tahun lepas kakak beraya dekat rumah mertua jadinya kurang meriah sebab xleh nak kacau budak kecik hehehe

X banyak nak citer. layan gambar jela ek


Seri paling excited tengok kuih raya atas meja. Dah 2 balang pecah sebab dia angkat dan jatuhkan  huhu.. Seri ni kuat makan. Memang dia suka makan biskut raya. Kemam sampai lembik pastu pecah-pecah berterabur atas lantai. Ini cara makan budak yg xde gigi hehehe
HP nokia suami dah rosak sebab Seri kemam. Sekarang dah jadi HP seri. Jadinya from time to time suma org mencari Handphone Seri mana? Budak umur 10bulan dah ada HP tau
Kakak dia ni memang slalu jeles kalu ambik gambar adik dia jer. Dia mmg suka nak interframe
Selamat Hari Raya :)

Monday, September 20, 2010

Gender Baby

Selamat Hari Raya,
Seronoknya raya tahun ni :)

Tapi hari ni lupa nak bawa kamera, jadinya esok baru cerita pasal raya ek hehehe

Hari ni nak citer pasal  gender baby
Sesiapa yang tertanya-tanya gender baby, maybe leh baca article ni Knowing your baby's sex: the folklore
So far, memang sama dengan yang saya scan hari tu.
Then ambik baby gender predictor pun sama dgn saya scan hari tu.

Minggu depan nak scan lagi...  Tapi itula, "it may be"  hanya Allah yang tahu takdir yang telah ditentukan :)

Thursday, September 9, 2010

Mintak Maaf Segala salah dan silap

SELAMAT HARI RAYA :-)

Yeyeyeyeyeyeyeyyyyyyyy!!!!
Esok hari raya. Yahoooooo.... Syukur Alhamdulilah dapat menghabiskan Ramadhan kali ini. Kepada semua pembaca Blog, saya ingin mintak maaf di atas segala kesalahan, kesilapan, tersalah taip, tidak mengupdate blog dan segala tulisan saya yang mengguris hati anda. Dan kepada anda semua, saya telah maafkan apa2 kesalahan anda jika ada yang membuat saya terasa hati atau tidak suka.

Termasukla technician saya serta bapaknya, saya mintak maaf banyak2 kerana telah memberi nasihat yg anda tidak dapat terima kenyataan, maaf terkasar bahasa dan sebagainya. Saya hanyalah insan yang mempunyai kelemahan juga.

Aku halalkan kerja2 yang aku tolong buat kerja2 ko yang memang sepatutnya ko buat. Sapelah aku nak berkira dengan kerja2 ko yang sikit tapi ko x leh nak buat tukan sebab mengandung ek??? (Ceh... sbenanya aku maafkan, tapi aku tidak akan lupakan)

Owh, tadi dah g 3D/4D scan. huhu... baby tengah nyenyak tidurla. Dah goncang2 perut pun dia dok diam jer. Mula2 letak 1 tangan kat muka, pastu tekan2 perut dia g angkat 2-2 tangan plak. Kaki pun baby angkat bukan main tinggi lagi. My shy-shy baby. Nasib baik Vision College x charge. Dia kata boleh buat appoinment lg sekali. Nampaknya tiada show di hari raya esok huhu. Baby... ini ibu pesan, 28hb nanti kaki tangan x mau tutup tau. Ibu nak tengok muka n gender baby. Tapi tadi tengok pipi baby cam tembam, tangan pun tembam heheheh idung je penyek macam ibu kot :)

Tuesday, September 7, 2010

Shoping baju baby

Semalam jalan2 dekat sogo. Asalnya nak beli baju kerja suami, yerla tengah sale raya. Tapi baju lelaki x banyak sale la... hmmm rasa raya thn lepas lg banyak sale. So jalan la kat bahagian baby :)

Tapi memang geram sangat nak beli baju baby. Sedangkan duit xde huhu.... disebabkan suami x jadi beli bajunya, so dapatla beli baju baby yey :)

Tapi maafkan ibu n ayah, sebab beli baju murah2 jer. Ibu n ayah dh kehabisan duit sebab beli barang kat onebabyworld minggu lepas. Xpe, anak ibu kan anak yang soleh. Beli baju mahal2 tukan amalan syaitan. Jadi kita jangan membazir yer sayang.
Sengaja di ambil tag harga. Nak tunjuk kemurahan baju di sogo hehee

Sangat Marah

Tengahari tadi ada kejadian drama pada diriku hahahaha
pagi td technician aku xde. jadinya aku msgla nak sruh dia buat kerja juz to make sure dia masuk opis awal la (sebab selalu dia masuk ikut sukati dia). Pastu aku perli2 lakan, kalau nak merayap ke, nak ber FB ke, nak bersembang ke, nak jual kuih ke nak jual mekap ke buatla tapi siapkan kerja dulu. Nanti x berkat anak ko makan. Nasihat di Bulan Ramadhan.

Pastu dia bls sms " Aku sorang je ke yang keluar?" ayat perli aku balikla tuh

aku pun balas " aku x kisah ko nak kuar ke segala, tapi siapkan la kerja"

Alhamdulilah, aku masuk opis dia dah ada kat tempat. Dengan harapan siapla kerja dia.

Tetiba jer, bapak dia kol aku.

Bapak dia: Awak sape nak tentukan kerja anak saya berkat ke x?
Saya: Saya x kata pulak x berkat
Bapak dia: Awak nak saya forward msg awak balik ke?
Saya: Saya msg kalu x buat kerja nanti x berkat. Means kalau anak encik buat kerja berkatla. Kalau x buat, x berkatla.
Bapak dia: Siapa awak nak kata kerja dia x berkat?
Saya: saya tulis nanti... maksudnya takut x berkat. Tapi xpela, kalau betul dia buat kerja berkatla rezeki dia. Apa masalahnya?
Bapak dia: Anak saya mengandung
Saya: Saya pun mengandung. Encik ingat anak encik sorg je ke yang mengandung perempuan lain pun mengandung tapi buat kerja (Aku tinggikan suara. Pantang betul aku org salahkan kandungan sebab x nak buat kerja. Dah dasar x nak buat kerja tu salahkan diri sendiri sudahla. X paya ko nak salahkan baby dalam kandungan pulak!!!!!)
Saya: Encik, bapak saya pun kerja jkr. tapi x penah plak saya sruh bapak saya marah2 bos.
Bapak dia: awak tak boleh marah saya
Saya: Aik, pak cik yang marah2 saya, salah ke saya marah pak cik balik?? saya dah cakap elok2 awal2 tadi. Pakcik nak marah2 terpaksala saya marah jugak!

Pastu suma org datang tempat aku n offkan panggilan. Aku menjerit nama technician aku. Ko ingat bapak ko tu sape? Ko yang x buat kerja, bapak ko ker yang tolong siapkan kerja ko??????
Aku yangbuat kerja ko. Dahla aku kene buat kerja aku yang berulangkali utk puaskan hati bos, pastu keje ko pun aku nak buat????? kalu ko byr gaji kat aku, aku x kisah. Masalahnya aku ni yg terpaksa buat tanpa apa2 bayaran. Sebelum ni aku tolong sebab kawan. Tapi mulai hari ini........ I'm Your boss. Please respect me and do your work!!!!



Pesanan: Aku mintak maaf marah2 kat bapak ko.

Monday, September 6, 2010

Iftar bersama Keluarga

Last weekend supposed ari Sabtu berbuka posa bersama family dan hari ahad berbuka posa bersama ex-MRSM. Namun disebabkan kakak saya x jadi hari sabtu terpaksa saya tarik diri berbuka bersama kawan2 MRSM huhu sungguh kejam.

Okay, saya ingatkan memang cancel, tetiba jer kakak saya dtg ari ahad tu huhu. Pastu saya pun tergesa-gesa plan tempat berbuka posa. Ingatkan minggu akhir ni ramai dah blk kampung, namun x juga huhu... KL ni full ajer. Tempat murah dah full, terpaksa bawa g Hotel huhu pokai duitku.

Jadinya kami sekeluarga berbuka di J.W. Marriot Hotel di Bukit Bintang. Tulis harga rm54++ tapi dia kata yg rm54 dah xde, ada RM68++ ajer.... Belasah ajela. dah sampai huhu. Jom layan picture

Okey, si kecik ini sudah pandai berposing depan kamera!!!
macam2 aksi dia buat. dahla pakai baju seksi huhu



Kecik2 dah pandai posing. Budak zaman sekarang. Tapi mak saya kata, masa saya kecik dulu saya juga suka posing (",) hehehehe Agaknya Puteri ikut perangai mak tih kot

Kenapa tangkap gamba tutup mata? memang trademark kami. Senyum mata x nampak hahaha

Ini gamba budak yang makan sampai termuntah hahaha. Dari pukul 6.30 sampai 8.30 asyik makan ajer. Agaknya perut dah penuh sangat, makanan terakhirnya telah keluar dari mulut yang comel itu

Inila mama kepada anak2 buahku

Ni pulak kakak sulung saya. Muka Seri tengah geram sebab x dapat makanan

Ini opah

Nopi, sorry sangat2 x dapat join iftar korang huhu. Miss u so much

Friday, September 3, 2010

Memori Hari Perkahwinanku

Orang kata, bila kita bergado dengan suami, rasa geram sangat.... Ingatlah saat2 indah bersama. InsyaAllah sejuk hati kita. Yuppp!!! memang berkesan. Now I'm happy. So saje mengimbau memori hari perkahwinan. Perancangan nya memangla lama. Daripada bulan 5 tahun 2009 tarikh pertunangan hingga 26 Feb 2010. Oklakan, x sampai setahun pun hehehe. Tapi itula seboleh-bolehnya rancang habis baik, sebab pada hari kejadian, kita dah x mampu mengawal apa2. Semuanya terserah pada Ketentuan Allah. Memang masa dok atas pelamin tu, rasa marah sgt2, tp nk buat cam ner kan.... senyum jela.

Tarikh nikah: 26Feb 2010 bersamaan Maulidur Rasul. Memang semua kena booking awal, sebab ramai sgt org nak kawin tarikh ni. Memang dah rezeki, terlupa nak book imam, nasib baik ada kosong lagi. Tapi siang dah penuh. Alhamdulilah. Tok imam kata, dafta kawin memangla 3bulan sebelum, tapi book imam tu kene lg awal lebih kurang 5bulan sbelum. Owh baru ku tahu.

Kami dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan. Bukan sebab ikut artis yer.. tapi memang rumah saya dekat jalan duta. Imam ni dah biasa nikahkan artis. Jadinya tanya saya, nanti boleh bawa florist, pelamin dan media untuk setting 1day before event. (+_+) Saya rasa dewan nikah tu pun dah cantik. X payah nak hias2.

Ini wajah sebelum dan selepas mekap. Ada angle yang cantik, tapi ada angle yg x cantik juga. Udah mukanya bulat, kalau salah angle memang huduhla huhu....

Warna hijau tu hantaran dari pihak laki,*Tapi sbenanya saya yang buat* hehehe kesian, family suami dari kelantan naik flight. Camner nak bawa hantaran naik kapal terbang tuh???
Yang merah putih tu mak andam saya yang buat. Eh silap... Pak andam (Nyah ok)

Saya x suka mekap dan tudung waktu bersanding ini. Sebabnya... muka saya jadi hitam dan bulat. Pastu perancangan majlis cam tunggang langgang. Grrrrr..... kepada bakal2 pengantin, sila test mekap!!!! warning yang amat. Walaupun mak/pak andam tu kata"I mekap cantik tau, x payahla nak test mekap. I selalu mekap artis" Sila tukar mak/pak andam yang cakap macam ni. sebab hasilnya memang hampeh.... tula berlagak aku yg jadi mangsa huhu. Malam nikah tu perempuan yang mekap, sebab nk jaga air smayang.

Saya memang tringin sgt3 nak pakai gown. Sebab pak andam saya kedekut, dia sruh saya cari sendiri gown. Akhirnya saya g beli sebab harga sewa dan beli sama!! sapa nak bli gown ni?? saya jual separuh harga. Pakai 2kali jer, dah cuci hantar dobi sebabnya aku nak pakai gown pergi mana huhu

Ini gambar yang paling Feveret :) mekap ni luar dewan cantik pulak huhu dalam dewan nampak gelap. x kira nak salahkan pak andam jugak wuuuaaaa. Patutnya luar or dalam dewan both kena cantik.

Okla... nanti sambung gambar outdoor plak. Dah penat nak menaip. huhu

Thursday, September 2, 2010

Booking 3D-4D Scan

Kalau ikut jadual hamil saya, minggu depan saya sudah 7 Bulan Hoooorrrraaaaayyyy :-)
cepatnya masa berlalu. Jadinya saya dah booking untuk 3D dan 4D Scan di Vision College pada 9 September 2010 jam 2.30ptg. Yer saya tau esoknya sudah raya. Namun masa nak buat apointment tu dia kata sabtu tinggal 8 Okt, Isnin pun sampai Oktober, last2 saya tanya bila yang ada kosong? Hari ni dan 9/9 jer yang ada kosong. Hmmmm... nasib baik raya kat KL jer hehehe husband pun keje lg ari khamis tu. Jadinya boleh ajer :)

X sabar nak tengok aksi comel baby dalam perut ni. Selalu main tendang2 :) xpe ibu suka. Tendang lagi yer sayang.

Owh, saper yang berada di KL, Vision College memang murah sebab student jer yang scan RM90. Scan dalam 30minit-1jam. Dapat 1cd video dan 50keping gambar dalam CD tu (*_*) yey... leh buat show waktu raya. Tapi kalau twin, or baby bermasalah kene tutor yang scan RM200 dapat paper report skali. No tel: 03-7803 8300. Book cepat2 sebab memang fully book.

Ramadhan menguji kesabaran

Hari yang sangat x best adalah hari ini. Pagi2 dah gado ngan husband. Pastu datang opis buat keje asyik salah. Ntah brapa banyak print and fotostat membazir ketas ajer huhu. Pastu tempat letak keyboard yang boleh disorong ni tercabut skru, dah senget nak kene cabut skru lg sbelah....

Arrrrggggghhhhh...... Bila nak Raya ni!!!!!

Memang bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat menguji kesabaran. Bukan hanya sabar menahan nafsu makan, tetapi juga sabar dalam menguruskan rumahtangga dan hormon ibu mengandung yang tidak stabil.
Ya Allah, bantulah aku menghabiskan lagi 7 hari berpuasa ini. Sesungguhnya memang dah x sabar nak menyambut hari raya huhu......

Dulu memang x kisah bulan puasa sebabnya sibuk nak kuruskan badan. jadinya dah biasa berdiet x heran pun x bangun sahur dan berlapar. Lepas tu time bendera merah bolehla berehat puasa kejap. Maknanya ada break lebih kurang 7 hari. Sekarang ni, dah lain huhuhuhu............

Sekarang setiap pagi dah kene bangun sahur. kalau x, terketar2 badan dan angin naik kepala. Bangun pagi dah kene sediakan sahur. Malam dah penat x larat nak g terawih. Puasa kene full 30hari dah xde rehat2. hmmmmm..........

Memang kene bersabar. Sesungguhnya sabar itu SEPARUH dari iman.

Wednesday, September 1, 2010

Kelas Antenatal

Sumber: http://nonaku.com/blog/blog1.php/2009/12/17/kelas-antenatal

Bagi ibu yang hamil terutama pertama kali bakal bersalin digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan badan. Kelas antenatal terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelas antenatal ini boleh didapati di hospital-hospital dan jika di bandar-bandar besar terdapat perkhidmatan mengenai kelas antenatal persendirian. Biasanya perlu membayar. Boleh dihadiri bersama pasangan masing-masing. Ia bertujuan juga agar anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan untuk melalui proses kelahiran dengan pengalaman yang positif. Boleh mula menghadiri kelas ini pada minggu ke 28 hamil.

Di dalam kelas akan diajar berkenaan semasa kehamilan, maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi-posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, aspek penjagaan bayi dan penyusuan

Setelah mencari Kelas yang sesuai, akhirnya saya telah book di KPJ Selangor Shah Alam. Nasib baik Kol semalam. Tinggal 1 kekosongan je lagi huhu. RM 80/couple, 3 kali makan sekali dengan nota n doorgift. Kena bawa sweater sebab nanti sejuk.

Susah juga nak cari kelas ni. Kebanyakannya kena kol kalau nak tau tarikh bila. KPJ Selangor jer yang ada letak jadual kat dalam internet.  Setelah berhari-hari google dalam internet, ada 2 kelas yang saya berminat dan komennya memang macam best. Tapi yang dekat Kg. Baru tu 24hb 10 huhu macam lambat sangat. tinggala sebulan jer nak branak. Nanti x sempat nak amalkan ilmu yang dipelajari. So memang target nak cari bulan september.

Tapi kalau nak yang free pun ada juga. di HKL, Hospital Ampang dan lain2. Cuma dorang buat waktu hari kerja. Suami saya dah xde cuti terpaksala cari yang berbayar juga. Kepada ibu2 mengandung silala mencari kelas Antenatal ini yang sangat berinfomasi dan penting sbgai persediaan kita nanti.

Beli barang online

Sekarang senang jer nak beli barang kan. Beli Online, kita boleh compare2 harga depan komputer jer, description barang tanpa perlu tanya orang dan pilihan corak yang pelbagai. Hari ni saya dah dapat barangan yang saya order online :) yeyyyyy
Saya beli CD Velcro AIO Lunatots 5, Barut kain flanel bercorak velcro dan Nursing Cover.
Hohoho semangat sangat berkobar. Sebab saya beli, sebabnya ada promotion sempena hari raya. So dapatla berjimat sikit.

Patutnya ahad lepas pergi babyoneworld beli brg baby, tapi ayah sakit kaki nk g bekam plak huhu terpaksa tangguh sabtu ni. Tapi syukur, saya dah berjaya buat zakat pendapatan potong gaji bulanan. RM51 sebulan. Saya harap rezeki yang saya dan suami beri pada anak nanti adalah rezeki yang diberkati Allah. Tapiiiiiiii untuk 2 tahun sy bekerja x bayar lagi zakatnya huhuhuhu
Orang2 tua pesan, kalau nak pergi Haji kene bayar zakat. Kalau x, Allah tunjukkan balasannya waktu buat Haji tu. Nauzubillah.....

Owh selingan sikit, gambar mak buyung driving sebab husband ngantuk pagi tadi hehehe