Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, June 7, 2011

Dunia susu ibu

Selamat datang ke dunia susu ibu. Hahaha
Cabarannya adalah tak tercapai dek minda semasa zaman anak dara dulu
Mula2 ingatkan senang je menyusukan anak, mulalah menanam cita2 nak menyusukan anak selama 2 tahun. Tetapi apabila 1kaki melangkah ke dunia susu ibu huhuhu
Mengucap panjang ajerla...

Ketabahan seorang ibu yang menyusukan anak adalah sangat... sangat... sangat tabah.
Semua ibu melalui fasa pembelajaran dan proses penyusuan yang berfasa dan dugaannya berbeza setiap orang. Tidak ada ibu yang mudah menyusukan anak. Semuanya pasti akan melalui cabaran dan halangan.

1. Orang disekeliling
keluarga, rakan, officemate, jiran sekampung, sapa lagi? semuanya samada memberi semangat ataupun memotong semangat.
jenis orang:
a. sangat menyokong susu ibu
b. kadang2 sokong, kadang2 sruh bagi fm (campur)
c. anti susu ibu - fm the best
d. kurang pengetahuan, tapi percayakan mitos
e. berfakta tapi fakta yang auta atau berdasarkan pengalaman sendiri jer x rujuk sains n doktor

2. Keadaan fizikal ibu
ibu kene operate, keadaan nipple ibu yang luka, B sakit, ibu stress,
Bila ibu tidak selesa dan stress pengaliran susu jadi tidak lancar.

3. penghasilan susu yang kurang produktif
Dah cuba susukan anak dan pam susu tapi susu x keluar atau sedikit sahaja

4. Alat mengepam yang tidak selesa atau tidak cukup
Dah beli alat pam susu tapi sakit, pastu storage botol x cukup, tempat simpan susu pun x muat

5. Xcukup masa
Balik rumah penat, kene kemas rumah, masak
pergi office sibuk, meeting, g site

buat masa ni ini yang sy dapat fikir. jadi, kepada semua ibu2 menyusu i tabik spring toing toing toing
jangan sesekali putus asa. Usaha tangga kejayaan. Hidup ni memang kene ada masalah. kalau xde masalah itu syurga namanya.

Saya, Alhamdulilah... masih menyusukan yusuf hampir 7 bulan dah :)

No comments:

Post a Comment