Life is always spinning around, just hold on and learn from mistake then you will be a better person
Tuesday, April 12, 2011
Massage baby
Dulu masa pergi ke kelas antenatal di KPJ Shah Alam, fasilitator ada ajar cara mengurut baby dan kepentingannya. Mula2 memang tak berani nak urut baby. Tapi penjaga pantang (Shadira) yang saya upah tu, ada mengurut baby. Bila saya tengok dia urut macam senang.
Tapi saya mula urut Yusuf sendiri waktu umur sebulan. Itupun lepas leher Yusuf macam dah keras sikit. Nasib baik kelas antenatal tu ada bg video cara mengurut baby hehee. Jadinya saya ikut jer video tu urut. Mula2 memang takut nak meniarapkan Yusuf, tapi bila Yusuf macam rilex jer meniarap saya pun dah x takut.
Minyak urut kalau boleh elakkan minyak yg bahaya, sebab kadang baby suka kemam jari or tangannya. Jadinya guna minyak zaitun safi tu ke, baby oil or apa2. Saya guna baby oil johson yang sleep time tu sebab nak bg baby tido lama sket hehehe
Sumber berita harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuasaurutan/Article/index_html
Kuasa urutan (Kalau dalam surat khabar ada gambar sekali)
2011/03/08
BAYI boleh mati akibat tidak menerima belaian dan sentuhan. Mungkin bunyinya keras, tetapi itulah hakikat kehidupan manusia yang memerlukan orang dewasa, terutama ibunya sendiri untuk menyusu atau memandikan. Belaian dan sentuhan bertindak bagaikan magis, membantu bayi untuk lebih bersemangat melalui tempoh tumbesarannya.
Dr Field mendapati sentuhan bagi bayi, sama penting seperti makan dan tidur. Ini kerana pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak dalam proses penyerapan zat makanan, seterusnya membantu penambahan berat badan lebih baik. Ia turut membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkatkan fungsi imuniti.
Kata Dr Zulkifli, urutan juga mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi, selain memperbaiki masalah tidur. Urutan dapat membantu bayi tidur lebih cepat dan kurang terjaga malam.
Dalam satu kajian membabitkan 72 bayi jaundis atau ‘penyakit kuning’ oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 2000 dan 2001, mendapati bayi yang diurut mengalami peningkatan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut. Keadaan itu dikaitkan dengan manfaat nutrisi lebih baik bagi bayi yang diurut.
Labels:
Baby Yusuf,
Persediaan baby
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment