Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, November 8, 2010

Didik baby ikut cara jepun

Tadi berblogwalking. Terjumpa blog kak yatie ore klate yg menetap di Jepun.
Sangat best membaca story2nya. Mula2 kagum dengan cara klinik swasta menjaga ibu bersalin. Kemudian kagum dengan cara didik baby di nursery. For me 0-1 tahun, baby cuma baring, tidur, minum susu n poo poo. Tapi rupanya di Jepun, bayi 0-1 tahun dididik seperti umur 1++. Saya baca Montessari Education for infant is taught at Baby SN's nursery rasa macam kagum giler.

Kaedah yang digunakan adalah Montessori Approach

Basic Concepts of Montessori Approach :-


Freedom for self-directed learning. ~~ kanak2 di beri peluang pilih aktiviti kegemaran masing2.

Planes of development.~~ perkembangan dan aktiviti kanak2 di jalankan mengikut peringkat umur. Contohnya macam baby SN (ages 0-6 yrs); di kenali sebagai sensitive period jadi penekanan di beri kepada pembentukan peribadi yang baik dan pembelajaran melalui deria sentuh dan rasa.

Prepared environment. ~~ persekitaran yang sesuai dan selamat di sediakn dengan baik. Contohnya: kalau nak ajar anak tentang kebersihan, jangan marah2 bila dia tumpahkan air sebaliknya sediakan kain dan tunjukkan cara untuk bersihkan air yang tumpah itu.

Observation and indirect teaching. ~~ setiap kanak2 adalah unik jadi tahap penumpuan mereka berbeza. Cikgu2 kat Kinomi Hoikuen akan kenal pasti akiviti yang di gemari dan buatkan aktiviti itu menjadi lebih bemanfaat untuk kanak2 itu, bukan nya memaksa kanak2 itu mengikut arahan melakukan aktiviti yang tidak mereka gemari.

Normalization.~~ semasa perkembangan usia 0–6 tahun, kanak2 akan belajar merubah diri dari kurang tumpuan, kurang fokus, dan kehidupan dalam dunia imaginasi kepada lebih penumpuan, berdisplin, berdikari, dan bertindak mengikut arahan. Contohnya cikgu2 kat Baby SN's nursery dah berjaya ajar dia untuk letakkan kasut di rak kasut yang tertera nama sendiri ..comel sangat tengok dia terkedek2 angkat kasut sendiri dan letak kat rak.

Absorbent mind. ~~kanak2 usia 0–6thn senang menyerap apa yang di lihat pada persekitaran mereka. Jadi, kena selalu hati2 dengan perbuatan kita sebab diorang akan senang tiru dan ingat. Kalau boleh setiap kali kita marah kan mereka, kena bagitahu alasan kenapa mereka di marahi supaya mereka tidak mengingati peristiwa itu sebagai memori buruk dan mereka faham kenapa sesuatu perbuatan itu salah dan tak patut di buat.

Work, not play. ~~ perbuatan 'bermain' yang selalunya di gemari kanak2 di adaptasi dengan 'aktiviti' meransang minda. Contohnya: bermain toys block untuk mengenal bentuk dan warna.

No comments:

Post a Comment