Start minggu lepas, tanda2 kaki bengkak dah ada. Tapi baru sikit jer. Rasa lenguh dan berat pada kaki. Masa kelas antenatal ari tu ada 3 perkara yg perlu dilakukan:
1. Kurang kan garam -Garam punca water retaining
2. Banyak minum air - elak pengumpulan air akibat kurang air dalam badan
3. Suami kene urut kaki arah pergerakan ke atas utk melancarkan pengaliran darah yang mempengaruhi pengaliran air dlm badan.
Ada search dlm tenet tips menengani bengkak kaki sewaktu hamil.
Sumber: http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/menangani-bengkak-kaki-semasa/
Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
1. Elakkan dari berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki
5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food
Hai..jus flow u.boleh la share2 pengalaman pregnancy sesama!!Due kita dlm bulan y sama :)
ReplyDeleteYey... mari kita berkongsi "sharing is caring"
ReplyDeleteMenanti detik2 pertarungan antara hidup dan mati. Harap dipermudahkan segalanya
insyaallah kak smuanya ok.. thank 4 ur info..adik dh jd follower akk, nnt jd follower adik jgak yer kat rizaros.blogspot.com :) maceh...
ReplyDelete