Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 1, 2010

Sebelum ke Hospital

Sebenarnya dah banyak kali nk try upload gambar Mohamad Hakim Yusuf. Tapi intenet di umah ini tersangatla lembap. Tunggu punya la lama berputar upload, last2 error. huhu.....
Tunggu ajerla bila saya kembali ke office nanti.

Okey, sebelum terlupa, nak cerita moment sebelum ke hospital.

11 nov (Khamis): Malam itu, x dapat tidur lena. Sudah mula rasa sakit macam senggugut. Memang contraction rasanya. Tapi x sakit sangat, so tahan ajerla.

12 nov (Jumaat): Ke office macam biasa. Breakfast. Still sakit contraction, bgtau officemate. Tapi officemate kata awal lagi. 3 minggu lagi due date 3 dis. Tengahari ke warehouse sogo sale, beli kuali, sebab pikir berpantang kena masak sendiri jadi harus ada kuali favourite. Masa kat warehouse x sakit, tapi bila lunch ngan husband rasa sakit sangat. balik office, malas nk siapkan kerja. Sebab pk ada 3 minggu lagi. Siapkan ari isnin, nnt xde keje plak, boring.  Malam tu tengok tv, cakap kat mak dah rasa sakit perut. Mak kata xkan beranak awalnya. Mak lepas due date baru branak. Okey, dalam hati x mustahil la mak kalu erberanak awal. Sabar2

13 nov (Sabtu): Pagi masak lauk n nasi, masih rasa sakit. Terpaksa rajin buat kerja umah sebab nak ilangkan rasa sakit. kemas bilik baby n kemas beg hospital. Sebab rasa macam dah nak beranak ajer. Petang tu tengok ada lendir merah. mandi basahkan rambut (Orang kata senang beranak) n semayang Asar. Rasa sakit yang amat. Hati dah mula gabra. Baca surah maryam n doa selusuh. Minum air solat hajat dari kampung mertua. Semayang Maghrib. Trun makan nasi n kari daging mak masak. Nasib baik pakai pad, tengah makan air ketuban kuar. Cakap kat husband, malam ni kalu dah rasa sakit sangat baru kita g hospital ek. Husband sruh g sekarang. Saya x nak sebab takut duk hosp lama2. Tambah 1 pinggan nasi lg sebab takut terberanak. Keluar lagi air ketuban. Cakap kat husband, nape x rasa sakit? xpe mlm ni saya kejut awak kalu sakit. Tapi bila bangun dari kerusi, rasa macam air paip  yang laju giler. Sayang kita kene g hospital jugak!!!
Sayang panik, dia cepat2 kemas beg dia n trus nk g hosp. Saya kata, awak naik smayang dulu, xper sy x sakit lg. Cewah tetiba cool n x panik langsusng :) masuk toilet nak gosok gigi, tapi husband dah simpan brus gigi n pencuci muka dlm beg hospital. Dia kata " X payahla gosok gigi, dah nak beranak kan?" huhu dlm hati saya" nanti mulut berbau huhu" Mak ketuk pintu, jom ke hospital. Jap nana tengah pikir nak pkai baju apa. Mak bising Allah, x payah melaram. Pakai baju mengandung tu, bawa kain batik 2 helai.  Kul 10 mlm, gerak ke Hospital Selayang

To be continued,

Friday, November 26, 2010

Quick update

Banyak sbenanya nak citer tapiiiii...
Huhu xde moodla plak nak menaip panjang2.
Hari ni ada baby expo kat midvel, sruh husband g bli barang yerla biasa banyak sale kat expo ni. Tapi tula, kesian nk sruh lelaki barang ppuan. Harap2 dapatla seperti yang sy harapkan huhu....
Sekarang sedang berpantang. Hmmmm.... nantila citer. giler xde mood nk menaip.
Sory, bye

Tuesday, November 16, 2010

Mohon Bantuan Breastfeeding

Nipple saya jenis leper huhu sangat susah nk breastfeed.
Alhamdulilah, Lepas bersalin nurse tlg picitkan nipple bg baby isap susu.
Sekarang ni bagi baby isap skit utk stimulate susu. Pastu pam setiap 2jam. Help!!!!!!
Sape2 boleh bantu saya huhu

Monday, November 15, 2010

Meet my baby

Saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Alhamdulilah, selamat semuanya

Nama: Mohd Hakim Yusof
DOB: 14 Nov 2010
POB: Hospital Selayang
Masa: 4.25pg
Berat 2.36kg, Kandungan 37minggu 1hari
Semoga Allah Membantu ku membesarkan KhalifahAllah dengan Sihat dan Mudah penyusuan

Friday, November 12, 2010

Adakah ku sudah kontraksi?

Malam semalam, lepas sembahyang maghrib terus tertidur. Mungkin sebab menyoping di warehouse sogo, tersangatla penatnya. Pukul 12mlm terjaga, so sembahyang Isya'. Lepas tu minum susu kambing panas sebab nak bg sedap tidur, namun x dapat tidur pun. Baby dalam perut bergerak sgt aktif. Perut rasa sangat ditolak2. Lepas tu rasa macam senggugut. Adeh sangat sakit. Tarik nafas dalam2 utk kurangkan rasa sakit. Adakah ku sudah kontraksi????

Patutla semua org cakap kontraksi sakit, huhu memang sakit. Rasa macam perut ditarik2 ke bawah. Ya Allah bantulah hambaMu ini mengharungi kesakitan ini, semoga ia menjadi penghapus dosa2 ku sebelum ini.

Wednesday, November 10, 2010

Akhirnya dapat package dr UK

Ingat tak bulan lepas sy ada order Breastpump Ameda online dari UK. 10 hari kemudian saya terima breastpumpnyer, tapi satu package lg for my extra bottle utk manual pump x dpt lg. So hari ni, akhirnya baru terima 2nd package tersebut. Alhamdulilah. Ingatkan dah lesap huhu

Actually mmg lesap kot, saya anta emil pada Richard Cassidy kata x terima lg 2nd package, then dia kata sebab airmail ada insuran, so dia pos lg 1 package.  Jadinya memang berisiko jugakler kalau kita beli melalui online nih, tapi jgnla riso, sebab kalau well registered company, InsyaAllah pengurusannya boleh bantu jika ada masalah.

Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Pernafasan sangat penting waktu nak beranak. Tapi org kata bila dah sakit beranak tuh, dah x igt apa dah. Doa n zikir segala pun jadi tunggang terbalik huhu takuuutnya. But anyway better kita belajar sehabisnya n tawakal ajer semasa menghadapi keadaan tu. Blogwalking td jumpa blog ni, best jugak memandangkan akak ni dah mengamalkan teknik pernafasan ni, maka bolehla saya menghafal teknik2nya.

Sumber: http://adrinis.com/blog/2010/10/teknik-pernafasan-ketika-bersalin.html

1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )

-Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.

2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit

-Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.

-Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ’sniff’, ’sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

4. Bila tiba masa meneran

-Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.

-Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung.

Oh… saya ada jumpa dari mana saya tak ingat, huhuhu lupa la… adeh… macam mana posisi suami ( kalau suami ada masa process kelahiran tu ) dalam membantu isteri. Ha, ni saya baru pertama kali tahu tau. Nak tahu cara dia?

-Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

Ha… ni perkongsian saya hari ni. Nanti saya nak suruh abang buat gitu gak la. Cuba ingatkan saya and cuba parktiskan… Actually saya nervous sebenarnya ni.. Walaupun dah ada pengalaman, tapi sakit bersalin tu…. Hanya Allah SWT yang tahu dan hanya wanita yang tahu. Betapa besarnya anugerah yang Allah beri pada kita kaum wanita ni kan?

Lagi satu, ni hanya sekadar panduan pada kita sahaja untuk mencuba dan usaha agar diri kita tenang.

Info tambahan: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/teknik-bernafas/

Bengkak kaki sewaktu hamil

Start minggu lepas, tanda2 kaki bengkak dah ada. Tapi baru sikit jer. Rasa lenguh dan berat pada kaki. Masa kelas antenatal ari tu ada 3 perkara yg perlu dilakukan: 

1. Kurang kan garam -Garam punca water retaining
2. Banyak minum air - elak pengumpulan air akibat kurang air dalam badan
3. Suami kene urut kaki arah pergerakan ke atas utk melancarkan pengaliran darah yang mempengaruhi pengaliran air dlm badan.

 Ada search dlm tenet tips menengani bengkak kaki sewaktu hamil.

Sumber: http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/menangani-bengkak-kaki-semasa/

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.
1. Elakkan dari berdiri terlalu lama


2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Tungku Moden

Dah lama survey tungku moden ni / bantal panas. Tengok kat laman web kebanyakannya rm40 ke atas. Jalan2 pun banyak kedai jual RM50. Tapi tadi ke Medan Selera Jalan Duta.... jumpa murah jer yey. Saya beli yang ada magnet sekali dengan sarungnya RM35. Kalau yang xde magnet rm25 lg murah tp sbb akak tu kata kalau ada magnet lg elok so sy byrla rm35.


Balik terus caj, sekejap jer  sampai lampunya terpadam. Panas juga. Sarung biru ni boleh kurangkan kepanasannya. Harap2 berguna masa berpantang nanti. Mudah dan senang.

Beg Hospital

Sekarang dah 9 bulan. Almost 80% beg hospital telah disiapkan. Ada sikit2 jer lg nk kene tambah. Ini checklist yang sy adopt waktu blogwalking. Ada tambah n kurang sket la.

For baby


1. 3 sets of baby clothes

2. 3 sets of mitten and booties

3. 3 pcs of baby binder

4. 2 helai kain bedung

5. 6 helai disposabler diaper for newborn

6. 1 set baby’s toiletries

7. 1 baby hat

8. towel

9. 2 muslin squares

10. 2 helai baby wipes

11. 1 paket disposable baby wipes

12. minyak telon


For mommy

1. 2 helai kain batik

2. 2 helai baju butang depan

3. tudung spare

4. Tuala mandi

5. Tuala kecik

6. toiletries set

7. nursing bras

8. disposable panties

9. breastpump set

10. maternity pad

11. minyak urut

12. 2 stoking

13. selipar jamban

14. bengkung moden

15. Lip Balm

16. majalah/buku / yasin

17. Kurma

18. Air selusuh / air zam zam

19. food & drinks = air masak, susu kotak, milo, horlicks, biskut, roti

20. termos air panas = untuk buat air panas bila-bila masa

21. bag plastic = untuk isi baju kotor

22. getah rambut

23. hanphone +charger

Ada hospital yg mintak baju baby masa nak branak. So sediakan 1 plastik asing

1. 1 disposable diaper

2. 1 set baju, mitten and booties baby

3. 1 helai kain bedung



barang keperluan suami

1. sikit-sikit macam berus gigi, sehelai t-shirt, tuala dan undergarment. bagi yang suami kene overnight.

2. Camera + charger

3. Beg khas utk simpan uri

Tuesday, November 9, 2010

Indah itu hanya sementara

Ini Seri yang baru pas mandi. Comel ajer, nampak baik jer...

Bila sudah main, serabai abis rabut. Kepala berpeluh2. Suka duduk dalam bakul baju pastu kena tarik n pusing slow2

Excited terlebih, melompat-lompat dlm bakul

Gigih mendaki tangga

Kalau baby yang dah pandai merangkak mesti excited nak mendaki tangga. Mungkin nak exercise or melihat hasil pencapaian diri apabila berada di puncak. Tengok gambar Seri ni memang sangat gigih dia mendaki tangga. Sehari 3-4kali mendaki tangga.



Aksi menggoyang kepala bila dah sampai kat atas

Okey sekarang ni sibuk belajar nak trun tangga. Mula2 duduk pastu turun kaki pastu duduk balik.


Aktiviti ni bukan baby jer yg exercise, penjaganya pun akan bersauna skali sebab kat tangga xde kipas huhu panas giler

Imam Muda

Rumah saya dah ada Imam Muda


Berserban sudah Suamiku


Monday, November 8, 2010

Didik baby ikut cara jepun

Tadi berblogwalking. Terjumpa blog kak yatie ore klate yg menetap di Jepun.
Sangat best membaca story2nya. Mula2 kagum dengan cara klinik swasta menjaga ibu bersalin. Kemudian kagum dengan cara didik baby di nursery. For me 0-1 tahun, baby cuma baring, tidur, minum susu n poo poo. Tapi rupanya di Jepun, bayi 0-1 tahun dididik seperti umur 1++. Saya baca Montessari Education for infant is taught at Baby SN's nursery rasa macam kagum giler.

Kaedah yang digunakan adalah Montessori Approach

Basic Concepts of Montessori Approach :-


Freedom for self-directed learning. ~~ kanak2 di beri peluang pilih aktiviti kegemaran masing2.

Planes of development.~~ perkembangan dan aktiviti kanak2 di jalankan mengikut peringkat umur. Contohnya macam baby SN (ages 0-6 yrs); di kenali sebagai sensitive period jadi penekanan di beri kepada pembentukan peribadi yang baik dan pembelajaran melalui deria sentuh dan rasa.

Prepared environment. ~~ persekitaran yang sesuai dan selamat di sediakn dengan baik. Contohnya: kalau nak ajar anak tentang kebersihan, jangan marah2 bila dia tumpahkan air sebaliknya sediakan kain dan tunjukkan cara untuk bersihkan air yang tumpah itu.

Observation and indirect teaching. ~~ setiap kanak2 adalah unik jadi tahap penumpuan mereka berbeza. Cikgu2 kat Kinomi Hoikuen akan kenal pasti akiviti yang di gemari dan buatkan aktiviti itu menjadi lebih bemanfaat untuk kanak2 itu, bukan nya memaksa kanak2 itu mengikut arahan melakukan aktiviti yang tidak mereka gemari.

Normalization.~~ semasa perkembangan usia 0–6 tahun, kanak2 akan belajar merubah diri dari kurang tumpuan, kurang fokus, dan kehidupan dalam dunia imaginasi kepada lebih penumpuan, berdisplin, berdikari, dan bertindak mengikut arahan. Contohnya cikgu2 kat Baby SN's nursery dah berjaya ajar dia untuk letakkan kasut di rak kasut yang tertera nama sendiri ..comel sangat tengok dia terkedek2 angkat kasut sendiri dan letak kat rak.

Absorbent mind. ~~kanak2 usia 0–6thn senang menyerap apa yang di lihat pada persekitaran mereka. Jadi, kena selalu hati2 dengan perbuatan kita sebab diorang akan senang tiru dan ingat. Kalau boleh setiap kali kita marah kan mereka, kena bagitahu alasan kenapa mereka di marahi supaya mereka tidak mengingati peristiwa itu sebagai memori buruk dan mereka faham kenapa sesuatu perbuatan itu salah dan tak patut di buat.

Work, not play. ~~ perbuatan 'bermain' yang selalunya di gemari kanak2 di adaptasi dengan 'aktiviti' meransang minda. Contohnya: bermain toys block untuk mengenal bentuk dan warna.

Wednesday, November 3, 2010

Checkup for 36weeks

Ok, sbenanya hari ni baru 35minggu 5 hari. Oleh Sebab ari jumaat baru genap 36minggu, so consider checkup hari ni adalah utk 36weekla sebab doktor hanya dtg klinik ari rabu.

Hari ni Alhamdulilah setakat ni xde apa2 masalah. Berat badan pun naik 1kg je sminggu. Eh... patutla xrasa mcm berat huhu dlu checkup sbulan sekali naik 3-5kg. Dah lupa skrang 1minggu sekali checkup. huhu

Doktor check, kepala baby dah masuk dlm lubang sket. InsyaAllah dah boleh ready utk beranak. Wuuuuaaaaaaa saya sgt takuuuuuut. Doktor tanya ada rasa sakit x? Saya cakap sakit macam mana tu ek? kalau x tau tu maknanya xde lagi latu hehehe Doktor kata sakit mcm senggugut. Mcam rahim kene tarik2. Owh ada tapi dah lama ms 7bulan dulu. Dr. pesan, lepas ni kalau baby x aktif gerak, ada trun darah, keluar air, sakit contraction sila ke hospital terus. Sebab dah 36minggu memang anytime leh branak.

tp yg peliknya, dr cuma dengar jantung baby n ibu jer. X yah scan ke dr???
huhu geramla ngan KK ni. Napela kedekut sgt nak scan baby. Bukannya rugi apa2 pun. machine tu dh ada kt sbelah katil. Suluh ajerla.... xpela, x dpt jumpa baby dlm perut ari ni, harap2 minggu depan kita berjumpa waktu scan yer baby. Jangan jumpa di luar... ibu masih x bersedia beg hospital dan ada brg nk kene shoping lg :) Sabar yer baby. kuar 3 disember ni, ari jumaat. See u soon :)

Tuesday, November 2, 2010

Breastfeeding for first time mum

Semalam dapat tips drpd mmbr yg maknya peer lactacy counselor (betul ke ejaannya??)
2 weeks b4 due date, elok utk guna breastpump utk ransang pengeluaran susu. Tapi guna suction yg paling slow and pump sikit2 jer. Bukan niat utk pump susu, tapi untuk ransang susu sahaja. Bila dah ada susu keluar sikit trus brenti pump. Jadinya bila baby lahir nnt, dapatla elakkan masalah susu xde.

1 lg tips dari pn farah (Sarakids) kalau kita kt hospital, baby akan diletakkan sebelah kita. Adalah elok kita tahu signal baby nak isap susu sbelum baby menangis.

"antara tanda bayi dah mula ready utk susu: dia nganga (o shape), tercari2 puting, hisap jari, hisap bibir, keluarkan lidah, menguap atau tanda yang lain. maka, inilah waktu terbaik utk susukan bayi dan jgn tunggu dia menangis baru nak susukan  menangis adalah tanda terakhir dia akan beri bila semua feeding cues nya tak dihiraukan "

Thursday, October 28, 2010

Shopping online

Yey... Baru jer terima barang order shopping online.

Corset ni saya nak guna waktu berpantang nnt. Teringin nak beli Bengkung moden tu. Tapi mahal sangatla huhu. Buat masa ni try yg ni dulu, kalau ada duit lg nak beli bengkung moden yang hampir rm300 tuh


Set tilam ni macam best sebab dia ada kerb di sekeliling tilam itu. Ingat nak beli skali dengan kelambu, tapi yg tu mahal rm138. jadinya beli yg murah ajer. Tapi x perasan pulak gamba tilam ni gamba anjing huhu... xpela nak buat camner kan. Saya beli disini http://babyqiu4u.blogspot.com/

Mini Fan

Korang pernah x bila berjalan terasa panas berpeluh2. Nak senang pakaila apa2 kerta mengipas diri sendiri. Dulu saya selalu bawa kipas lipat2 tu dlm handbeg. Tapi lenguhla tangan nak mengipas huhu
Jadinya saya dah beli mini fan letak dlm handbeg :)

Comel kan, siap ada penutup lg

Harganya RM10. dia pakai bateri kecik yg 3A tu 2Nos. Nyamanla jugak :)
Nanti kalau baby panas leh kipaskan baby selalu anywhere n anytime

Baby Cot

Saya ni suka berangan hehehe... saya boleh terbaring atas katil merenung siling dan berangan selama 4 jam... hebat x? hahaha.... Sekarang ni suka berangan main baby dlm baby cot itu huhu..

Baby cot utk my bambino telah disiapkan. Actually org kata x payah beli baby cot, bukan pakai pun sebab leceh nak BF dan baby x sukatido dlm tu. Tapi setelah beberapa kali saya babysit si Seri itu, saya rasa sgt2 penting baby cot ini. Yerla, baby umur 6bulan dh boleh merangkak. Katalah kita tidur x sedar, nnt baby merangkak ambik benda masuk mulut kan tu bahaya. Jadinya kalu baby tdo dlm cot ni, senangla. kita pun x risau insiden baby jatuh katil. Org kata kene biasakan baby tdo dlm cot dr kecik. Biar dia terbiasa. Harap2 anak ibu nakla tdo dlm cot ni ek. Mahal ibu beli huhu...




Set Baby cot ni:
Katil RM299
Tilam RM100
Bumper Pad RM26++
Cadar RM9.90
Bantal rm6++

Breastfeeding Stories

Sejak akhir2 ini bila blogwalking kat blog ibu2 yg baru melahirklan anak pertama, kebanyakannya struggle utk breastfeed baby. Yes, semua ibu mengandung berkobar2 nk BF baby sehingga 2 tahun, namun perjalanannya tidaklah semudah yang disangka. It all happen based on nasib badan, nasib bayi pandai isap susu and keadaan environment.

I need to collect every knowledge to back up my BF plan huhu.... Hopefully segala urusan breastfeeding saya dipermudahkan dan berjaya mencapai target 2 tahun.

Short-time nurser/Frequent nurser

http://farrahim.blogspot.com/2010/10/breastfeeding-i-dont-have-enough-milk.html 

1) My 1st son nursed so briefly, like for only 5 minutes or even less!


2) Sometimes, or even many times, he’d ask for milk again the next 1 hour, or 30 minutes, or sometimes even every 15 minutes!

3) He’d go on crying every evening from 9pm till 10pm, and I had sore arms from rocking him to sleep every nite.

4) I was well into my 2nd month post delivery and yet on many days I could only pump half an ounce of milk, from BOTH breasts! So frustrating that I GAVE UP pumping!

I went through all that, with patience, and endurance, and persistence, and most importantly, with A LOT of faith, and believe that I will go through all those, and I WILL succeed in breastfeeding my child, despite people telling me that I don’t have enough milk because my baby kept asking for milk every now and then.

And guess what, I managed to breastfeed my boy till he turned 2yo, and I only weaned him off because I was heavily pregnant and was starting to get contractions due to breastfeeding.

Here’s what I’d like to explain to you:

1) Short-time nurser/Frequent nurser – Some babies are like this. It is normal. My 1st child was like this, but my 2nd child is totally, completely the opposite. When you have a short nurser, he would most likely nurse frequently too to make up for the small amount of milk that he took. Think of it like this, some of us adults are small eaters, but eat very frequently. It’s the same concept, more or less. So please do tell your wife to just breastfeed as per demanded by the baby.

Sometimes it gets very tiring. Find ways for improvement. Like wearing shirts and nursing bras that will give easy access to the baby. Or learning to nurse whilst lying down. Or use a nursing pillow.

2) Colic – I suppose you have done plenty of readings about this. I was not ready for colic when I had my 1st child. But with my 2nd child, I armed myself with my baby carriers, to save myself from sore arms and those long tiring nites. No, not those Baby Bjorn types. I used ring slings and wraps. These carriers kept my baby close to me, kept him calm, saved me from having sore arms, and most definitely kept me sane!

3) Pumping output – Your wife could get 1.5-2oz. I could only get 0.5oz. Your wife is so lucky to have you to ask around about this. I did not know who to turn to at that time. If this is your wife’s first time breastfeeding and pumping, it could be that your wife’s body has yet to get used to the pumping routine.

Pumping output DOES NOT equate to production amount. And pumping certainly does not work the same way as a baby’s suckling. She will need to pump routinely (daily and at around the same hour). This routine will let her body get used to the pump, and it will also send signals to the body to “produce more”.

I can say this, because I more or less gave up pumping during my confinement because I did not know about this concept. When I returned back to work, I only had about 12-20 packs of milk in my freezer as my backup, despite having 3 long months of maternity leave. I got very little amount of milk when I started pumping at work, very very little. But as I continued with my daily routine, eventually my body got used to it and I could eventually pump more and more.





Baby x reti isap susu, Nipple sakit
http://myaishah.blogspot.com/2010/10/my-breastfeeding-journey-so-far.html


Baby 'Lazy Feeder'. Hisapnya sekejap, tidurnya lebih. Masa awal-awal tu, memang tension tak hengat. Asyik menangis je sebab penat dan sakit pinggang. Nipple luka, terkoyak, rabak, semua pun ada. Bengkak susu jangan cakap lah. Sampai demam-demam aku dibuatnya.


Solution: Jadi, ajar baby untuk direct feeding. Dan aku dah sedar kat mana silapnya. Rupanya, baby akan marah bila lubang nipple buka terlalu banyak dan susu laju masuk mulut dia. Sampaikan dia tersedak-sedak. Jadi, apa yang aku buat, aku pump terlebih dahulu sebelum direct feeding supaya breast tak penuh sangat.



Susu Bengkak
http://sotodanwajik.blogspot.com/search/label/.breastfeeding.


sebelum aku dimandikan dgn air daun sebagai penutup berpantang, dia ajar cara nak urut bon-bon if this thing happened again. so aku belajar... sebab dia kata kalau tak buat cepat2 bila susu bengkak, boleh menyebabkan nanah bagai. mak dengar rasa ngeri dan alhamdulillah, ajarannya terbukti berkesan bila bengkak susu happened for the second time, i simply applied what i've learned from her. my bestfriend amy yang juga kena bengkak susu ku ajar buat benda yang sama dan ianya menjadi.


kalau ikut aturan yang mak bidan tu ajar... rasanya lebih kurang sama dengan yang nieza cerita. my simple version taught by mak bidan seperti di bawah:

1.mula-mula siram badan especially bahagian bon-bon bawah pancuran air panas

2.then slowly using your left hand( kalau bon-bon sebelah kanan) and vice versa untuk massage your bon bon dari atas ke bawah.

3.urut dekat kawasan yang bengkak dan cari urat yang tegang

4.mulakan perlahan-lahan sebab bengkak susu ni memang sakit.

5.dah lama sket tekan lebih sket atau kalau kita jenis yang tahan sakit tekan kuat pada urat yang bengkak tu

6.masa tu, your other hand mesti letak pada hujung nipple dan picit perlahan-lahan.

7.make sure ada aliran susu keluar dengan pancutan yang kuat. kalau tak terpancut maknanya saluran masih tersumbat...

8. keep doing it, but don't over do it... bukan apa takut tak tahan sakit.

9. lepas dah selesai... mandikan bon-bon kita tu dengan air suam.

10. masa nak pakai bra, tepek skali daun kobis yang dah disejukkan dalam fridge. tujuannya untuk melegakan kesakitan. saluran susu tersumbat ni sebenarnya panas. that's why sampai boleh bawak demam. kalau rajin, tukar daun kobis tu after 10 minit. trust me daun kobis tu kejap je boleh layu...

nak diingatkan di sini, rasa panas kat bon-bon tak kan terus hilang walaupun milk duct dah tak tersumbat. dalam dok diam tu... urut bon-bon perlahan just to make sure bengkak duct tu dah kurang. sambil-sambil tu selawatla. anak kita adalah indicator terbaik nak tahu saluran tu dah ok ke tak by the way he suck our bon-bon. kalau nyonyot tak henti tu maknanya dah tak tersumbat. tapi kalau dia refuse... ulang balik step 1 sampai step 10...

Akan diupdate lg. Sebab dah nk balik.

Tuesday, October 26, 2010

My Baby Has Hiccups!

Semalam ada check up for 34 weeks lg 2 hari jer nak masuk 35 minggu. Nurse kata kepala baby dah dekat bawah, InsyaAllah boleh bersalin normal. Alhamdulilah setakat ni xde apa2 masalah lagi. Lepas ni dah kene checkup setiap minggu. Hoho minggu depan saya sudah 9bulan. Beg hospital x siap pun lagi. Nurse dah ajar cara2 beranak semalam. xde demo pun, dia cakap mulut jer.

Saya ckpla baby saya selalu hiccup. Pastu Nurse kata eh, mana ada baby hiccup, awak biar betul. Baby gerak je kot. Saya jawab "Betul, sebab saya leh rasa secara berkala. Kalau baby gerak rasanya lain". Nurse kata " Baby gerak je tu. Mana ada baby hiccup"

hmmmm.... tadi saya rasa baby hiccup lg, bila pegang perut pun rasa baby mcm terangkat sikit secara berkala. So saya google, dan memang ada baby hiccup dalam womb. Saya x pelik baby hiccup, sebab saya memang selalu hiccup. Tengah mengandung pun saya hiccup. Cumelnya hahaha (Poyo sendiri (*_*)

Sumber: http://www.babiesonline.com/articles/baby/babyhashiccups.asp

My Baby Has Hiccups!


Hiccups can be a big worry for many pregnant women and new moms. Why does their baby have them? Is their baby in pain from them? What can they do about them? Rest assured, most of the time the baby is not in pain, and the mother is more bothered by the fact that the hiccups have appeared, than the baby is having them.

Hiccups in Utero

Pregnant women often mention feeling their baby having hiccups while in the womb and wonder what causes this. These hiccups can start in the first trimester, but won’t be felt by mom until late in the second trimester or during the third trimester. Rarely do the hiccups bother the mother-to-be, however some moms might worry that it is hurting their baby.

The exact cause of your baby’s hiccups is unknown. However, many specialists believe that your baby’s hiccups may be helping to strengthen the diaphragm muscle in order to help the baby breathe both in the womb and once they are born. In many cases your baby will have the hiccups at the same time everyday.

Not only can hiccups be felt by the mom-to-be, but it can also be detected during an ultrasound and picked up on a Doppler while at the doctor’s office for a routine visit. After a woman has been assured that these hiccups are normal and are not bothering their baby, then they become something that can be looked forward to on a daily basis, much like their baby kicking.

Hiccups After Birth

If your baby had hiccups while in utero, it is very plausible that he will have the hiccups after he is born. Some babies that did not have them in utero may still have them after birth. Hiccups can start after birth as early as the day your baby is born. Like the hiccups your baby might have had in utero, these hiccups are generally not painful for your baby.

Hiccups after birth occur when the diaphragm muscle contracts causing your baby to take quick short breaths. Normally these hiccups go away after only a few minutes. If they are really bothering you, try burping your baby more often during feedings. To get them to stop you can try to feed your baby whether you are nursing or bottlefeeding. The constant sucking and swallowing can help that muscle relax and help the hiccups stop.

My first Wishlist

Tadi blogwalking... terjumpa freezer ni. Kalau ada stok EBM yang banyak saya teringin nak beli Freezer ni. Senang nak susun, sesuaila utk ibu yang agak tidak rajin ni huhu (En. Suami sila kumpul duit yer :) )


Freezer Mistral MFZ-101U

Harga RM750

Specification:

Monday, October 25, 2010

Hospital Gov VS Hospital Swasta

Ari tu mak tanya, xnak bersalin dekat private ke? Saya jawabla "X mampu la mak, Minimum pun rm2500 max rm10,000.00."
Xpela, mak sponsor separuh.... hohoho
Terdetik dihati utk ubah Fikiran. Jadinya lihat pada perbezaan Hospital Gov Vs Hosp swasta

1. Hospital Gov kosnya sangat murah memandangkan saya kerja gov. Hospital swasta memang kene bayar full sbb company x sponsor huhu

2. Hospital swasta boleh org teman sepanjang hari di wad dan waktu melawat x ada had masa. Hospital Gov waktu melawat hanya 12-2 dan 5-7. Masa yg lain, duduk sorg ajer.

3. Hospital swasta memberi perhatian yang penuh kepada ibu dan bayi, kurangla penderitaan ibu. Hosp Gov, ibu kene jaga diri sendiri dan bayi sendiri, nurse cuma tlg bg mandi.

4. Hosp swasta boleh pilih doktor perempuan ke lelaki, pastu boleh berkenalan dan ada bond dgn doctor. tapi klu gov doctor on duty itula yg perlu diterima. Doktor tu boleh jadi garang atau baik. So tgk nasib.

5. Hosp swasta x perlu queu utk beranak. Datang terus masuk wad. Tapi hosp gov, kalau katil penuh, patient kene tugu ada kekosongan kecuali mmg sgt2 emergency.

6. Hospital swasta biasanya toilet x payah share ramai2 dan berdekatan dengan katil. Tapi hosp gov kalu wad kelas 3 toilet tu share ramai2 pastu tgk nasibla, kalau dekat ke jauh.

7. Hospital Gov akan membuat segala treatment tanpa kita risau cukup duit ke x, tapi kalau swasta, setiap treatment akan memerlukan duit yang kita risau mana aku nak cari duit nih.

8. Hospital swasta boleh menolak patient ke gov sekiranya berlaku complicated case.

9. Hospital gov sangat mementingkan penyusuan bayi, biasanya nurse akan ajar cara breastfeed yg betul sehingga kita pandai menyusukan anak, tapi kalau swasta kalau kita x request nak BF terus jer nurse sumpat susu lembu.

Jadinya, setelah memikirkan semua di atas.... harusla pilih Hosp gov sebab mana nak cari duit??? Kalau branak okey, mampula bayar rm3k tapi kalau ada masalah... sape nak bayar?? huhu Walaupun mak offer nak sponsor, tapi malulah dah besar pun mintak duit mak, kalau setakat beratus okey lagi, tapi kalau beribu x payahla. Memalukan.... kalau kita nak anak yg x susahkan kita, janganla kita menyusahkan org tua kita. What u give u will get back. Itu karma alam...

Perangai anak ikut ibu??

Semalam mak saya membebel, "Nana kalau nak anak pandai masak, waktu pregnan ni kenela rajin masak. Kalau nak anak rajin kemas umah nana kenala rajin kemas waktu pregnan. Perangai ibu waktu mengandung akan effect pada baby"......

Statement ini dikeluarkan sebab saya semakin malas masak dan kemas umah. Ntahla, sejak pregnan ni memang saya lebih malas. Maybe sebab anak lelaki kot.

Kemudian saya tanpa berfikir jawab statement mak itew " Ala.... mak yang rajin masak, kemas umah dan menjahit... tapi kenapa anak2 mak semua malas jer?"  Dalam adik beradik saya hanya kakak saya yg ke-2 sahaja yg rajin dan pandai masak. Yang lain hancusssss

Pastu mak diam (Sambil muka berfikir) berkerut dahi jugak tuh, pastu mak senyum ajer....

Hehehehe Mintak maaf mak ek, anak mak ni memang suka menjawab huhu. Sayang mak :)

Tapi yang saya rasa ternyata statement org tua yg boleh pakai adalah, Ibu mengandung x elok stress, bersedih dan kurang bersemangat nanti dapat anak pendek. Hohoho.... Saya memang berusaha menjadi ibu mengandung yang ceria, kuat semangat, dan bersyukur selalu supaya anak saya tinggi2 belaka ala2 model *ahakss berangan*

Wednesday, October 20, 2010

Kenduri Kawin Atok

Sabtu lepas, saya telah ke kenduri kawin ex- schoolmate saya. Namanya Intan Mastura, tapi nama glamour kat sekolah dulu Atok. Hehehehe sampai sekarang saya masih panggil dia atok. Saya ni memang jenis susah nak tukar2, kalau nama tu 1st saya kenal saya akan panggil nama tu jer.

Sangat cantik majlisnya, tema putih hitam silver dalam taman. Selamat pengantin Baru :)








Lepas tu kami ke Ampang, menghadiri Open House rumah member. X kisah Open house raya ke x, janji makan kan :)


Kira Pergerakan Baby

Sekarang dah hampir sebulan saya perlu memantau pergerakan bayi dalam kandungan dan tick pada jadual. 5hari pertama saya bersemangat giler tick jadual, siap ari sabtu n ahad pun akan buka buku dan tick. Namun tetiba ajer...... dah next checkup baru perasan sudah lama tidak men tick kan buku itu huhu...... sehingga kini. Bila nak g check up baru kalut tick buku dalam kete sebelum melangkah kaki ke KK. Macam mana ni? huhuhu....

Sunday, October 17, 2010

Update Checklist Newborn

Sekarang sudah 33minggu. Tinggal lg 3minggu jer nak tiba masa sesuai utk beranak. Hoooo 46Days to go... dulu tgk beratus-ratus hari lagi rasa macam lama jer. Sekarang ni, tetiba dah nak dekat bersalin. Sungguh cepat masa berlalu. Okey, kebanyakan barang dah dibeli. Cuma ada sikit je lg nak kene beli.

Feeding
1. Termos

NURSERY



1. Mosquito net for baby cot
2. Set Cadar baby cot

BATHING


1.Toiletteries-travel pack
2.Cotton balls
3.baby comb/brush
4.Baby manicure set
5.Nasal aspirator
6. Termometer
7. Minyak Telon

MOM

1.Disposable panty

2.Nipple cream- Angel Baby
3. Bengkung -2 baru beli 1 RM40.00
4. Myk panas utk confinement
5. Minyak selusuh
6.Air selusuh
7.Set Nona Roguy
OUTING


1.Car seat
2. Stroller *
3.Baby sling

Test BP

Semalam saya dah try guna Breastpump Ameda. Saje nk tgk cara guna. Kot2 emergency kene pkai trus masa kt hospital. Bila test memang kuar susu, tapi sakit sebab x perasan suctionnya berada di level paling kuat. Adeh.... Terus rasa mcm bengkak. Nasib baik try sebelah ajer. Pastu sbelah lg try guna yg manual pump. Buat slow2 jer, susu keluar. Terus stop n rasa macam bengkak jugak. 30minit jugakla nak hilang rasa berdenyut2 tu. Pastu pk mcm sakit jer nk breastfeed ni huhu..... kuatkan semangat!!!!

Husband kata, mungkin sebab 1st time kot. Susu tu mcm susah nk kuar n lgpun x branak lg. So sy mcm forced susu utk kuar. Xpe, ibu simpan susu utk baby ek. Ibu saje try test BP jer.

X sabar nak BF baby :)

Friday, October 15, 2010

Barangan baby di Sogo

Lunch tadi merayap ke sogo. Matlamat sbenar nak tgk barang2 baby yg x cukup lagi. Tapi dia tgh buat sale barang baby kat tgh hall tu plak.... Dah terrrrrrrbeli baju baby yang cumel & Beg baby. Diharapkan en. Abe tidak marah yer huhu yer saya tau abe dah warning jgn beli baju baby lg, tp memang murah abe..... cantik pulak tu. meleleh air liur hehehehe TQ Abe...

Thursday, October 14, 2010

Rindula pada Seri

Budak2 ni ada kuasa tarikan. Dah rindu pada si kecil itu. Bila la anak ibu nak keluar, x sabar ibu nak gomoi2 baby


Seri memang suka tarik getah rambut. Sampai meleleh air liur hahaha

Wednesday, October 13, 2010

Breastpump Ameda

Okey hari tu saya ada tunjuk package bungkusan breastpump je kan... Sekarang baru nak cerita hehehe
Saya banyak survey harga2 breastpump. Dan saya bandingkan dan akhirnya tetap murah jika beli online dari UK. Okey, kalau range harga BP Ameda di Malaysia Rata-rata berharga RM700-RM800 untuk breastpump sahaja. Tapi kalau korang cek harga di sini http://www.pumps4mums.co.uk/ameda-lactaline-personal.htm harga nya lebih kurang RM398.00 dan jika di tambah kos pengangkutan RM123.00 totalnya baru sahaja RM521. saya rasa mungkin di Malaysia ini, cukai dan harga pemasaran di mark up. Tu yang lebih berbaloi beli dari oversea.


Oleh kerana saya rasa sangat perlu pump dlm kereta jadinya saya order Car adapter lebih kurang RM75 tapi kalau di Malaysia harganya adalah 2kali ganda RM140.



Kemudian saya beli juga spare valve berharga rm8 tapi kalau di Malaysia RM17.00 sepasang valve


Lepas tu pk, nak beli yang manual juga. Sebab kadang2 kalau g shoping or berjalan malas nk bawa pump. Jadinya saya beli  Manual Pump Handle Converter RM30 +- serta 1 botol extra untuk Manual pump ini berharga RM55.50 di Malaysia dijual RM80.00.


Total yang dicharge dalam kredit kad saya adalah RM730.00. Total Semua barang + Postage adalah British Pound 147.23 Lebih kurang RM 567 + RM157. Jadinya caj kad kredit sebanyak RM5.47

Mula2 kurang yakin nak beli barang online dari UK ni, jadinya saya hantar email. Dengan cepat, Syarikat online ni balas email saya:


Hi there,


Thank you for your enquiry.

We send equipment regularly to Malaysia/Singapore.

Shipping is via Registered Airmail.

The vast majority of orders take around 1-2 weeks to arrive, sometimes a little faster, occasionally a little longer.

Occasionally an order will exceed the 2kg limit for Airmail and will be shipped in two or more packages. They rarely arrive together!

Warranty is 12 months return to base.

We check over any equipment that we send overseas. Faults 'out-of-the-box' have never happened, faults after months of use can develop but are rare.

Our supplier in the UK has changed recently. They did not intend to stock the car adapter, however, they have ordered some for me and I will be getting those next month.

With kindest regards,

Richard.

Saya Buat order 29 Sept dan barang tiba 9 Oct lebih kurang 10hari. Saya dapat semua barang kecuali botol tambahan yang saya order utk manual BP. Memang ditulis dalam invois separate package. Tapi sekarang dah 14 Oct masih belum terima. Jadinya saya email tanya pasal bungkusan x dapat lg. Dia reply email:

Hi ,


The second package was definitely shipped correctly.

'International Signed For' Airmail gets priority handling in the UK over normal Airmail. Taking into account week-ends and connecting flights, it is not unusual for two packages to arrive a week or so apart.

Ultimately, we are responsible for ensuring that you receive your goods so you will not lose out, however, I would appreciate it if you allow a few morte days for the product to arrive.

Despite what you may read on the Internet, postal losses for correctly addressed items are extremely rare.

With kindest regards,

Richard.

Jadinya saya bertawakal menunggu botol tambahan itu. Tapi saya xdela risau sangatpun, sebab yang lain semua dah dapat. Yang penting Breastpump tukan. X sabar nak cuba breastpump. Boleh ker kita guna BP waktu pregnant? Simpan Kolestrum elok ke baby minum? Susu badan dah keluar dari 6bulan hari tu.

Baru terima 2nd Package pada 11 Nov 2010.








Bau masham Seri

Sekarang ni Seri dah pandai kumpul susu dalam mulut. Dia isap botol susu, tapi susu mengalir keluar dari mulut. Bila bangun pagi, Cium pipi Seri bau susu masham huhu Nasib baik comel. Ni baru bangun tidur. Nak makan Pil vitamin Mak teh pulak




Awak kecik lagi la. X yah makan extra vitamin tuh. Minum jer susu

Tidurkan si kecil

Bila dia kelihatan penat, letakkan si kecil di riba anda


Kemudian nyanyikan lagu yang agak2 mengantuk ataupun berbicara dengan si kecil


Jangan putus asa walaupun si kecil masih tidak tidur


Berkat kesabaran tidur juga tapiiiiii

Eh... Sape pulak yang tidur ni???

Comel Tapi Geram

Hari sabtu hingga Selasa saya jaga anak buah lagi. Seri sudah 10bulan, dah boleh berjalan, dan sekarang sangat suka mengexplore dan mencuba gaya2 breakdance. Sejak dah boleh berjalan ni, tangannya sangat cepat menggapai barang. Semua benda nak di teliti dan dirosakkan.  Memangla Comel, tapi.... bila nak pakai pampers n baju, rasa macam bersilat dengan budak comel ini. Geramnya Mak teh. Cubala dok diam sket Seri oooiii




Muka tengah Kusyuk. "Macam mana nak rosakkan remote ni??"


Yang ini pulak budak merajuk mengada tengah tido. Geram betul dengan Puteri ni, Jeles sangat dengan adik dia. Dok pukul adik sampai menangis. Adik menangis dia pun nak menangis. Semua nak kene ikut cakap dia. Geramnyaa....... Kenapa Puteri suka memberontak sekarang ni??? Mak Teh x sukala. Lepas tu bila dah kene marah, buat suara kunun2 comel, Isk3 geramnya Mak Teh. Nak perhatian ke Nak kene lempang ni? Kakak dah besar, adik kecik lagi. Kakak kene jaga adik. Janganla asyik nk buat perangai. Ibu2 berpengalaman cam ner nak mengajar budak yang tidak sedar diri dah tua nih.