Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 17, 2010

Amalan untuk ibu mengandung

Sabtu lepas, sempat tengok rancangan tanyalah ustaz di tv 9. Jumpa blog ustaz Nor Amin. http://ustaznoramin.blogspot.com/ so boleh share dengan ibu ngandung.

Bila difikirkan, Islam adalah agama yang terbaik untuk mendidik manusia, jadi saya ambil kaedah yang saya ketahui untuk diamalkan dengan isteri dengan tawakal kepada Allah. Kaedah yang kami amalkan untuk mentarbiah janin kami ialah :


Isteri dan saya sering membaca Al-Quran pada waktu subuh dan selepas solat maghrib, kami berhasrat untuk khatam 30 juzuk sebelum bersalin. Kadang-kadang dia membaca surah Yusuf, Mariam, Yassin, Luqman dan At-Taubah. Waktu-waktu lain, kami pasang CD bacaan ayat Al-Quran, nasyid, ceramah ketika masa tidur, ketika bersantai di rumah, ketika melakukan kerja rumah dan sebagainya. Tujuan kami lakukan begini adalah untuk mentarbiah janin kami sering mendengar ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berfaedah.

Saya dan isteri sering berdoa kepada Allah swt selepas solat dan waktu-waktu tertentu, supaya anak yang akan dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

Saya dan isteri sering solat berjamaah bersama untuk mewujudkan suasana berjamaah dalam rumah tangga. Ini adalah untuk memperolehi pahala berjamaah dan untuk mewujudkan suasana agama dalam rumahtangga kami, secara tidak langsung dapat mentarbiah janin secara agama.

Elakkan dari rezeki yang haram. dapatkanlah rezeki daripada sumber yang halal, agar benih yang akan dilahirkan nanti adalah daripada darah daging yang halal.

Sentiasa membekalkan isteri dengan makanan yang berzat, proten, bersih dan makanan yang berkhasiat, kerana makanan yang baik sedikit sebanyak dapat membentuk janin atau kandungan dengan baik dan sempurna.

Sering menitik beratkan soal kebersihan, kerana ia menjamin kesihatan janin. Islam menitik beratkan faktor kesihatan, kerana kebersihan itu separuh daripada iman.

Sebagai suami perlu dan wajib memahami isteri dan sentiasa bersama isteri ketika mengandung. Suami juga perlu memberikan dorongan, kekuatan dan motivasi untuk isterinya menempuh segala dugaan dan kesulitan yang dialami semasa mengandung. Elakkan isteri kecewa dengan suami, kerana apabila isteri kecewa kadungannya akan bercampur dengan air najis atau toksik dan akan dimakan oleh janinnya. Sebab itulah kita susah untuk membentuk peribadi anak.

Saya bekalkan isteri dengan kurma, kismis, kacang badam dan madu asli. Ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk otak janin. Makanan sunnah sangat baik untuk diamalkan dan sangat baik untuk kandungan. Saya juga sering bekalkan isteri saya dengan air 30 juzuk produk Tok Guru (bukan kempen produk), air Yassin dengan harapan atau tawakal supaya anak dibentuk dengan makanan dan air yang baik dan air-air yang dibaca ayat Al-Quran.

No comments:

Post a Comment