Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, February 21, 2011

Do n don't during pregnancy

Berdasarkan pengalaman saya mengandungkan Yusuf terdapat byk perkara yg sepatutnya dilakukan dan tidak patut dilakukan waktu pregnant. Catatan ini sy buat sebagai pedoman utk pregnancy ke-2 saya (hua... x sabarnya). Hoho rindu dah zaman mengandung :)
Macam2 pendapat yang kita akan dengar sewaktu mengandung ni. Betul ker apa yg kita dengar tu????
Wallahu'alam. Cuma, semasa saya mengandungkan Yusuf, Alhamdulilah, kandungan saya sangat2 sihat dan melahirkannya pun amat mudah (walaupun dramatik) dan baby saya sangat sihat.

  1. Trimester pertama (0-3bulan)
-Kurangkan aktiviti malam (bersetubuh). Tapi saya aktif juga sebab baru kawin n tau pregnan bila kandungan dah 9minggu.

-Jangan angkat berat dan buat aktiviti yang meletihkan. Orang kata, waktu awal2 ni, baby x kukuh lagi dalam rahim. Jadinya perlu banyakkan rehat. Tidur dengan banyaknya dapat membantu perkembangan janin kerana sel2 tubuh kita lebih aktif berfungsi apabila kita tidur.

-Kurangkan naik flight. Ada org kata boleh gugur kalau naik flight. Tapi saya ada juga naik flight utk honeymoon ke phuket (dengan kebenaran doktor waktu scan doktor akan cek keadaan rahim kita)

- Makan makanan yang berkhasiat. Seperti dalam piramid makanan. Makan banyak buah, whole grain, protin dan seakanya.

- Jangan minum air kelapa, makan nenas muda, buah yg masam (berasid), asam dan ikan yg mengandungi merkuri yg tinggi. Makanan-makanan ini adalah bersifat tajam yang boleh mengganggu pertumbuhan janin.Orang tua2 kata tajam pada rahim. Leh menyebabkan bleeding dan keguguran. (Tapi semua ni saya ada makan sebab sy lambat tahu saya pregnan huhu)

-Kurangkan makan seafood, ikan yg gatal (kembung, tongkol) dan kacang tanah. Makanan ini boleh menyebabkan baby terkena allergic apabila lahir nanti. Boleh makan, tapi sikit2 jela.

- Banyakkan makan kacang pistachios, kismis, kurma, air zam-zam dan ikan yang kaya dgn omega supaya membantu pertumbuhan otak. Jadi pandailah. Janin kita bermula besar pada kepala, pastu baru badan.

- minum susu ibu mengandung dan pil2 (vit c, asid folik, bcomplex dan zinc). Ini adalah untuk membantu perkembangan janin dan menambahkan kalsium ibu. Di samping itu, susu ibu dapat bantu tidur yang nyenyak.

-Makan buah delima. Buah delima ni perlu makan setiap trimester. Buah delima, anggur dan zaitun adalah buah dari syurga. Dalam Al-Quran ada dinyatakan kelebihan buah2 ini.

-Rahsiakan kandungan. Maksud saya janganlah dihebah-hebahkan secara besar-besaran keterujaan diri kita mengandung. kandungan berumur 0-3bulan masih belum kukuh. Banyak yang boleh berlaku ketika ini. Hanya bagitau pada org yang terdekat. Tapi kalau ada org tegur, janganlah kita menidakkan, cukup dengan seyuman dan cakap InsyaAllah.

-Banyakkan berdoa. Anak adalah rezeki dari Allah. Sesungguhnya, kandungan kita ini terletak pada keizinan Allah. Hendaklah kita banyakkan berdoa supaya kandungan kita selamat, elakkan daripada sebarang penyakit, permudahkanlah kandungan ini, jadikanlah anak kita seorang muslim yang berjuang ke jalan Allah, jadikan anak kita anak yg soleh. Ini sangat penting untuk memastikan anak kita sihat dan soleh. Namun jika sebaliknya yang terjadi (keguguran, cacat, dll) janganlah kita menyalahkan Allah atas takdir yang ditentukan. Terimalah takdir anda dgn redha dan berdoalah lagi. Pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali kita berputus asa dan marah pada takdir kerana ujianNya adalah rahmat yang menghapuskan dosa kita.

-amalkan membaca surah-surah seperti surah Yusuf, mariam, yasin, taubah, alimran, dll. Surah2 ini adalah untuk perkembangan rohaniah. Berbeza dengan makanan, perkembangan janin kita boleh dipengaruhi dengan ayat2 dalam surah2 kerana setiap ayat dalam Al-Quran mengandungi mukjizat yang tersendiri.

-Jangan terlalu mengharap jantina baby. Dikhuatiri jika lahir jantina yang berbeza daripada yang diharapkan akan memberi kesan yang tidak diharapkan. Contohnya, lahir anak lelaki yang berperangai perempuan atau anak perempuan yang berperangai lelaki.

-Ibu jangan stress, bersedih dan berfikiran -ve. Sifat2 ini akan mempengaruhi baby di dalam kandungan. Orang kata anak pendek kalau ibu mengandung selalu stress. Jadi sentiasa ceria dan berfikiran +ve.

Wah panjangnya. penat pulak menaip huhu... nanti sambung post lainla plak ek.
  1. Trimester ke-2(4-6bulan)
  2. Trimester ke-3(7-9bulan)
  3. Debaran terakhir (9-bulan hingga due date)

3 comments: