Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 8, 2011

Mitos Penyusuan Susu Ibu

Pada satu hari, ada seorang ibu berpantang didatangani Mak cik Senah (bukan nama sebenar). Ibu tersebut berpantang di kampung mertua. Mak cik Senah itu adalah salah seorang orang kampung yang baik budi menziarahi ibu yang baru menerima cahaya mata ini. Perbualan nya berbunyi begini.

Senah: Laaa... kecik nya baby kamu ni.
Ibu: Hehe... tula, saya ni besar orangnya, tapi anak kecik jer lahir hehehe
Senah: Xpela kecik, janji selamat dan sihat kan. Bagi susu tin banyak2, cepatla baby ni besar.Baby minum susu apa?
Ibu: Susu badan.
Senah: Dah ada susu ke? Biasanya anak sulung susu xde lagi. 2-3hari baru keluar susunya.
Ibu: Alhamdulilah dah ada susu badan.
Senah: Kamu buang x susu busuk tu dulu? Susu awal tu busuk kamu tau. Warnanya kuning macam pekat2. Picit2 dulu bagi keluar susu busuk tuh.
Ibu: Eh itu bukan busuk mak cik, itu namanya kolostrum. Susu awal yang sangat bagus untuk baby. Kaya dengan antibodi.
Senah: Ish... apa pulak kamu ni. Susu busuk tuh. Sakit anak kamu tu nanti.
Ibu: Owh ye ker...
Senah: Susu badan saja x cukup. Kamu kena tambah susu tin tuh. Kesian baby lapar. Nanti dia asyik nangis dan x tidur malam. Kamu juga yang susah.
Ibu: InsyaAllah, cukup kot susu badan saya mak cik. Perut baby kecik ajer. Nak sumbat banyak2 pecah pulak perut dia nanti hehehe
Senah: Isk kamu nih. Mana ada perut baby pecah. Kamu x boleh bagi susu badan jer. Bagi susu tin tuh baru la anak kamu cepat besar, pandai pulak tuh.
Ibu: Eh, mak cik nih. Lembu ni makan rumput jer mak cik. Xde protin, omega 3, karbohidrat, vitamin c,d,e,b complex macam2 lagi lah. Kalau bagi susu ibu semua ada.
Senah: Ala.. mak cik taula, mak cik dah ada 6 orang anak. Semua dah besar2. Semua sihat dan pandai ajer. Dapat masuk U dapat kerja kat bandar. Susu lembu tu jugak yang anak mak cik minum. Kamu bagi anak hisap dada xpela, tapi kalau kamu guna pam susu tuh cepat kering. X payahla kamu terikut dengan org zaman sekarang. Beli pam mahal2, tapi 2 bulan susu dah kering.
Ibu: Owh... ye ke. Tapi ada kawan saya, anak saya x hisap dada pun, dia pam ajer. Sekarang dah 1tahun 6bulan pun masih banyak lagi susu badannya. Tapi ada kawan saya tuh, dia x pam, dia bg anak hisap dada dan susu lembu. 1 bulan pun dah kering mak cik. Kesian anak dia.
Senah: Memangla, susu badan kita ni ikut keturunan jugak.
Ibu: ikut keturunan? tadi mak cik kata kalau pam susu yg cepat kering?
Senah: Kamu nih, susah benar nak paham. Kawan kamu yang pam banyak susu tuh, mesti mak dia pun jenis banyak susu. Tapi kawan kamu yang cepat kering susu tuh, tu maknanya keturunan dia tetek kecik la. Susu x banyak.
Ibu: Owh... ye ke.
Senah: Kamu ni nanti kerja kan? Kamu kena ajar dia minum susu tin. Nanti payah nak kerja. Baby x mau minum susu lain. Pastu asyik nak duduk dengan kamu jer. Macam mana kamu nak bg org lain jaga.
Ibu: Owh xpe, saya boleh pam susu. Susu tu masuk peti ais. Nanti pengasuh tu tinggal panaskan susu jer. Nanti sebulan masuk kerja saya akan ajar baby minum susu botol pada tangan orang lain.
Senah: Isk boleh ke masuk peti ais tuh? Tak basi ke? Sakit perut anak kamu ni. Kecik2 nak bagi susu basi.
Ibu: ala mak cik ni, susu lembu tu lagila. Berminggu-minggu duduk dalam peti. Kalau yang susu tepung tuh lagila, berbulan-bulan dah susu nya. Baik bagi susu ibu. lagi terjamin.
Senah: kamu kena bagi air masak kat baby. takut nanti baby berak keras. Lgpun air masak ni leh cuci mulut.
Ibu: Isk makcik ni, bahaya bagi air masak. Takut air masak tu tercemar nnt baby leh infected. Biasa taik keras tuh sebab susu tin. Susu ibu ni mudah hadam. InsyaAllah, xde masalah perutnya. Susu ibu ni bersih mak cik, xpayah nak cuci mulut pun.
Senah: Macam-macamla kamu nih. Mak cik balik dulu la yer.

Ini adalah cerita rekaan semata-mata :)
Tapi kebiasaannya inilah ayat2 tetamu yang datang melawat kita. sentiasa memberi mitos yang berdasarkan pengalaman masing-masing. Jadi, ibu2 sila jangan terpengaruh dan percaya dengan cerita-cerita ini. Pastikan anda telah mencari ilmu yang banyak untuk kita membuang jumud diminda. Susu lembu ni hanya sebagai alternatif, susu ibu yang terbaik. Jangan percaya orang-orang seperti ini.

11 comments:

  1. ermmm, sadis sket nak citer.. asalnya my baby nak la exclusively bf, no plain water etc.. tp mil senyap2 bg air masak, balik kg lak, mak & kakak2 pun paksa2 bg air masak..... sngt sedey masa tu, nape la derang x faham yg susu ibu tu dah cuk...up utk baby..

    so lepas tu saya decide utk bg air zamzam sahaja kat baby..plain water x elok coz ditakuti tercemar atau kalo bg mineral pun kita x sure yg kandungan mineral tu boleh diproses oleh usus baby x..

    jln selamat kalo nak bg jugak air, bg la air zamzam..

    "Sebaik-baik air di muka bumi ini adalah air Zamzam, dapat mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit." (H.R. Thabrani dan lbnu Hibban)

    "Air Zamzam akan mengikuti maksud orang yang meminumnya." (H.R. lbnu Majah dan Ahmad Zamzam)

    masa bg baby minum tu, niat2 kan la utk dia jd anak yg soleh, bebas dr penyakit etc etc....:)

    ReplyDelete
  2. a'ah btul la.....msti ckp mcm tu kan, nape org dulu2 xgalak kn kite bF ek? sedang kn tu la yg terbaik...ade tu siap ckp lg xelok bg susu yg simpan beku tu. susah tul nk explain kn huhu

    ReplyDelete
  3. betul tu nana.. kadang tu jenuh nak melayan, dah cakap x nak kasi susu lembu, tapi itu yg dipertahankan.. huhu.. kena pandai saiko org2 macam ni..

    ReplyDelete
  4. Mula2 baca td tgk pandai betul arna menjwb soalan mak cik ni...part akhir citer ni rekaan..haha..(blh gn idea jwpn arna kat org len yg sm pemikiran cam makcik ni). Kiter ni kena kuat smgt..chayuk!

    ReplyDelete
  5. menarik jgk info kat blog awk ni..sy follow lah! tq..salam perkenalan

    ReplyDelete
  6. Wani: Saya pun kalah juga. Bagi minum air kosong jugak sebab tulah kata orang tua kan. Risau juga huhu
    Aishah:Dorg bkn xgalak BF, cuma berpandukan ajaran yg dulu2, means dari neneknya, sedara maranya dan dorg pun percaya tu yang dorang sampaikan pada kita. Sebab tula amalan tanpa ilmu/guru namanya ajaran sesat.

    ReplyDelete
  7. Kak Su, mak mertua saya sokong susu ibu, dia yg tolong jawab kt org2 kampung tuh. Saya senyum jer (lgpun kurang paham bahasa kelantan hahaa)
    Musliza: Sharing is caring, banyak sgt sy nk sampaikan tapi tulah, malas nk menaip pepanjang

    ReplyDelete
  8. ceh budget cam Lactation Kaunselor plak
    (byk nak saya sampaikan)

    ReplyDelete
  9. e he h he.....ct stkt ni Alhamdulllah...semua x de kasi cter mengarut...cuma memasing terkejut tgok boleh pam susu dan susu tu leh tahan lama....smpai ada yg ckp"wah...x sangka bolh brjimat...bagus lah"...

    ReplyDelete
  10. nasib baik la siti. Saya ada beberapa org juga yang bg mitos2 ni. Bila diulang dan mulut berlainan yg cakap, saya percaya juga huhu

    ReplyDelete
  11. nana... syok baca penulisan ko nih.. byk ayat yg bole pki utk balas ckp makcik tuh!! hohoho.. teruskan usaha bf... jgn mengalah yerk.. :D

    ReplyDelete