Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, January 27, 2011

Handbeg baru

Bila dah ada anak. Gaya hidup sudah berubah. Kalau waktu U dulu cari hanbeg yang paling kecik. Sekadar boleh letak handphone, wallet dan tisu. Bila dah kerja cari handbeg yang sederhana besar sebab nak isi hp, wallet, tisu, kunci keta, kunci umah, tag nama office dan mekap.
Kini bila dah ada anak, kena cari handbeg yg besar sebabnya.....

Tadaaaaa......


Kena simpan pampers, wipes and botol susu kat dlm hanbeg hahahahahaha
Cari handbeg yg ada 2 partition. 1 utk ibu n 1 utk anak


Kalau kuar shopping pun tangan sampai x ckup...
Nak bershoping kene merancang. Cari supermarket yg ada pampers murah.. pastu beli 4 bungkus. Dah penuh tangan. Barang2 lain pun kene beli juga. Memang penuh kete

Baby kene kolik

Masa baby umur dalam 1-3minggu. Yusuf memang selalu kene kolik ni. Tapi waktu tu x sure lg, sebab x tau simptom nya kan. But memang waktu malam Yusuf akan menangis, meneran dan susah tido. Jadinya hampir stiap mlm kami akan suapkan Yusuf dengan gripe water. Alhamdulilah, after 15minit Yusuf akan tidur balik. Tapi kalau x tido jugak, kami akan sapu minyak yuyi pada perut, tumit dan celah peha baby. Kalu sapu minyak yuyi ni banyak sikitla baby berak hehehe. Sapu minyak yuyi ni ada caranya. Sapu pada tangan kita dulu pastu baru usap tangan kita pada tempatnya.sebab minyak yuyi terlalu panas leh menyebabkan kulit baby melecur

Sumber: http://whenmayend.blogspot.com/2011/01/apa-itu-kolik-dan-apa-penyebabnya.html

Apa itu Kolik? Dan Apa Penyebabnya?


Kolik berasal dari kata dalam bahasa Yunani, kolikos, yang bermaksud usus. Kolik berhubungan dengan ketidakmampuan sistem pencernaan bayi untuk mencerna makanannya.


Apabila Bayi Mengalami Kolik

* Tangisan yang lebih keras daripada kebiasaanya dan berpanjangan.


* Ketika menangis, dia kelihatan seperti membongkokkan badannya; menggenggam tangannya, dan menarik kedua kakinya ke perut.


* Mukanya merah ketika dia menangis atau menggeliat.


* Selalu ingin minum. Seperti tidak kenyang, padahal baru sahaja memberi ASI.

Apa yang harus kita lakukan?

* Berjumpalah doktor, pastikan bahawa memang ini kolik, ceritakan semua gejala-gejalanya, dilengkapi dengan keterangan penting lain seperti (kekerapan minum, ASI/formula, kekerapan buang air besar, dll)

* Kerapkan minum susu, tapi sedikit-sedikit. Ini untuk memperingan fungsi saluran pencernaan bayi yang belum terlalu kuat. Memang bayi akan selalu menangis dan haus. Haus disebabkan zat asam yang naik ke kerongkongannya yang membuatnya merasa panas dan ingin minum.

* Setelah selesai minum, sendawakan bayi. Ada banyak teknik untuk membuat bayi bersendawa antaranya dengan mendukungnya dengan posisi memeluk di dada dan menepuk punggungnya.

* Ketika bayi menangis jangan baringkan dia. Ambil lah posisi duduk yang selesa, lalu pangkulah bayi sehingga dia juga duduk di pangkuan, dan menghadap ke arah ibubapanya. Posisi duduk sekaligus akan menekan perutnya dan membuat dia merasa lebih selesa

Wednesday, January 26, 2011

Kerja baru di office


Sekarang waktu kerja semakin suntuk disebabkan sesi mengepam 3-5kali huhu
Seronoknya kalu selalu dapat susu banyak ni kan :)

Update terkini

Ibu yang mahu kurus lg

Anak yang mahu tembam lg

Muka artis baby


Macam familiar x muka ni??
hari sabtu kul 7mlm kat ntv7 haha

Waktu checkup utk 2 bulan. ni muka baru pas kene inject hehe
panjang:57cm
berat:5.3kg
Fully breastfeeding (pump je x direct lg huhu)

Ronda Midvalley bersama Yusuf

Mula2 okey jer Yusuf duk dlm stroller.
Exciteddia tgk banyak sgt org.
Pastu kitaorg g mkn burger king

Ala.... Yusuf muntah susu hahaha

Okey sila ready yer en. Yusuf

Ikut muka ayah dah yer Yusuf

Pas makan baru jer nak g shopping... tapi agaknya yusuf dh ngantuk. Kena tolak stroller laju2 kalu cam brenti tengok barang mula la kedengaran suaranya. Terpaksalah kami ambil barang cepat dan tolak stroller lelaju haih

Baby Exercise tangan

Saya mula beli playmate ini masa mengandung.
Pastu simpan atas almari.
Dah umur 2bulan baru saya pakai.
Suami saya boleh plak perli... "Baru nak guna? Ingatkan nak tunggu next baby?"
Sabar ajerla kan huhu
Abis nak guna masa 0-2bln macam xde maknanya plak. Baby buakan nampak pun n x reti main lg kan

Tapi sekarang Yusuf dah pandai main :)
Yeyeyeyey



My EBM

Saya mula mengepam pada hari ke-2. Saya mula ada stok ebm pada hari ke 32.
Sejak itu saya berazam memenuhkan peti beku dengan ebm.
Alhamdulilah, bhgn yg sy menumpang peti bhgn beku mak saya ni dh penuh.
Sekarang ni tgh pk agak2 mak marah x kalu bhgn bawah tu kusumbatkan ebm juga???
Mesti akan dibebel... "Abis tu ikan, ayam mak nak simpan mana?"
Adeh.....


Main bersama baby

Anakku sudah nak masuk 3 bulan :)
Sudah sibuk nk ajak org main ngan dia. Ibu n ayah nak tido, tapi Yusuf berjaga exercise tangan haha






Geramnya tengok si pipi tembam, mata sepet, leher berlapis nih

The day Yusuf Born Part 2

Ok, Part ni akan ada dramatik sikit dan pada saya sangat lawak. Bila org dtg umah, sy cerita pengalaman beranak, mesti sy gelak terbahak-bahak. Sampai confinement lady sy marah sebab gelak kuat sangat takut effect rahim huhu.

jam 2 pagi.
Masuk labour room. nurse pasang ctg n cek blood pressure. Contraction dah kerap. dalam 5minit sekali. Waktu ni ada 2 org lelaki 1 india n 1 cina. Yang india menyeluk cek bukaan. Rasa malu juga, tp tengah menahan sakit yg amat tuh dh x pikir apa dah. Nurse india tu cakap "baru 4-5cm. Lambat lg nih" dia kata. Lama tunggu.... " Husband saya xleh masuk ke?" Nurse ppuan jawab, jap lagi suami awak masuk. Pastu mintak beg plastik sebab rasa mcm nak muntah. Dlm hatiku berkata " Napela aku makan kari. Panas rempah tu mcm terlekat kat tekak ajer" Bila contraction yang amat sangat aku menjerit " ADOI!!! SAKITNYA",    "ALLAH... SAKITNYA" yang nurse cakap " Awak ni menjerit sampai ke luar dengar. Orang lain pun sakit jugak xdepun menjerit macam awak" Aku pun menjawab " SAKITLAAAA" memang  ada dengar org mengerang menahan kesakitan. Tapi nak buat camner kan. Saya ni kan kaki karaoke. Stakat menjerit mcm ct nurhaliza ke whitney housten tu ke memang dh biasa huhuhu

jam 2.15pg
Suami masuk. Cakap kat suami " Awak sakit sangat, saya dah x tahan". Suamiku menjawab " yer saya tau, saya dengar awak jerit masa sy kat luar" wohohoh... Aku dh x heran dah. Malu ke hapa ker.... aku sakit cam nak mati huhu hohoh... Setiap kali contraction ada jer apa2 yg sy cakap " Sayang, saya dah x nak beranak dah" " Sayang, kalu saya mati awak jaga anak kita ek" hoho memang rasa mcm nk mati. Tak sangka sakit senggugut boleh mengalahkan semangatku. Stiap 5minit... 3minit contraction huhu. Selepas itu saya muntah dengan banyaknya. Penuh plastik. Hambik kau 2pinggan nasi dengan lauk kari keluar huhu. Suami yg tlg pegang plastik tuh.

jam 2.30pg
Doktor cek heartbeat baby n blood presure ibu ok. Cucuk pedithine 100ml kat bontot. Nurse pun cakap "Kalau ngantuk tidur yer". Wohoho memang bagus ubat ni. Terus terlelap. Ok part ni memang agak lawak. Bila saya rasa sakit contraction, saya akan terjaga dan menjerit "ADOI .... SAKITNYA" Pastu saya tido balik. Bila rasa sakit lagi saya menjerit " "TOLONG... TOLONG" Saya berjaga skejap dan terdengar nurse kat luar "Patient tu dah nk beranak ke? cuba pergi tengok" nurse pun datang cek bukaan 5-6cm. Suami saya kata kalu bacaan ctg lebih 170 saya akan terjaga dan menjerit. hahahah

jam 3.30pg
Terjaga dan menjerit lagi "Adoi sakitnya" tapi nurse x dtg2. Saya sruh suami panggil nurse sebab dah sakit sangat. Nurse cek bukaan baru 6cm. Tido balik. pastu terjaga lagi. Nafas dah tercungap-cungap. Suami disebelah suruh buat pernafasan yang telah dituntut masa kelas antenatal. Seriusly... aku x ingat apa2 dah waktu ni. Suami pun men demokan pernafasannya. Tarik nafas ikut idung, hembus ikut mulut. Aku ikut bernafas... dan bila suami aku stop aku cam lupa balik "Nape awak stop?? cepatla buat" hahahaha sape yg nk branak nih? hehehe... maaf nyer suamiku huhu. Pastu saya pun tido balik.

jam 4.00pg
Terjaga dan rasa sakit yang teramat sangat untuk meneran. Saya pun menjerit sekuat hati " NAK TERAN... NAK TERAN!!!" Nurse pun masuk dan cakap ok. dah boleh teran, kepala baby dh kat bawah. Pastu nurse siapkan kain lapik n peralatan. Waktu ni antara lena dan jaga. Macam mamai2. Pastu nurse pun kata. " Ha... teranla. Tadi nak teran sangat" Mulut nurse gov ni memang main lepas ajer huhu geram tul aku.  Suami pegang belakang badan angkat rapat ke lutut, dagu rapat ke dada, tangan pegang buku lali kaki, kangkang luas2... dan push... Mula2 teran sambil mengerang.  Nurse kata "Awak jangan kuarkan suara, simpan tenaga utk push"  3kali push sambil mengerang (xreti betul nak push klu x mengerang huhu) nurse pun ckp "nafas awak x ckup ni, kene ambil nafas banyak kali baru push tau" pastu tunggu contraction seterusnya, ambik nafas 3kali, baru push... terasa bersembur air, push lagi keluar badan, push lagi baru kuar kaki..

jam 4.30pg
Lahirla Mohamad Hakim Yusuf kedunia yang penuh dengan pancaroba ini....
terdengar tangisan suaranya. Perut pun dah lega. Rasa penat yang teramat sangat. Tak rasa sakit lagi. Saya pun tertido balik.
Pastu nurse kejut, "anak awak ni laki ke perempuan?" waktu tu cam mamai cakap je lelaki sebab dh tau waktu scan dulu. Pastu nurse letak baby dekat atas dada. Saya nampak baby mcm biru kemerah-merahan. Indah sangat moment detik pertama menjadi ibu itu. Syukur Alhamdulilah yang x terhingga anak ku selamat dilahirkan dengan sihat.
Lepas tu saya tertido sambil tangan mengusap Yusuf. Tiba2 saya tersedar dan menjerit "Ya Allah, x habis lagi ke? sakitnya!!" nurse jawab "Saya kene buang uri ni nanti kalu x habis kuar awak juga yang sakit" hoho terasa seperti isi perutku ditarik keluar. Ditekan perutku untuk memastikan suma darah kuar.
Lepas tu saya tertido balik. Terjaga skejap waktu jahitan terakhir. nurse kata "sikit je lg dah nak siap jahit. saya pun tido blk

Bersambung...

Tuesday, January 25, 2011

Aksi tidur yusuf 2

Ini waktu umur kurang dari seminggu



Dalam perut mcm nila dia tidur. Waktu g scan 3d. langsung x nampak muka


Aksi tidur yusuf 1

waktu disendawakan

bau pas minum susu

Dalam buaian

Mencebik mulut bila diganggu

minum susu ibu

Yusuf minum susu dengan muka macho


selepas berpantang

berat terakhir timbang masa pregnan adalah 76.5kg
Selepas berpantang dan mengepam susu dengan jayanya...

inilah hasilnya :)



agak2 leh kurus cam anak dara x??





Monday, January 24, 2011

The day Yusuf Born Part 1

Ini adalah sambungan untuk entry Sebelum ke hospital.

10.30mlm,
Sepanjang dalam perjalanan ke hospital, ada rasa contraction, tp x sakit lg. ujung2 kuku ajer. Sambil tu bersembang ngan mak. rasa mcm skejap jer dh sampai hospital. Hospital cuma benarkan mak n suami jer masuk. jadinya ayah saya tunggu dekat luar je. masuk bhgn bersalin tu, bg buku pink pastu nurse sruh pkai kain batik n baring ats katil. Mulalah aktiviti seluk menyeluk. Wohoho sakit giler. aku ingatkan bawa masuk jari jer, rupanya dengan tangan dia skali dia masuk huhu. Ukur bukaan tu kat dalam bukan nyer rongga luar tuh. Pastu menahan sakit, MO tu sruh rilex.Hello, aku tengah sakit macamana nk rilex. Pastu dia ugut " kalu awak macam ni lagi lama la jari saya kat dalam nih". Mulai saat itu barula aku belajar caranya rilex sambil menahan sakit huhu. Bukaan baru 3cm. nurse cucuk ubat bagi berak. Hohoho sungguh berkesan. x menyempat duduk atas toilet dh nak terberak. bila bangun rasa contraction dh kuat sikit. Mungkin sebab dah kene seluk, jadinya mengaktifkan bukaan itu. punya menahan sakit, cari tong buang pad sampai ke kaunter depan huhu.... rupanya ada kat bawah sink ajer.

11.00mlm,
Nurse sruh tunggu dekat tempat duduk pelawat utk daftar wad. Suami yg uruskan pendaftaran. By the time duduk dengan mak sambil tengok cerita yang Nabil berlakon "Semua nak A jer". Ok memang agak lawak, bolehla menghilangkan rasa sakit.

12.00mlm,
Baru dapat katil masuk wad. Waktu tu ada 1org lg patient nk masuk wad juga. Nurse tolak naik wheelchair. Suami saya pun kata " Wife sy x yah naik wheelchair ke?" nurse tu jawab " Wife awak x de sakit apa2 kan? x pe banyak jalan senang nk branak". Suami sy tlg susun brg dlm almari. Sambil baring atas katil, saya sibuk sms suma org. Nak mintak maaf kot2 dah ajal tiba kan. huhu... perasaan sangat cuak.

12.30mlm,
mak cik guard sruh suami tunggu kat luar. x leh dok dengan wife huhu... maka tinggal la saya berseorangan. Ok, bila tunggu seorang barula terasa betapa sakitnya contraction. Waktu ni barula terasa ADOI SAKITNYA NK BERANAK!!!! Pastu asyik nak terkencing. pastu rasa nk terberak, tapi takut terberanak pula. Tapi sebab sakit masih boleh tahan saya pun berak ajerla. Takut kene berak dalam tiub huhu.

1.00mlm,
Panggil nurse cakap saya dah sakit sangat nih. Dah nak beranak kot. Nurse pun menyeluk. Nurse kata baru 4 cm. Lambat lg nih. anak sulung biasa 1jam 1cm. Jadinya lebih kurang 6pagi la baru beranak huhu. Nurse tu kata, "sabar. memangla sakit nak beranak. Awak bacala doa banyak2, semoga Allah permudahkan. Minumla Air selusuh. Nanti cepatla beranak" Waktu ni mmg dah sakit. Mulut menyebut "Allah, Allah, Allah"

1.30mlm,
Panggil nurse lg. Nurse saya dah sakit ni. Dah nk beranak kot. Nurse tu pun cakap" Awak x lehla macam ni. Awak kena kuat. Ni baru sikit. Nanti lg sakit". Okey terus saya panik. "Nanti lg sakit?? Maknanya ni tahap kurang sakit lg la ek??" Saya pun bertegas " saya nak painkiller!! bagi saya epidural!! saya dah x tahan sakit" Nurse kata " malam2 xde epidural la" Saya bertegas" x kira saya nak painkiller juga. Bagi jela saya apa2pun"
Nurse pun keluar dan masuk balik cek bukaan. Dah 5cm.

2.00mlm,
Okey kita akan masuk labour room sebab awak nak painkiller.

Sunday, January 23, 2011

Review Ameda Breastpump

Saya nak komen mengenai Ameda Breastpump yg sy beli dulu dalam entry Breastpump Ameda.
Saya mula mengepam pada saat Yusuf baru lahir. Hahahaah
Macam x cayer jer kan. Saya bersalin di hospital Gov. Selepas beranak, kita berpeluang utk Breastfeed kan baby lebih kurang sejam selepas beranak. Mula2 mmg nurse tlg, lepas tu dia tinggalkan kita. Almaklumla, saya baru pas branak, perut mmg kosong giler setelah Poo poo dan muntah banyak kali. Pastu dah meneran baby bagai nak mati. Mana larat nk blajar bF segala. 3 kali panggil nurse utk tlg BF, Last2 nurse tu kata guna pump ajer. Terasa sangat kebangangan nurse itu. Kolostrum ko ingat boleh pump ke??? dahla aku x reti hal2 BF ni. Tgh kepenatan tuh nk sruh pam. Memang x kuar apa lakan. Last2 fed up aku tido ajer.

Okey... ni dah tercerita entry lain. Nanti sy citer lebih lanjut. Hari ke-2 saya berjaya mengepam kolostrum. Sikit ajer, but enough for Yusuf.

Apa yang sy nak komen, Ameda BP ni mmg best.

1. Sangat Heavy duty. saya mengepam hampir setiap jam memandangkan semangat Susu ibu walaupun tidak berjaya direct BF. Wohooho terasa diri ini seperti lembu or kilang susu. Cuma awal2 tu mmg kurang berjaya. Sebab susu x banyak lagi. Tapi jgn riso susu ibu mmg cukup utk baby. Perut baby kecik ajer

2. bunyinya x bising. Malam2 saya selalu mengepam. Bunyinya ada tp x la bising sampai annoying. My baby n husband still leh tido dgn nyenyaknya

3. Susu x masuk balik dalam tiub. Uniknya Ameda ni dia punya corong pam ada diaphagram yang akan menutup lubang tiub udara. Yelakan, kalu pam mlm2, macam2 jadinya. susu tumpah, pam terbalik haih

4. Ringan. Sekarang dah kerja, pam itu memang ringan. xdela sakit bahu nak membawanya.

5. Ada penetapan cycle. Bila susu keluar, kan ada let down reflex. So bila tgh LDR ni kita set kan  cycle yg panjang sket jer. Maksudnya kepanjangan sedutan itu. Srot...srot...srot.. waktu biasa. sroooooot....srooooot....srooooot... waktu LDR.

Cuma kelemahannya adalah: tangan kene pegang pump. huhu memg x larat pegang waktu tengah mamai. Patutnya buatla pump yang sambil tido pun leh mengepam. Kalu leh dalam posisi baring heheheh

Untuk yang manual Ameda BP pulak.
1. Sangat mudah dibawa. Kecik ajer pam nyer
2. Sangat mudah caranya. xde wayar berselirat. X yah nk cari plug. kat mana2 pun leh pam


So kalu sapa yg tanya saya ok x Ameda BP ni? sila baca di atas hahaha

Wednesday, January 19, 2011

syukur ada bantuan Breastfeed

Alhamdulilah, Syukur tidak terhingga. Selama 2 bulan saya mengidam nak direct Breastfeed Yusuf, akhirnya kini ada sinar harapan untuk mencapai impian saya yang sejak mula mengandung telah saya berazam untuk menyusukan anak. Breastfeeding adalah cabaran terhebat mengganggu emosi dan ketahanan zahir dan batin. Kalau difikirkan sepatutnya BF itu nampak senang, orang dulu2 semua susukan anak mereka, mana ada kelas, mana ada org ajar cara2 menyusukan anak. Cuba tgk binatang yg x pernah g skolah pun susukan anaknya. Kenapa kita manusia nak bg susu lembu pada baby yang juga manusia????

Okey, saya sudah membebel. Bila dah masuk ofis, ada member saya yg tinggal dekat ngan umah saya nak ajar sy direct BF. Saya harap saya berjaya bg direct feed pada anak saya.

"Ya Allah permudahkanlah penyusuan Mohamad Hakim Yusuf Bin Mohd Azwanfadzli sepanjang 2 tahun ini. Aku Mohon kekuatan fizikal dan pengurusan emosi supaya  rezeki baby Yusuf akan dinikmatinya melalui tubuhku. Ya Allah aku bersyukur pada-Mu kerana menganugerahkan banyak bantuan sepanjang aku mengandungkan dan melahirkan anakku. Cinta dan sayangku hanya pada-Mu".

Tuesday, January 18, 2011

Baby with romper


Potong kuku Baby



Oh no.. Demam Kuning

Masa Yusuf  umur 3 hari, muka dia cam kuning sket. Disebabkan saya baru menyandang jawatan ibu, tersangatla cuaknya. Cepat g hantar hospital. So bila husband saya balik terus sruh g hospital dengan segera sampai nak solat maghrib dulupun saya x bagi. Okey, saya kene tanggung dosa suami dan mak sy yg terlepas solat maghrib itu huhu. Pastu doktor kata, kuning dia ni sikit jer, x yahla masuk hospital, kesian baby kene cucuk ambik darah, kene duduk bawah lampu pakai penutup mata isk2. Doktor sruh jemur matahari waktu pagi. Okey husband saya pun buka bajunya tinggal pampers jer dan letak kat luar rumah. Pastu ada penjaga pantang saya datang eh, xyahla sampai jemur kat luar rumah. Kat depan pintu or tingkap jer. Pastikan matanya ditutup sebab nanti sakit mata kalu terang sangat cahaya. Sila tengok gambar yusuf berjemur. Rasa cam jeles nak g berjemur tepi pantai plak kan. Hahaha


Apabila baby meneran

Saya tak taula baby saya jer yang suka meneran ataupun memang suma baby meneran. Yang dahsyatnya, Yusuf ni meneran nak berak macam saya meneran nak beranak dulu. Hoho sungguh kuat. Kadang2 bila dia meneran giler tapi x dpt kentut or berak Yusuf akan menangis. Mungkin kerana stress (*_*)
Bila saya tanya doktor, doktor kata bagusla baby meneran. Itu maknanya baby nak membesar. yeyyy ibu suka :) Mari kita lihat Aksi apabila baby meneran hehehehe



Aksi Model Anakku

 Banyak gambar dibedung ajer. Yela baby baru 0-2bulan kan. Pastu asyik tidur jer. Owh tapi sentiasa berusaha mengeluarkan tangannya dari bedung hahaha.... Ini adalah aksi model kain bedung hehehe