Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, January 26, 2011

The day Yusuf Born Part 2

Ok, Part ni akan ada dramatik sikit dan pada saya sangat lawak. Bila org dtg umah, sy cerita pengalaman beranak, mesti sy gelak terbahak-bahak. Sampai confinement lady sy marah sebab gelak kuat sangat takut effect rahim huhu.

jam 2 pagi.
Masuk labour room. nurse pasang ctg n cek blood pressure. Contraction dah kerap. dalam 5minit sekali. Waktu ni ada 2 org lelaki 1 india n 1 cina. Yang india menyeluk cek bukaan. Rasa malu juga, tp tengah menahan sakit yg amat tuh dh x pikir apa dah. Nurse india tu cakap "baru 4-5cm. Lambat lg nih" dia kata. Lama tunggu.... " Husband saya xleh masuk ke?" Nurse ppuan jawab, jap lagi suami awak masuk. Pastu mintak beg plastik sebab rasa mcm nak muntah. Dlm hatiku berkata " Napela aku makan kari. Panas rempah tu mcm terlekat kat tekak ajer" Bila contraction yang amat sangat aku menjerit " ADOI!!! SAKITNYA",    "ALLAH... SAKITNYA" yang nurse cakap " Awak ni menjerit sampai ke luar dengar. Orang lain pun sakit jugak xdepun menjerit macam awak" Aku pun menjawab " SAKITLAAAA" memang  ada dengar org mengerang menahan kesakitan. Tapi nak buat camner kan. Saya ni kan kaki karaoke. Stakat menjerit mcm ct nurhaliza ke whitney housten tu ke memang dh biasa huhuhu

jam 2.15pg
Suami masuk. Cakap kat suami " Awak sakit sangat, saya dah x tahan". Suamiku menjawab " yer saya tau, saya dengar awak jerit masa sy kat luar" wohohoh... Aku dh x heran dah. Malu ke hapa ker.... aku sakit cam nak mati huhu hohoh... Setiap kali contraction ada jer apa2 yg sy cakap " Sayang, saya dah x nak beranak dah" " Sayang, kalu saya mati awak jaga anak kita ek" hoho memang rasa mcm nk mati. Tak sangka sakit senggugut boleh mengalahkan semangatku. Stiap 5minit... 3minit contraction huhu. Selepas itu saya muntah dengan banyaknya. Penuh plastik. Hambik kau 2pinggan nasi dengan lauk kari keluar huhu. Suami yg tlg pegang plastik tuh.

jam 2.30pg
Doktor cek heartbeat baby n blood presure ibu ok. Cucuk pedithine 100ml kat bontot. Nurse pun cakap "Kalau ngantuk tidur yer". Wohoho memang bagus ubat ni. Terus terlelap. Ok part ni memang agak lawak. Bila saya rasa sakit contraction, saya akan terjaga dan menjerit "ADOI .... SAKITNYA" Pastu saya tido balik. Bila rasa sakit lagi saya menjerit " "TOLONG... TOLONG" Saya berjaga skejap dan terdengar nurse kat luar "Patient tu dah nk beranak ke? cuba pergi tengok" nurse pun datang cek bukaan 5-6cm. Suami saya kata kalu bacaan ctg lebih 170 saya akan terjaga dan menjerit. hahahah

jam 3.30pg
Terjaga dan menjerit lagi "Adoi sakitnya" tapi nurse x dtg2. Saya sruh suami panggil nurse sebab dah sakit sangat. Nurse cek bukaan baru 6cm. Tido balik. pastu terjaga lagi. Nafas dah tercungap-cungap. Suami disebelah suruh buat pernafasan yang telah dituntut masa kelas antenatal. Seriusly... aku x ingat apa2 dah waktu ni. Suami pun men demokan pernafasannya. Tarik nafas ikut idung, hembus ikut mulut. Aku ikut bernafas... dan bila suami aku stop aku cam lupa balik "Nape awak stop?? cepatla buat" hahahaha sape yg nk branak nih? hehehe... maaf nyer suamiku huhu. Pastu saya pun tido balik.

jam 4.00pg
Terjaga dan rasa sakit yang teramat sangat untuk meneran. Saya pun menjerit sekuat hati " NAK TERAN... NAK TERAN!!!" Nurse pun masuk dan cakap ok. dah boleh teran, kepala baby dh kat bawah. Pastu nurse siapkan kain lapik n peralatan. Waktu ni antara lena dan jaga. Macam mamai2. Pastu nurse pun kata. " Ha... teranla. Tadi nak teran sangat" Mulut nurse gov ni memang main lepas ajer huhu geram tul aku.  Suami pegang belakang badan angkat rapat ke lutut, dagu rapat ke dada, tangan pegang buku lali kaki, kangkang luas2... dan push... Mula2 teran sambil mengerang.  Nurse kata "Awak jangan kuarkan suara, simpan tenaga utk push"  3kali push sambil mengerang (xreti betul nak push klu x mengerang huhu) nurse pun ckp "nafas awak x ckup ni, kene ambil nafas banyak kali baru push tau" pastu tunggu contraction seterusnya, ambik nafas 3kali, baru push... terasa bersembur air, push lagi keluar badan, push lagi baru kuar kaki..

jam 4.30pg
Lahirla Mohamad Hakim Yusuf kedunia yang penuh dengan pancaroba ini....
terdengar tangisan suaranya. Perut pun dah lega. Rasa penat yang teramat sangat. Tak rasa sakit lagi. Saya pun tertido balik.
Pastu nurse kejut, "anak awak ni laki ke perempuan?" waktu tu cam mamai cakap je lelaki sebab dh tau waktu scan dulu. Pastu nurse letak baby dekat atas dada. Saya nampak baby mcm biru kemerah-merahan. Indah sangat moment detik pertama menjadi ibu itu. Syukur Alhamdulilah yang x terhingga anak ku selamat dilahirkan dengan sihat.
Lepas tu saya tertido sambil tangan mengusap Yusuf. Tiba2 saya tersedar dan menjerit "Ya Allah, x habis lagi ke? sakitnya!!" nurse jawab "Saya kene buang uri ni nanti kalu x habis kuar awak juga yang sakit" hoho terasa seperti isi perutku ditarik keluar. Ditekan perutku untuk memastikan suma darah kuar.
Lepas tu saya tertido balik. Terjaga skejap waktu jahitan terakhir. nurse kata "sikit je lg dah nak siap jahit. saya pun tido blk

Bersambung...

1 comment:

  1. arna ok lg ckp nak teran.sy dulu ckp kat misi "sy nk berak!" haha. lawak bila ingat balik

    ReplyDelete