Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 1, 2011

Susu depan ke blakang?


Tau x apa bezanya susu depan ke belakang??
Bezanya adalah warnanya hahahaha
yang belah kiri tu, susu depan. Warnanya cair hampir kepada putih jernih.
Manakala susu belekang pula lebih lemak berkrim. Warnanya pekat dan cecair yang likat.
Okey, ini adalah perbezaan org yang x saintifik.


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.

Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.

Oleh itu, pastikan ibu-ibu membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yang satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk tersebut.







1 comment: