Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 28, 2011

Fahami bagaimana Susu Ibu terhasil

Tahukah anda bagaimana Susu Ibu (SI) terhasil?
Adalah penting bagi bakal ibu, dan ibu menyusukan anak memahami cara SI dihasilkan.
Ini kerana, apabila kita tahu cara penghasilan SI secara langsung kita boleh meransang dan meningkatkan usaha untuk memperbanyakkan penghasilan SI yang produktif.

Sumber: http://www.momschoice.com.my/blog/?p=85

Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron
Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.
*(Jika kita meransang breast dengan mengurut semasa mandi dan memicit puting, kemungkinan susu boleh keluar ketika hamil lagi. Saya keluar susu sewaktu kandungan 6-7 bulan)

Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.
*(Namun jika bayi anda tidak bersama anda atau bayi tidak berjaya direct feeding, boleh digantikan dengan hisapan mesin pam yang mempunyai cara hisapan meniru hisapan bayi. Dielakkan mesin pam yang tidak tiru hisapan bayi kerana jika ibu sakit atau tidak selesa SI tidak akan dihasilkan dengan lancar)

Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.
*(Hisapan mesin pam juga merangsang reseptor pada puting sama seperti hisapan bayi)

Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.
*(Kunci penghasilan SI adalah mengosongkan breast/alveolus  dahulu, baru hormon bekerja menghasilkan SI. Ini bermakna, lebih kerap breast dikosongkan lebih banyak susu dihasilkan)


Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
  1. Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
  2. Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
  3. Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
  4. Payudara diisi dengan susu semula
  5. Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
  6. Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
  7. Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula

Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.

Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).



Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.
*(Di atas menceritakan bagaimana penghasilan susu, di sini pula menceritakan bagaimana susu dikeluarkan/dipancutkan. Cara susu dikeluarkan adalah melalui pengawalan minda/otak ibu. Disinilah mind set ibu memainkan peranan. Ibu perlu pastikan minda berfikir, aku ada banyak susu. Berkatalah pada bayi anda "Jangan risau Anakku, Allah berikanMu susu yang banyak. Nikmatiklah khasiatnya." Jika anak mahu susu pasti breast ada susu. Namun jika susu ibu keluar sedikit sahaja, janganlah bersedih hati. Yakinlah dengan Magic/kuasa Allah. Kerana Allah adalah pemurah rezeki. Berdoalah, Berusahalah, carilah Ilmu, dan Tawakal (D.U.I.T.). InsyaAllah, Allah tidak akan menghampakan ibu yang ingin menyusukan anaknya.
Lagi satu perkara adalah, ibu tidak boleh stress. Apabila ibu stress, otak ibu akan terganggu. Ini akan merencatkan proses pengeluaran susu. Saya pernah breast membengkak, tapi setitis susu pun tidak keluar. Ini adalah kerana saya stress mendengar tangisan bayi dalam masa yang sama ingin memerah susu utk memberhentikan tangisan bayi. Kemudian, apabila saya bertenang, barulah susu keluar dengan banyaknya. Jadi ibu2, sila bahagiakan diri ketika mengepam. Boleh sambil mengepam menonton video, menyanyi, membaca atau bersembang :)

Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu 

Oleh yang demikian, apa yang meransang susu ibu adalah kekerapan mengosongkan breast dan juga kekuatan minda/otak ibu.
Inilah faktor yang kebanyakan ibu tidak faham. Mereka fikir makanan milk booster yang membanyakkan susu mereka. Kemudian, menyatakan makanan tersebut tidak sesuai kerana susunya tidak banyak. Ada juga yang menyatakan mesin pamnya yang tidak membanyakkan susu.
Walhal, sebenarnya mereka tidak mengosongkan breast dengan kerap.

Ini adalah petikan dalipada seorang Peer Counselor:

Posted on: 2011/4/5 18:43


Rakan Arif Ajui

From: PJ

Posts: 585 Re: Cara Utk Memaksimakan Penghasilan Susu Ibu

salam...

sebenarnya tiada makanan tertentu yang boleh diambil, akan sesuai untuk semua ibu bagi menaikkan lagi kuantiti susu masing-masing... lain badan, lain penerimaannya... kita boleh mencuba apa yang sesuai untuk diri kita... namun begitu beberapa perkara asas yang tidak boleh dipandang ringan, yang menjadi TONGGAK UTAMA kejayaan dalam penyusuan susuibu ini perlulah diambilkira dan direnung-renung kembali samada syarat-syarat itu telah dipenuhi dengan sebaik-baiknya... walaupun puan-puan mungkin telah jemu membacanya, perlu juga saya nyatakan di sini supaya menjadi peringatan kepada diri sendiri juga kepada rakan seperjuangan yang lain:

1) pastikan jadual pengosongan payudara yang efektif telah dijalankan sebaik-baiknya samada melalui direct feeding mahupun pengosongan payudara menggunakan kaedah pemerahan tangan mahupun penggunaan pam... kerana ingatlah lebih TINGGI PERMINTAAN, InsyaAllah, hasilnya juga akan LEBIH BANYAK... (^demand = ^supply)

2) pengawalan stress... elakkan dari stress... sebenarnya apa juga yang membuatkan kita gembira akan menbantu dalam meningkatkan penghasilan susu, InsyaAllah... sememangnya stress akan mengganggu penghasilan susu kita..

Apa pun yang kita ambil sebagai pemakanan penggalak susu atau milk booster, tetapi tidak disertai dengan 2 perkara asas di atas, susu kita akan kurang juga... pengambilan pemakanan penggalak, kalau sesuai dengan badan kita pun, ia akan cuma membantu meningkatkannya pada jangkamasa tertentu sahaja... bagi memastikan penghasilan susu yang maksimum tetap berbalik kepada perkara yang di atas....

jika kita berhadapan dengan merea yang mempunyai susu yang melimpah ruah, soalan yang perlu ditanya adalah, "apakah usaha yang beliau lakukan, bagaimanakah jadual pengosongan payudara yang beliau lakukan..."... tetapi sudah menjadi lumrah kita di sini akan terus bertany, "apakah yang beliau makan untuk menambah susu? untuk memekatkan susu?"... mungkin ada juga yang beliau ambil sebagai penggalak susu beliau tetapi tentunya bukan itu sahaja yang menjamin kejayaan beliau....

makanlah apa sahaja yang akan membuat puan-puan rasa gembira... senang-senangkanlah hati, jauhi stress, InsyaAllah kita semua akan berjaya...

sekadar berkongsi.. renung-renungkanlah sahabat.... sesungguhnya berkata-kata itu lebih mudah dari melaksanakannya tetapi saya juga pernah melalui zaman-zaman merundum... dengan niat ikhlas ingin membantu maka saya berkongsi di sini... buang yang keruh, ambil yang jernih... kiranya ada yang boleh puan-puan ambil sebagai cadangan membina, ambillah...

Renung-renungkan, dan selamat beramal :)

Wednesday, April 27, 2011

Rindula pada anak buahku


It's a girl

Seronoknya dapat baby perempuan. Sedang dalam waiting list... hehehe

Berangan dalam gambar kunun anakku yang baru dilahirkan hahaha

Tembamkan pipi dia :)
3.16kg
Ini cucu sulung bos saya.
Matanya sepet sebab bos sy memang org cina
Tu tangan bos saya. See the nails la...

Best sangat cium bau syurga.
Ibu sudah rindu zaman kelahiran Yusuf 5 bulan yang lalu :)
.
.
.
.
.
.
.

Cuba teka ini dimana??
Cuba lihat suasan hiasan dalamannya



Macam dalam hotel jerkan.
X macam hospital pun huhu
Ini adalah Prince Court
Yer... Kepada kakitangan kerajaan macam saya,
meleleh air liur ajerla berangan nak beranak kat sini huhu
Sayang, can i put this in waiting list?
hahaha
Service dia sangat best tau.
Siap ada troley utk angkat beg2 pesakit.
Hospital ni memang breastfeeding friendly.
Kalau x berjaya BF dia akan sediakan pam medela yang hospital tu
Pastu klu baby x cukup susu, dia akan cek dulu pada baby pastu baru bagi formula milk yang paling x sedap iaitu similac dan melalui cup feeding utk elak nipple confuse.
Kira, x sestrict hosp gov la. Klu kat gov, memang ibu dipaksa bf sahaja.
Klu dorang cek baby x ckup susu pun, dorang bg formula milk senyap2 x gtau ibunya pun.

Thursday, April 21, 2011

Muka Yusuf menahan mengantuk





The Palace Of Golden Horse


Siapa pernah tido kat hotel ni???
Pergh korang memang kaya giler la
Tabik spring

Tak... kitaorang x tido sini pun huhu
x mampu nk bayor rm700 utk 1 mlm.
Kitaorg di offer medical check up free hehehe
Berangan ajerla dengan menangkap gambar diperkarangan hotel huhu

Wednesday, April 20, 2011

Hati yang Hitam Takkan Baca Post ni~

by Islam Always In My heart Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yan...g mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. -sama-sama muhasabah dan sebar-sebarkan kepada sahabat yang lainSee More

By: LayarMinda

Di taman permainan klcici




klcici here we come




Serius... kenapa ibu je yg fotogediks nih??

Tuesday, April 19, 2011

Masalah Penyusuan Susu Ibu

Pagi ni terjumpa laman web mengenai masalah penyusuan susu ibu. Macam best.
Jadi boleh dikongsikan di sini.
Sumber: http://melayuboleh.8forum.net/t510-masalah-penyusuan-bayi

Siapa kata menyusukan anak itu mudah?
Huhu sangat susah sebenarnya. lain baby lain caranya, lain B lain caranya.
Namun janganlah ibu2 risau kerana Allah tidak akan membebankan umatnya melainkan yang mampu ditanggung oleh umatnya.

Segala ujian dan cabaran yang anda lalui pasti ada hikmahnya.
Bersabarlah dan jangan putus asa. Segala masalah pasti ada penyelesaiannya. Jika hidup ini tiada masalah bukan hidup namanya. Itu namanya di dalam Syurga :)


Mula-mula, kita fokus pada masalah B ibu.

1. Puting Terbenam, Puting Leper, Puting pendek

Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci
dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya
perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.

Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa
cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan
pam khas dipanggil nipplet jenama avent / ke hospital minta stringe yang telah dipotong. Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk
melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

*Saya dapat syringe ni masa dlm labour room. pergh... sakit bila puting ditarik keluar. Tapi bila masuk jer dalam mulut baby terus puting jadi leper balik huhu. Tidak berjaya pun huhu bergantung pada B masing2.

Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau
disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh
mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita
tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

*Saya memang start buat masa pregnan 4bulan. Tapi sy x guna ais. Kalu sy guna ais mungkin lg berkesan kan. Masih lagi leper selepaqs beranak.

Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah
memudahkan bayi menyusu.

*Kaedah ini yang berjaya. Lepas saya mengepam selama sbulan, akhirnya puting keluar.

Kalau Puting Terbenam, Puting Leper, Puting pendek tak boleh menyusukan anak ke?

Jangan risau, boleh sebenarnya. Tapi agak sukar berbanding dengan B yg ada puting. Kerana bayi tidak dapat menangkap aerola ibu yang lembut itu.
Sebenarnya kebanyakan ibu memang tiada puting yg besar pada awalnya. Tetapi mereka berjaya menyusukan anak.

Caranya adalah:
1. Bedung anak anda supaya tangannya tidak mengganggu penyusuan.
2. Pastikan bayi diletakkan pada posisi yang betul. Bayi mengiring menghadap ke breast ibu. Perut bayi bertemu dengan perut ibu. (Seperti rajah diatas)
3. Picit aerola anda dengan 2 jari ibu jari dan telunjuk sehingga bayi dapat menghisap.
4. Lebih mudah jika ada orang yang tolong pegang bayi dan memicit aerola anda.
5. Sekiranya bayi anda menangis, minta tolong orang lain untuk menenangkan bayi. Jangan biarkan bayi menangis terlalu lama, ini boleh menyebabkan bayi dan ibu stress lalu merajuk malas nak menyusu.
6. Ulang sehingga bayi pandai dan biasa menghisap.
7. InsyaAllah, puting anda akan keluar selepas beberapa kali penyusuan dan penyusuan akan menjadi mudah.

2. Payu Dara Bengkak dan Sakit
Sumber: http://www.momschoice.com.my/blog/?p=354

Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu
dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa
bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak
perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam.

Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu
supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.
Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan
kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh
singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak.

Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan
aliran susu dan melembutkan payu dara

* Masalah payudara bengkak ini sebenarnya masalah biasa. Saya kini sudah 5bulan pun masih lagi membengkak kalau skip sesi pam. Akibat dari bengkak, B akan terasa sakit walaupun disentuh menyebabkan ibu takut nak bg baby hisap susu. B yang membengkak menyebabkan puting menjadi leper dari yg biasa. Bayi jadi susah untuk menghisap.

Adalah sangat penting untuk ibu mengepam susu keluar terlebih dahulu supaya puting keluar, susu tidak memancut apabila bayi menghisap sehingga bayi tersedak susu, dan yang paling baik adalah untuk mengurangkan rasa sakit bengkak.

Sekiranya ibu tidak ada mesin pam lagi, boleh menekap B dengan kain tuala sehingga puting keluar sedikit. Ataupun, ibu boleh buat kaedah marmet utk mengeluarkan susu dari B.

Elakkan B membengkak, sentiasa menyusukan bayi atau mengepam susu setiap 2-3jam. Jangan melebihi 4jam. Ini sekaligus dapat memaintainkan demand & supply susu ibu.

3. Susu tidak keluar apabila bayi menghisap B.

Bersambung...






Yusuf dah 5 bulan

Yusuf Comel dan bersemangat :)
Seronoknya menjaga Yusuf.
Ibu sangat bertuah dapat Yusuf. Tak sangka sudah 5 bulan kita bersama.

Yusuf lulus ujian 6bulan. Nurse kata sebab Yusuf dah 5bulan 1 minggu mesti dah progress 6 bulan.
Mula2 buat ujian mata, pastu ujian bunyi, Ujian meniarap, ujian duduk apa lg ek?
Semua lulusla. Ibu geram jer nak ambik gambar Yusuf. Tapi cam segan la pulak dengan nurse2 kat situ huhu.

Sekarang ni, Yusuf dah boleh berguling-guling, dah boleh berjalan dalam walker, dah pandai main jari kaki, dah pandai menolak susu dulu kalu sumbat susu mesti hisap jer,  Sibuk nak main dah tak nak tidur sanggup tahan tidur tuh sampai sepet ajer matanya. Apa lagi ek?
Memang bestla Yusuf nih. Ibu cayang sangat... sangat... sangat

Berjalan di taman klcc

 Pada hari Ahad yang lepas, kami keluarga kecil telah berjalan-jalan ke Taman KLCC.
 Dulu ibu suka bawa Kak Puteri mandi sini. Sekarang ibu dah boleh bawa Yusuf mandi pula.
Sebenarnya perjalanan dari parking ke taman ini agak jauh. Yusuf dah tertidur dalam stroller.
 Oleh sebab itu kebanyakkan gambar Yusuf adalah gambar kerut kening sebab Yusuf tengah tahan mengantuk huhu


Waktu ni x mandikan Yusuf pun sebab Yusuf cam mengantuk jer. Karang menangis pulak dalam kolam tuh. Tapi tengok banyak juga baby mandi. Comel sangat... sangat.... sangat comel!!!

Monday, April 18, 2011

Jejak kasih

Yusuf bertemu dengan abang susuannya.
Macam asyik kene buli jer dengan abang zafran ni.
Aktif sungguh anak susuan ibu nih.

Ring Sling Mother n father

Sesi belajar bersama auntie Jojo


Practical di KLCC

Best juga pakai ring sling ni. Xdelah bermuscle tangan ibu dokong Yusuf.
Yusuf siap tidur dengan nyenyaknya masa ibu berjalan.
Bila ibu nak cabut RS kat kete baru Yusuf terjaga dari tidur.
Mari kita berbaby wearing :)

Tidak habis lagi mereka membenci

Sejak kes facebook hari tu, rasa macam lega sangat dorang dah tutup fanpage i.
Tapi hari ni terkejut sebab ada fanpage baru pulak

Pada saya, ibu2 tersebut tidak ada niat riak pun untuk menunjuk-nunjuk ebm mereka. Mereka hanya ingin berkongsi kejayaan bersama ibu lain kerana bukan mudah untuk mengumpul ebm yang banyak berkepuk-kepuk. Berjaga siang malam, kerja2 rumah tak sempat nak buat, curi2 masa office utk mengepam. Mungkin mereka terlalu excited tu yang terlebih2 bubuh gambar.

Tapi apa salahnya kalau ditegur elok2, kenapa perlu buat hebahan besar-besaran untuk menegur kesilapan orang? Tidak habis lagikah mereka membenci ibu-ibu yang berjaya breastfeeding?
Gunakanlah PHD (perasaan hasad dengki) anda untuk meniru rahsia kejayaan dan bersaing menjadi lebih baik dari orang yang anda benci. Kan itu lebih bermanfaat dan bagus.


Friday, April 15, 2011

Kawan bernama Iqram

Iqram: Sedapnya gigit mainan ni
Yusuf: Eh ... ni mainan awakla

Yusuf: Janganla gigit mainan saya
Iqram: Saya pinjam kejap jer

Iqram: Dahla... x nak kawan.
Yusuf: Alamak... merajuk la pulak :)

Iqram comel

Yusuf ke kenduri


Ni first time ibu bawa Yusuf ke kenduri.
Sebelum ni Opah x bg bawa Yusuf keluar rumah.

Yusuf sibuk tengok pengantin, x nak tgk kamera pun huhu

Sibuk nak makan tangan

Makan tangan lagi


Yusuf ni memang bukan jenis fotogediks cam ibunya huhu

Thursday, April 14, 2011

Yusuf ada abang susuan


Ini adalah Harith Zafran yang comel lagi bersemangat bagaikan harimau seperti bajunya :)

Alhamdulilah, saya dah ada anak express. hehe....
Anak susuanla, tidak mengandung lagi.
Tunggu tahun depan saya akan berusaha lagi hehehe

Yusuf, nanti kalau ada masa kita g bermain dengan abang express Yusuf yer.

Tuesday, April 12, 2011

Avocado sedap ke?

Petua dari cik wani cara pilih avocado adalah:

 yg dah masak kaler coklat, hijau lum masak.. if beli yg hijau salunya kena tunggu 2-3hari gak baru nak masak.. ermm, yg sedap salunya warna coklat & lembut bila kita picit, if warna coklat tp keras dia pahit sket..


Buat jus alpukat sedap nih http://wani3009.blogspot.com/2011/03/1-for-hadif-2-for-mama-baba.html


Sumber: http://www.bigoven.com/glossary/Avocado
 
 
 
Avocado


Avocados are the perfect companions to fresh summer fruit salads. Always serve immediately after slicing.

The creamy flesh of an avocado is not sweet or juicy. It is most often used as a fresh accompaniment. Moderate cooking on low heat will not affect the taste, but high temperatures tend to make the buttery insides bitter.

Avocados are high in calories and monounsaturated (“good”) fat but are also an excellent source of Vitamin E and potassium.

A Little Bite of History

Avocados originated in South America and were further developed in Mexico. Researchers have found evidence of them as early as 900 AD in Peru.

In the early 1800s, they made an appearance in the U.S. They were often referred to as “alligator pears,” due to the exterior shape and texture (although some varieties have a smooth skin).

The avocado will not ripen until it is picked. Most growers leave the fruit on the tree until ready to ship.

Mexican producers also package “avocado powder,” which is the ground leaves of some varieties.

Buying Tips

Most avocados are still hard and unripe in produce sections. Once ripe, they tend to bruise easily.

If you’re planning to make a dip, purchase several days ahead so the fruit will have plenty of time to soften.

Storage Tips

Place them in a paper bag or on the counter to ripen. When the skin gives with a little pressure, they’re ready to eat.

Refrigerate for a day or two at most. They cannot be frozen without the addition of lemon juice. Mash as you would for a dip and freeze for up to five months.

Only refrigerate after the fruit is ripe. If it is still hard, it will only turn black.

Usage Tips

• As soon as an avocado is cut, it will begin to darken. Spritz with lemon juice or white vinegar and cover tightly with plastic wrap to help retain color.

Massage baby


Dulu masa pergi ke kelas antenatal di KPJ Shah Alam, fasilitator ada ajar cara mengurut baby dan kepentingannya. Mula2 memang tak berani nak urut baby. Tapi penjaga pantang (Shadira) yang saya upah tu, ada mengurut baby. Bila saya tengok dia urut macam senang.

Tapi saya mula urut Yusuf sendiri waktu umur sebulan. Itupun lepas leher Yusuf macam dah keras sikit. Nasib baik kelas antenatal tu ada bg video cara mengurut baby hehee. Jadinya saya ikut jer video tu urut. Mula2 memang takut nak meniarapkan Yusuf, tapi bila Yusuf macam rilex jer meniarap saya pun dah x takut.

Minyak urut kalau boleh elakkan minyak yg bahaya, sebab kadang baby suka kemam jari or tangannya. Jadinya guna minyak zaitun safi tu ke, baby oil or apa2. Saya guna baby oil johson yang sleep time tu sebab nak bg baby tido lama sket hehehe

Sumber berita harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuasaurutan/Article/index_html
Kuasa urutan (Kalau dalam surat khabar ada gambar sekali)

2011/03/08

BAYI boleh mati akibat tidak menerima belaian dan sentuhan. Mungkin bunyinya keras, tetapi itulah hakikat kehidupan manusia yang memerlukan orang dewasa, terutama ibunya sendiri untuk menyusu atau memandikan. Belaian dan sentuhan bertindak bagaikan magis, membantu bayi untuk lebih bersemangat melalui tempoh tumbesarannya.

Dr Field mendapati sentuhan bagi bayi, sama penting seperti makan dan tidur. Ini kerana pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak dalam proses penyerapan zat makanan, seterusnya membantu penambahan berat badan lebih baik. Ia turut membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkatkan fungsi imuniti.


Kata Dr Zulkifli, urutan juga mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi, selain memperbaiki masalah tidur. Urutan dapat membantu bayi tidur lebih cepat dan kurang terjaga malam.

Dalam satu kajian membabitkan 72 bayi jaundis atau ‘penyakit kuning’ oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 2000 dan 2001, mendapati bayi yang diurut mengalami peningkatan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut. Keadaan itu dikaitkan dengan manfaat nutrisi lebih baik bagi bayi yang diurut.