Adalah penting bagi bakal ibu, dan ibu menyusukan anak memahami cara SI dihasilkan.
Ini kerana, apabila kita tahu cara penghasilan SI secara langsung kita boleh meransang dan meningkatkan usaha untuk memperbanyakkan penghasilan SI yang produktif.
Sumber: http://www.momschoice.com.my/blog/?p=85
Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron
Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.
*(Jika kita meransang breast dengan mengurut semasa mandi dan memicit puting, kemungkinan susu boleh keluar ketika hamil lagi. Saya keluar susu sewaktu kandungan 6-7 bulan)
Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.
*(Namun jika bayi anda tidak bersama anda atau bayi tidak berjaya direct feeding, boleh digantikan dengan hisapan mesin pam yang mempunyai cara hisapan meniru hisapan bayi. Dielakkan mesin pam yang tidak tiru hisapan bayi kerana jika ibu sakit atau tidak selesa SI tidak akan dihasilkan dengan lancar)
Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.
*(Hisapan mesin pam juga merangsang reseptor pada puting sama seperti hisapan bayi)
Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.
*(Kunci penghasilan SI adalah mengosongkan breast/alveolus dahulu, baru hormon bekerja menghasilkan SI. Ini bermakna, lebih kerap breast dikosongkan lebih banyak susu dihasilkan)
Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
- Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
- Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
- Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
- Payudara diisi dengan susu semula
- Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
- Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
- Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula
Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).
Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.
*(Di atas menceritakan bagaimana penghasilan susu, di sini pula menceritakan bagaimana susu dikeluarkan/dipancutkan. Cara susu dikeluarkan adalah melalui pengawalan minda/otak ibu. Disinilah mind set ibu memainkan peranan. Ibu perlu pastikan minda berfikir, aku ada banyak susu. Berkatalah pada bayi anda "Jangan risau Anakku, Allah berikanMu susu yang banyak. Nikmatiklah khasiatnya." Jika anak mahu susu pasti breast ada susu. Namun jika susu ibu keluar sedikit sahaja, janganlah bersedih hati. Yakinlah dengan Magic/kuasa Allah. Kerana Allah adalah pemurah rezeki. Berdoalah, Berusahalah, carilah Ilmu, dan Tawakal (D.U.I.T.). InsyaAllah, Allah tidak akan menghampakan ibu yang ingin menyusukan anaknya.
Lagi satu perkara adalah, ibu tidak boleh stress. Apabila ibu stress, otak ibu akan terganggu. Ini akan merencatkan proses pengeluaran susu. Saya pernah breast membengkak, tapi setitis susu pun tidak keluar. Ini adalah kerana saya stress mendengar tangisan bayi dalam masa yang sama ingin memerah susu utk memberhentikan tangisan bayi. Kemudian, apabila saya bertenang, barulah susu keluar dengan banyaknya. Jadi ibu2, sila bahagiakan diri ketika mengepam. Boleh sambil mengepam menonton video, menyanyi, membaca atau bersembang :)
Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu
Oleh yang demikian, apa yang meransang susu ibu adalah kekerapan mengosongkan breast dan juga kekuatan minda/otak ibu.
Inilah faktor yang kebanyakan ibu tidak faham. Mereka fikir makanan milk booster yang membanyakkan susu mereka. Kemudian, menyatakan makanan tersebut tidak sesuai kerana susunya tidak banyak. Ada juga yang menyatakan mesin pamnya yang tidak membanyakkan susu.
Walhal, sebenarnya mereka tidak mengosongkan breast dengan kerap.
Ini adalah petikan dalipada seorang Peer Counselor:
Posted on: 2011/4/5 18:43
Rakan Arif Ajui
From: PJ
Posts: 585 Re: Cara Utk Memaksimakan Penghasilan Susu Ibu
salam...
sebenarnya tiada makanan tertentu yang boleh diambil, akan sesuai untuk semua ibu bagi menaikkan lagi kuantiti susu masing-masing... lain badan, lain penerimaannya... kita boleh mencuba apa yang sesuai untuk diri kita... namun begitu beberapa perkara asas yang tidak boleh dipandang ringan, yang menjadi TONGGAK UTAMA kejayaan dalam penyusuan susuibu ini perlulah diambilkira dan direnung-renung kembali samada syarat-syarat itu telah dipenuhi dengan sebaik-baiknya... walaupun puan-puan mungkin telah jemu membacanya, perlu juga saya nyatakan di sini supaya menjadi peringatan kepada diri sendiri juga kepada rakan seperjuangan yang lain:
1) pastikan jadual pengosongan payudara yang efektif telah dijalankan sebaik-baiknya samada melalui direct feeding mahupun pengosongan payudara menggunakan kaedah pemerahan tangan mahupun penggunaan pam... kerana ingatlah lebih TINGGI PERMINTAAN, InsyaAllah, hasilnya juga akan LEBIH BANYAK... (^demand = ^supply)
2) pengawalan stress... elakkan dari stress... sebenarnya apa juga yang membuatkan kita gembira akan menbantu dalam meningkatkan penghasilan susu, InsyaAllah... sememangnya stress akan mengganggu penghasilan susu kita..
Apa pun yang kita ambil sebagai pemakanan penggalak susu atau milk booster, tetapi tidak disertai dengan 2 perkara asas di atas, susu kita akan kurang juga... pengambilan pemakanan penggalak, kalau sesuai dengan badan kita pun, ia akan cuma membantu meningkatkannya pada jangkamasa tertentu sahaja... bagi memastikan penghasilan susu yang maksimum tetap berbalik kepada perkara yang di atas....
jika kita berhadapan dengan merea yang mempunyai susu yang melimpah ruah, soalan yang perlu ditanya adalah, "apakah usaha yang beliau lakukan, bagaimanakah jadual pengosongan payudara yang beliau lakukan..."... tetapi sudah menjadi lumrah kita di sini akan terus bertany, "apakah yang beliau makan untuk menambah susu? untuk memekatkan susu?"... mungkin ada juga yang beliau ambil sebagai penggalak susu beliau tetapi tentunya bukan itu sahaja yang menjamin kejayaan beliau....
makanlah apa sahaja yang akan membuat puan-puan rasa gembira... senang-senangkanlah hati, jauhi stress, InsyaAllah kita semua akan berjaya...
sekadar berkongsi.. renung-renungkanlah sahabat.... sesungguhnya berkata-kata itu lebih mudah dari melaksanakannya tetapi saya juga pernah melalui zaman-zaman merundum... dengan niat ikhlas ingin membantu maka saya berkongsi di sini... buang yang keruh, ambil yang jernih... kiranya ada yang boleh puan-puan ambil sebagai cadangan membina, ambillah...
Renung-renungkan, dan selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment