Jadi boleh dikongsikan di sini.
Sumber: http://melayuboleh.8forum.net/t510-masalah-penyusuan-bayi
Siapa kata menyusukan anak itu mudah?
Huhu sangat susah sebenarnya. lain baby lain caranya, lain B lain caranya.
Namun janganlah ibu2 risau kerana Allah tidak akan membebankan umatnya melainkan yang mampu ditanggung oleh umatnya.
Segala ujian dan cabaran yang anda lalui pasti ada hikmahnya.
Bersabarlah dan jangan putus asa. Segala masalah pasti ada penyelesaiannya. Jika hidup ini tiada masalah bukan hidup namanya. Itu namanya di dalam Syurga :)
Mula-mula, kita fokus pada masalah B ibu.
1. Puting Terbenam, Puting Leper, Puting pendek
Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?
Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci
dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya
perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.
Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa
cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan
pam khas dipanggil nipplet jenama avent / ke hospital minta stringe yang telah dipotong. Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk
melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.
*Saya dapat syringe ni masa dlm labour room. pergh... sakit bila puting ditarik keluar. Tapi bila masuk jer dalam mulut baby terus puting jadi leper balik huhu. Tidak berjaya pun huhu bergantung pada B masing2.
Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau
disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh
mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita
tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.
*Saya memang start buat masa pregnan 4bulan. Tapi sy x guna ais. Kalu sy guna ais mungkin lg berkesan kan. Masih lagi leper selepaqs beranak.
Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah
memudahkan bayi menyusu.
*Kaedah ini yang berjaya. Lepas saya mengepam selama sbulan, akhirnya puting keluar.
Kalau Puting Terbenam, Puting Leper, Puting pendek tak boleh menyusukan anak ke?
Jangan risau, boleh sebenarnya. Tapi agak sukar berbanding dengan B yg ada puting. Kerana bayi tidak dapat menangkap aerola ibu yang lembut itu.
Sebenarnya kebanyakan ibu memang tiada puting yg besar pada awalnya. Tetapi mereka berjaya menyusukan anak.
Caranya adalah:
1. Bedung anak anda supaya tangannya tidak mengganggu penyusuan.
2. Pastikan bayi diletakkan pada posisi yang betul. Bayi mengiring menghadap ke breast ibu. Perut bayi bertemu dengan perut ibu. (Seperti rajah diatas)
3. Picit aerola anda dengan 2 jari ibu jari dan telunjuk sehingga bayi dapat menghisap.
4. Lebih mudah jika ada orang yang tolong pegang bayi dan memicit aerola anda.
5. Sekiranya bayi anda menangis, minta tolong orang lain untuk menenangkan bayi. Jangan biarkan bayi menangis terlalu lama, ini boleh menyebabkan bayi dan ibu stress lalu merajuk malas nak menyusu.
6. Ulang sehingga bayi pandai dan biasa menghisap.
7. InsyaAllah, puting anda akan keluar selepas beberapa kali penyusuan dan penyusuan akan menjadi mudah.
2. Payu Dara Bengkak dan Sakit
Sumber: http://www.momschoice.com.my/blog/?p=354
Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu
dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa
bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak
perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.
Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam.
Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu
supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.
Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan
kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh
singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak.
Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan
aliran susu dan melembutkan payu dara
* Masalah payudara bengkak ini sebenarnya masalah biasa. Saya kini sudah 5bulan pun masih lagi membengkak kalau skip sesi pam. Akibat dari bengkak, B akan terasa sakit walaupun disentuh menyebabkan ibu takut nak bg baby hisap susu. B yang membengkak menyebabkan puting menjadi leper dari yg biasa. Bayi jadi susah untuk menghisap.
Adalah sangat penting untuk ibu mengepam susu keluar terlebih dahulu supaya puting keluar, susu tidak memancut apabila bayi menghisap sehingga bayi tersedak susu, dan yang paling baik adalah untuk mengurangkan rasa sakit bengkak.
Sekiranya ibu tidak ada mesin pam lagi, boleh menekap B dengan kain tuala sehingga puting keluar sedikit. Ataupun, ibu boleh buat kaedah marmet utk mengeluarkan susu dari B.
Elakkan B membengkak, sentiasa menyusukan bayi atau mengepam susu setiap 2-3jam. Jangan melebihi 4jam. Ini sekaligus dapat memaintainkan demand & supply susu ibu.
3. Susu tidak keluar apabila bayi menghisap B.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment