Sumber: Fazidah Abdul Latif
http://www.bengkungmoden.com/
http://www.mamamodern.com/
Antara cara yang boleh diamalkan jika Puan Nana nak kurangkan kesan stretchmark selepas bersalin ialah :
Setiap kali sebelum menyapu gel pengempis perut atau campuran kapur dan air limau nipis, sapukan dulu losyen di perut. Losyen tersbut bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.
Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Oh ya... saya tau. Ada diantara kita yang terpaksa bertekak dengan ibu atau ibu mertua yang sangat tegas tentang soal berpantang sehinggakan tidak boleh minum air masak dengan banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus buat Puan Nana kerana amalan ini bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit Puan Nana menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit. Jika bayi Puan Nana tidak menghadapi masalah jaundis atau demam kuning, saya syorkan Puan Nana mencuba amalan meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu Puan Nana
Ambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E.
Walau apa sekali pun, sebenarnya cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada Puan Nana dan bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa Puan Nana untuk menyapu losyen diperut dan di bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.
Juga, jika Puan Nana terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, jangan sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah Puan Nana, mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.
No comments:
Post a Comment