Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, September 27, 2010

MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

Sumber: http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=814&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=0

Minyak Selusuh or Air Selusuh.
Kalau dari Forum susuibu ni ada 4 air yang leh dibuat air selusuh
1. Air zam-zam
2. Air Musoffa
3. Air basahan ujung rambut
3. Air akar Bunga Fatimah

Untuk Minyak Selusuh
1. Minyak masak biasa
2. Minyak kelapa dara
3. Minyak dari tahi minyak yang pekat2 lepas memasak tuh

Semua dibaca dengan Ayat Al-Fatihah, Selawat dan zikir, Surah Yasin, Surah Maryam dan Doa masa Nabi Yunus dalam perut Paus tu
Bacaan boleh rujuk blog Nad

 Lebih Afdhal kalau suami sendiri / Orang Alim yang buatkan air / minyak selusuh ni

Ada yang kata Minum bermula 7 bulan, ada yang kata 8bulan 10 hari, dan ada yang bila dah nak bersalin baru leh minum.

Anyway, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah. Tidaklah hanya bergantung pada air/minyak selusuh ni. Tapi yakinlah dengan bantuan Allah


APAKAH KEISTIMEWAAN MUSOFFA ?


Minuman suci yang sangat istimewa bersama larutan Za’faran terpilih, dihasilkan dengan penulisan tangan dan bacaan 30 juzuk Al-Quran, Asma Ul Husna dan doa-doa penyembuh di dalam pinggan putih menggunakan pena unik dari ranting kayu terpilih dan herba za’faran yang berkualiti sebagai dakwat dengan campuran air zamzam dan ditulis oleh para Al-Hafiz yang menjiwai keseluruhan proses penulisan dengan adab-adab Islam dan menepati tahap kebersihan Kementerian Kesihatan.




Sumber: http://www.bidankampung.com/


Minyak selusuh adalah sejenis produk yang diperbuat dari minyak. Jika sebelum penemuan teknologi terkini, minyak masak biasa digunakan untuk membuat minyak selusuh. Tetapi kebanyakan pengguna agak sukar untuk meminum minyak masak yang dijadikan selusuh.

Kini dengan gabungan teknologi terkini, pihak kami menggabungkan kehebatan Minyak Kelapa Dara melalui proses sejuk yang langsung tidak menggunakan sebarang haba digabungkan dengan kemahiran seorang bidan pakar bersalin lalu menghasilkan Minyak Selusuh yang sangat berkesan untuk membantu memudahkan proses bersalin.

Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam Sejak Turun-Temurun

Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin

Gabungan Ilmu Perbidanan Tradisional dan Teknologi Moden

Pertama Seumpamanya di Malaysia

KELEBIHAN MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam sejak turun temurun yang sangat sukar ditemui pada hari ini. Kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini.

Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.

Diperbuat daripada minyak kelapa dara asli gred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat. Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran.

Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara.

KAEDAH PEMBUATAN

Kaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.

InsyaAllah dengan izin Allah!

* Sekarang ni tinggal kat bandar, memang tidak akan berjumpa bidan di kampung. Jumpa bidan kampung di online pun boleh kan hehehe

No comments:

Post a Comment