Sumber: http://nonaku.com/blog/blog1.php/2009/12/17/kelas-antenatal
Bagi ibu yang hamil terutama pertama kali bakal bersalin digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan badan. Kelas antenatal terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelas antenatal ini boleh didapati di hospital-hospital dan jika di bandar-bandar besar terdapat perkhidmatan mengenai kelas antenatal persendirian. Biasanya perlu membayar. Boleh dihadiri bersama pasangan masing-masing. Ia bertujuan juga agar anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan untuk melalui proses kelahiran dengan pengalaman yang positif. Boleh mula menghadiri kelas ini pada minggu ke 28 hamil.
Di dalam kelas akan diajar berkenaan semasa kehamilan, maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi-posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, aspek penjagaan bayi dan penyusuan
Setelah mencari Kelas yang sesuai, akhirnya saya telah book di KPJ Selangor Shah Alam. Nasib baik Kol semalam. Tinggal 1 kekosongan je lagi huhu. RM 80/couple, 3 kali makan sekali dengan nota n doorgift. Kena bawa sweater sebab nanti sejuk.
Susah juga nak cari kelas ni. Kebanyakannya kena kol kalau nak tau tarikh bila. KPJ Selangor jer yang ada letak jadual kat dalam internet. Setelah berhari-hari google dalam internet, ada 2 kelas yang saya berminat dan komennya memang macam best. Tapi yang dekat Kg. Baru tu 24hb 10 huhu macam lambat sangat. tinggala sebulan jer nak branak. Nanti x sempat nak amalkan ilmu yang dipelajari. So memang target nak cari bulan september.
Tapi kalau nak yang free pun ada juga. di HKL, Hospital Ampang dan lain2. Cuma dorang buat waktu hari kerja. Suami saya dah xde cuti terpaksala cari yang berbayar juga. Kepada ibu2 mengandung silala mencari kelas Antenatal ini yang sangat berinfomasi dan penting sbgai persediaan kita nanti.
No comments:
Post a Comment