Kebanyakan rakan saya yang telah melahirkan anak tidak berapa mementingkan penyusuan ibu. Bila susu badan dah semakin kurang terus Redha, ini jela rezeki utk anak huhu
Ada juga orang keliling dan keluarga saya yang tidak memberi sokongan apabila saya kata saya nak fully breastfeed baby selama 2 tahun nak elakkan baby minum susu lembu.
Melalui info yang saya baca, Allah telah menyatakan berulangkali dalam AlQuran, hendaklah menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun. Ini bermakna, Susu badan kita pasti ada selama 2 tahun, jika tidak mengapa tertulis di dalam Al-Quran?
Namun disebabkan kecetekan ilmu dan pandangan orang sekeliling kita akan berkata Redha, ini jela rezeki anak huhu
kesian anak2 zaman sekarang yang tidak diberi susu selama 2 tahun dan diberi susu lembu untuk pembesaran awalnya.
Tidak dapat dinafikan, breastfeed memang susah. Kebanyakan pakar laktasi juga pernah mengalami masalah yang sama. Anak pertama tidak dibreasfeedkan sepenuhnya. Namun macamana pula mereka boleh berjaya menyusukan anak kemudiannya dan menjadi pakar laktasi? Saya tidak tahu apa nasib susubadan saya nanti. Adakah tidak keluar semasa baby dilahirkan? Adakah baby tidak mahu breastfeeed saya? Adakah susu saya sikit? Tapi hujung pangkalnya, kita berusaha dan Tawakal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan urusan breastfeed saya apabila anak dalam kandungan ini dilahirkan. Amiiinnnn
Sumber: http://menyususimanja.blogspot.com/
Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu
Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:
1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."
Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.
Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?
Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.
Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.
sama kes dgn my sis.. huhu
ReplyDeletevery2 nice entri...tahniah sbb amik kptsn utk fullu-bf...sy doakan mg allah mempermudahkan niat suci awk tuh...bf bkn sesuatu yg bleh dinilai dgn teori tp ia merupakan 1praktikal yg sgt memerlukan kesabaran...kalau kta nilai n tgk dari segi teori shj kita xrasa feel susah senangnya lg...once da kta lalui kta akan rasa sndiri susah sngnya...ada yg diberi allah swt perjalanan breastfeed yg sgt mudah n ada sebaliknya... tp mesti ingat sgalanya dtg dari kekuasaan allah swt...kta ni hnya mampu merancang tp allah swt yg menentukan sgalanya... :) sapa yg xmau yg terbaek utk anak...sume berlumba2 nk melakukan yg terbaek... benar dlm alquran ada sebut ttg menyempurnakan penyusuan slama tempoh 2thn tp sgalanya dilengkaplg lg dgn firman alla swt dlm surah al-baqarah ayat 233... bleh rujuk :) sekadar pandangan n renungan bersama... happy breastfeed~!!!
ReplyDeletetengs sbb bg sokongan n sudi jengah blog sy...da xlarat nk masuk susuibu.com tuh lg cik adik...hihi...da ada anak blom?xde ibu yg xmo bf anak dia...n masalah n situasi setiap org xsama...sy b4 bersalin mmg berkobar2 n study pasai bf neh...n sy rasa sy mampu lalui sgala cabaran...tp bila da bersalin, apa yg diharapkan tak seindah n xsemudah yg disangka...lepas satu, satu masalah termasuklah skrg bebi da xmau direkfeeding...sbb da didedahkan dgn botol...yelah,kita kan berkerja, anak MIL yg jg agak2 mampu ke kta nak bg arahan itu ini kt MIL...laen la kalu kta antar pengasuh...kalu bernasib baek okla...tuhla yg sy katakan rezeki masing2...masalah n situasi setiap dari kta xsama... teori n praktikal adalah 2pkr yg berbeza...kta baca n kita tahu...tp xsama dgn kita baca n praktik...:)ada yg anak xmemilih botol atau nipple ibu dia...so nasib masing2la dpt bb mcm mana...mcm mana nk atasi ikut condition masing2...:)
ReplyDeleteTula, saya ni pun risau juga. Berkobar-kobar nak breastfeed anak. Sebab tu saya buat entry ni. dan saya highlightkan kata2 harapan agar saya dapat mengharungi masalah breastfeed nanti. Kak Faizah nampak macam dah berputus asa ajer. Saya harap akak jangan sesekali berputus asa. Saya pun x berani nak komen panjang memandangkan saya xde pengalaman lagi. Tapi saya berharap akak terusla berusaha dan jangan mudah putus asa. Itu jer yang dapat saya beri sokongan pada akak. Seperti dalam entry saya, kita hanya mampu berusaha dan tawakal sahaja. Tapi janganlah menyatakan rezeki masing-masing. Sebab pada saya itu adalah ayat2 mengalah dan sedapkan hati. Gudluck yer akak.
ReplyDeletemmm... masa dpt anak sulung mmg tak beredia utk fully bf... ditabah dgn pengambilan ubat perancang makin memburukan keadaan... tapi anak ke-2 syukur dpt bf sampai umur dia setahun... terpaksa berhentikan sbb dia suka gigit puting - tak tahan Mama dia, bagi susu yg dlm botol dia tak nak pulak bila malam... last berentikan... masa anak ke-3 berhenti awal sbb nipple kena infection sampai kena buat mamogram - suspek kanser... huhuhu lagi takut... bila dah scan clear, tp doktor suruh hentikan bf sbb nipple yg bernanah tu tak leh kering selagi akak perah susu... last2 susu jadi sikit baby pun tak nak hisap... hisap2 marah sbb susu sikit... last nye mmg bagi susu formula utk cover susu yg dia tak cukup... tp akak mmg target utk setahun pertama je biasanya... klu 2 tahun alamat keje akak naya sikit la klu nak outstation atau site visit.. payah wooo...
ReplyDelete