Jumaat lepas saya dah siasat pasal kak ipar saya tu. Doktor mengesahkan baby itu mati ketika berumur 13 minggu berdasarkan ukuran badannya. Namun, kak ipar saya tidak merasa apa2 sehinggalah pada minggu ke-17 kak ipar saya ada bleeding. Kebiasaannya jika baby mati pasti ibu akan mengalami pendarahan dan berasa tidak sedap badan. Namun, oleh kerana kak ipar saya takde rasa apa2, baby itu masih berada dalam rahim walaupun telah mati hampir sebulan.
Doktor kata, baby dah besar, susah nak buat d & c. tapi mak saya kata " Besar apanya, baru 3 bulan kecik jer lagi. Mak dulu doktor terus jer buat d & c" Yelah kan. Kalau doktor kata kita ikut jer. Jadinya kak ipar saya telah disuntik ubat untuk beranak. Namun jika setelah 3 kali di suntik, kak ipar saya tiada rasa apa2. Baby x nak keluar jugak. Jadinya kenela buat d & c jugak.
Doktor kata janin itu memang tidak sihat. Takpe, InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik. Itu semua aturan Allah.
*kak ipar saya hanya scan sekali sahaja waktu 6minggu pengesahan mengandung. kalau ikut kerajaan memang x leh scan selalu. Tapi kalau kita g swasta, tiap2 bulan akan scan utk lihat perkembangan baby.
No comments:
Post a Comment