Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, August 25, 2010

Fidyah ibu mengandung

Ibu2 mengandung mesti tertanya2 hukum fidyah jika meninggalkan puasa dibulan Ramadhan. Ada yang kata tidak perlu Fidyah hanya perlu ganti puasa sahaja. Ada juga yang kata kene bayar Fidyah dan ganti puasa walaupun telah ganti puasa pada tahun yang sama.

Sumber: http://zakat.com.my/faq/fidyah


Merujuk kepada Pusat Pungutan Zakat, seperti di atas ada 2 situasi.
1. tinggal puasa sebab bimbang mudaratkan bayi dlm kandungan.
ini perlu diganti puasa dan membayar fidyah.
2. tinggal puasa sebab bimbang mudaratkan diri sendiri
ini tidak perlu fidyah hanya perlu diganti sahaja.

Contoh bagi situasi pertama adalah:
Doktor menasihatkan supaya ibu tidak berpuasa memandangkan tekanan darah yang rendah atau tidak cukup zat akan menyebabkan keguguran. Sedangkan si ibu tiada masalah dan mampu berpuasa. Namun disebabkan bimbang kerana kandunganya, maka si ibu pun tidak berpuasa.

Contoh bagi situasi kedua adalah:
Ibu tersebut demam, tekak sakit dan kahak berdarah. Sakit demam adalah perkara biasa, org tidak mengandung pun boleh sakit demam dan berbuka puasa. Jadinya, ibu tersebut tidak berpuasa kerana dirinya memang tidak boleh berpuasa kerana akan memudaratkan dirinya yang sakit dan akan bertambah sakit jika tidak makan ubat pada siang hari.


No comments:

Post a Comment