Pagi tadi, saya sempat tengok segmen motivasi Dr. Fadzilah Kamsah. Tajuknya adalah belajar untuk berkata 'TIDAK'. Permulaannya, Dr. Fadzilah menyatakan, semasa kita kecil lebih kurang 2 tahun kita berani berkata tidak. itu tak nak, ini tak nak. Kemudian kita belajar untuk mengurangkan penggunaan tidak ini. Dan kini kita berasa takut or bersalah untuk cakap 'TIDAK' OR 'TAK BOLEH'. Contohnya, apabila orang mintak pinjam duit, apabila orang minta tolong buat kerja dan lain-lain.
To balance our life, we need to say 'NO'. Saying 'NO' tidak menjadikan diri kita jahat. Manusia apabila tidak berani berkata 'TIDAK' akan menyebabkan 3 masalah:
1. Mendatangkan derita kepada diri sendiri. Contohnya, ibu bapa sruh anak perempuan berkahwin dengan orang tua. Anak itu takut utk menyatakan 'TIDAK'. Ini akan mendatangkan penderitaan dalam hidup anak itu.
2. Tiada kuasa untuk mempertahankan diri sendiri. Apabila kita takut untuk berkata 'TIDAK' orang lain akan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Terutamanya kepada orang terdekat seperti sahabat karib atau sedara mara.
3. Berasa rendah diri dan kurang motivasi. Apabila kita takut berkata 'TIDAK' kita akan rasa bersalah. kita jadi lemah pendirian. Ikut sahaja apa yang orang lain nak. Bukan kehendak diri kita sendiri.
Bagaimana nak belajar bekata "NO"?
1. Tegas dalam percakapan. 'Tak boleh, saya memang tidak boleh buat'.
2. Jangan memberikan alasan kerana alasan itu akan membawa kepada perdebatan. Kadang-kadang kita mencipta alasan dan cuba mencari sebab kenapa kita cakap tak boleh. Orang akan sentiasa berusaha mendapatkan apa yang dia nak tanpa memikirkan kehendak diri kita.
3. Segera beredar jika kita berasa bersalah.
4. Jika mereka adalah orang terdekat, mereka seharusnya faham kemampuan diri kita dan tidak memaksa. Jika mereka tidak faham, ini bermakna mereka hanya mementingkan diri sendiri. Jadi, mengapa kita perlu bersusah payah kepada orang begini.
Ini adalah sedikit ilmu yang saya peroleh utk dikongsikan. Selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment