Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan yang indah

Bermula Ramadhan ini, semuanya akan berbeza apabila sudah berkahwin. Kalau dulu, malas bgun pagi x sahur pun xpe. Tapi sekarang bila dah bersuami n mengandung, sahur adalah wajib. Kalau x memang terketar2 badan berpuasa. Nampaknya, kenala memasak pagi2.

Nanti raya pun dah ada 2 keluarga. Persiapan raya perlu diberi perhatian kepada 2 keluarga. Kalau beli kuih raya, kene la beli 2 set. Kalau beli kek raya punkene 2 set. Jadinya perbelanjaan makin bertambah.

Gaji raya ni nampaknya, perlu dilebihkan pada barangan bayi memandangkan kebanyakan jualan murah adalah bulan 8, sempena bulan penyusuan ibu. Kalau beli lepas raya, x dapatla harga diskaun.

Banyaknya nak kene fikir, jadi apa yang indah sbenarnya???
Yang indah adalah, saya dapat menyediakan juadah berbuka dan bersahur dengan pahala berganda :) sebab melayan suami. Meskipun selalu beli n panaskan lauk ajer, namun itu pun menyediakan juadah namanya hehehe dan juga kadang-kadang jika suami pula terpaksa menyediakan juadah berbuka n bersahur pada isteri. itu lagila indah hehehehe

Yang indah lagi adalah berpuasa ketika mengandung pastinya mendapat pahala berganda-ganda. Segala amalan juga akan berganda2. Maknanya kalau beribadah sikit pun dapat pahala sama dgn org yg beribadah bayak kali hehehehe Almaklumla, ibu mengandung ni nak baca Quran pun dah x ckup nafas. Badan panas asyik berpeluh. Bila sujud lama2 dah rasa nak termuntah plak. Sebab tula x dapat beribadah banyak macam orang biasa.

Yang paling indah adalah, saya akan beraya dua keluarga. Raya pertama dirumah mak sendiri, raya kedua naik flight balik ke Kelantan. Dari apa yang suami cerita, macam meriah sambutan di Kelantan. Bakar lemang, masak rendang, masak sate, buat ketupat daun palas cicah air gula.... wahwah   beraya sakanla tahun ni hehehe

Yang pasti tahun depan lagi meriah, sebab kami ada cahaya mata yang bakal memeriahkan suasana :)

Selamat berpuasa dan beribadah di Bulan Ramadhan @>----

1 comment:

  1. selamat berpuasa jugak...
    1st time raya ngan husband mst xcited kan..cam aku jugak...:)

    ReplyDelete