Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, March 25, 2011

Barangan mengepam

Rujukan utama dari



Masa berpantang, kita memang dh takleh nk g shopping. Tapi masih boleh shopping online :)
Cuma kadang2 kita rasa x best kalau barang xde depan mata masa beli kan.
So ibu2 mengandung, sebelum beranak tuh, shoppinglah barang menyusu sepuas-puasnya.
Barang menyusu adalah lebih penting dr baju2, baby cot, dll.
Tanggungjawab ibu susukan anak, tanggungjawab ayah sediakan pakaian, tempat tinggal dan barangan penyusuan. Ni dah termaktub dlm surah Al-Baqarah.
*Membebel la plak huhu

Okey, untuk mereka yang bersemangat nak membanyakkan susu, mmg elok sgtla sediakan barangan mengepam nih. Keperluan utama yang perlu ada berdasarkan pengalaman saya:
1.Mesin pam : ada banyak pilihan 
a) manual -lenguh tangan nk pam lelama
b) elektrik single pump - kene pam sebelah take time sikit. Boleh pam sebelah breast sewaktu baby hisap sebelah breast.
c) double pump electric - disyorkan oleh pakar laktasi. Leh buat single juga sperti gambar di atas.

2. Storage bottle - beli banyak2, sebab nnt leh basuh 2 kali sehari. Cuba bayangkan masa awal sy branak dulu, saya pump setiap jam (on baby demand) larat nak basuh botol 24kali??? asyik gaduh ngan laki "Tadi i dh basuh botol, u la pulak" Saya sekarang ada 50 botol. 8 bw office, 8 bg pengasuh, 8 rendam dlm sinki, 8 jemur dekat tray, baki tu simpanan.

3. Plastic storage - kalau ebm dlm peti sejuk dah 3 hari, transfer masuk dlm plastik dan bekukan. Ini dapat jimatkan penggunaan botol dan ruang dlm peti beku. Macam sy walau pakai plastik pun penuh bhgn beku, terpaksala beli deep freezer huhu

4. Spray air - Sangat berguna utk ibu2 berpantang yang perlu kurang gerak. Kadang corong pam tu berhabuk, kita spray air dan lap guna tisu. Erm... saya ni kaedah kurang bersih huhu jgn tiru. Spray ini juga berguna apabila baby muntah susu. Kita spray pd tangan kita dan basahkan pipi baby utk elakkan ruam susu.

5. Mangkuk pastik - Sebagai amatur pertama kali menggunakan double BP mmg fail la kan nk pegang dua corong pump pastu nk laras suction, jadinya sebelah pegang pam sbelah tadah dengan mangkuk hehehe. Kalau nk senang pkai getah or beli pumpin' pall yg mahal rm 79 huhu

6. rak botol - rak botol ni sangat berguna pada waktu malam. Di bawah lampu tidur yg malap dan keadaan mamai, kita leh ambil botol dengan segera. Rak ni kalu bli kt giant murah dlm rm14. Tapi klu bli kt kedai baby, mahal tau huhu

7. Air kotak soya dan kurma - biasa waktu malam mengepam memang lapar. Instead of kita bgun cari mkn kt dapur, alas perut dgn air soya n kurma. Leh tambah susu badan dengan cepat. Tapi air kotak ni manis, kurangkan pengambilannya.

8. Lampu tidur - Beli lampu tidur yang boleh control pencahayaanya. Ini dapat memastikan baby tidur lena tanpa terjaga dek cahaya lampu yg terang. Pepagi suami bersiap, terangkan sedikit cahaya lampu. Kesian suami menggagau dlm gelap.

9. Puting - Kalau anda mampu, belilah botol widenedk yang putingnya sama macam breast. Ini dapat mengelakkan baby nipple confuse. Beli jenama Mam, Tommy tippee, breastflow dll. Tapi kalau x berkemampuan, beli puting getah mcm sy, sebab yang ni lembut(elok utk pertumbuhan gigi)  dan aliran susu perlahan. berbanding dengan silikon agak keras dan bila kita cuba sedut alirannya laju. Adalah digalakkan ibu menghisap botol utk test cara hisapan bayi :)

10. Hand sanitizer - Kadang2 memalam salin lampin, terus pam. Malas nk g toilet cuci tgn, jd guna hand sanitizer jer :)

Apabila di office pula, ada tambahan barang yang perlu dibeli:
1. Cooler bag - Pengganti peti sejuk. Kalau kita travel kan susah nk bawa peti sejuk bersama, jadinya kita simpan susu dalam cooler bag. Kesejukkannya bergantung kepada bilangan ice pack dan ketebalan insulation. Biasa yg mahal2 tu tahan lama la. owh kalu korang mmg jenis suka travel beli bekas coleman tuh. Lg tahan sejuk dan air tidak tembus keluar.

2. Ice Pack - Ice pack ini adalah ais yang boleh guna semula. Nape x guna air batu je??? Sebab ais pack ni gel, lebih tahan lama kesejukannya. Pemilihannya juga berbeza setiap jenama. Kalau autumnz, stylo mama plastiknya kecik tapi tebal. Tebal bermakna lambat cair. Kalau ice pack jinggle junggle, plastik besar tapi nipis2 jer, cepat cair.

3. Warmer - 1 bagi pada pengasuh (Pengasuh saya pernah bg susu sejuk waktu sy terjah), dan 1 lagi cari yg leh pkai dlm kereta. Tapi kalau boleh bg direct, x yah pkai dlm ketela... sumbat ajer breastnya.

4. Dry air mesh - Yeker namanya? yang jaring2 tu senang nk keringkan botol di mana2. gantung jer.






4 comments:

  1. dear..nak tanye pasal deep freezer..anggarannye berape yek harga? thanx for all the info. really helpful. :)

    ReplyDelete
  2. Leh tengok kat sini
    http://nana-sweetangel.blogspot.com/search/label/wishlist
    harga sy beli rm780 huhu x dpt kurang. Kene survey banyak kedai letrik. X semua jual. Saya beli dekat kepong. Kalu nk google, type vertical upright freezer.

    ReplyDelete
  3. mine rm680
    tgk sini : http://dmnfarra.blogspot.com/2011/02/chest-freezer-in-da-house.html

    nana, akak dh pening DF ni dah full..kene gerakkan stokk

    hebat la awak pam every hrr, tabik2

    ReplyDelete
  4. Semangat susu ibu :)
    Memang rasa mcm kilang susu dah waktu tu

    ReplyDelete