Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, March 6, 2011

Adakah perlu Breastpump?

Memandangkan ramai member sy yg dah mengandung. Jadinya ramai yg bertanyakan pasal Breastpump (BP). Breastpump ni ada banyak jenis. Ada mahal dan ada yg murah. Yang mana yg bagus?
Ni soalan biasa masa kita pikir nk beli BP. Saya dulu pun banyak pikir nk beli yg mana satu huhu
So sekarang saya ada pengalaman sikit. Ini adalah jawapan utk pertanyaan biasa sebelum membeli BP.

1) Perlu ke saya beli pump?
Sekiranya anda adalah ibu yang bekerja. Adalah wajib membeli BP. Namu sekiranya anda suri rumah sepenuh masa, boleh mengamalkan teknik perahan marmet (guna tangan) maka x perlu lah beli BP.

2) Apa kegunaan penting BP yang mermerlukan saya beli BP?
leh rujuk : http://www.kellymom.com/bf/pumping/is-pump-necessary.html
a. Engorgement - Bengkak susu selalunya terjadi pada awal2 penghasilan susu. Sewaktu bengkak susu ini, susu akan mengalir laju sehingga ada setengah baby tersedak kerana x sempat menelan kuantiti susu yg laju dan banyak. Bengkak susu juga menyebabkan puting B menjadi leper menyebabkan baby susah nk menggigit nipple. Oleh itu, ibu yang mengalami bengakak susu perlu mengepam susu terlebih dahulu supaya kadar pengeluaran susu menjadi perlahan.

b. Time alone for mom - Baby menghisap susu lama. Kadang2 sambil hisap dia akan tertidur sedangkan dia minum susu sikit jer baru. Jadinya ibu akan memegang baby waktu yang lama sehingga 1 jam. kalau masa tgh cuti bolehla, nak pegang lelama. Tapi bila kita dah kerja dan perlu buat kerja rumah. Takkan nk gendong lelama kan.

c. Separation of mom & baby- Ibu yang bekerja atau berkursus perlu berpisah dengan anaknya. Ataupun jika baby ditahan di hospital manakala ibu dirumah pun akan berpisah juga. Jadinya breast perlu dikosongkan maka pam susu jika baby x menghisap.

d. Mom is sick/needs surgery/etc - Ada ibu bersalin yang trauma dan sakit sesangat. Oleh itu, masih perlu mengepam susu.

e. Baby cannot or will not nurse - Ada baby yang kurang pandai menghisap. Atau ibu yang tidak mendapat sokongan untuk BF kan anaknya. Jadi anda boleh mengepam susu dan bagi anak anda menghisap susu anda dalam kaedah lain. Ada juga baby yang minum sikit sahaja, sedangkan B ibu masih ada banyak lagi susu. Jadinya ibu perlu mengepam habis susunya utk memastikan B telah dikosongkan.

3) Apakah Kesan jika saya tidak mengepam susu / mengosongkan B?
a. Ibu boleh demam/sawan  akibat bengkak susu yang lama - (Ada kawan kepada kawan demam sampai masuk hospital.) Cara paling berkesan untuk menghilangkan bengkak susu adalah dengan mengosongkan B.

b. Susu ibu akan cepat kering. Pernah x dengar orang kata, "Jangan pam susu nanti susu kering". Okey, SILA JANGAN DENGAR CAKAP ORANG-ORANG SEPERTI ITU. Sebenarnya lagi cepat B kita kosong, lg banyak susu dihasilkan. Penghasilan susu adalah bergantung kepada supply & demand. Lg banyak susu digunakan, lebih banyak susu dihasilkan. Buktinya... saya sendiri sudah hampir 4 bulan, masih lagi banyak susu, masih lagi bengkak susu dan masih lg meleleh. Oleh itu, anda perlu rajin mengepam susu untuk mengelakkan susu kering.

c. Susu berdarah. Tidak banyak orang yang susu berdarah ni. Tapi saya pernah. Nak tau sebab apa? sebab saya skip 3kali sesi mengepam waktu malam. Taubat lepas tu saya tidak ponteng sesi mengepam. Takuuuuttt. Jangan anda takut, tak sakit langsung. Kakak saya kata " Susu kalau x pam jadi darah, darah kalau x pam jadi nanah, nanah kalau x pam masuk hospital sebab kena infection"


4) Bila perlu saya mengepam.
a. Waktu saya mengandung dulu saya dah ada susu waktu bulan ke-6. Saya teringin nak mengepam susu. Tapi takut. Sebenarnya dah boleh pam susu waktu mengandung!!! jangan risau yer kawan2. Lebih2 lagi anda yang 7 bulan masih tidak keluar susu, haruslah mengepam dengan suction yang perlahan untuk meransang puting lalu menghasilkan susu. Ini dapat mengelakkan masalah tidak keluar susu pada hari anak anada dilahirkan. Amat penting anda meransang susu kerana hari beranak itu amat memenatkan dan sangat stress jika tidak keluar susu.

b. Hari pertama kelahiran bayi anda, anda sudah boleh mengepam susu. Sebenarnya, pam susu boleh menambahkan penghasilan susu. Oleh itu jika anda risau susu anda xde, anda boleh mengepam susu walaupun susu tidak keluar. Ini kerana penghasilan susu adalah bergantung pada supply n demand. (Saya juga mengepam pada hari saya beranak)

c. Pam selepas menyusukan bayi. Mungkin anda rasa B anda dah kosong. Tapi xde salahnya kalau anda mengepam selepas baby menghisap B anda. Bukan sahaja memastikan B anda kosong, malah membantu menghasilkan lebih banyak susu. Kerana otak akan pikir "Eh, susu x cukup lagi. Tapi B dah kosong. Jadi otak akan menghantar mesej pada hormon badan - Kena hasilkan susu lebih banyak"

d. Apabila berasingan dengan bayi, anda perlu pastikan anda mengepam lebih kurang 3 jam sekali. Ini adalah untuk mengosongkan B dan mengelakkan susu anda kering. Be punctual okey!jangan ponteng2. Nanti susu merundum.

5) Faktor pemilihan jenis pump?
leh rujuk : http://www.leron-line.com/updates/Pumps.pdf

Jenis2 pam:
Hospital grade electric breast pumps


Personal use breast pumps

Battery operated and small electric breast pumps

Manually operated pumps
 
Pilihan ibu2 sekarang sudah tentulah Medela Free Style. Anda boleh mengepam susu sambil buat kerja rumah, memandu dan lain2. Tapi tulah, mahal sangat huhu.... Kalau dimalaysia RM1600.
Untuk kita yang kurang mampu ni bolehla beli yang lain. Tapi sila timbangkan faktor pemilihan ini yer

a. The frequency the mother will use it
Jika anda rasa anda mahu rajin mengepam anda perlukan pam jenis heavy duty.
Rajin pam 6-12kali sehari.: Heavy duty
Heavy duty biasanya paling mahal. Tapi agak lasak berbanding yang tidak heavy duty.

 Kurang rajin pam 3-6kali sehari : Personal use
Harga sederhana. Kuasa motor pump tidak heavy duty biasanya cepat rosak kalu banyak kali guna.

Pam bila terdesak sahaja 0-3kali sehari : Manual
Paling murah


b. How many months/years the mother anticipates using it
Kalau anda baru ada anak satu dan akan melahirkan lebih anak lagi, ada perlu beli yang mahal dan heavy duty. Tidak rugi melabur duit utk pam ni. Memandangkan anda akan guna dalam tempoh yang lama, jadi anda kena cari yang tahan lasak.

Kalau anda rasa macam 1pam utk 1 anak leh guna yang biasa tidak heavy duty dan murah. Atau pun anda target nak susukan anak 3bulan sahaja.

c. If the mother needs to increase her milk supply by pumping
Kalau ada rasa macam B anda kecik atau anda keturunan yang sikit susu badan, jadi belilah BP yang heavy duty. sebabnya anda akan selalu mengepam untuk tambahkan susu badan. Jangan risau, mitos itu tidak benar. Tiada istilah B kecik n keturunan sikit susu nih. JANGAN PERCAYA CAKAP ORANG-ORANG SEPERTI INI. Yang penting, D.U.I.T -Doa, Ilmu, Usaha dan tawakal.

d.The financial resources of the family
Janganlah anda fikir BP yang mahal lagi banyak susu. Tidak... itu tidak benar.
Penghasilan susu anda tidak bergantung jenis pam yang anda guna. Cuma lg selesa BP yang anda gunakan mungkin mempengaruhi jumlah susu anda. Yelah, kalu guna yang murah kan sakit, bila sakit ibu stress, bila ibu stress susu sikit. Jadinya pilihlah BP yang sesuai dengan budget anda. Tapi janganlah kedekut sangat...

e. Keselesaan mengepam.
Biasanya pam murah tidak berapa selesa digunakan. Kerana suction yang sakit, corong pam tidak selesa, cara guna pam yang susah.
-Ease of use.
-Ease of cleaning.
-Ease of assembly, the number and complexity of parts to assemble
-Automatic or manual suction - release cycle
-Instructions accompanying the pump
-Size and fit of the breast flange
-Range of suction obtained
-Comfort of the mother
-Ability of the pump to stimulate hormonal levels
-Versatility of power source (battery, electric and cigarette lighter adapter)

6. Bila waktu yang sesuai untuk sy beli BP?
Kebiasaannya, BP ada warranty selama setahun. Kalau beli awal tp x guna rugila warranty tu kan. Kandungan 7bulan adalah sudai sesuai untuk dibeli. Saya beli BP waktu mengandung 8bulan. Kalau boleh jgnla beli selepas beranak. Sebab kita x tahu baby kita lahir mcamana. Kalau kena kuning, admit hospital kita perlu pam susu awal sebab ubat terbaik utk penyakit kuning adalah susu ibu.
Dan yang paling penting jangan suruh husband belikan. sebabnya si suami sudah pasti main ambik jer yg dia jumpa kt kedai x pun dia akan pilih yg paling murah.

3 comments:

  1. Breastpump memang sangat penting,for me,from my experience don't buy too cheap one..tapi ikut kemampuan lah kan... go BF go..

    ReplyDelete
  2. arna, very good info..mudah-mudahan sy x patah semangat..susu ibu ialah yg terbaik...thanks for the info k..

    ReplyDelete