Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, March 13, 2011

Do n don't during pregnancy Trimester 2

Ini adalah sambungan kepada entry ini :    http://nana-sweetangel.blogspot.com/2011/02/do-n-dont-during-pregnancy.html

Trimester ke-2: Kandungan 4-7bulan

Alhamdulilah berjaya melepasi trimester pertama. Bagi mereka yang tiada masalah memang x terasa sangat, tapi mereka yang pernah bleeding, keguguran dan lain-lain pasti sangat lega dapat melepasi trimester pertama ini. Biasanya, Kandungan 4bulan, sudah kukuh di dalam rahim. Amalan dari trimester pertama masih lagi perlu diteruskan. Namun, sewaktu di trimester ke2 ni, lagi banyak yang kita ibu-ibu mengandung perlu lakukan.

-Nikmatilah badan anda yang mengandung
Ketika kandungan 4-7bulan, kebanyakan alahan, loya, pening kepala dan lain-lain akan berkurangan. Anda akan bertambah selera makan, hormon gembira bertambah, perubahan badan semakin ketara. Dulu bahagian leper tetiba jadi montok dan gebu haha (Perubahan berbeza mengikut setiap orang). Sewaktu saya mengandung 4 bulan ke atas memang sangat bahagia, rambut tiada kelumumur, rambut x gugur langsung, muka licin, xde jerawat memang bestla. Orang kata seri ibu mengandung hehehe.
Jadi, bergembiralah, nikmatilah kenangan mengandung :)

-Bersyukur dengan nikmat mengandung
Manusia ni rambut sama hitam, hati lain2. Jangan terkejut ada orang yang tidak suka dirinya mengandung. Ayat yang disampaikan "Ala... penat la mengandung ni. Aku anak dah 3 orang asyik muntah, pening kepala. penat badan. Memang hazabla mengandung nih"
Yer.... orang-orang ini adalah orang yang tidak menikmati kenangan mengandung dan tidak bersyukur atas kejadian Allah. Anak itu rezeki, janganlah kita menyalahkan takdir dan mengeluh atas kejadiannya. Sesungguhnya ada orang yang langsung tidak dapat merasai nikmat mengandung. Bertahun-tahun mencuba untuk mengandung. Sayangilah dan hargailah kandungan anda.

-Abaikan kata-kata orang
Bila perut dah nampak, macam2lah orang nak kata / berkongsi pengalaman.
"Eh perut ko ni kecik ajer, mesti lahir nanti anak ko x ckup berat."
" Ko kalau asyik muntah2, pening2 tu mesti anak ko susah nak jaga. Anak2 aku dulu baik jer dalam perut, tapi anak yang ke2 tu memang teruk aku mengandung. Sekarang ni memang degil orangnya"
Kita ibu mengandung ni, mesti kecik hati dengar kan? Besabarlah wahai ibu. Sesungguhnya Allah yang menetukan segalanya. Bukannya mulu org2 itu. Senyum jer pada mereka2 ini. Dan cakap InsyaAllah Allah ada rancangan terbaik untuk diri saya.

-Ibu jangan terlalu risau dan cengeng
Tau x makna cengeng? cengeng ni macam terlalu manja, selalu menangis.
Apabila kita mengandung, banyaklah perubahan yang berlaku pada diri kita. Jadi, janganlah terlalu risau dan cengeng. Sebab takut anak kita akan membawa perangai itu. Pernah x jumpa baby yang sikit2 nak menangis. Nak susu menangis, nak tido menangis, semua menangislah. Ibu jangan marah pada anak, kerana mungkin perangai si ibu yang ketika mengandung adalah seperti itu. Terasa sikit nangis, penat badan menangis... Kuatkanlah hati mu. Ceriakan diri anda. Cuba pikir, kalau aku ceria selalu, mesti anak aku pun ceria :)

- Sediakan kudapan di merata-rata tempat
Ibu mengandung ni biasanya meningkat selera makan. Orang kata makan untuk 2 orang hehe Sebenarnya badan kita berubah hormon. Sebab tu rasa macam asyik nak makan ajer. Makanlah. Sediakan kudapan di merata-rata tempat. Dalam handbeg, dekat meja office, dalam bilik tidur, dalam kereta dan lain-lain tempat yang kita  kene duduk lebih dari 30minit. Contoh kudapan- Buah-buahan potong(Saya potong buah masuk dalam 3 tupperware peti ais dan mkn 1hari 1 tupperware), kismis, kacang pistachios, kurma, nestum, cereal dan lain2. Kalau beli pek besar, masukkan dalam beg plastik kecil dan bubuh dalam handbeg. Ini adalah untuk mengelakkan ibu makan kuantiti yang banyak. Ibu kena jaga makan juga. Makan kuantiti sedikit, tapi banyak kali makan. Lagi berkhasiat lagi bagus.

- Elakkan penyakit-penyakit ibu mengandung
Panjangnya taip huhu. nanti sambungla

4 comments:

  1. abaikan kata2 orang:
    * ish....besarnye skarang, tembamnye.., badan naik ek...

    aku takdela kene selalu tapi bile kene rase mcm pelik. nak aje jawab: makcik, makcik dulu mengandung kurus sgt sampai boleh pakai kebaya ke? normal la org mengandung berat badan naik. kan?
    sepatutnye kite jgn mengata org mcm tu, kalau dah tatau nk ckp ape-puji tipu2 ckp kite makin berseri ke (walau hakikatnye mmg selebet habis) :p

    ReplyDelete
  2. Hehe... Sabar2, mulut org susah nk ditutup, anggap je bagai angin lalu. Waktu pregnan nila kita rasa x stress kalau gemuk :)
    Sebab seri ibu mengandung.
    Tapi kalu pas pantang badan gemuk lg haih
    memang stress

    ReplyDelete
  3. agree, pas pantang bdn gemuk mmg boleh stress, tp ko ok je nana. kurus! tp jgnla turun mendadak mcm celebrity hollywood tu kan-tak sihat.

    ReplyDelete
  4. Pump susu banyak2
    xyah diet pun
    makan jer byk2
    berat makin trun hahaha
    Tapi berak byk taik keras huhu

    ReplyDelete