Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 22, 2011

Didik anak umpama anda mati esok

Sebagai ibu bapa, kita mesti nak jaga anak2 kita sebaik-baiknya.
Bagai menatang minyak yang penuh.
Sangat berhati-hati, risaukan segala benda yang mendatang.
Tapi adakah itu cara yang betul untuk mendidik anak?
Manjakan anak, beri segala benda yang diinginkannya, sentiasa dekat pada anak supaya anak tidak cedera dan tidak sakit.
No...No...No...

Cara didik anak yang betul adalah umpama kita akan mati pada esok hari.
Bilakah masa untuk mendidik anak?
Bermula dari saat bayi dilahirkan sehingga anak kita mati atau kita mati.
Apabila bayi dilahirkan, kita pelu menyusukan bayi.
Bayi yang baru lahir biasanya masih tidak tahu cara menghisap breast.
Saat inilah, ibu sudah perlu mendidik anaknya.
Yer semua baby akan nangis.
Tapi kalau kita mengalah dan memberi susu formula, maka anak kita akan terlepas kenangan indah.
Saat berharga seorang anak bersama ibu.
Ajarlah anak anda menghisap. Didiklah anak anda supaya berusaha dan belajar untuk survive in natural way.

Perasan x, orang kampung atau orang dikawasan kurang maju, menjaga anak macam tak jaga anak pun.
Kalau kita dibandar, macam2 hal dan pantang larang.
"Anak saya kena duduk dlm aircond"
"Anak saya x boleh main tanah, nanti berkudis"
"Anak saya suka makan disuapkan"

Kalau di kampung,
Toksah kata aircond... kipas pun angin semput2 ajer
Toksah kata tanah, dalam lumpur pun bebudak berkubang
Toksah kata suap makan, makanan sendiri pun budak2 panjat pokok makan buah.

Bagaimana cara didik anak yang betul?
Didiklah anak anda seperti anda akan mati esok hari.
Berilah peluang untuk anak berdikari.
Perelokkanlah perangainya supaya mudah untuk orang lain menjaga mereka jika kita tiada pada suatu hari nanti.
Tanamkanlah semangat cinta kepada ilmu. Didiklah anak supaya tahu kepentingan pelajaran adalah untuk masa depan mereka, bukan untuk kemegahan ibu bapa. Tapi untuk anak gunakan ilmu mencari rezeki yang halal apabila dewasa nanti.

Sekiranya kita berjaya mendidik anak dengan cara yang betul, InsyaAllah, kita tidak akan risau jika kita akan mati pada esok hari.

No comments:

Post a Comment