Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, March 3, 2011

Berpantang

Banyak sebenarnya nak taip pasal after delivery. Tapi ..... saya sbenanya malas nk menaip pepanjang. Saya lebih suka gambar2 hehehe. Nampak sgt perangai tidak suka membaca haahaha.
Okey, entry ni ditujukan utk exschoolmate saya yang sedang menghitung hari.
Untuk pengetahuan semua, walaupun saya tinggal dengan ibu saya, namun awal2 mak sy dh bg warning, mak kerja, cuti dah habis, mak x ingat pengalaman beranak 23tahun lalu, mak x tau nk cari segala bahan2 rempah..... Okey, fine mak. I note that. So saya pun upah Confinement Lady(CL) dari Kedai Shadira.

Harga nya adalah RM 900 seminggu. Saya ambik 2 minggu. Masa pendaftaran, kita akan dapat jadual kerja CL dari jam 8 pagi hingga 10mlm. Pastu bahan2 rempah yang perlu kita beli untuk mandian, dan makanan untuk berpantang.

Oleh kerana saya telah beranak 3minggu awal dari tarikh due date. Makanya suami saya ajak akak CL tu ke TESCO untuk membeli bahan2 yang diperlukan.

Ini adalah rutin harian berpantang saya selama 2 minggu.
8pagi:    Mandikan baby, sediakan herba mandian ibu, lulur(3hari sekali), infra red untuk keringkan     jahitan( leh guna hair dryer-org dulu bertangas) basuh baju ibu n anak, sediakan sarapan
9pagi:    bertungku besi selama 30min, berurut badan (3hari sekali), berbengkung
10.30pagi:     Minum n kudapan sikit untuk menambahkan susu badan
11pagi:         ibu tidur, CL masak makanan tengahari dan kemas umah sikit2.
1tghari:        makan tengahari, ibu tidur
4ptg:            Ibu minum petang
4.30ptg :      Mandikan baby, ibu mandi herba, infra-red, bertungku, berbengkung(optional-kalau selesa tidur mlm leh pakai)
6ptg:           Makan malam.

2hari terakhir jam 6ptg: bertangas arang rempah (memastikan ketulan darah keluar- besar tau ketulan tuh huhu)

Seingat saya beginilah rutin hariannya. Nampak mudah bukan????

Okey the reality is, u need to work the time with your baby. Baby ni rutin dia adalah tidur, minum susu, burp, kencing, berak, tidor. Untuk newborn baby, it is very important to breastfeed baby every two hours. Nak tau berapa lama direct breastfeed??? 15 minit each side. Even walaupun baby tidur kejutkan baby untuk minum susu. Ini adalah untuk memastikan baby tidak kene kuning.  penyakit kuning disebabkan hati baby yg x mahir lg berfungsi. Untuk mencuci birubulin yang ada dlm badan baby itu, baby perlu kencing dan berak selalu.

kejut baby:5min (baby tidur 20jam)
Breastfeed: 30min (Saya pump sebab x berjaya direct feed huhu)
Burp baby : 5min
Salin pampers: 2min (baby berak n kencing sokmo)
Tidurkan baby 2min (elakkan baby tidur dlm pelukan ibu sebab nnt dia asyik nk kene pegang ajer. terus letak atas baby crib)

Jadinya lebih kurang 45minit sebanyak 12 kali diselang selikan waktu berpantang ibu. Jadinya ibu berpantang itu sgt penat okey!!! Malam tido x pernah ckup. terpaksa curi2 tido bila baby tido.

Penjaga pantang sy ni bukan  jenis support BF. Sistem BF saya adalah ala2 komando. Setiap 2 jam 2 Oz susu sy kene pam. HAZAB SANGAT!!!!
Nasib baik semangat BF sy sangat kuat. So kepada bakal2 ibu... sila tuntut ilmu BF bebanyak, pastikan ada tukang paksa sruh direct feeding untuk elakkan bersusah payah mcm sy huhu.
Nanti sy cerita pengalaman BF saya ek.

Elakkan jamu-2 untuk 1bulan pertama sebab jamu panas, takut baby kene kuning, perut baby x tahan, Vitamin susu terganggu.
kalau nk kuruskan badan, Buat susu bebanyak, transferkan lemak u all tu pada baby ajer. Janganlah bazirkan lemak2 anda yg sgt bermanfaat utk tumbesaran baby

1 comment:

  1. nana!! tq!! ok agak ketat ye rutin ko. aku harus bersedia! so no jamu utk first month. so skang ko amik jamu ape2 dah ke?

    ReplyDelete