Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, March 14, 2011

Do n don't during pregnancy trimester 2 cont'd

-Elakkan Penyakit ibu mengandung
Sila google utk tau jenis2 & penerangan penyakit ibu mengandung ek
Kencing kotor - minum air kosong banyak2 (saya beli air botol besar mineral 2 kotak kt tesco, 1 hari pastikan minum lebih dr 1 botol besar air mineral) & makan buah-buahan banyak2

Sembelit dan buasir - Elakkan makan pedas, minum banyak air dan buah-buahan. Kurangkan minum milo (Milo penyebab taik keras)

diabetes - Kurangkan makanan manis. Biasa 7bulan ibu mengandung baru dapat diabetes. Ada doktor nasihatkan tukar susu ibu mengandung, jangan guna anmum- anmum manis (sy guna mamil mama)

anemia - Makan makanan yang kaya zat besi. buah jambu batu, sayur bayam, ikan bilis, hati (makan 2 ketul je seminggu organ dalaman x elok). penyerapan maximum zat besi kena ada vitamin c, makan buah yang kaler kuning or oren.

eklampsia - akibat darah tinggi dan kencing kotor. Kurangkan stress, bahagiakan diri anda selalu

Dan lain-lain

-Beli baju dan underwear sesuai utk ibu ngandung
Kadang2 kita rasa macam membazir je kan nak beli baju baru n underwear baru tapi pakai dalam 9 bulan.
TIDAK MEMBAZIR!!! Kalau anda memang jenis yang x naik badan memangla mcm leh pkai baju dan underwear biasa. Tapi kalau macam saya ni naik sampai 18kg hohoho, mau melangkau 2 size utk segala-galanya. Janganlah pakai baju ketat2 dan underwear ketat2.
1) x selesa (kesian baby kena tekan)
2)tidak sedap mata yang memandang. Kita rasa macam ok, tapi org sebelah yg tengok tang membonjol-bonjol tu boleh mengganggu okey!
3)Boleh menyebabkan stretchmark. Perjalanan darah yang tidak lancar menyebabkan stretchmark. Sebab tu ada org yang xde strecthmark langsung kat perut saya lah tu hehehe. Tapi biasa ikut keturunan.
4) Boleh pakai masa berpantang.Stress giler waktu berpantang, bra ketat, kakak sy bagi baju kurung kedah tapi x best langsung dahla jarang, pastu cepat sangat basah bila breast meleleh. Jadinya lebih baik anda beli tshirt besar2, seluar besar2 untuk duduk di rumah boleh pkai sampai 9bulan dan masa berpantang pun boleh pakai lagi. (Pengalaman berkain batik asyik terlondeh, lepas tu bila orang datang rasa macam selebet giler). Untuk seluar dalam- saya dh try 3 jenama, dan yg sy syorkan adalah jenama audrey getahnya macam renda bunga-bunga jer, xde getah langsung. Sekarang pakai dah londeh hehe. Untuk bra pula saya syorkan beli nursing bra. Jadinya pregnan dan after pregnan boleh pakai. Sangat2 tidak membazir dan boleh dipakai semula untuk anak ke-2, ke-3 dan seterusnya :)

-Ransang kandungan anda supaya bijak, disayangi dan mendengar kata.
Perasan tak orang letak headphone dekat perut??
yeah itu adalah salah satu cara utk ransang kandungan anda. Seperti yang kita ketahui roh bayi mula ditiupkan semasa bayi 3-4bulan. Bila bayi sudah ada roh, kita dapat rasa baby bergerak, kita mula ada naluri keibuan dan kadang2 rasa sejuk tetiba. Ketika inilah kita sepatutnya meransang kandungan agar bayi yang bakal dilahirkan bijak, disayangi dan mendengar kata. Berbicara sambil usap perut anda. "Anak ibu yang dalam perut, nanti minum susu ibu banyak2 tau. Nanti InsyaAllah, anak ibu sihat, pandai, baik, dengar kata ibu, taat perintah Allah. Ibu sayang baby sangat2" Bacalah zikir dan surah2 sambil usap perut. http://nana-sweetangel.blogspot.com/2010/07/ransang-kandungan-anda-agar-pintar.html

- Sapu minyak atau lotion pada bahagian berpotensi strecthmark
Saya start gatal perut waktu 3 bulan. Gatal sangat. Masa tu tengah induksi. Ramai member melarang menggaru perut sebab nanti akan jadi kesan cakaran hitam yang tidak akan hilang sampai setahun. Pergh... takut giler. Terus saya beli lotion puureen. Mula, hilang juga rasa gatal. Tapi masuk 5bulan dah gatal balik. Jadi saya bertukar pada bio-oil. Ada org kata lain perut lain minyaknya. Kalau rajin sapu, mungkin dapat elakkan stretchmark yang terlalu banyak. Ada orang kata ikut keturunan juga. 

-Ransang susu badan anda
Apabila kita hamil, badan sedang mempersiapkan kelengkapan susu badan.Untuk menghasilkan production yang berkesan, kandungan 4 bulan kita sudah perlu meransang susu badan. Macam mana nak ransang???
1) urut pada breast secara membulat guna 2 jari. macam cek breast cancer tu. lebih bagus urut masa mandi sambil alirkan air suam pada breast.
2) bermain dengan nipple. cuba tekan sikit. usap2.
3) minta tlg suami urut belakang badan guna dua belah ibu jari tangan.
4)makan makanan penambah susu badan - lobak putih, halba, carrot, air longan horlick, bayam dll.
5)berdoalah selalu pada Allah agar membantu permudahkan penyusuan anak kita selama dua tahun. Banyakkanlah susu badan dan bantulah ketika aku sedang menyusukan bayi.

4 comments:

  1. akak simpan nursing bra + panties pregnancy tu elok2 bila dah abis pantang / menyusu baby... sbb nnt bila pregnant balik bole pakai semula... ;p
    tak membazir pun selagi kita jaga elok2... lg pun masih nak tambah anak kan...

    ReplyDelete
  2. aku dah kena start ransang susu badan ni sebab dah 4 bulan. heheh thanks info ko sgt berguna

    ReplyDelete
  3. kak maria: Wah.. akak nak tambah anak lagi. Hebat2 :) Selamat berusaha. Jangan lupa minum kacip fatimah hehehe

    Sahida: Yeah, lg best sruh suami hisap B selalu hehee

    ReplyDelete
  4. setuju2..x membazir pon kalo beli bra n panties baru..biar kita n baby rs selesa..hehe...agak2 dah mengecil nt, simpan je molek2..InsyaAllah, kan dtg ada guna lg tu..me lak, ngah start kumpul baju n skirt beso2..mcm x yakin je nak pakai kain batik masa ngah pantang..hehe

    ReplyDelete