Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Hakim Yusuf, Khalifah Allah

Lilypie First Birthday tickers

Perjuangan yang indah tetapi sukar

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, March 10, 2011

Saya Tak Mahu Anda Jadi Seperti Saya Dahulu

Entry ini adalah tribute to entry puan farah sarakids (pakar laktasi)
http://www.sarakids.com/blog/?p=5244&cpage=1#comment-6237

Walaupun saya baru lagi dalam susu ibu ini. Tapi semangat saya menyokong susu ibu adalah sangat berkobar2.
Yer... saya tau saya ni bukannya siapa2. Seorang ibu yang baru melahirkan anak lelaki pertama dan baru sahaja menyusukan bayi hampir 4 bulan melalui expressing breastmilk.
But, saya akan melahirkan anak lagi (InsyaAllah) dan saya harap saya tidak mengulangi kesilapan dan kecetekan ilmu saya lagi untuk anak seterusnya.
Dan saya juga tidak mahu anda jadi seperti saya dahulu.

1) Carilah ilmu penyusuan susu ibu sebanyak-banyaknya.
Saya mula sedar akan kepentingan susu ibu ni apabila officemate saya kak su bersemangat dengan susu ibu. Waktu tu saya masih bujang lagi. Jadi saya tidaklah berapa bersemangat lagi utk susu ibu ni. dalam hati berkata "Rajinnya kak su ni bg susu ibu, waktu office mengepam, pergi kursus mengepam, asyik mengepam ajerla. Sampai kurus badan".

Apabila saya sudah kahwin dan mengandung, saya pun mula google internet mengenai susu ibu. Saya tengok blog2 ibu2 menyusu. saya baca laman web breastfeeding seperti susuibu.com, kellymom dll. Semakin lama saya membaca, semakin kagum dengan perjuangan ibu2 menyusukan anak mereka. Kemudian saya pun menjadi bersemangat untuk menyusukan anak saya secara exclusive. Kerana dalam Quran telah pun dinyatakan ibu perlu menyusukan anaknya selama 2 tahun selagi tidak memudaratkan diri (leh rujuk entry ni   Kontroversi Breastfeeding). Juga kerana semangat ibu2 yang menyusukan anaknya memberi semangat kepada saya.

Sepanjang waktu mengandung itu saya mencari ilmu banyak, saya ingatkan sudah banyak. Jadi, apabila tiba waktu beranak, saya masih tidak dapat menyusukan anak saya secara direct. Dan saya ingatkan segala ilmu telah saya aplikasikan, namun tidak berjaya. Jadi saya hanya menyusukan dengan mengepam sahaja. Masih lagi susu ibu namun menggunakan botol. Kini setelah 3bulan mencari maklumat lagi, rupanya ada banyak lagi ilmu dan kaedah yang saya baru pelajari. Dan saya menyesal kerana berfikiran, "aku sudah banyak ilmu." Itulah, ilmu di dunia ni jika dicatatkan dakwatnya umpama lautan. Jangan sesekali bodoh sombong, jangan berkeyakinan anda boleh buat. Tuntutlah dengan orang yang berpengalaman, carilah sebanyakmana ilmu yang boleh digapai dan janganlah berhenti belajar.

Huhu... panjangnya nak menaip. Saya taip isi-2 penting dulu la ek. Takut terlupa.

2)Ransanglah susu anda dan berlatihlah ketika mengandung lagi
3) Berniatlah dan berdoalah selalu kepada Allah untuk memudahkan penyusuan anak kita.
4)Carilah orang untuk berada disisi dan sentiasa memberikan sokongan untuk kita susu ibu.
5) Buangkan rasa malu, tabahkan hati dan tunjukkanlah keterujaan semangat susu ibu anda.
6) Jangan sesekali berputus asa. Dan seandainya kita berputus asa, bangunlah dari kegagalan. Kerana anda sebenarnya belum berjaya jika anda tidak pernah gagal.
7) Percayalah, yakin pada rezeki tuhan kepada anak kita, jangan kita meragui Breast sendiri. Semua ibu ada susu badan. Dan jika tiada, berusahalah
8) Buangkan mitos-mitos penyusuan susu ibu. Refreshkan otak anda supaya berkeyakinan pada kuasa Allah.
9) Jagalah pemakanan anda, banyakkan makan makanan penambah susu badan dan makanan yang berkhasiat.

5 comments:

  1. baru lepas baca entry kak farah tu jugak..anyway, saya pun pernah bermasalah dengan rafique x nak direct feeding..baby yusuf pun masih kecik..maybe u boleh usaha lagi untuk baby yusuf direct feeding..it needs time..insyaallah boleh..

    ReplyDelete
  2. nana, ni ada prg sms akak, die tanyer nak cleaning svc tak? no fon 0123906565 jerneh cleaning..indon yg cuci umah akak tu tak gi cuci jejauh tade transport tq

    ReplyDelete
  3. Tula, ahad ni nak jumpa kak farah. Harap2 berjaya :)

    ReplyDelete
  4. nana,

    pegi kursus susu ibu ke?? nnti balik story eh :-) kita kena bc benda postif baru semangat naik :-p

    ReplyDelete